Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SESEORANG yang sedang dirundung malang, ditimpa masalah dan berjumpa kaunselor biasanya mengalami

'blind spot' yang perlu dileraikan oleh kaunselor. Menurut Egan (2002; 27), antara langkah kaunselor dalam
sesi adalah membantu mereka meleraikan blind spots yang menghalang mereka daripada melihat ke dalam
diri, masalah sebenar mereka dan peluang mereka yang tidak terungkai. Ivey (2000) pula
mengklasifikasikannya sebagai aset.
Kaunselor menggunakan teknik menyoal untuk menerokai maklumat lanjut, mendapatkan kepastian
(Halimatun & Mizan: 1996). Egan (2002: 121) menjelaskan dua prinsip utama dalam menyoal :
1. Bataskan pertanyaan anda
Jangan menjadi seperti Pegawai Polis yang menyiasat sesuatu kes hingga anda bertanya dan terus bertanya
seolah-olah mendesak klien untuk terus bercerita. Tindakan ini hanya akan menyebabkan klien berasa
terdesak dan bosan dengan sesi kaunseling. Misalnya seorang pelajar yang terlibat dalam kes buli dan
dipanggil ke dalam bilik kaunseling; anda terus menanyai klien dengan soalan-soalan seperti berikut:
Apakah perasaan awak terlibat dalam membuli pelajar?
Pernah tak awak menilai sedalam-dalamnya kesan membuli orang lain?
Tahu tak awak akibat tindakan membuli di sisi undang-undang dan sekolah?
Kalau beginilah sikap kaunselor alamatnya keesokannya klien anda tidak akan berjumpa anda lagi. Silap-silap
dia terus meninggalkan sekolah.
Ini bererti terokai klien sedikit demi sedikit. Tanya sedikit demi sedikit bagi menggalakkannya untuk terus
bercakap.
Misalnya teliti dialog antara kaunselor-klien seperti berikut:
Klien : Saya betul-betul bingung sekarang. Mak dan ayah hari-hari bertengkar dan terus bertengkar, tak
pernahpun ambil peduli tentang saya; hidup ke mati ke sayani...dalam masa yang sama saya perlu terus
tinggal bersama mereka. Itulah...ikut hati nak lari aje, tapi sayang pula saya punya 'study' kat sekolah ni.
Kaunselor : Nadia benar-benar kebingungan sekarang...(Parafrasa)
Klien : Yalah...mana tak bingung, orang lain ada ibu bapa juga tapi tak adalah asyik nak bergaduh, ambil peduli
juga tentang anak mereka......(mula menangis teresak-esak)
Kaunselor: Hmm...cikgu dapat rasakan Nadia bukan saja bingung tapi sedih dengan situasi ini, bukan?
(Refleksi perasaan dan pertanyaan tertutup)
Klien : (Senyap dan terus menangis teresak-esak)
Kaunselor: (Selepas beberapa ketika). Ok....Nadia benar-benar bingung dan sedih sekarang. Hmm...mungkin
Nadia boleh jelaskan lagi apa agaknya yang benar-benar membingungkan awak? (Soalan terbuka)
Klien : Yalah cikgu...Nadia bingunglah cikgu. Bingung dalam membuat pilihan antara nak terus tinggal dengan
mak dan ayah yang tak pedulikan Nadia atau lari saja dari rumah!!
Kaunselor : Cikgu dengar Nadia benar-benar kecewa dengan sikap mak dan ayah. Tadi Nadia ada
menyatakan mereka bergaduh setiap hari, tidak ambil peduli terhadap Nadia...tapi mungkin Nadia boleh
jelaskan lagi kerana cikgu belum betul-betul mengerti apa agaknya yang membuatkan Nadia kecewa terhadap
mereka (Pertanyaan terbuka)
Klien : Iyalah...pertamanya mereka sibuk sangat bekerja dan terus bekerja. Kemudian balik ke rumah ada saja
dipertengkarkan tentang masalah duitlah, rumah bersepahlah, siapa nak bayar bil dan macam-macam lagi.
Pendek kata kalau mereka tak bertengkar, tak sah....sepatutnya mereka tanyalah Nadia dah makan ke....kerja
rumah Nadia dah buatke...apake...dahlah Nadiani anak tunggal! Bagi Nadia, sikap diorang ni sikap tak ambil
pedulilah....tak sayanglah kat anak!
Sengaja cikgu meleretkan dialog panjang ini agar anda semua mengerti cara hendak menggunakan soalan
dalam sesi kaunseling. Jelasnya anda tidak perlu bertanya bertubi-tubi tetapi pola soalan adalah menjurus
kepada menggalakkan klien terus bercerita.
2. Galakkan soalan terbuka
Soalan terbuka adalah soalan yang memerlukan jawapan lebih daripada satu perkataan. Soalan tertutup pula
mengehadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja dan memberikan maklumat khusus
misalnya:
Kaunselor : Awak dah makan?
Klien : Ya.

