Genetik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PENGENALAN

Pada era globalisasi ini,salah satu kecemerlangan sains yang dapat menarik perhatian
dunia ialah kejuruteraan genetik.Menurut Dr. Ricarda Steinbrecher, kejuruteraan genetik
merupakan satu kaedah untuk menggabungkan satu gen dan sebahagian DNA sesuatu
spesis dengan gen bagi satu spesis yang lain. Dengan perkembangan kejuruteraan genetik
ini, manusia telah mampu untuk mengawal perkembangan genetik manusia dengan
pelbagai cara dan kaedah. Kejuruteraan genetik telah mewujudkan kesesuaian untuk
mencipta spesis yang baru daripada penggabungan gen.Kejuruteraan genetik ini,
keseluruhan komponen genetik adalah artifisial (buatan) iaitu diubah dan direka bentuk
mengikut keperluan.
Selain itu,kejuteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan.Hal ini
kerana gen yang mengandungi maklumat untuk hasil sel dalam urutan DNA tertentu dalam
organisma yang digelar sebagai progeni akan dikeluarkan dan digabung semula dengan
DNA organisma lain untuk membuat gen yang baru.Gen yang baru ini akan dimasukan
semula ke dalam badan progeni.

Organisma yang dihasil melalui teknik kejuruteraan

genetik digelarkan sebagai organisma terubah suai secara ataupun dalam Bahasa Inggeris
ialah GMO(genetically modified organism). Kejuteraan genetik adalah berbeza daripada
pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah secara tidak langsung. Kejuteraan
genetik menggunakan teknik pengklonan dan pengubahsuaian molekular untuk mengubah
struktur dan ciri gen secara langsung dan aplikasinya amat luas teutamanya dalam bidang
pertanian dan perubatan.
PUNCA KEMUNCULAN KEJURUTERAAN GENETIK
Kejuruteraan genetik yang merujuk kepada proses memanipulasi ciri-ciri dan fungsi gen
sesuatu organisma. Terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada kejuruteraan
genetik.Antara punca kejuruteraan genetik adalah untuk membuat pengubahsuaian
terhadap ciri genetik organisma tersebut untuk menjadikan gen organisma demi memenuhi
matlamat manusia tertentu seperti menghasilkan gen yang lebih baik.Kejuruteraan genetik
akan mengganggu proses reproduktif yang semula jadi sesuatu organisma kepada sama
ada seksual ataupun aseksual.Ia telah memberikan hala tuju baru yang amat berbeza
daripada kecenderungan dan pembangunan yang asal organisma tersebut.Proses
kejuruteraan genetik ini telah membabitkan pengasingan dan manipulasi gen organisma
dengan memasukkan DNA yang merupakan bahan penting menghasikan gen yang baru ke
dalam sel organisma tersebut.Saintis mengambil gen yang mempunyai ciri yang mereka
hendak daripada satu organisma ke dalam gen yang dimiliki oelh satu lagi organisma yang
lain.Mereka menggabungkan gen dengan cara kombinisasi dan menyusun semula kedua
1

