Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi bahawa hutan merupakan

khazanah alam yang amat tinggi nilainya. Hutan mendatangkan pelbagai


__________________ kepada masyarakat dan negara. Tanpa hutan
kita tidak akan dapat menikmati _________________ yang dapat kita
nikmati pada waktu ini. Macapada, hutan semakin terancam sebagai
akibat _______________________
masyarakat pada zaman ini.
Mereka
hanya
melakukan
sesuatu
tindakan
berlandaskan
________________ bukannya berlandaskan fikiran sedangkan mereka
mengetahui kesan tindakan mereka terhadap generasi pada masa
hadapan. Oleh sebab itu, semua pihak haruslah ______________ bagi
memastikan hutan terpelihara kerana hutan memberikan manfaat
kepada masyarakat dan negara.

Antara kepentingan hutan kepada masyarakat ialah hutan merupakan habitat bagi flora dan
fauna yang juga merupakan sumber makanan kita. Hutan merupakan satu-satunya habitat bagi
tumbuhan dan haiwan. Sekiranya hutan pupus di manakah binatang-binatang liar tersebut dapat
tinggal selain hutan? Di samping itu, hutan merupakan sumber makanan bagi binatang liar tersebut
yang tergolong daripada kategori 'herbivore'. Sekiranya mereka kehilangan sumber makanan kita juga
akan kehilangan sumber makanan kerana sumber protein kita ialah daging binatang-binatang yang
terdapat di dalam hutan. Pengekalan habitat flora dan fauna perlu diterus dijaga dan dipulihara agar
kitaran ekosistem alam ini terus terjaga dan terpelihara.

Selain itu, hutan juga dapat menstabilkan peratus oksigen di permukaan bumi. Hal ini kerana
hanya hutan sahaja yang boleh menjalankan proses fotosintesis. Proses fotosintesis amat penting
dalam kehidupan masyarakat dalam memastikan purata suhu di negara kita tidak meningkat kerana
kesan rumah hijau boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat. Sekiranya hutan ditebang,
bilangan tumbuhan hijau akan berkurangan dan menyebabkan peratus karbon dioksida bertambah
seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Natijahnya, kita akan mengalami El-Nini sedangkan
kedudukan negara kita terletak di garisan khatulistiwa. Secara faktanya,negara kita mengalami iklim
yang panas dan lembap sepanjang tahun tetapi kenapa kita ingin negara kita mengalami kemarau
yang berpanjangan. Oleh yang demikian masyarakat yang bersikap materialistik hendaklah mengikis
sikap
tamak
dalam
sanubari
mereka
itu
kerana
anjakan
paradigma.
Seterusnya, hutan juga merupakan kawasan tadahan hujan. Hutan merupakan sumber air

dominan yang kita gunakan dalam rutin harian. Sekiranya hutan semakin pupus, cuba kita bayangkan
bagaimana kehidupan kita tanpa air. Sememangnya kita sedar bahawa kita tidak boleh hidup tanpa air
walaupun sehari kerana kegiatan rutin harian kita sentiasa menggunakan air seperti membasuh
kereta, mencuci pinggan , mandi dan juga menampung keperluan asas bagi manusia. Kegiatan
pembalakan haram semakin berleluasa pada hari ini dan menyebabkan hutan di negara semakin
terancam. Hal ini akan menyebabkan kita kehilangan kawasan tadahan hujan sekali gus kita akan
kehilangan sumber air yang berkualiti. Oleh itu, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita
hendaklah mengambil berat terhadap kegiatan pembalakan haram yang mengancam kepentingan
hutan.
Di samping itu juga hutan merupakan penampan hakisan semasa hujan menyirami bumi. Jika
hutan ditebang, tanih akan menjadi gondol dan matahari yang panas terik akan menyebabkan tanih
menjadi kering-kontang. Hal ini akan menyebabkan hakisan tanih mudah berlaku. Oleh itu, hutan boleh
mengelakkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku kerana akar-akar tumbuhan dapat mengikat
tanih daripada mudah longgar yang akan menyebabkan tanah runtuh sekali gus banjir lumpur.

Akhir sekali, sektor pelancongan yang dapat menjana ekonomi negara juga merupakan
peranan hutan. Hal ini kerana pihak kerajaan telah menubuhkan kawasan eko-pelancongan yang dapat
memlihara kepupusan flora dan fauna seperti Taman Negara Bako di Sarawak dan Taman Negara
Kinabalu. Kawasan-kawasan hutan ini merupakan kawasan yang diharamkan kegiatan pembalakan
dijalankan.Sememangnya tindakan pihak kerajaan yang drastik ini telah menyelamatkan hutan di
negara daripada pupus.Di samping itu juga hutan dapat menjana ekonomi negara melalui kegiatan
eksport kayu-kayu belian yang berharga yang mendapat pasaran yang tinggi di persada antarabangsa.
Sehubungan itu,hutan telah membantu negara meningkatkan pembangunan negara ke arah kemajuan
supaya negara dapat berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara lain.

Konklusinya, semua pihak hendaklah menggembleng tenaga dalam memastikan pemeliharaan


dan pemuliharaan hutan. Hargailah hutan kerana hutan merupakan khazanah yang amat bernilai. Oleh
sebab itu, kita mestilah bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang dikeliling dengan hutanhutan yang malar hijau. Marilah kita bersama-sama memelihara dan memulihara hutan di negara ini
sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya lagi.

You might also like