Kaunselor : Awak tahu kenapa awak dihantar ke bilik kaunseling?


Klien : Tahu
Kaunselor : Awak dirujuk oleh Guru Disiplin kerana menghisap rokok dalam tandas, tahu tak?
Klien : Tahu
Kaunselor : Pukul berapa awak merokok?
Klien : 10.30 pagi.
Kaunselor : Dengan siapa awak merokok?
Klien : Dengan kawan-kawan.
Kaunselor : Siapa yang merokok bersama-sama awak?
Klien : (Mengangkat bahu) Entah cikgu...tak ingat.
Bolehkah anda bayangkan apakah akan terjadi dalam sesi kaunseling begini? Sudah tentu sesi ini akan
menyebabkan klien tidak selesa, bosan dan mula berfikir 'bila lagi aku boleh angkat kaki.'
Soalan tertutup boleh ditanya tetapi hanya sesekali dan bukan bertubi-tubi. Gunakan soalan tertutup sekadar
untuk mengesahkan maklumat dan teruskan dengan soalan terbuka. Perhatikan dialog berikut:
Klien : Saya tak bersalah cikgu. Saya cuma saksi sahaja dalam kes ini....
Kaunselor : Cikgu dengar Amir kata Amir tidak sepatutnya dipersalahkan...
Klien : Yalah cikgu, mana boleh saksi pula hendak didakwa dan dijatuhi hukuman. Ini tidak adil, cikgu!
Kaunselor : Amir rasa sekolah tidak adil, betul begitu? (Soalan tertutup)
Klien : Ya...tak adil sama sekali.
Kaunselor : Hmm...(mengangguk-angguk). Ok....boleh tak Amir ceritakan situasi sebenarnya...(soalan terbuka)
Nampak tak? Soalan tertutup hanyalah berperanan untuk mengesahkan maklumat dan anda harus menyusuli
dengan soalan terbuka.
Selain berfungsi sebagai alat penerokaan, bagi menggalakkan klien bercerita, kaunselor juga boleh
menggunakan soalan untuk membuat pengesahan (clarification), menyemak persepsi dan konfrontasi. Dari
sudut pengesahan dan persepsi rasanya dalam dialog di ataspun anda sudah dapat mengagaknya.
Dari sudut konfrontasi, kaunselor menggunakan soalan untuk mendapatkan pengesahan klien apabila wujud
percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien dan apa yang dilakukannya (Halimatun dan Mizan: 1996).
Begitu juga jika pada satu ketika, dia bercakap begitu dan pada ketika lain, bercakap begini pula (asyik
bercanggah idea). Namun pastikan konfrontasi dilakukan ketika sudah wujud hubungan yang baik antara klien
dan kaunselor.
Contoh konfrontiasi:
Kaunselor : Cikgu berasa agak keliru dengan Nadia. Tadi kata bingung dan tak tahu lagi sama ada hendak
terus tinggal di rumah atau lari saja dari rumah. Tapi Nadia menyatakan yang Nadia telah membuat
perancangan hendak lari bersama boyfriend malamni...macamana tu?
Contoh lain (percanggahan idea dari masa ke masa):
Kaunselor: Tempoh hari Farid kata dah tak mahu berkawan lagi dengan Maya. Farid kata hubungan dah putus,
cukup setakat itu saja. Tapi hari ini Farid ada membayangkan Farid rindu sangat kat Maya dan ingin kembali
berkawan dengannya. Hmm...boleh Farid jelaskan perbezaan pandangan ni...
Klien : (terhenti sejenak)...Yalah cikgu, Farid memang tak boleh lupa kat Maya. Sebenarnya Farid terlalu
sayangkan Maya dan tak mahu kami berpisah buat selama-lamanya.
Okay, sudahkah anda jelas tentang teknik dan kepentingan menyoal dalam kaunseling? Harap kita boleh
praktis di kelas....