gen tersebut kepada gen yang baru.Gen tersebut mengandungi ciri-ciri yang dikehendaki
dan menepati matlamat. Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu
maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis
organisma lain dan perkara ini adalah tidak dapat dilakukan dengan teknik pembiakan
biasa. Secara ringkasnya, gen-gen bagi ciri-ciri yang dikehendaki dikeluarkan daripada satu
spesies organisma hidup dan dimasukkan ke dalam orgasnisma yang lain.
Selain itu, punca yang menyumbang kepada pertumbuhan kejuruteraan genetik ialah
menghasilkan sesuatu yang mewarisi identiti dan gen yang sama yang mewarisi daripada
induk .Ia merupakan merujuk kepada satu proses yang mencipta satu salinan
pecahan DNA, sel, ataupun organisma. Dalam kata lain,ini juga merujuk kepada
penghasilan salinan yang berganda untuk sesuatu produk yang fungsinya adalah
seperti mesin fotostat.Proses ini digelar sebagai kloning yang termasuk dalam teknik
kejuruteraan genetik.Proses ini yang menghasilkan organisma yang baru tetapi masih
adalah mempunyai ciri dan sifat yang sama dengan indukny.Organisma baru ini mempunyai
susunan genetik yag sama dengan induk.Proses ini juga adalah melalui cara reproduksi
aseksual yang bermaksud reproduksi yang tidak melibatkan meiosis, ploidi pengurangan,
atau fertilisasi. Sebuah definisi yang lebih ketat adalah reproduksi tanpa fusi gamet dan
hanya mewarisi satu gen daripada satu induk.Dengan proses kloning ini,organisma yang
mempunyai ciri-ciri induk yang baik dan cemerlang dapat dipilih.Organisma baru dapat
dihasilkan dalam bilangan yang banyak dan melalui cara yang lebih mudah dan dalam
tempoh yang singkat berbanding dengan melalui reproduktif seksual.Kualiti organisma yang
dihasilkan secara banyak juga dapat dijaminkan.
KESAN POSITIF KEJURUTERAAN GENETIK
Kejuruteraan genetik telah mendatangkan kemaslahatan yang tidak terkira kepada
masyarakat dari pelbagai aspek kehidupan.Dalam bidang pertanian dan pemakanan, antara
hasil tanaman yang melalui proses kejuruteraan genetik ialah ubi kentang,jagung,padi dan
sebagainya.Dengan

penggunaan

kejuruteraan

genetik,kualiti

hasil

pertanian

dapat

dipertingkatkan,mengelakkan pembaziran hasil pertanian dan meningkatkan lagi hasil


tanaman kalau dibandingkan dengan tanaman organi.Sebagai contoh,kewujudan jagung
dan padi yang mempunyai daya tahan yag tinggi terhadap perosak serangga.Saintis
mengeluarkan gen yang boleh membuat racun daripada sesetangah bakteria.Lepas itu, gen
tersebut telah dimasukkan ke dalam jagung.Justeru,DNA dalam jagung akan memhasilkan
racun sendiri dan tidak payah menyembur racun serangga yang akan menjejaskan kualiti
jagung dan tanah.Tomato yang melalui proses kejuruteraan genetik dapat desimpan dalam
tempoh yang lebih panjang.Hal ini kerana saintis telah mengeluarkan gen yang akan

mengakibatkan kelembutan tomato dan ini amat sesuai untuk dieksport terutamanya ke luar
negara.Padi yang melalui proses kejuruteraan genetik mengandungi beta-carotene akan
menghasilkan vitamin A dalam badan manusia kerana padi dimasukkan tiga jenis gen
daripada tumbuhan lain. Padi ini dapat mencegah penyakit seperti campak dan rabun
malam. Kaedah pengklonan juga digunakan untuk menghasilkan hasil tanaman yang
banyak dalam masa yang singkat.Gen daripada ikan yang tinggal di Antartik dimasukkan ke
dalam gen tumbuhan supaya dapat menahan kesejukan dan menambah hasilan.
Selain itu,kejuruteraan genetik juga memainkan peranan yang amat penting dalam bidang
penternakan.Hasil penternakan sememangnya merupakan salah satu pembekal sumber
protein untuk mengekalkan keseimbangan pemakanan manusia untuk mengekalkan
kesihatan badan.Misalnya,susu yang dihasilkan oleh lembu yang telah melalui proses
kejuruteraan genetik akan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi,dapat digunakan
untuk meningkatkan daya tahan badan serta dapat mencegah penyakit seperti kanser dan
dihasilkan dalam kandungan yang sebanyak dua kali ganda.Gen dalam khinzir telah
dimasukkan ke dalam ayam supaya cepat membesar. Melalui kejuruteraan genetik,
pembiakan haiwan boleh dijalankan secara besar-besaran dan mempunyai daya tahan
penyakit yang lebih baik serta kadar pertumbuhan yang cepat. Ikan yang diternak di China
yang melalui kejuruteraan genetik adalah membesar dengan cepat,penyesuaian diri dengan
persekitaran dengan mudah serta tekstur daging yang baik. Penternak tidak akan
mengalami sebarang masalah untuk menternak haiwan yang berkualiti tinggi.
Dalam bidang perubatan pula,aplikasi dalam kejuruteraan genetik yang merupakan teknik
memanipulasi gen ialah membuat pengubahsuaian terhadap sel bakteria yang dapat
berfungsi sebagai penjanaan protein.Sainitis telah menghasilkan engineered bacteriayang
yang

