Cara Membantu Guru Besar Melahirkan Kepercayaan Dan Keyakinan Terhadap Guru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Cara Membantu Guru Besar Melahirkan Kepercayaan Dan Keyakinan Terhadap Guru-gurunya

di Sekolah Berdasarkan Teori Kontigensi Fielder


1. Tidak menyembunyikan apa-apa daripada ahli organisasi
a. Sebagai seorang pemimpin, beliau haruslah berterus terang mengenai segala
aktiviti atau program yang ingin dijalankan
b. Ia penting untuk menimbulkan perasaan positif antara pemimpin dan ahli seperti
rasa percaya dan yakin antara satu sama lain
c. Ahli juga akan berasa selasa apabila bekerjasama dengan pemimpinnya dan
memberikan kerjasama pada tahap optimum
2. Sentiasa mengambil kira perasaan tentang ahli
a. Setiap individu mempunyai kelemahan dan kesukaran masing-masing.
b. Sebagai pemimpin, kita jangan terlalu menekankan kepada hasil kerja kerana ia
akan memberi tekanan kepada ahlinya
c. Apabila kita bersifat toleransi dan tolak ansur kepada ahli, maka ahli juga akan
memberi layanan yang sama kepada pemimpin.
3. Sentiasa berkomunikasi dengan ahli
a. Ia merupakan proses yang amat penting untuk mengenali ahli dalam organisasi
dengan lebih mendalam
b. Dengan ada pemahaman mengenai ahli, maka pemimpin boleh mengelakkan
daripada melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan
c. Dari sini, pemimpin juga boleh mengambil peluang ini untuk ahli lebih mengenali
dirinya
4. Sentiasa menghormati ahli
a. Hormat merupakan layanan yang mempunyai kesan yang mendalam. Ia
merupakan pengiktirafan seseorang individu daripada pelbagai aspek misalnya
bakat, kepintaran dan sebagainya.
b. Pemimpin haruslah menghormati ahlinya, barulah ahli akan bertindak yang sama
kepada pemimpin
5. Agihan tanggungjawab yang sesuai
a. Dengan pemahaman terhadap ciri-ciri yang terdapat pada setiap individu,
barulah pemimpin dapat mengagihkan tanggungjawab yang bersamaan dengan
kebolehan mereka agar mendapat hasil yang diingini
6. Rol Model
a. Pemimpin merupakan contoh kepada ahli dalam organisasi
b. Setiap tingkah laku pemimpin di bawah pemerhatian ahli
c. Ahli akan cenderung meniru tingkah laku pemimpin

You might also like