Proses kaunseling yang dijalankan ini telah melibatkan beberapa proses yang utama.
Proses-proses ini adalah terdiri daripada proses membina hubungan, penerokaan, mengenal pasti
masalah, membina matlamat, menyemak alternatif, mengambil tindakan, penamatan, dan
susulan.
Proses membina hubungan
Proses yang pertama ialah proses membina hubungan atau lebih dikenali juga sebagai membina
rapo. Pada tahap ini klien mengukur kaunselor sama ada benar-benar boleh dipercayai sama ada
dia mendengar apa yang klien perkatakan atau sekadar berpura-pura. Oleh itu reaksi lisan dan
reaksi bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan rasa
percaya klien kepada kaunselor dan mengetahui tentang latar belakang serba sedikit tentang diri
klien.
Oleh itu pada tahap ini tanggungjawab seorang kaunselor pada tahap ini perlulah
mewujudkan suasana yang teraputik supaya klien terasa dirinya diterima dan dihormati bagi
menimbulkan rasa selesa dan selamat pada diri klien. Bukan itu sahaja, kaunselor juga perlulah
memperlihatkan bahawa dia memahami ruang rujuk yang terdapat dalam diri klien, keikhlasan,
kemesraan, dan penerimaan tanpa syarat. Hal ini perlu, bagi menimbulkan kepercayaan kepada
diri klien agar klien dapat membuat pendedahan tentang masalah yang berlaku terhadap dirinya.
Di samping itu juga, proses membina hubungan ini juga adalah dilakukan untuk
memperjelaskan lagi kepada klien mengenai tujuan kaunseling dijalankan, tanggungjawab
kaunselor dan klien, pemfokusan dan limitasi-limitasi tertentu yang terdapat dalam kaunseling.
Di dalam tahap yang pertama ini perkara yang dititikberatkan ialah membina hubungan dan
penstrukturan. Sewaktu membuat pengstukturan kaunselor perlulah menjelaskan tujuan
kaunseling ini dijalankan agar klien dapat menerima bantuan dalam mengendalikan persoalan
yang dihadapi olehnya.
Menilai situasi dan masalah klien adalah satu proses berterusan . kadang-kadang kaunselor
mungkin mahu mengedarkan borang ringkas atau inventori untuk mendapatkan data asas bila
kaunselor memulakan kaunseling supaya kemajuannya dapat diukur . Terdapat dua jenis
penilaian :formal dan tidak formal.
Penilaian formal mengandungi pengukuran standard yang memerlukan respon pelajar .
Instrumen seperti ini menyediakan norma sebagai bandingan dan membolehkan kaunselor dan
klien dapat mendapat idea bagaimana seseorang berbanding dengan orang lain. Instrumen ini
boleh berfokus kepada kecerdasan otak ,sikap,nilai ,pencapaian ,minat,kebimbingan ,kemahiran
dan kebolehan .

Penilaian formal biasanya mengambil masa yang lebih lama daripada penilaian tidak formal.
Data dikumpulkan melalui proses pentadbiran yang disediakan dan klien kerap merasakan
mereka menduduki ujian walaupun hanya inventori minat dan kerjaya.
Ujian dan inventori formal bersifat tidak peribadi dan memerlukan kaunselor yang mahir
menginterpretasinya untuk mengurangkan rasa syak wasangka ,terancam dan jarak peribadi yang
dihasilkan oleh kebanyakkan instrumennya. Klien telah dibiasakan tentang keadaan ujian dan
bagaimana ujian ini digunakan.
Penilaian tidak formal bergantung kepada pemerhatian sendiri ,senarai semak yang mudah
atau gerak hati kaunselor . Walaupun penilaian formal seperti ujian piawaian yang boleh
memberi maklumat daripada penilaian tidak formal. Kritikan paling besar terhadap
penilaian tidak formal ialah penilaian ini kurang kebolehankepercayaan dan keesahannya.
Walaupun begitu ,kaunselor yang berpengalaman telah membina satu set norma yang peribadi
dan tersendiri untuk membolehkan mereka menggunakan penilaian tidak formal dengan penuh
kenyakinan . Sesetengah kaunselor telah membina norma sekolah mereka sendiri
Oleh itu, semasa membina hubungan dengan klien terdapat beberapa kemahiran
yang digunakan bagi membantu klien menghadapi pemasalahannya dan membantu klien kearah
penyelesaian yang klien inginkan. Sebagai contoh ayat membina hubungan yang digunakan
semasa melaksanakan sesi dengan klien adalah seperti berikut:
I.
Kaunselor : Apa khabar saudari hari ini?
Klien : Baik...
II.

