Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

i.

Definisi dan konsep kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

1.0

Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih

ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif dengan tujuan untuk membangunkan negara.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (2013 2025), dinyatakan kepentingan
Pemikiran Kreatif dalam membangunkan potensi individu secara holistik untuk
menghasilkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting
antaranya ialah Pemikiran Kreatif dan Inovatif iaitu kemampuan menginovasi, menjana
kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu. Ia dilihat releven
dengan aspirasi mata pelajaran pendidikan seni visual kerana ia dilihat sebagai satu
cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang.
Selain ia dapat mengembangkan kreativiti dan menggalakkan penjanaan idea
murid, ia juga memberi kebebasan dan peluang untuk mereka melakukan percubaan dan
eksplorasi untuk menghasilkan sesuatu karya yang bermutu. Pekara ini dizahirkan
menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta pengaplikasikannya dalam pedagogi dan
kurikulum mata pelajaran dengan memberi penekanan terhadap kurikulum pemikiran dan
kreativiti bermula seawal pendidikan rendah lagi.
Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan
kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu
idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna
dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau
gabungan idea-idea yang ada.
1.1

Konsep Kreatif dan kritis


Perkataan kritis berasal daripada bahasa Yunani, kritikos yang bermakna

mampu menilai. Definisi kemahiran berfikir secara kritis : Pemikiran kritis ialah
kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau
kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, dan

membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah.
Pemikiran kreatif adalah kecekapan atau keupayaan minda utk menerokai
pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yg baru, asli, luar biasa dan bernilai sama
ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan unsur yang
diberikan penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM dan mata-mata
pelajaran lain di bilik darjah. Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan
Kurikulum telah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan
unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha tersebut dijalankan
dengan giatnya di peringkat kebangsaan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat
sekolah sejak tahun 1994. (Kementerian Pendidikan Malaysia,1989:01)
Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya
dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis
dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan
atau menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita
membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan
strategi berfikir.
Kritis ialah pemikiran secara reflektif, produktif dan menilai bukti-bukti untuk
memperoleh dapatan yang logik dan tepat manakala kreatif adalah suatu keadaan di mana
seseorang individu atau sekelompok manusia atau sesebuah organisasi memahami,
mengetahui dan mampu mengaplikasikan daya kreativiti serta membentuk sesuatu yang
baharu.
Pemikiran kritis dapat dilihat sudut pengertiannya dari segi bahasa dan istilah.
Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan
iaitu pemikiran dan juga kritis. Mudah untuk mentafsirkan maksud pemikiran iaitu

merujuk kepada kebolehan manusia untuk mencipta gagasan-gagasan dan pengertian


pengertian, berhujah, menilai, serta membuat keputusan
Dari sudut bahasa perkataan kritis berasal daripada perkataan Inggeris Critic.
Namun begitu kata dasar kritis merupakan perkataan Greek Kriths ( kritikos) yang
bermaksud menimbang (judge). Menimbang pula membawa maksud menilai (evaluates),
membezakan (distinguishes), memutuskan (decide) dan menyoal (question) sama ada
sesuatu itu benar atau salah. Dalam Kamus Dewan (1984) pula, perkataan kritis
ditakrifkan sebagai tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu
malahan menimbangkan buruk dan baiknya terlebih dahulu.
Pemikiran kritis dari sudut istilahnya membawa pengertian sebagai ikhtiar dan
daya intelektual dan moral untuk membangun, mempertajam dan memperhalusi serta
mengembangkan sesuatu bidang ilmu tersebut. Disamping itu, pemikiran kritis juga boleh
ditakrifkan sebagai pemikiran reflektif yang berusaha untuk memutuskan sama ada untuk
menerima atau menolak sesuatu maklumat. Ia juga turut menekankan tentang soal fakta
yang benar ataupun salah, soal bahasa yang mana jelas atau kurang jelas dan terutama
sekali soal susunan hujah sama ada sah atau sebaliknya bagi sesuatu perkara.
Selain itu, pemikiran kritis dalam erti kata lain boleh ditakrifkan oleh Nik Azis
sebagai pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran
kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah
daripada berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan
bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru.
Setiap ahli sarjana sains pemikiran meletakkan pengertian terhadap frasa
pemikiran kritis kepada pelbagai maksud berasaskan kepada pengalaman dan hasil
kajian mereka. Antara definisi yang telah diletakkan adalah seperti ...berfikir secara
serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya, merupakan
definisi yang diletakkan oleh Dewey pada tahun1993. Selain itu, Som dan Mohd Dahalan
pada tahun 1999 telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai kecekapan dan keupayaan

menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang
wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah
Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering
kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian kreatif itu. Namun begitu, hal ini
adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh
akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan
pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut
kamus Websters (1976) pemikiran kreatif ialah, The ability to bring something new
existence. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan
sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam,
dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru
sama sekali, iaitu daripada tiada kepada ada. Definisi ini seolah-olah melambangkan
suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang
diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan
kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini
terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.

ii.

Huraikan empat ciri kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

Empat Ciri Kemahiran Berfikir Secara Kritis


Pemikiran kritis mempunyai beberapa elemen iaitu elemen pemikiran yang
bersifat konsisten, logikal, analisis, penilaian, kritikal dan tidak berat sebelah. Ciri-ciri
pemikiran kritis ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Andaikata bersifat
konsisiten maka akan mempunyai kaitan dengan ciri pemikiran berbentuk logikal dan
sebagainya. Hal ini dibincangkan lebih lanjut dalam menceritakan mengenai budaya
berfikir kritis Saidina Abu Bakar As-Siddiq dalam perbincangan selanjutnya.
Elemen pemikiran kritis bersifat konsisten bererti bahawa pemikiran yang dibuat
adalah tetap dan tidak berubah. Setelah membuat keputusan tentang sesuatu perkara,
maka ia tidak akan berganjak daripada keputusan tersebut. Namu begitu, ia mesti
bersesuaian dengan prinsip benar kerana benar dan salah kerana salah.
Kedua, pemikiran kritis bersifat logikal yang boleh difahami bahawa logik akan
menentukan sama ada sesuatu itu benar atau tidak dan ia bersandarkan kepada hujah akal.
Ketiga, pemikiran kritis bersifat analisis yang bererti memberi perhatian terhadap unsur,
elemen, bahan, perkara satu persatu dan bertujuan menghurai dan meneliti satu persatu
sesuatu perkara itu.
Sekiranya diperhatikan, pemikiran kritis yang bersifat penilaian penting dalam
membantu individu membuat keputusan secara bijak dalam sesuatu perkara. Tanpa ciri
pemikiran kritis seumpama ini maka seseorang tidak dapat membuat keputusan dengan
bijak dan tepat.
Selain itu, pemikiran kritis bersifat kritikal boleh difahami sebagai menimbang
yang membawa maksud menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal sama ada
sesuatu perkara itu benar atau salah. Elemen pemikiran ini adalah penting dalam
kemahiran pemikiran kritis.

Akhir sekali, pemikiran kritis juga bersifat tidak bias atau tidak berat sebelah.
Tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam meletakkan sesuatu keputusan. Bersifat
neutral dan tidak berat sebelah membolehkan ia rasional dan waras dalam membuat
justifikasi sesuatu perkara. Keenam-enam ciri atau elemen pemikiran kritis ini telah
diterapkan oleh Abu Bakar As-Siddiq dalam kepimpinannya ketika beliau menjadi
khalifah umat Islam pertama selepas kewafatan Rasululllah s.a.w. Hal ini boleh
diperhatikan dalam perbincangan selanjutnya mengenai pemikiran kritis Abu Bakar AsSiddiq yang menjadi tajuk utama perbincangan.
Empat Ciri Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid
berdasarkan

ruang,

tempat

dan

masa.