merupakan

mikroorganisma

baru

yang

mempunyai

banyak

fungsi,amat

efisien,penyesuaian diri yanrg tinggi dan sebagainya.Engineered bacteriaini juga digunakan


untuk menghasilkan insulin untuk penyakit kencing manis,Interferon yang merupakan
hormon memiliki peranan penting dalam pertahanan terhadap infeksi virus, hormon
pertumbuhan,antibiotik

dan

sebagainya.Dengan

ini,penyakit

kronik

dapat

dicegah.Penghasilan ubat melalui kejuruteraan genetik ini adalah lebih cepat,spesifik dan
dan murah kalau berbanding dengan cara dulu.Engineered bacteriajuga merupakan
mempunyai sistem imuniti yang lebih baik dan tidak bahaya untuk digunakan.Banyak
penyakit yang merupakan penyakit keturunan keluarga secara turun-temurun diakibatkan
oleh gen dalam badan. Genetik seseorang dapat diubahsuaikan melalui kejuruteraan
genetik maka dapat mengelakkan seseorang mewarisi penyakit genetik.Saintis sekarang
telah menyuntik tikus dengan gene gun yang

fungsinya menghantar DNA tertentu ke

dalam badan dan mendapat kesan yang positif.Ini bermaksud mungkin masalah penyakit
3

keturunan seperti penyakit haemofilia dapat diatasi dengan penggunaan gene gun dan
menggantikan kaedah penggunaan vaksin.Dengan aplikasi kejuruteraan genetik ini,hayat
manusia dapat dipanjangkan danpat meningkatkan taraf kesihatan manusia.
Di samping itu,teknik kejuruteraan genetik juga diaplikasikan dalam bidang industri.
Engineered bacteria boleh digunakan untuk menyelesaiakan masalah pertumpahan minyak
di atas laut.Bakteria yang diubah suai dapat dihasilkan dalam bilangan yang banyak dalam
masa yang singkat.Ia berfungsi sebagai agen-agen pembersihan untuk mendegradasi
kesemua komponen minyak yang bertumpah di atas laut dan menyelesaikan masalah
pencemaran. Proses fermentasi yang memerlukan masa untuk menghasilkan alkohol dan
doh yang digunakan untuk membuat roti dapat diperbaiki dengan teknik kejuruteraan
genetik. Contohnya, menambahkan gen-gen kepada strain yis Saccharomyces

