Langkah Mengatasi Kesesakan Jalan Raya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LANGKAH MENGATASI KESESAKAN JALAN RAYA

Kesesakan jalan raya di bandar-bandar utama berpunca daripada sikap


pemandu dan tiada kemudahan infrastruktur yang membebankan
orang ramai.
Ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menangani kesesakan
jalan raya dengan menaikkan cukai import yang hanya boleh dilakukan
pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Perhubungan Jalan Raya
(JPJ). Tujuannya adalah untuk menurunkan minat membeli kereta
persendirian.
Kerajaan mestilah memperketatkan ujian memandu untuk menangani
kesesakan jalan raya. Pengusaha pengangkutan awam mestilah
meningkatkan mutu pengangkutan awam khas untuk orang yang
sudah bekerja ataupun yang masih belajar.
Sikap pemandu yang cuai, leka dan alpa boleh diatasi jika pemandu
mengubahkan sikapnya menjadi pemandu yang berhemah tinggi dan
bertolak ansur. Pemandu disarankan agar berhati-hati ketika memandu
dan cuba elakkan daripada kemalangan kerana kemalangan juga
punca kesesakan jalan raya. Kerajaan mestilah menambahkan
kemudahan infrastruktur serta menaik taraf jalan bandar dan
kenderaan.
Pengguna kereta persendirian digalakkan untuk menggunakan
pengangkutan awam seperti bas awam, keretapi, monorel dan teksi
untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Bagi para pemandu yang sudah bekerja tidak digalakkan balik pada
waktu puncak kerana waktu puncaklah yang menyebabkan kesesakan
jalan raya. Pengguna jalan raya mestilah mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan seperti mematuhi lampu isyarat dan mematuhi papan
tanda yang telah ditetapkan seperti kurangkan kelajuan. Kerajaan
mestilah mengenal pasti pengguna kenderaan yang tidak mempunyai
lesen kenderaan.
Akhir kata pengguna jalan raya mestilah mempunyai nilai yang positif

seperti bertolak ansur dan kerajaan juga memainkan peranan yang


tinggi untuk mengatasi kesesakan jalan raya di bandar-bandar utama.

You might also like