Malah,

konsep

kreativiti

boleh

dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama,
peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya.
Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; People who
copy concepts and ideas, sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif
dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan.
Ciri kemahiran berfikir secara kreatif adalah sengaja menghasikan idea baru,
konsep baru dan tanggapan baru. Maksudnya idea yang dikemukakan menyimpang jauh
daripada idea yang ada sekarang. Ada kalanya idea itu seolah-olah 'gila-gila' dan
mencabar fikiran logik kita.
Ciri kemahiran berfikir secara kreatif ialah mengutamakan cara lain untuk melihat
sesuatu yang sedang difikirkan. Maksudnya, ia cuba lari daripada cara biasa melihat
sesuatu. Semakin banyak sudut pandangan yang digunakan semakin baik.
Ciri kemahiran berfikir secara kreMemberi fokus kepada usaha mahu mengubah
idea yang ada pada masa ini. Maksudnya, tujuan utama pemikiran ini ialah untuk
membawa perubahan, bukan untuk meneruskan idea sekarang.

Ciri kemahiran berfikir secara kreatif ialah mencari cara baru untuk menggantikan
penyelesaian yang sedang digunakan sekarang. Maksudnya, pemikiran ini cuba
membuang cara kerja yang ada hari ini dan menggantikannya dengan yang baru.
Pemikiran ini tidak pernah berpuas hati dengan jawapan yang digunakan
sekarang. Pemikiran ini sengaja menghasikna idea-idea yang boleh memeranjatkan
fikiran-fikiran biasa. Pemikiran ini mengganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan
logik pada awalnya, Ia gemar menggunakan logik songsang. Sebagai contoh, biasanya
orang menyapu garam pada ikan sebelum digorengkan. Logik songsang mengatakan
goreng ikan dahulu, baru sapu garam.
Ciri kemahiran berfikir secara kreatif ialah menumpukan perhatian kepada
kemungkinan-kemungkinan yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang,
maksudnya, pemikiran ini gemar membayangkan apa yang akan terjadi akibat adanya
idea yang 'gila-gila' itu.
Pemikiran

kreatif

adalah

pemikiran

yang

menerbitkan

idea

iaitu

berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea
yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun,
pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan
yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu
akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi
mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards
(1990) sebagai, Creativity involves escaping from stuckness and opening up
possibilities.

iii.

Huraikan empat tatacara penerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

dalam pengajaran.
Empat tatacara penerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pengajaran
adalah alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan
berkesan. Pemikiran kita menjadi lebihtersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru
melakukan sesuatu.Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk
meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu soalan penyoalan, peta minda, pengurusan
grafik dan CoRT.

JP
K
U
H
IT
G
S
R
M
eanurd
bfkjuec
nm
aetligbcuj
albruheins
snilpgkaem
unlaidtkj
e
lisntauK
ra
snim
dei
akpgsM
nm
ina
seK
libredst-a
B
eaoishk-K
lkiunfaer
bo-d
suem
re
yihapuM
puneadh
i
raelgm
anrbk
acdneilt
laznt
yibaeo
ganrB
ianhe
arn
gtf
si
afku
ni
m
b(r
ke
re
s
e
l
u
r
u
h
a
n
)

S
a
d
P
o
n

o
n
a
e
a

A
al
t
P
C
n t
n oM
l Ria
T
d

al
e
a
y
n
a

P
g
u
n
G
f i

n
r

u
s

a
r
k

A
l a
t a l
a t
B
e r
f i
k
i
r

Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan ,
mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.
1.

Pengurusan Grafik (Kerangka Pemikiran)

Pengurusan grafik ialah pemetaan atau pola penyusunan yang boleh digunakan mewakili
perhubungan antara maklumat-maklumat tentang sesuatu idea. Satu bentuk ilustrasi atau
lakaran. Ia digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun
dengan tujuan memantapkan pemikiran. Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan

individu tentang proses pemikiran yang berlaku. Ia juga menggambarkan secara mudah
dan jelas sesuatu idea dan erhubungannya dengan aspek yang berkaitan.
Jenis-Jenis Kerangka Pemikiran
e
J
M
K
e
n
m
r
n
is
n
a
y
d
g
o
j
n
a
o
k
n
e
k
a
n
i
F
a
B
g
s
o
n
a
K
o
t
g
n
e
k
e
g
a
u
s
r
m
n
e
n
a
f
b
n
a
l
g
a
r
u
k
u
a
d
h
i
a
d
n
a
b
l
a
a
n
m
g
y
n
u
a
n
u
t
n
e
p
u
r
k
s
e
e
b
m
m
a
b
h
e
a
t
n
u
v
k
i
s
s
a
u
a
l
t
u
t
p
r
e
e
s
r
e
s
b
e
u
b
m
.
t
a
h
a
n
v
i
s
a
u
l
.