untuk

mensintesis enzim amilase.Enzim ini yang boleh mengurangkan masa dan penghasilan
alkohol daripada kanji yang lebih efisien dan meningkatkan penghasilan alkohol.
Kejuruteraan genetik juga digunakan dalam melahirkan zuriat yang merupakan ketamadun
manusia. Kejuruteraan genetik merupakan salah satu cabang biologi yang berkaitan dengan
mewarisi ciri-ciri dan identiti daripada ibu bapa. Ilmu genetik ini membuat penyelidikan
tentang fenomena pewarisan dan variasi dalam kesemua makhluk hidup, samada manusia
mahupun bakteria.Kejuruteraan genetik ini telah mendatangkan impak yang positif kepada
masyarakat teruatamanya terhadap pasangan suami isteri yang ingin beranak tetapi
menghadapi masalah.Dengan adanya teknik dan kaedah kejuruteraan genetik ini,pasangan
yang menghadapi masalah juga boleh memiliki anak sendiri dengan mudah dan selamat.
Anak juga merupakan elemen penting yang dapat menambahkan keceriaan sebuah
keluarga.Tambahan pula,teknik ini juga membolehkan pasangan tersebut boleh mempunyai
anak yang adalah sihat dari segi mental dan fizikal.Hal ini demikian kerana teknologi ini
boleh memilih gen-gen yang baik daripada sel somatik ibu bapa kemudian barulah
menjalankan InVitroFertilisation ataupun anaknya yang digelar sebagai anak tabung
uji.Maka, anak yang sihat dan mempunyai intelektual yang tinggi dapat dilahirkan dan ibu
bapa tidak perlu merisaukan anak yang keadaan kesihatan kurang baik.Secara tidak
langsung,anak tersebut mungkin dapat berkhidmat dan menyumbang kepada negara pada
masa depan.
CABARAN KEJURUTERAAN GENETIK KE ATAS PEMBANGUNAN NEGARA
Walaupun kejuruteraan genetik mendatangkan banyak kebaikan,tetapi ia juga telah
membawa cabaran ke atas pembangunan negara.Dari segi keagamaan,merujuk kepada
agama Islam, dalam al-Quran telah menyatakan bahawa makanan yang telah diubahsuai
melalui kejuruteraan genetik adalah tidak diperlukan di dunia ini kerana ini dianggap akan
4

menimbulkan konflik dengan mahluk yang dicipta oleh Allah.Dalam agama Islam juga
menyatakan bahawa Allah telah mencipta segala mahluk dengan sempurna dan baik dan
manusia tidak ada hak untuk mengubah ataupun memanipulasi sebarang benda di dunia
yang dicipta oleh Allah.Saintis yang mencuba untuk mengubah atau mencipta kehidupan
adalah dianggap telah mengganti Tuhan.Perkara ini dianggap sebagai dosa yang amat
besar dalam agama Islam.Dalam agama Kristian, menurut salah satu buku dalam bible,
Ecclesiastes 7:13 mengatakan mempertimbangkan apa yang Tuhan telah melakukan:siapa
boleh meluruskan apa yang beliau buat kepada bengkok?jawapan bagi soalan ini ialah
kejuruteraan genetik yang baru muncul pada tahun 1971-1973.pandangan terhadap
kejuruteraan genetik ini adalah dilihat dan dianggap sebagai memainkan Tuhan kerana
Tuhan mencipta kehidupan dan manusia dan pengubahsuaian genetik telah dianggap
Tuhan adalah tidak sempurna. Makanan yang melalui kejuruteraan genetik ini juga
membawa

masalah

yang

besar

kepada

masyarakat

dan

menyulitkan

masalah

pemakanan.Sebagai contoh,penganut Islam adalah dilarang untuk makan makanan yang


mengandungi bahan khinzir.Seperti yang telah dikatakan tadi,jika ayam telah dimasukkan
gen

yang

didapatkan

daripada

khinzir,penganut

Islam

adalah

dilarang

untuk

makan.Penganut Hindu adalah dilarang makan lembu dan vegetarian serta penganut
Buddha dilarang makan daging.Kejuruteraan genetik ini telah menghasilkan tumbuhan yang
mengandungi gen haiwan seperti mungkin akan menyebabkan mereka mempunyai banyak
makanan yang tidak boleh makan dan kekurangan makanan yang boleh makan.
Selain itu,dari segi etika, perkembangan kejuruteraan genetik yang amat pesat sehingga
berkemampuan untuk mencipta bayi yang diingin.Keadaan ini membolehkan ibu bapa
menentukan jantina bayi,memberi bayi immuniti terhadap penyakit malahan dapat
mengubah ciri fizikal bayi seperti warna rambut ataupun warna mata.Pada tahun
2005,undang-undang memberi permit kepada sainitis untuk menjalankan eksperiment yang
membawa kepada babi pertama yang melalui pengubahsuaian genetik telah dilahirkan di
London.Ini telah menunjukkan betapa dekatnya untuk manusia yang melalui pengubahsuian
genetik.Idea tentang pengubahsuaian manusia adalah sangat kontroversial.Ia bukan shaja
amat kontroversial dan adalah bertentangan dengan ajaran agama tentang Tuhan malahan
ia juga melibatkan kos yang amat tinggi yang membawa makna hanya orang kaya
berkemampuan untuk menanggung kos tersebut.Setelah perkara ini berlarutan, akan
menyebabkan perbezaan fizikal antara masyarakat yang kaya dan yang miskin.Hal ini
mungkin akan mengakibatkan masalah sosial yang utama pada masa depan di mana orang
kaya telah menjadi mempunyai daya tahan yang baik terhadap penyakit.Ini juga akan
menjadikan kejuruteraan genetik,bayi dan gen menjadi komoditi utama yang boleh
mengakibatkan banyak isu.Isu yang akan timbul adalah seperti penjualan bayi yang
5

