L4-Siti Aminah Bonda Rasulullah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TAJUK 4 (L): SITI AMINAH BONDA RASULULLAH

TEKS
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
TERIMA KASIH PENGACARA BUDIMAN,
BARISAN HAKIM HADIRIN SEKALIAN,
HAYATILAH CERITA SAYA SAMPAIKAN,
SITI AMINAH BONDA RASULULLAH TAJUK PILIHAN.
Nama penuh Siti Aminah ialah Aminah binti Wahab bin Abd Manaf bin
Zohrah bin Kilab bin Murrah. Beliau ialah bonda Rasulullah dan berketurunan
Bani Zahrah.
Aminah bt Wahab wanita terpuji
Si Bunga Quraisy gelaran diberi
Berakhlak mulia tinggi peribadi
Kecantikan dan pergaulan dijaga rapi
Begitulah mulianya seorang wanita bernama Aminah . Sentiasa menjaga
kehormatan diri serta pergaulannya. Ingatlah, pergaulan yang bebas boleh
mengundang perbuatan zina.
Firman Allah :

Yang bermaksud : Dan janganlah kamu mendekati zina


(Potongan ayat 32, Surah Al-Isra)
, Ya kawan-kawan
Jauhilah perbuatan yang keji dan mungkar. Ramai remaja hari ini
terjebak dalam kancah penzinaan sehingga berlakunya kes
.pembuangan bayi yang tidak berdosa
Kecantikan Aminah terserlah indah
Diintai jejaka bernama Abdullah
Menjadi rebutan si gadis kota
Namun Aminah pilihan hatinya
Berkahwinlah Aminah dengan Abdullah, seorang pemuda mulia dalam
kalangan Quraisy.
13 | Te k s B e r c e r i t a S e k o l a h R e n d a h M T Q 2 0 1 5 - P P D
Kuching

: Firman Allah

Yang bermaksud : Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasangpasangan


(Potongan ayat 49, surah Az-Zariyat)
,Ya kawan-kawan
Perkahwinan dengan restu adalah kunci kebahagiaan rumah
tangga. Penceraian yang semakin meningkat setiap tahun
melibatkan ramai pasangan beragama Islam. Malah ada yang
.sanggup murtad kerana cinta tanpa restu

Abdullah menjalankan perniagaan ke negeri Syam. Demi tugas,beliau


terpaksa meninggalkan isteri tercinta. Dalam perjalanan beliau jatuh sakit
lalu meninggal dunia.
Sedihnya hati menerima berita
Mengharungi kehamilan sebatang kara
Bermimpi aneh dalam dirinya
Ada cahaya menerangi dunia
Sepanjang kehamilannya, Aminah sering bermimpi yang anaknya bakal
menjadi pemimpin ummah.
: Firman Allah

Yang bermaksud : Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan


untuk rahmat bagi semesta alam.
(Ayat 107, surah Al-Anbiya)
Ya kawan-kawan,
Pemimpin yang baik disenangi rakyat . Yang di Pertuan Agong
merupakan ketua agama dan negara , adalah lambang kedaulatan
negara kita.

14 | Te k s B e r c e r i t a S e k o l a h R e n d a h M T Q 2 0 1 5 - P P D
Kuching

Tanggal 12
Rabiulawal
Lahirnya Nabi
Junjungan mulia
Seluruh alam bergembira
Menyambut hadirnya
Insan mulia
Setelah 3 hari disusukan oleh Aminah, Halimatus Saadiah dijadikan ibu
susuan baginda. Baginda dihantar ke desa untuk mempelajari adat
masyarakat arab.

Firman Allah :

Yang bermaksud : Bukankah dia mendapati engkau


lalu ia memberikan perlindungan?

yatim piatu,

(Ayat 6, surah Ad-Dhuha)


Ya kawan-kawan,
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan patut dididik
menjadi orang berguna. Kes pendakwaan ke atas pasangan suami
isteri warga Malaysia di Sweden sebenarnya bertujuan mendidik
anak-anak.

Ketika berusia empat tahun ,baginda dikembalikan ke pangkuan Aminah.


Aminah mengasuh baginda dengan penuh kasih sayang, umpama
menatang minyak yang penuh.
Menziarahi pusara suami tercinta
Bersama Muhammad puteranya
Tiba di Abwa sakit melanda
Ajal pun tiba kembali kepada-Nya
Firman Allah :

15 | Te k s B e r c e r i t a S e k o l a h R e n d a h M T Q 2 0 1 5 - P P D
Kuching

Yang bermaksud: Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.


(Potongan ayat 185, surah Ali-Imran)
Ya kawan-kawan,
Setiap yang hidup pasti akan mati. Pemergian Tok Guru Nik Aziz
yang sangat disegani meninggalkan kesan mendalam buat rakyat
Malaysia.

Begitulah kawan-kawan, kisah Siti Aminah Bonda Rasulullah.


Sirah Nabi jadikan panduan
Buat pedoman perjalanan insan
Sekian. Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.

16 | Te k s B e r c e r i t a S e k o l a h R e n d a h M T Q 2 0 1 5 - P P D
Kuching

You might also like