Kaunselor : Ohw... . terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunseling ini. Boleh saya
tahu nama saudari?
Klien : Nama saya nur ain. Saya berasal dari pahang.
Pengstrukturan
Pengstrukturan dilakukan adalah untuk memberikan penjelasan tentang tujuan kaunseling yang
dijalankan, tanggungjawab kaunselor atau klien, pemfokusan dan limitasi. Tahap penstrukturan
semula ini menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan menolong. Kaunselor boleh
memberitahu klien langkah-langkah yang diambil bagi menyediakan ke arah yang sedang dituju.
a) Tujuan kaunseling
Seorang kaunselor perlulah menjelaskan tentang tujuan kaunseling yang dijalan agar dapat
membina hubungan dengan klien dan klien dapat menerima bantuan dalam mengendalikan
persoalan yang dihadapi oleh klien. Perkara ini perlu bagi memudahkan kauselor membantu
klien dalam membina kemahiran dan penyelesaian masalah. Selain itu juga tujuan kaunseling ini
perlu dijelaskan kepada klien adalah untuk memberikan penerangan kepada klien bahawa

I.

kaunseling adalah situasi pembelajaran yang boleh memperkembangkan langkah yang lebih
efektif dalam menguasai beberapa situasi masalah yang dihadapi. Sebagai contoh ayat
pengstrukturan penjelasan tentang kaunseling yang telah di gunakan dalam sesi kaunseling
individu adalah seperti berikut:
Kaunselor : Disini ,saya akan menerangkan apa itu kaunseling? Kaunseling ialah satu proses
perhubungan bersemuka antara individu yang didatangi masalah dengan seorang profesional
terlatih ,berpengalaman serta berkelayakan memberi pertoongan dalam menyelesaikan masalah.
Klien: ya
b) peranan kaunselor dan klien
Dalam sesi kaunseling ,kita perlu menerangkan kepada klien peranan kaunselor dan peranan
klien supaya klien dpat memahami serba sedikit tentang perjalanan sesi kaunseling yang mereka
hadiri. Peranan ini juga diterangkan supaya klien lebih bertanggungjawab terhadap apa yang
diperkatakannya. Contoh ayatnya ialah:
Kaunselor : peranan saya ialah mendengar apa yang ain ingin katakan ,dan eranan ain
sebagai klien adalah menceritakan kepada saya dalam masa perjalanan sesi ini yang telah kita
tetapkan ,saya juga berharap ain ceritakan adalah cerita yang benar supaya matlamat sesi ini akan
berjaya.
klien :ok
d) etika kerahsiaan dalam kaunseling
dalam sesi ini,kaunselor perlu menerangkan etika kerahsiaan kepada klien supaya dapat
menarik kepercayaan klien dank lien dapat menceritakan segala apa yang ada dalam hatinya
tanpa berselindung .
kaunselor : ain tidak perlu risau bahawa apa yang ain sampaikan kepada saya akan
diketahui oleh orang lain kerana apa yang diceritakan akan menjadi rahsia antara saya dan ain
sahaja. Jadi jangan risau bahawa apa yang ain sampaikan kepada saya ,akan saya rahsiakan
kecuali ia boleh memudaratkan diri ain dan orang lain.
Klien: baiklah
e) matlamat sesi kaunseling yang telah dijalankan
matlamat sesi kaunseling yang dijalankan adalah berdasarkan kepada masalah klien sama ada
ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak dapat ditanggung seorang diri atau
menyediakan perubahan tingkah laku.
Kaunselor :baik ain,matlamat sesi kita kali ini adalah untuk mencari penyelesaian
terhadap masalah yang ain hadapi dan segala tindakan atau keputusan yang diambil adalah
ditentukan oleh ain sendiri dan ain perlu bertanggungjawab pada keputusan itu dan saya di sini
hanya lah sebagai pembimbing.
Klien: baiklah cik. Saya faham.

c) Limitasi.
Limitasi adalah had-had masa yang telah ditetapkan daripada 30 hingga 45 minit. Tetapi
sekiranya masalah klien tidak dapat diselesaikan maka kaunselor boleh mengadakan sesi
kaunseling pada hari lain mengikut persetujuan antara kedua-dua pihak. Contoh ayat sesi ini
ialah :
I.