mempunyai gen yang baik.Seterusnya,menurut surat khabar England The Independence


,saintis memasukkan gen dari manusia ke dalam sawah padi.Sawah padi ini akan
mempunyai daya tahan tinggi terhadap racun serangga dan tidak mudah untuk rumput
mempunyai daya tahan terhap racun serangga.Perkara ini telah menyebabkan suara
bantahan tentang perkara ini.Organisasi alam sekitar juga menyatakan kalau masyarakat
makan sawah padi ini yang melalui kejuruteraan genetik akan menyebabkan keadaan
orang makan orang.
Dari segi kesihatan manusia,makanan yang melalui kejuruteraan genetik ini selalu
dimasukkan dengan pelbagai gen yang berlainan.Kejuruteraan teknik telah menyebabkan
gen yang dimasukkan ke dalam makanan adalah tidak mempunyai batasan kerana boleh
menggunakan gen dari sama ada tumbuhan,haiwan ataupun mikroorganisma.Selalunya gen
manusia,haiwan dan tumbuhan bergabungan,akibat yang akan timbul merupakan suatu
yang tidak dapat diketahui dan tidak pasti.Mungkin impaknya akan menimbul setelah
beberapa

tahun.Semasa

saintis

yang

menjalankan

kejuruteraan

genetik

tersebut

mempertimbangkan keselamatan dan risiko dan perkara yang tidak dijangka mungkin akan
berlaku,mereka mempunyai kerisauan dan keraguan telah mengatakan makanan yang
melalui kejuruteraan teknik ini akan mengurangkan masa pembesaran tumbuhan,mungkin
akan mengubah nutrien yang asal ataupun membawa kesan sampingan seperti menambah
racun,menjadi punca alergi dan.Keadaan ini mengakibatkan manusia yang makan makanan
ini dalam jangka panjang akan menjejaskan dan mengubah rembesan hormon,dan
seterusnya akan merosakkan metabolisme manusia, dan meningkatkan peluang mutasi gen
,menimbulkan masalah allergi terhadap makanan ataupun sistem immuniti akan menjadi
tidak terkawal.Sesetengah saintis merisaukan,kebanyakan hasil pertanian yang telah
melalui

kejuruteraan

genetik

mempunyai

daya

tahan

terhadap

serangga

,selain

menimbulkan racun dan punca alergi baru,juga mungkin menghasilkan sesetengah super
virusyang amat diubati dan mempunyai daya tahan tinggi terhadap ubat.Kalau manusia
makan makanan tersebut, mungkin akan menyebar bakteria dan virus yang menahan
antibiotik, badan juga akan menahan kegunaan antibiotik.Semasa manusia sakit,fungsi
antibiotik tidak dapat memainkan peranannya.Pada tahun 1980,Amerika Syarikat pernah
berlakunya perkara keracunan yang tentang makan tryptophanyang merupakan diperlukan
oleh manusia.Syarikat Jepun yang bernama Showa Denko telah memasukkan banyak
bakteria melalui kejuruteraan genetik untuk menghasilkan tryptophan supaya lebih
efisien.Apabila produk tersebut dijual ke Amerika Syarikat, berlakunya 37 orang mati dan
1500 orang mengalami kecacatan sepanjang hayat.Setelah penyiasatan, punca perkara
ialah racun yang bayak yang terdapat dalam trytophan adalah disebabkan oleh bakteria
yang telah mengalami kejuruteraan genetik.
6

