Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Ke Vietnam

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS KENT TUARAN, SABAH

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE
UNIVERSITI KEBANGSAAN VIETNAM FAKULTI
SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
DI BANDAR HO CHI MINH.

1.0

TUJUAN

Kertas Cadangan ini dihasilkan untuk mendapatkan pertimbangan serta kelulusan untuk
mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Kebangsaan Vietnam Fakulti Sains
Sosial Dan Kemanusiaan di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Tujuan utama lawatan ini
dianjurkan adalah untuk mengadakan lawatan benchmarking (penandaarasan) selaras
dengan program Bina Insan Guru yang terdapat dalam kursus Program Ijazah Sarjana
Muda Penguruan. Program ini merupakan satu kaedah pemantapan yang amat
berkesan dalam memperoleh pedagogical content knowledge yang menjadi asas dalam
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
2.0

PENDAHULUAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian merupakan salah satu
langkah holistik yang membantu Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan 50
peratus guru siswazah di sekolah rendah menjelang tahun 2010. Mesyuarat Pengurusan
Kementerian Pendidikan Bil.1/2004 pada 7 Januari 2004 telah bersetuju dengan
cadangan pelaksanaan program mulai ambilan 2004 dengan mengambil kira pandangan
pihak-pihak berkepentingan dan berkelayakan serta penandaarasan dengan program
yang sama di beberapa universiti luar negara dan universiti tempatan.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian bertujuan melahirkan
guru siswazah yang multidisciplinary with specialism yang berwibawa dari segi
penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta ketrampilan profesionalisme dalam
bidang keguruan sekolah rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru.
Sejajar dengan itu, program ini memberi fokus kepada penyediaan guru dengan
subject content knowledge dalam Pendidikan Rendah untuk membolehkan mereka
melaksanakan peranan guru dengan lebih yakin lagi berkesan. Keupayaan dan kreativiti
guru untuk menyampaikan subject content knowledge kurikulum sekolah rendah
dipupuk menerusi pedagogical content knowledge dan pedagogical learner knowledge.
Imej guru sekolah rendah yang profesional dipupuk dan disuburkan merentas kurikulum.
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Sejarah Pendidikan Rendah) dengan Kepujian yang
ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan satu program latihan
perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam bidang pendidikan
sejarah Pendidikan Rendah.

Program
menggalakkan

yang

dilaksanakan

perkembangan

dapat

peribadi

memperkaya

serta

pengalaman

menyediakan

pelajar

pelajar,
kepada

kepemimpinan bertanggungjawab dalam konteks amalan terbaik untuk warga Malaysia.


Amalan ini termasuklah usaha memupuk perpaduan kaum, integrasi serantau dan
menghormati hak serta perbezaan budaya dan individu.
Salah satu pendekatan yang digunakan termasuklah mengadakan lawatan
sambil belajar ke Institusi yang berkaitan dengan kursus pengajian dan membuat
penandaarasan untuk meningkatkan pengurusan kepimpinan dan kemahiran sosial
sekurang-kurangnya sekali dalam sepanjang tempoh pengajian. Hal ini jelas termaktub
dalam pro-forma program Bina Insan Guru Semester 5 dan 6. Matlamat utama program
penandaarasan ini adalah mewujudkan peluang keemasan kepada guru pelatih untuk
menimba pengalaman baru dengan berinteraksi dengan pihak institusi di luar. Dengan
pengalaman baru yang diperoleh, guru pelatih mampu melaksanakan penambahbaikan
terhadap program sedia ada. Di samping itu, penandaarasan yang dirancang ini juga
bertujuan untuk menerapkan prinsip etika baik, memupuk serta menggalakkan
perkembangan sikap dan tingkah laku profesional yang bersesuaian semasa
berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar IPG Kampus Kent.
Justeru, kami yakin bahawa lawatan sambil belajar ke Universiti Kebangsaan
Vietnam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam dapat
memenuhi keperluan tersebut. Berdasarkan maklumat yang kami dapat, pusat
pengajian ini ada menawarkan kursus perguruan dan ini amatlah sesuai dengan bidang
pengajian PISMP sebagai satu penandaarasan. Malah, kami dapat menjalin hubungan
dan kepakaran dengan institusi luar negara, dalam konteks pengantarabangsaan IPG.
Jadi, kami berharap agar kertas kerja ini akan mendapat pertimbangan yang
sewajarnya. Ingat Kecemerlangan Negara Tanggungjawab Semua.