Kaunselor : Sebenarnya sesi kita ini telah berjalan selama 30 minit hingga 45 minit dan
sekiranya masalah ain ini kita tidak dapat selesaikan pada hari ini,kita akan mengadakan sesi
pada hari lain yang akan kita tetapkan bersama.
Klien : Baiklah
Proses penerokaan
Proses penerokaan dijalankan adalah bertujuan untuk menimbulkan kepercayaan klien kepada
kaunselor dimana klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya dalam
menyelesaikan pemasalahan yang klien hadapi. Bukan itu sahaja melalui penerokaan ini juga,
klien akan membuat penerangan atau pendedahan tentang situasi yang dihadapi olehnya.
Selain itu juga, melalui penerokaan yang dijalankan, klien dapat mengetahui apa yang
berlaku terhadap dirinya dan kebiasaannya situasi klien pada waktu ini adalah lebih terpengaruh
oleh emosi negatif iaitu yang bermaksud pandangan dan fikiran yang sempit yang menjadikan
seseorang itu keliru dan buntu dalam mencari jalan penyelesaian yang diinginkan olehnya.
Sehubungan dengan itu tugas atau tanggungjawab kaunselor dalam membantu klien ialah
membimbing klien meneroka situasi dirinya kearah jalan penyelesaian yang diinginkan oleh
klien dengan mendorong dan memberikan sokongan serta peka terhadap isyarat tersembunyi
iaitu verbal dan nonverbal. Menurut Charhuff dan Anthony (1979) telah menyatakan bahawa
tahap penerokaan adalah dilakukan bagi membantu individu melihat dimanakah mereka berada.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa tahap penerokaan merupakan tahap yang penting untuk
membantu diri klien bagi menghadapi sesuatu masalah serta memahami masalah tersebut dengan
lebih mendalam supaya dapat membantu klien kearah perkembangan yang klien inginkan. Bagi
membuat penerokaan yang berkesan,kaunselor perlu memastikan dirinya menguasai kemahiran
penerokaan dengan mengaplikasikan segala kemahiran dan pendekatan yang bersesuaian .
Penggunaan kemahiran dan juga teknik adalah berbeza bagi setiap klien. Antar kaedah yang
boleh digunakan bagi menerokai masalah ialah kemahiran menyoal. Dalam peringkat ini,soalan
terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan yang khusus ,manakala
soalan tertutup hanya digunakan pada situasi sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien aktif
meluahkan masalahnya. Contoh kemahiran menyoal ialah:

Kaunselor : apakah yang ain rasakan dalam situasi sekarang?


Sebagai contoh ayat penerokaan yang dilakukan dalam proses kaunseling ini adalah seperti
berikut:
I.

Kaunselor : kalau begitu ,adakah ain sudah bersedia bagi memulakan sesi ini?(soalan
tertutup)
Klien: ya ,saya sudah bersedia
II. Kaunselor : emmm...dari segi gaya dan raut wajah ain,saya dapat rasakan yang ain ada
sesuatu yang dipendamkan. Apakah yang mengganggu fikiran ain sebenarnya?
Klien: sebenarnya,baru-baru ini saya tidak dapat menumpukan perhatian dan tumpuan kepada
pelajaran saya kerana pada cuti yang lalu saya pulang ke kampung tiba-tiba ibu mengatakan dia
hendak menetapkan jodoh saya dengan sepupu saya yang baru pulang dari nigeria tanpa
memberitahu saya terlebih dahulu.

I.

Mengenal pasti masalah


Mengenal pasti masalah ialah tahap penerokaan yang telah mendorong klien dan kaunselor
memahami isu yang dibincangkan.kaunselor perlu meneroka masalah klien sepenuhnya.
Kaunselor perlu mengenal pasti masalah pokok dan masalah ranting daripada pernyataan klien
bagi memudahkan kaunselor membantu klien menyelesaikan masalah itu. Dalam mengenal pasti
masalah klien,kaunselor perlu memberi perhatian yang sepenuhnya kepada penceritaan klien
supaya dapat menentukan masalah utama klien. Selain itu,kaunselor perlu membantu klien
menentukan matlamat yang ingin dicapainya dalam mengatasi masalah masalah tersebut.
Matlamat yang ditetapkan perlu mengikut kemampuan dan sukarelawan oleh klien daripda
matlamat itu. Sehubungan dengan itu terdapat empat faktor dalam membantu individu
mengenalpasti dan menangani masalah mereka. Pertama adalah nasihat, kedua adalah kaunseling
arahan, ketiga delegasi dan yang terakhir ialah kaunseling bukan arahan. Tahap mengenal pasti
masalah ini amat penting kerana melalui tahap inilah kauselor dapat mengetahui masalah yang
betul-betul menganggu diri kliennya. Sebagai contoh ayat mengenal pasti masalah adalah seperti
berikut?.
Kaunselor : Sepanjang kita berbincang tentang diri ain, Pertama tadi ain ada mengatakan yang
ain ada masalah dengan pelajaran ain dan yang kedua pula ain telah mengatakan yang ain
mempunyai masalah dengan ibu ain. Antara dua masalah ini yang mana betul-betul menganggu
diri Ifa?
Klien : masalah dengan ibu yang betul-betul menganggu diri saya buat masa sekarang ini.