Tambahan pula,kejuruteraan genetik ini juga membawa impak kepada alam sekitar dan juga
meluaskan pencemaran terhadap persekitaran.Setakat ini,fungsi yang paling nyata sekali
melalui kejuruteraan genetik ialah gen dalam tumbuhan yang mempunyai daya tahan tinggi
terhadap serangga,menahan virus dan menahan racun serangga .Melalui kajian
pakar,mereka mendapati tumbuhan yang telah melalui teknologi kejuruteraan genetik ini
telah menggunakan lebih banyak racun serangga dibandingkan dengan tumbuhan yang
tidak melalui teknologi tersebut.Apabila serangga dan rumpai didedahkan dengan racun
yang sama secara berlarutan,serangga dan rumpai akan berkembang dan mengalami
mutasi menjadi lebih bertahan tinggi,immuniti terhadap racun tersebut supaya dapat
meneruskan kehidupan.Keadaan ini akan menyebabkan kemunculan super weed dan
super bug dan kegunaan racun serangga yang digunakan sebelum sudah kehilangan
kesannya.Petani terpaksa menggunakan dos racun serangga yang lebih banyak dan yang
lebih berkesan.Racun serangga menghapuskan rumpai dan serangga dan pada masa yang
sama merosakkan kauliti tanah dan mencemarkan alam sekitar.Di samping itu,kemunculan
serangga ,rumpai dan tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang tinggi ini akan
menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem,menjadikan gugutan kepada hidupan yang lain
dan menyebabakan kepupusan spesis lain Pengaruh organisma yang diubah secara genetik
dalam rantai makanan boleh merosakkan ekologi setempat, dan menyebabkan perubahan
yang tidak dijangka pada alam sekitar.Sebagai contoh,tumbuhan yang telah melalui
teknologi kejuruteraan genetik ini mungkin akan menyingkirkan spesis lain yang
berdekatan,bersaing untuk mendapatkan ruang untuk membesar dan menawan seluruh
kawasan pertanian. Pada tahun 1999,sejenis anak rama-rama telah makan jagung yang
genetiknya yang diubah suai telah mengakibatkan pertumbuhannya yang lambat dan
kemudian mati.
LANGKAH MENANGANI CABARAN ISU KEJURUTERAAN GENETIK
Terdapat beberapa langkah-langkah yang drastik yang telah diambil untuk mengatasi
cabaran yang dibawa oleh kejuruteraan genetik.Antara langkah yang diambil ialah
menegaskan bahawa makanan yang melalui kejuruteraan genetik mesti dilabelkan sebagai
GMO yang bermaksud makanan yang diubahsuaian dari genetik.Hal ini membolehkan
pengguna dapat mengetahui maklumat dan butir-butir tentang makanan tersebut seperti
bahan yang mengandungi dalam makanan, sama ada akan mengakibakan alergi,dan juga
kandungan nutrisi dalamnya.Lagipun,sistem label makanan ini memang memenuhi
keperluan pengguna.Selain itu,cara ini merupakan cara efektif untuk meningkatkan jaminan
kesihatan masyarakat, mengurangkan risiko yang mungkin mengandungi mendatangkan
masalah.Selain itu, cara label ini juga tidak perlu menghabiskan kos yang banyak, harga

yang murah tidak akan menjadi bebanan kewangan sama ada pengguna ataupun syarikat
yang berkenaan.
Di samping itu,penguatkuasaan undang-undang juga merupakan langkah yang amat
berkesan dalam mengatasi cabaran ini.Pada peringkat antarabangsa,masyarakat dan
peringkat kebangsaan telah mengambil langkah untuk mengatasi cabaran yang berkenaan
dengan kejuruteraan genetik.Sebarang penyelidikan sains yang ingin dijalankan hendaklah
mendapatkan daripada kebenaran daripada pihak berkuasa kerajaan sebelum menjalankan
sebarang