Komponen Pengurusan Grafik

G
a
r
i
s

o
n

n
P

e
g
u

n
u
s

r
a
r

a
k

entrjMmahicgGuPCpody.blvskf
Cara menggunakan Pengurusan Grafik

2.

Peta Minda

Peta Minda ialah catatan nota yang menggunakan anak panah, warna, dan kod istimewa

untuk menonjolkan perhubungan-perhubungan yang penting. Menurut Tee et al. (b)


(2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian

tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk

menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai


huraiannya. Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar mencatat nota dengan

mudah, merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan
sebagainya,mengingat

sesuatu

dengan

mudah.

dan

menggabungkan

dan

menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar seperti yang
ditunjukkan dalan rajah di bawah.

W
a
L u rk i s
an n
T i ga Sa a i z
D i my ea n g
n si b e rb
eza

I
m
e
j
G ar
is
b a
w a
h

K a
ta
K u K o m
n ci p o n e

n
P e ta
M in
d a

C a ra M e n g g u n a k a n
3.

Teknik Penyoalan

Soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas.Sebagai guru,
pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kitamembentuk soalan dan
menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Soalan
yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras , skop dan fokus.

5W1H

idMemSoaTkrlunBjhytpwg.

(5 Wives 1 Husband / 5 Waktu 1 Hari)

What? Apa?

Who? Siapa?

Aras Kognitif Rendah.

Where? Di mana?
When? Bila?

Why? Mengapa?

Aras Kognitif Tinggi.

How? Bagaimana?

Soalan bertumpu dan soalan bercapah

Pangkat-pangkat dalam Soalan Bertumpu


S
R
P
A
o
e
a
r
p
o
n
a
r
d
l
g
s
o
u
a
k
d
k
n
a
k
u
t
t
o
k
i
B
t
f
g
i
e
R
T
n
f
r
e
i
t
n
u
d
g
i
m
a
g
f
p
h
i
u
B
l
o
o
m

Pangkat-pangkat dalam Soalan Bercapah


A
P
K
S
a
r
o
ia
e
n
ts
a
a
g
til
k
is
a
a
k
f
tn
o
g

B
R
n
T
ie
e
tn
r
d
ig
c
a
g
f
ih
a
B
p
la
o
h

o
m

Lingkaran Soalan

Alternatif kepada pembinaan soalan secara berurutan dan berhierarki.

Merupakan satu model untuk mengembangkan soalan-soalan pengajaran.

Soalan dibentuk berdasarkan 3 bahagian (bidang).

R
E
A
L
I
T
I
PL
EU
RA
IR
B
A
D
I

R
E
A
L
I
T
I
PL
EU
RA
IR
B
A
D
I

4.

Alat Cort

A la
t
Co
RT

C oRT V I :
Tindakan

C oRT V :
M aklum at dan
P erasaan

C oRT I :
K eluasan
Persepsi

C oRT IV :
P em ikiran K reatif

C oRT II : O rganisasi
P roses B erfikir

C oRT III : Interaksi, argum en,


pem ikiran K ritis

C oRT I

MenciptaPERATUNBmrubKSijak MembutPERANCGBar
Teknik Asas dan Teknik Paduan dalam CoRT I

Teknik CoRT 1-PMI Plus, Minus, Interesting: setiap perkara dapat difikirkan dari
segi aspek kekuatan dan positif di samping aspek negatif dan kelemahannya, begitu
juga aspek yang menarik tentangnya.

Teknik Asas CoRT 1- CAF consider all factors: sebelum membuat keputusan atau
sebelum faham akan sesuatu, pertimbangkan semua factor yang berkaitan dengannya.