Membina matlamat
Matlamat sesi terbina apabila klien dan kaunselor bersetuju membuat definisi masalah klien
dengan diakui oleh klien, atau klien sendiri yang membuat pengakuan terhadap matlamat yang
diinginkannya sepanjang sesi ini berlansung. Oleh itu kaunselor perlu membuat pengucapan
tentang definisi masalah klien dengan diakui oleh klien ataupun klien sendiri yang membuat
pengakuan tersebut. Setelah masalah dikenalpasti kaunselor dan klien perlulah bersama-sama
membina matlamat kaunseling yang telah diinginkan oleh klien. Matlamat kaunseling yang
terbina perlulah dibina berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti oleh klien. Lazimnya
,matlamat kaunseling perlu mengikut kamahuan klien dan bukan kehendak kaunselor sematamata. Sebagai contoh ayat yang telah digunakan dalam proses membina matlamat ini adalah
seperti berikut:
I.

Kaunselor : ain rasa ain tahu apa yang ain hendak lakukan
Klien : Ya.
Kaunselor : Jadi disini... apa yang sebenarnya ain mahukan sebenarnya?.
Klien : Kalau boleh saya hendak ibu tahu yang saya kecewa dengan keputusan yang telah dibuat
kerana tidak memberitahu saya terlebih dahulu.
Kaunselor : Ohw... ini yang ain inginkan ya.
Klien : Ya.. kalau boleh saya hendak ibu tahu yang saya juga ada perasaan saya sendiri,ibu perlu
memberitahu dan bertanyakan pendapat saya sebelum membuat keputusan yang begitu drastik
dalam hidup saya.
Proses semak alternatif
Proses semak alternatif dilakukan setelah matlamat kaunseling jelas diperolehi daripada klien. Di
sini tugas kaunselor adalah menggalakkan klien membina beberapa alternatif. Kaunselor perlulah
mendorong klien membuat perancangan langkah-langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu
diri klien mengatasi masalah yang dihadapi olehnya. Sehubungan dengan itu kaunselor perlulah
menggariskan seberapa banyak alternatif yang telah diperolehi daripada klien.
Selepas klien mencadangkan alternatif yang dia mampu untuk lakukan, kaunselor perlulah
menghuraikan dan menilai setiap alternatif dengan mengambil kira kesan positif dan kesan
negatif, kebaikan dan keburukan daripada pelaksanaan alternatif yang ingin dilakukan. Selepas
itu jika klien merasakan pemilihan yang dibuatnya adalah terbaik, nilai semula alternatif yang
telah dipilih oleh klien tersebut dan jika alternatif ini klien rasa boleh membantu klien

I.

II.

III.

menyelesaikan masalah klien akan menggunakan alternatif ini bagi menyelesaikan masalah yang
telah dihadapinya selama ini.
Sehubungan dengan itu, bagi menyemak alternatif yang dibuat. Strategi yang terperinci
perlulah dilakukan agar jalan penyelesaian yang dipilih oleh klien betul-betul dapat membantu
dirinya. Strategi pertama yang boleh dilakukan bagi membantu klien ialah dengan menghuraikan
setiap alternatif yang telah dibuat oleh klien. Selepas itu, setiap alternatif yang diambil perlulah
diwujudkan langkah bagi mencapai alternatif tersebut. Apabila langkah telah diwujudkan, setiap
langkah itu perlulah dinilai daripada aspek halangan dan risiko yang bakal klien hadapi. Strategi
terakhir sekali ialah kaunselor perlulah membantu klien mewujudkan cara bagi mengatasi
halangan dan risiko daripada langkah yang ingin dilakukan oleh klien. Sebagai contoh ayat yang
telah digunakan dalam proses menyemak alternatif klien adalah seperti berikut:
Kaunselor : kalau begitu,apakah agaknya yang ain rasa,tindakan yang boleh ain lakukan?
Klien : saya rasakan,saya hendak berterus terang secara baik dengan ibu saya ,bahawa saya
mahu jodoh plihan saya sendiri. Lagipun saya tahu ibu memang sayangkan saya sebab selama ini
pun saya tidak pernah ingkar perintahnya.
Kaunselor : ya...emmmm...(sambil menggangguk sedikit).
Klien : betul juga kan?.
Kaunselor : ya,(sambil mengangguk). Selain itu,apa lagi cara lain yang ain rasa ibu ain akan
dapat terima keputusan ain itu?
Klien : kali ini saya rasa,saya memang nekad. Saya hendak bawa teman lelaki saya itu datang
berjumpa ibu dan mengambil hati ibu serta beramah mesra dengan ibu. Dan saya akan berkata
kepada ibu yang saya mahu beri tumpuan kepada pelajaran saya dahulu. Lepas belajar baru saya
fikirkan hal tersebut. Selain itu juga,saya hendak buktikan kepada ibu,yang saya pasti berjaya
dengan cemerlang tanpa ada ikatan pertunangan.