eksperiment.Universiti

dan

institut

penyelidikan

selalunya

mempunyai

jawantankuasa eksekutif yang bertanggungjawab untuk memberi keizinan kepada sebarang


eksperiment yang tentang kejuruteraan genetik.Eksperiment tersebut juga memerlukan
keizinan daripada agensi negara dan mesti menjalankan eksperiment dalam bilik makmal
khas yang diiktiraf seperti Physical Containment level 1 (PC1) atau Physical Containment
level 2 (PC2) di Amerika Syarikat.Pada awal 1990,beberapa negeri di Amerika Syarikat
juga mempunyai undang-undang yang mengawal produk kejuruteraan genetik yang terdapat
di pasaran.
KESIMPULAN
Intihannya,keselamatan dan kesan yang berada dalam benda yang melalui kejuruteraan
genetik merupakan sesuatu yang mempunyai hubungan dengan kehidupan manusia
terutamanya tentang masa depan.Sepanjang masa ini, kejuruteraan genetik telah menjadi
semakin

komersial,manusia

semakin

menekankan

kepentingan

keselamatan

yang

dibawa.Walaupun cara untuk menyelesaikan cabaran kejuruteraan genetik ini tidak cukup
sempurna,tetapi tetap mengurangkan kegugatan yang diselami dalam produk yang diubah
suai melalui kejuruteraan genetik.Sesungghunya,perkembangan dan kepesatan yang
dibawa oleh kejuruteraan genetik memang membawa banyak kebaikan dan manfaat kepada
masyarakat dari pelbagai aspek seperti pertanian, perubatan dan sebagainya.Tetapi,
teknology ini juga menjadi cabaran ke atas pembangunan negara.Bak katabukit sama
didaki,lurah sama dituruni yang bermaksud semua lapisan masyarakat tidak kira
agama,budaya.warna kulit harus bersama berganding bahu untuk mengatasi cabaran yang
mendapat perhatian daripada seluruh dunia.Masyarakat harus berusaha memikir dan
mengkaji kebaikan dan cabaran yang terdapat dalam kejuruteraan genetik ini tanpa
mementingkan

kepentingan

diri

serta

mengambil

langkah

penyelesaian

supaya

keharmonian antara alam sekitar dan manusia dapat dijamin,kejuruteraan genetik tidak akan
disalahgunakan dan masa depan generasi yang akan datang dapat dijamin.

RUJUKAN
1. Ubahsuaian
genetik
makanan
punca
penyakit,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm , diakses
pada 26 Ogos 2014
2. Pertanian
Sri
Selangor:Superweeds,Superpests,dan
Superprofits,
http://pertanianselangor.wordpress.com/2013/01/15/padi-sri-selangor-superweedssuperpests-and-superprofits/ ,diakses pada 26 Ogos 2014
3. Kejuruteraan
Genetik:Di
Mana
Batasannya
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7128-kejuruteraan-genetik-di-manabatasannya,diakses pada 26 Ogos 2014
4. Biologi
Molekul
dan
Kejuruteraan
Genetik
(BT01)
http://www.mardi.gov.my/web/guest/biologi-molekul-dan-kejuruteraan-genetik-bt01,
diakses pada 27 Ogos 2014
5. Kejuruteraan genetik,http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejuruteraan_genetik,diakses pada
27 Ogos 2014
6. Tn.Hj.Md Lasa Bin Yahya,Nora Binti Sahmat,Nor Khatimah@Nor Khasimah Bt
Ismail(2013), Pengajian Am,Selangor,Percetakan Tatt Sdn Bhd(2013)
7. B Singh,S K Gautum,M S Chauhan(1 December 2013),Textbook of Animal
Biotechnology ,The Energy and Resources Institute,TERI
8. En.Amaran Bin Idris,En.Ismail,Bin Kosman,Tn.Hj Md Lasa Bin Yahya(2013),
Pengajian Am,Selangor,Percetakan Tatt Sdn Bhd

You might also like