Teknik Asas CoRT 1- C&S Consequence and Sequel: sesuatu berlaku dengan ada
sebab dan akibatnya, justeru apabila memikirkannya sebagai fenomena, hendaklah
dicari kemungkinan ini.

Teknik Asas CoRT 1 - AGO Aims, Goals, Objectives: perkara yang difikirkan
lazimnya ada matlamat, objektif, maka perkara ini hendaklah dipekai dalam pencarian
proses kognitif.

Teknik Asas CoRT 1 - FIP First Important Priorities: apabila membuat


pengasingan atau pengkelasan, malah pengkategorian, ada satu susunan yang menurut
peraturan, maka dalam proses berfikir, perkara ini hendaklah diamalkan.

Teknik Asas CoRT 1 - APC Alternatives, Possibilities, Choices: fenomena di


sekeliling seseorang insan lazimnya wujud dalam banyak kemungkinan, justeru
apabila memikirkannya hendaklah mempertimbangkan alternative, kemungkinankemungkinan dan pilihan yang lumayan.

Teknik Asas CoRT 1 - OPV Other Peoples View: ketika sedang berfikir, pendapat
orang yang diperoleh hendaklah dipertimbangkan dan digunakan juga.

Kesimpulan
Sebagai rumusan, Kemahiran Berfikir harus dikuasai oleh setiap individu kerana
kemahiran ini amat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana kemahiran ini
sentiasa diperlukan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian manusia. Contohnya,
untuk memasak, manusia berfikir untuk memasak menu yang dapat memenuhi citarasa
mereka. Perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam
kalangan pelajar terutamanya sangat penting bagi membolehkan mereka menyedari
keupayaan dan keperluan untuk memikirkan kekayaan alam secara aktif.

Kemahiran Berfikir yang terbahagi kepada dua iaitu secara Kreatif dan Kritis
haruslah diaplikasikan dengan bijak oleh seseorang individu atau pelajar kerana
pemikiran ini haruslah diseimbangkan demi mencapai puncak tertinggi dalam kehidupan.
Kemahiran berfikir ini haruslah disepadukan untuk menilai kemunasabahan setiap pilihan
supaya pilihan tersebut tidak menghampakan kemudiannya. Hal ini kerana keputusan
yang dibuat haruslah relevan dalam menyelesaikan sesuatu konflik yang berlaku.
Kepentingan-kepentingan Kemahiran Berfikir telah jelas menunjukkan bahawa
KBKK yang bijak dapat menyediakan generasi kini untuk menghadapi kehidupan yang
mencabar dalam dunia yang berteknologi tinggi dan pelbagai budaya. Kepesatan
teknologi dan pembangunan yang kian meningkat sangat memerlukan pelajar untuk
menguasai Kemahiran Berfikir dalam proses kehidupan mereka dari peringakat sekolah
rendah ke peringkat sekolah menengah, kemudian ke peringkat universiti dan
kemudiannya alam pekerjaan atau alam kedewasaan.
Alat-alat kemahiran berfikir telah dicipta bagi membantu cara kita berfikir. Alat
ini mestilah digunakan dalam proses pemikiran kita agar apa yang difikirkan oleh kita
lebih tepat dari segala segi dan menepati keperluan pemikiran dan idea kita. Alat-alat ini
sangat membantu kita dalam proses berfikir dan dalam masa yang sama, melatih daya
pemikiran kita. Oleh itu, setiap tindakan dan perkara yang dilaksanakan akan menjadi
lebih efektif dan tidak menghampakan.

Contoh Rancangan Pengajaran Harian


TEMA

KEUSAHAWANAN

TAJUK

Jualan Barangan Kedai Runcit

STANDARD
PEMBELAJARAN

3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut keutamaan pada


carta daripada pelbagai sumber.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

OBJEKTIF

i.

mencatat tiga daripada lima jenis barangan kedai


runcit pada carta pai dengan betul.

i. Ilmu : Kajian Tempatan, Matematik


ii. Nilai : Berdikari, Sabar
PENGISIAN
KURIKULUM

iii. EMK : Keusahawanan


iv. KBT : KBAT- menganalisis
v. Celik kewangan : 1.2 Kenal pasti sumber pendapatan dan
sumber sampingan.
i. Tatabahasa: Kata majmuk