Proses mengambil tindakan.


Proses mengambil tindakan merupakan sebuah pelan tindakan yang diambil oleh klien dengan
bantuan yang kaunselor telah berikan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh klien.
Oleh itu, sesuatu pelan tindakan yang dipilih itu mestilah realistik iaitu boleh dicapai oleh klien
supaya dapat memudahkan klien mengambil tindakan. Sekiranya masih terdapat kegagalan
selepas klien membuat tindakan, klien perlulah menyemak semula pelan tindakannya tersebut
bagi membina pelan tindakan yang lebih menarik dan lebih realistik untuk dicapai olehnya.

Oleh itu, bagi membentuk pelan tindakan yang berjaya, pelan tindakan tersebut perlulah
mencapai limitasi klien dan keupayaan, realistik dan boleh dicapai. Bukan itu sahaja pelan
tindakan tersebut perlulah mudah difahami dan fleksible bagi menghasilkan tindakan yang
positif dan boleh dilakukan sendiri oleh klien. Di samping spesifik dan konkrit, aspek melibatkan
aktiviti-aktiviti pemusatan insan dan boleh diulang-diulang adalah merupakan langkah sebelum
klien membuat keputusan bagi menilai samaada realistik, boleh dicapai atau refleksi terhadap
apa yag klien inginkan. Selepas pelan telah dilaksanakan ke atas dunia realiti, penilaian perlulah
dilakukan sekali lagi supaya tiada sebarang masalah yang timbul hasil daripada pengaplikasian
tersebut. Perkara yang terakhir sekali ialah bagi memperkembangkan pelan tindakan pelbagai
kos dan faedah perlulah dibincangkan agar strategi telah termasuk perbincangan terhadap risiko
dan peluang untuk berjaya.
Sehubungan dengan itu apabila klien sudah bertekad untuk melakukan pelan tindakan,
klien adalah digalakkan untuk melihat nilai bagi tingkah laku baru yang ingin dicuba melalui
role play, imagery, behavioural carting, and progres notes, serta homework perlulah dilakukan
dengan membuat kontrak. Dengan cara ini, klien sentiasa melihat pencanggahan apa yang dia
ingin dan apa yang dia mahu lakukan. Kontrak yang dibuat ini berguna sebagai rangka rujukan
klien untuk menilai hasil sesi. Sehubungan dengan itu, perbincangan yang dilakukan adalah lebih
berfokus bagi melihat adakah kontrak dapat membantu dan apakah moditifikasi yang dapat
dijalankan. Sebagai contoh ayat yang saya telah gunakan dalam proses mengambil tindakan
adalah seperti berikut:

Proses penamatan.
Setelah mendapati klien boleh berdiri dan yakin terhadap tindakan yang diambil kaunselor
berhak menamatkan sesi yang telah berlansung antara kaunselor dengan klien. Namun begitu,
tindakan ini janganlah dibuat secara mengejut, kaunselor perlulah memberikan peluang untuk
klien lebih bersedia dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup. Sehubungan dengan
itu, sebelum sesebuah penamatan itu berlansung, matlamat kaunseling perlulah dicapai oleh klien
dan klien selesa dengannya. Oleh itu rumusan menyeluruh tentang proses kaunseling perlulah
dibuat oleh kaunselor agar klien labih nampak dan jelas tentang apa isu yang telah dibincangkan
dalam sesi.
Fungsi penamatan sebenarnya adalah untuk menunjukkan sesuatu yang ingin
ditamatkan, peluang untuk mengakhiri satu pengalaman pembelajaran yang baik peribadi dan
professional serta saya rasa penamatan telah memantapkan perubahan sedia ada yang telah
dicapai dan menunjukkan kemahiran penyelesaian masalah yang telah diperolehi. Bagi masa
penamatan pula, sesuatu penamatan yang dibuat adalah tidak mempunyai jawapan yang jelas,

