Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN

(*Persatuan / Unit Beruniform / Kelab Sukan)

Perkara 1: NAMA DAN ALAMAT PERSATUAN


1.1 Nama
Persatuan

..

Perkara 2: Tujuan
2.1 Tujuan Am
2.1.1 Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi
secara seimbang dan menyeluruh dalam setiap aspek ,dari segi JERI dan sosial.
2.1.2 Pemupukan unsur-unsur nilai, kepimpinan dan sahsiah.
2.1.3 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada keadaan sebenar agar setiap
pelajar dapat manfaatkannya dalam kehidupan seharian .
2.1.4 Mengisi masa lapang dengan kegiatan yang terancang dan berfaedah.
2.1.5 Mempertingkatkan keyakinan diri dan disiplin para pelajar.
2.2 Tujuan Khusus(berdasarkan kepada objektif penubuhan kelab)

Perkara 3: KEAHLIAN
3.1 Dibuka kepada semua pelajar sekolah Kebangsaan Seri Jemerli, 08300 Kuala
Ketil,Kedah.
3.2 Mereka mesti menerima dan bersetuju berpegang kepada perlembagaan ini dan
akan mengambil bahagian cergas menjayakan tujuan-tujuan persatuan ini.

Perkara 4: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


4.1 Pemilihan Jawatankuasa (AJK)
4.1.1 Perlantikan Jawatankuasa mesti dipilih melalui satu Mesyuarat Agung Tahunan.
4.1.1 Pemilihan hendaklan melantik jawatan-jawatan berikut:4.1.2.1 Pengerusi
4.1.2.2 Naib Pengerusi
4.1.2.3 Setiausaha
4.1.2.4 Penolong Setiausaha
4.1.2.5 Bendahari
4.1.2.6 Penolong Bendahari
4.1.2.7 Ahli Jawatankuasa (Wakil Tingkatan)

4.1.3 Nama-nama untuk setiap jawatan di atas hendaklah dicadangkan, disokong


dan diundi.
4.1.4 Perlantikan boleh dibuat secara undi sulit atau terbuka.
4.1.5 Jika berlaku kekosongan jawatan, Guru Penasihat berhak melantik pengganti
dikalangan ahli biasa dengan persetujuan AJK.

4.2 Membentangkan Penyata Kewangan Tahunan

Perkara 5: MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR


Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan jika perlu oleh jawatankuasa atau
dengan permintaan ahli-ahli persatuan.

Perkara 6: YURAN
6.1 Kadar yuran dan tempoh boleh ditetapkan dalam Mesyuarat Agung.
(Tertakluk kepada Pendaftar Sekolah)

Perkara 7: PERANAN JAWATANKUASA


7.1 Tugas jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan aktiviti aktiviti Kelab.
7.2 Jawatankuasa bertanggungjawab membuat keputusan atas perkara-perkara
mengenai perjalanan Kelab dengan tidak terkeluar dari Perlembagaan ini dan dasar
umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung.

7.3 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam satu


tahun.
7.4 Ahli jawatankuasa yang gagal menghadiri mesyuarat Jawatankuasa dua kali
berturut-turut tanpa alas an yang memuaskan akan digugurkan dan dianggap
sebagai telah meletakkan jawatan.

Perkara 8: TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA


8.1 Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan semua
mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
semua mesyuarat. Beliau mempunyai undi pemutus dan hendaklah
menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bersama dengan Guru Penasihat
bila telah diluluskan.
8.2 Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
8.3 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja Persatuan mengikut peraturan
kelab.Beliau bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-menyurat dan
menyimpan semua dokumen kecuali dokumen kewangan . Beliau hendaklah hadir
di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan.
8.4 Penolong Setiausaha bertanggungjawab membantu setiausaha menjalankan
tugas dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
8.5 Bendahari bertanggungjawab di atas semua hal kewangan Kelab dan
bertanggungjawab di atas kebetulannya.
8.6 Wakil Tingkatan adalah ahli Jawatankuasa yang bertanggungjawab berkenaan
semua hal ahli jawatankuasa yang lain dan hal keahlian tingkatan berkenaan.

Perkara 9:KEWANGAN

9.1 Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang


ini, wang kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
tujuan-tujuan Kelab, termasuklah belanja pentadbiran.
9.2 Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM..
pada suatu masa.Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah disrrahkan di dalam
tempoh tujuh hari kepada Guru Penasihat.
9.3 Segala pengeluaran wang dari kira-kira kelab hendaklah ditandatangani
bersama oleh Pengerusi (atas ketiadaannya oleh Naib Pengerusi)Setiausaha(atas
ketiadaanya oleh Penolong Setiausaha)
9.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM. Bagi sesuatu masa tidak boleh
dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh jawatankuasa dan
perbelanjaan yang lebih daripada RM.. bagi sebulan tidak boleh dilakukan
tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
9.5 Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta imbangan kirakira bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh Guru Penasihat dan
Pemeriksa kira-kira dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan
.Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan
Mesyuarat Agong Tahunan ynag berikut dan salinan-salinannya hendaklah
diedarkan kepada ahli-ahli kelab.

Perkara 10: PEMERIKSA KIRA-KIRA


10.1 Dua orang ahli yang buka Jawatankuasa Persatuan boleh dilantik di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira Kehormat. Bagi Sekolah
Rendah,Pemeriksa kira-kira mestilah terdiri daripada guru.Mereka akan memegang
jawatan selam satu tahun dan tidak boleh dilantik semula.
10.2 Pemeriksa-pemikra kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Kelab
bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung.

Perkara 11:PEMBUBARAN
11.1 Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga per lima jumlah ahli-ahli atau arahan dari Pendaftar Sekolah.
11.2 Sekiranya kelab hendaklah dibubarkan secara yang disebutkan di atas.maka
segala hutang tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah
dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang
dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung.

You might also like