3.0

RASIONAL
Jabatan Pembangunan Profesionalisme Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah
merancang Jeyarawara Gagasan Baharu IPG atau The New IPG-Learner Centered
University pada tahun 2011 bagi memartabatkan IPG agar berdiri sama tinggi, duduk

sama rendah dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara.
Sehubungan itu, Gagasan Baharu IPG telah menyenaraikan ciri-ciri yang perlu ada pada
seorang pendidik yang berkualiti. Salah satu ciri-ciri yang terdapat ialah Persekitaran
Pembelajaran Teragih. Ia merupakan suatu mode pembelajaran yang membenarkan
tenaga pengajar, pelajar dan kandungan pelajaran berada di tempat yang berlainan,
tidak berpusat lokasinya agar pembelajaran berlaku secara bebas dan menimba ilmu
pengetahuan yang luas. Memandangkan sistem latihan perguruan seluruh Malaysia
adalah selaras, maka kami merancang untuk melawat ke Universiti Sosial Sains Ho Chi
Minh. Lawatan ini bukan sahaja membuka mata kami untuk mengetahui sistem latihan
perguruan dan kursus pendidikan yang ditawarkan di universiti yang dilawati, bahkan
juga menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman yang baru berkaitan dengan
sistem latihan perguruan, ilmu pedagogi, pengurusan sekolah dan pendidikan menerusi
taklimat dan interaksi yang dilakukan dengan pihak Universiti Sosial Sains dan
Kemanusiaan Ho Chi Minh.
Menurut maklumat yang kami dapat, Universiti Sosial Sains Ho Chi Minh pernah
mengadakan program-program pendidikan yang amat berguna bagi seorang guru
supaya tidak ketinggalan dalam arus globalisasi yang bergerak pantas bagai belut diketil
ekor. Antara program yang pernah dijalankan adalah program kerjasama penyelidikan
dengan universiti-universiti dalam dan luar negara Vietnam. Kursus jangka pendek
dalam pedagogi dan kaedah pengajaran juga telah diadakan. Fakulti Pendidikan
universiti ini juga pernah mengadakan seminar secara besar-besaran seperti Seminar
Ekonomi Pendidikan, Seminar Kurikulum dan Pembaharuan Pedagogi serta Seminar
Tadbir Urus Akademik yang disampaikan oleh pensyarah yang berasal dari Amerika
Syarikat. Selain itu, universiti ini juga mengadakan kerjasama dengan Kolej Pendidikan,
Universiti Hannam di Korea Selatan. Memandangkan Universiti ini banyak bekerjasama
dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Korea, maka lawatan ke
universiti ini bukan sahaja membantu guru pelatih memahami sistem latihan perguruan
di Vietnam, bahkan menambahkan pengetahuan guru pelatih tentang ilmu pedagogi di
Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Tambahan pula, salah satu faktor transformasi KBSR kepada Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah membuat penandaarasan terhadap sistem
pendidikan global dan memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Jadi, adalah
tanggungjawab hakiki bakal pendidik untuk mengenali sistem pendidikan, teknik

pengajaran, pengurusan sekolah yang berlainan.

Sehubungan itu, kami dapat

membawa masuk unsur yang positif dan melakukan penambahanbaikan dalam sistem
pendidikan di negara kita..
Oleh itu, lawatan ke Universiti Sosial Sains dan Kemanusiaan Ho Chi Minh telah
dirancang agar guru pelatih berpeluang lebih memahami program-program yang
dilancarkan di Universiti Sosial Sains Ho Chi Minh serta cara pelaksanaan, tujuan,
rasional manfaat program tersebut bagi seorang pendidik dan implikasinya terhadap
profesionalisme guru. Maka, dengan melawat ini, kami berpeluang membawa masuk
program-program tersebut dengan merancang program yang sama di peringkat IPG
sewaktu guru pelatih balik ke IPG Kampus Kent di bawah bimbingan pensyarahpensyarah pembimbing untuk memanfaatkan guru pelatih lain di IPG Kampus Kent bagi
melahirkan bakal guru yang lebih pakar dan berpengetahuan dalam bidang profesional
keguruan.
Tambahan pula, guru pelatih mempunyai kesempatan untuk melihat bagaimana
teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di universiti
tersebut. Secara langsung, ilmu pedagogi dalam diri guru pelatih dapat diperkukuh. Ilmu
ini adalah penting untuk menjadikan guru pelatih yang bakal mendidik generasi muda
negara berupaya menjadi perintis dalam mencipta satu dimensi baru dalam dunia
pendidikan.
Selain itu, lawatan ini turut bertujuan memenuhi tuntutan proforma program Bina
Insan Guru (BIG) Fasa 6 iaitu Lawatan Penandaarasan atau Benchmarking. Lawatan ke
universiti ini membantu guru pelatih untuk mengenali budaya dan pengurusan sekolah
yang cemerlang. Universiti ini tersohor dengan kursusnya dalam bentuk latihan
keprofesionalan dalam bidang pendidikan seperti guru-guru di sekolah, kolej dan
universiti, kaunselor, penyelidik dan pentadbir dalam pengurusan pendidikan. Fakulti
Pendidikan universiti ini mengandungi empat jabatan iaitu Jabatan Pentadbiran
Pendidikan, Jabatan Psikologi Pendidikan, Jabatan Kaunseling Sekolah serta Jabatan
Pengajaran dan Penilaian Kurikulum. Memandangkan sistem latihan perguruan Fakulti
Pendidikan Universiti di Vietnam ini mempunyai standard yang tinggi, lawatan ke fakulti
pendidikan adalah wajib. Dengan mengadakan lawatan ke universiti tersebut, kami akan
mengetahui sistem pengurusan pengajaran Sejarah di universiti tersebut seterusnya