oleh itu penamatan perlulah dilakukan mengikut kesesuaian diri klien tersebut samaada sudah
mampu untuk berhadapan dengan diri sendiri atau tidak. Proses penamatan sesi boleh
dibahagikan kepada dua ,iaitu:
1) Penamatan sesi untuk sesi lanjutan
Setiap sesi kaunseling pada kebiasaannya mengambil masa 45 hingga 60 minit seorang
kaunselor sentiasa menggalakkan klien bercerita masalah dalam lingkungan masa yang
ditetapkan . lebih kurang 5 minit sebelum sesi ditamatkan ,kaunselor perlu mengingatkan klien
akan tempoh masa yang masih ada. Peringatan ini akan memfokuskan isu yang pentinG.

2) Penamatan sesi kaunseling keseluruhan.


Penamatan proses kaunseling adalah peringkat akhir iaitu selepas kaunselor dan klien berpuas
hati dengan langkah penyelesaian yang membawa perubahan dalam diri klien ataupun selepas
klien merasa yakin masalah sudah selesai dan dapat mengendalikan masalah yang dihadapi
secara sendirian.
Sebagai contoh ayat yang telah digunakan bagi melakukan proses penamatan adalah seperti
berikut:
I.

Kaunselor: saya rasa ain dah dapat langkah untuk menyelesaikan pemasalahan ain. Oleh itu
sebelum saya tamatkan sesi saya, sebelum itu saya hendak memberikan ain homework dimana
ain kena senaraikan langkah-langakah alternatif lain yang dapat membantu diri ain dalam
menghadapi penyelesaian antara ain dengan ibu ain.
Klien : baiklah.
Proses susulan
Susulan adalah merupakan proses menyemak untuk melihat bagaimana klien melakukannya dan
menghormati apa-apa masalah yang timbul ke atas klien, namun begitu kadang-kadang perkara
ini berlaku sebelum penamatan dan proses ini adalah merupakan proses penyeliaan yang positif
yang boleh menggalakkan kepada pertumbuhan klien yang klien inginkan. Susulan amat penting
kerana dapat meneguhkan dapatan klien yang berlaku dalam proses kaunseling dan boleh
membantu kaunselor dalam menilai semula pengalaman sesi yang mereka telah jalani. Melalui
susulan ini juga, seseorang kaunselor dapat menekankan penjagaan kaunselor yang tulen dan
mengambil berat tentang kliennnya. Susulan dibimbing dalam jangka masa pendek 3 hingga 6
minggu dan jangka panjang sekurang-kurangnya selepas 6 bulan penamatan.

Selain itu juga, susulan juga boleh dilakukan dalam 4 bentuk. Pertama ialah menjemput
klien ke sesi untuk membincangkan kemajuan. Kedua adalah melalui telefon, dimana klien boleh
melaporkan kepada kaunselor secara verbal. Ketiga pula ialah kaunselor menghantar surat
kepada klien dan bertanyakan perkembangan yang terkini dan yang terakhir sekali adalah
kaunselor menghantar soal selidik klien berkenaan dengan tahap kefungsian mereka kini
menerusi pos. Oleh itu dapatlah disimpulkan disini bahawa susulan amat membantu jika klien
diselia kemajuannya melalui penggunaan graf dan carta dan klien bersetuju susulan diakhir sesi,
akan berlaku self monitoring yang memberikan klien tentang bukti dan kemajuan celik akal
yang konkrit terhadap keperluannya. Sebagai contoh ayat yang telah digunakan dalam proses
susulan ini adalah seperti berikut.
I.

Kaunselor: nampaknya masa sudah tamat ain,adakah ain selesa jika kita berhenti di sini?
Ataupun mungkin ada lagi perkara yang ingin ain kongsikan lagi bagi mengurangkan bebanan
emosi ain.
Klien : ain rasa cukuplah setakat ini . dengan alternative penyelesaian ini ain yakin ini dapat
diselesaikan .
Kaunselor: Jika begitu saya tamatkan sesi saya ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada
ain kerana sudi berjumpa dengan saya untuk kongsikan masalah ain dengan saya.
Klien : Sama-sama.

You might also like