SISTEM BAHASA

ii. Kosa kata: keropok, pensel, selipar, makanan dalam tin, alat
tulis, minuman berkarbonat
iii. Ejaan

BAHAN BANTU
BELAJAR

AKTIVITI

Lembaran kerja, LCD, carta dan kertas graf

1. Murid dan guru bersoal jawab tentang jenis barangan


kedai runcit.
2. Murid mencari nama barangan kedai runcit yang
terdapat dalam carta petak-petak huruf. (Lembaran
Kerja 1)
3. Murid meneliti Jadual (1) tentang jumlah hasil jualan
barangan kedai runcit yang dipaparkan menggunakan
LCD.(Lampiran 1)
4. Murid mencatat nama produk mengikut jumlah hasil
jualan dalam jadual kosong pada papan hitam (Jadual
2)- Celik Kewangan.(Lampiran 2)
5. Murid mencatat maklumat tentang jualan barangan
kedai runcit pada carta pai. (KBAT-mengaplikasi)
Pemulihan
Murid mencatat maklumat yang betul pada carta
Pengayaan
Murid mencatat maklumat yang betul pada carta bar.

PENILAIAN P&P

Murid mencatatkan maklumat tentang jualan barangan kedai


runcit pada carta pai.

REFLEKSI

12/ 13 orang murid dapat mencatat maklumat jualan barangan


kedai runcit pada carta pai dengan betul. Seorang murid diberi
bimbingan ketika kelas bacaan pagi dijalankan.

Lembaran kerja 1
Cari dan warnakan nama barangan kedai runcit yang terdapat dalam carta petak huruf.

JAWAPAN
1. KEROPOK
2. SELIPAR
3. PENSEL

Lampiran 1
Jadual 1

Jumlah hasil jualan barangan kedai runcit pada bulan Disember di sebuah kedai runcit.

Produk

keropok

Selipar

Minuman
berkarbonat

Alat Tulis

Makanan Dalam
Tin

30

Gambar

Bilangan
unit
dijual

50

10

Lampiran 2
Jadual 2

Senaraikan nama barangan kedai runcit mengikut susunan bilangan unit dijual daripada
yang paling banyak hingga yang paling sedikit.
Bil
1
2
3
4
5

Barangan

Unit dijual

Lembaran kerja 2
Penilaian
Catatkan maklumat yang mewakili produk kraf tangan mengikut susunan bilangan unit
dijual pada carta di bawah.

Carta Jualan Kedai Runcit

Lembaran kerja 3
Pemulihan

UNIT DIJUAL

Isikan nama produk berdasarkan graf.

JENIS BARANGAN

Petunjuk
A
B
C
D
E

Lembaran kerja 4
Pengayaan
Lukiskan bar dan catatkan barangan kedai runcit yang dibeli oleh pelanggan tempatan
dan luar negara mengikut bilangan pada carta di bawah.

Pelancong

Bilangan Produk Dibeli

Tempatan

50

Luar Negara

80

100
90
80
70
60
Bilangan barangan dibeli

50
40
30
20
10
0
Pelanggan
Bina graf

berpandukan jadual di atas.

Bibliografi
Abd Rahim Abd. Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala
Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Shukor Hashim. ( Prof. Dr) (2012). Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Kuala
Lumpur : Meteor Doc . Sdn Bhd.
Beshir, E and Beshir, M. R. (2000) (3rd. ed.) Meeting the Challenge of Parenting in the
West: An Islamic Perspective.
Chang, Hon Woon (2008), Teori Seni Visual Edisi ke Dua, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Eh Ah Meng (1995), Siri Pendidikan Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak . Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Hassan Langgulung (1990). Kreativiti dan Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa `
dan Pustaka.
Kamus Dewan Ed. Ke 4 (2005), Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pendidikan Malaysia (1982). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.

Noriati A.Rashid (Dr) (2011),PSV 3103 Kreaviti dan Seni Kanak-kanak, Kuala Lumpur :
Kementerian Pelajaran Malaysia.

You might also like