Pengaruh Kepimpinan Dalam Sekolah Berkesan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pengaruh kepimpinan dalam sekolah berkesan.

Sekolah berkesan
Sekolah berkesan bermaksud pengurusan sekolah yang baik oleh pemimpin utama iaitu
Guru Besar atau Pengetua. Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi
kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa
kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu ( Husin Mahmud ).

KEPIMPINAN SEKOLAH
Guru Besar adalah pengurus utama yang penting untuk mewujudkan sekolah
berkesan.Pemimpin utama harus memiliki karisma , keperibadian , bakat , kemahiran dan
kobolehan untuk memimpin , membimbing dan membawa semua warga sekolah ke arah
satu matlamat iaitu kecemerlangan pendidikan. Pemimpin utama seharusnya mempunyai
keupayaan untuk mempengaruhi semua guru dan pelajar untuk melaksanakan program
yang telah dirancang. Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti kepimpinan dari
masa ke semasa. Belajar melalui pengalaman dan sentiasa bertukar pendapat dengan
pemimpin utama yang lain dengan mewujudkan jaringan yang positif.Pemimpin utama
mempunyai dua wajah yang sering dibawa kemana sahja mereka pergi. Wajah pertama
ialah wajah wajah yang diberikan dan dianugerahkan oleh Allah wst kepada setiap
hambanya. Wajah kedua ialah wajah tempat mereka diberikan tugas atau amanah iaitu
sekolah yang ditadbirnya.Kedua-dua wajah ini sepatutnya seimbang.Keperibadian yang
unggul dan mencontohi Nabi Muhammad saw sebagai model ikutan. Keperibadian yang
unggul memudahkan mereka untuk mengerak dan mempengaruhi orang yang dipimpin
serta mudah mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada mereka.Bakat adalah
anugerah Allah swt kepada setiap hambanya dan kemahiran boleh diperoleh melalui
pelbagai sumber khasnyanya dalam keadaan dunia tanpa sempadan pada masa kini.

Pengetua merupakan pengurus utama kepada sesebuah organisasi persekolahan.


Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak langsung

masalah di sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah
berkesan. Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan mengenai sekolah berkesan
dapatlah dirumuskan bahawa apa yang membezakan keberkesanan sesebuah sekolah
dengan sebuah sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetua.
Menurut Edmond (1979), telah menegaskan bahawa pengetua yang berkesan ialah
pengetua yang memainkan peranannya sebagai pemimpin pengajaran dan pemimpin yang
tegas. Sergiovanni (1984) mengkonsepsikan keberkesanan itu pula ialah dari segi kuasa
dan kemudahan yang ada padanya bagi melaksanakan sesuatu perubahan. Oleh itu jika
ingin mencapai kecermerlangan sekolah, seseorang pengetua itu mestilah memainkan
peranan sebagai pemimpin yang berketrampilan. Sergiovanni telah membahagikan
kepada lima kelompok peranan yang perlu dimainkan oleh pengetua sebagai syarat untuk
mencapai kecermerlangan sekolah.
Pengetua ialah pemimpin teknikal yang seharusnya meminimumkan peranan sebagai
jurutera pengurusan. Kepemimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik
pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk
menjamin

keberkesanan

yang

maksimum.

Kemahiran

ini

termasuklah

aspek

perancangan, pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan.


Pengetua sebagai pemimpin manusia. Dalam hal ini, pengetua memainkan peranan
sebagai jurutera manusia. Maksudnya pengetua seharusnya mahir dan cekap dalam aspek
perhubungan manusia, dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan stafnya.
Pengetua sebagai pemimpin pendidikan. Dalam hal ini pengetua memainkan peranan
sebagai clinical practioner, iaitu menyumbang kepakaran dalam bidang pendidikan dan
persekolahan. Pengetua juga perlu mahir dalam bidang kurikulum, diagnosis keperluan
pelajar, penilaian dan penyeliaan atau pencerapan yang berkesan.
Pengetua sebagai pemimpin simbolik. Dalam konteks ini pengetua meminimumkan
peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau
tujuan sesuatu perkara yang hendak dicapai. Kepemimpinan seumpama ini termasuklah
aktiviti seperti melawat bilik darjah dan kawasan sekolah, di samping cuba mengenali
pelajar dengan lebih dekat.

Pengetua sebagai pemimpin budaya. Kepemimpinan budaya ini amat penting bagi
mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat
menerusi usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan
dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik.
Tetapi wujud persoalan dari dari segi kepimpinan pengetua. Sekiranya semua pengetua
dapat berperanan seperti yang dinyatakan, maka salah satu dari ciri sekolah berkesan
telah dapat dipenuhi. Namun bagitu, ianya amat jelas pada pemerhatian bahawa tidak
semua pengetua yang ada pada hari ini dapat berperanan sedemikian rupa dan hasrat
untuk mencapai tahap sekolah berkesan adalah terbantut.

You might also like