Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu

semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Doktrin Rukun Negara
diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu memikul
tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan
berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih
dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang
Pengarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada
masa itu iaitu perbalahan antara etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 (di
Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966 (di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang)
dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur).
Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan
oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di
bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah
menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara
dan Majlis Perundingan Negara.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


Ini bermaksud bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan
Malaysia. Walaupun demikian, agama-agama lain daripada Islam boleh
dipraktikkan oleh lain-lain kaum mengikut kepercayaan masing-masing .
Tidak ada diskriminasi dikenakan kepada mana-mana anggota
masyarakat atas dasar kepercayaan agama mereka. Menurut prinsip ini
juga, negara kita tidak mengakui sebarang ideologi yang tidak
mempercayai wujudnya Tuhan.
KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Prinsip ini menekankan bahawa setiap rakyat negara ini perlu
memberikan kesetiaannya yang ujur kepada Raja yang memerintah
negara Malaysia iaitu Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ini menekankan bahawa adalah menjadi tugas dan tanggungjawab
setiap rakyat yang setia untuk memahami dan menghormati isi
kandungan, semangat serta latar belakang sejarah perlembagaan
Malaysia. Latar belakang sejarah sangat penting kerana ia memberikan
segala penghuraian dan perincian mengenai aspek-aspek yang berkaitan
kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi,
kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan lain-lain keistimewaan
penduduk pribumi Sabah dan Sarawak. Jelaslah bahawa keinsafan tiaptiap warganegara ini adalah untuk menghormati serta mendukung isi
kandungan perlembagaan serta boleh meninggikan persefahaman dan
perpaduan di kalangan rakyat.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Sistem pemerintahan dan keadilan negara adalah berteraskan kepada


undang-undang yang dibuat oleh kerajaan. Tiap-tiap rakyat negara ini
tanpa mengira keturunan, agama dan kepercayaannya mendapat hak yang
sama dari segi undang-undang. Hak kebebasan individu ini dijamin oleh
undang-undang.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Mengikut prinsip ini, tiap-tiap orang dan kumpulan dalam masyarakat
adalah dikehendaki bertindak dan berkelakuan secara sopan dan susila. Ia
haruslah mempunyai moral yang tinggi, menghormati orang lain dan
menghindarkan dirinya daripada membangkitkan persoalan-persoalan
yang sensitif kepada sesuatu kaum seperti hal-hal yang berkaitan dengan
ketaatan seseorang rakyat atas dasar asal keturunan kaumnya, bahasa,
kebudayaan serta agama dan kepercayaan.

You might also like