Kelas Roti

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

RESEPI DOH ASAS 1

500 gm tepung roti/tepung gandum


25 gm susu tepung
70 gm gula
50 gm marjerin/mentega
11 gm yis/mauripan
8 gm garam
10 gm bread softner/bread improver (jika perlu)
250 gm air sejuk
1 biji telur
1 biji telur+susu+air(untuk glaze sapu atas roti)

CARA-CARA :

1. Campurkan semua bahan kering (tepung, susu tepung,gula,


garam, yis, bread softner).Gaul rata.
2. Masukkan marjerin.Gaul rata.
3. Campurkan telur dan air.Masukkan kedalam campuran
tepung sedikit demi sedikit.Uli.Masukkan hingga habis atau
sehingga adunan menjadi doh.(kuantiti air bergantung kpd
kualiti tepung/suhu persekitaran.Jgn habiskan jika adunan
lembik).
4. Uli sehingga adunan kenyal dan mudah dibentuk.Jadikan doh
menjadi satu bulatan besar.masukkan kedalam bekas
bertutup.Rehatkan selama 30 minit di tempat yang panas
atau sehingga doh naik sekali ganda.
5. Tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.Uli sekali lagi.
6. Timbang doh kpd 50gm.Bulatkan.Rehatkan 10 minit.
7. Ambil doh dan bentukkan mengikut bentuk yang diinginkan.
8. Letakkan doh yg telah dibentuk di atas loyang bergris
marjerin. Jarakkan kerana adunan akan mengembang
apabila dibakar.
9. Rehatkan doh di tempat yg panas.Apabila adunan naik,
bakar pada suhu 180celcius atau mengikut oven masingmasing selama 10-15 minit.
SELAMAT MEROTI!

DOH ASAS 2(ROTI MANIS).


BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong/tepung gandum
250 ml air suam
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (jika perlu)
180 g gula perang (brown sugar)/ 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera(sepeket mauripan)
1 camca teh esen vanilla

CARA-CARA:
1. Campurkan gula,air dan yis.Kacau dan simpan dalam bekas
tertutup untuk aktifkan yis hingga berbuih..
2. Campurkan bahan kering.Gaul rata.
3. Masukkan bancuhan gula, air dan yis tadi.Uli sehingga jadi
doh.
4. Masukkan mentega sedikit demi sedikit.Uli hingga doh
kenyal.
5. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16
bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam
tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan
kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
6. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit.
Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari
oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....

ROTI SARANG LEBAH


DOH
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
cawan plain yogurt, suhu bilik
cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan
berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung
gandum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk
adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap
melekat kat tangan.
2. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar
buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam
loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
3. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka
dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
4. Bakar pada suhu 180-200C api atas bawah dalam 10-15
minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di
atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

BUTTERSCOTCH SOS
1 cawan gula perang
1 cawan whipping cream/susu cair/susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanila
50g mentega/margerin
Cairkan mentega dalam periuk kecil, Masukkan gula perang,
kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan
berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan
tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia
untuk digunakan sebagai topping.

You might also like