membuat perbandingan dengan sistem pengurusan pengajaran Sejarah di Malaysia.


Rentetan itu, guru pelatih akan didedahkan dengan ciri kepimpinan, pengurusan, iklim
dan budaya sekolah, infrastruktur sekolah dan infrastruktur kokurikulum yang selaras
dengan kandungan pembelajaran dalam kursus Bina Insan Guru.
Justeru, kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti
tersebut. Kerelaan kami untuk menanggungkan segala perbelanjaan untuk mengadakan
lawatan tersebut diharap akan mendapat pertimbangan daripada pihak IPG untuk
meluluskan lawatan yang dinanti-nantikan oleh kami. Ingat, di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan.

4.0

OBJEKTIF
Antara objektif yang telah ditetapkan untuk program lawatan ini ialah:
4.1 Melihat dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan keadah pengajaran dan
pembelajaran Sejarah terkini di Universiti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang
bertempat di Vietnam.

4.2 Mengkaji sumber dan bahan sejarah yang diguna dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di Universiti Sains Sosial dan Kemanusiaan terutamanya dalam
bidang pendidikan Sejarah.
4.3 Bertukar pandangan dan mengadakan perkongsian maklumat dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Aspek yang akan diberi tumpuan ialah cara
pengajaran dan pembelajaran pendidikan sejarah.
4.4 Memperkaya pengalaman pelajar terutamanya dalam soal pengetahuan Sejarah.
Pada masa yang sama program ini juga diharap dapat membentuk sahsiah serta
kepimpinan guru pelatih.
4.5 Melatih guru pelatih supaya dapat bertindak balas secara positif kepada keadaan
dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran
berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.
4.6 Mentafsir dan menilai kemampuan guru pelatih mempraktikkan kemahiran
merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan
secara aktif dalam aktiviti berkumpulan. Kejayaan penganjuran program ini adalah
simbol kecemerlangan guru pelatih dalam bidang kepimpinan.
4.7 Benchmarking ini juga selaras dengan wawasan The New IPG supaya melahirkan
guru yang lebih berkualiti dan mampu menyahut cabaran dalam era globalisasi ini.
4.8 Membawa masuk program sejarah yang baru dari luar untuk memperkaya dan
mempelbagaikan lagi program yang boleh atau dapat dianjurkan bagi kursus sejarah
di negara ini.
4.9 Memenuhi keperluan dalam proforma kursus Bina Insan Guru.
5.0

TENTATIF PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

HARI PERTAMA: 1 Jun 2015


07.30 am

Berkumpul di dataran Blok A


Taklimat ringkas
Bacaan doa

08.00 am

Bertolak dari IPG Kampus Kent ke


Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

09.00 am

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa ke

Kuala Lumpur
02.00 pm

Dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa


Kuala Lumpur dan bertolak ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Ho Chi Minh di Vietnam.

06.00 pm

Dijangka tiba di Bandar Ho Chi Minh dan daftar masuk


hotel

06.30 am

Sarapan pagi

07.00 am

Lawatan ke sekitar universiti

HARI KEDUA : 2 Jun 2015

Lawatan ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan


Lawatan ke fakulti lain.

12.00 pm

Makan tengahari

02.00 pm

Diskusi ilmiah bersama pakar


Tajuk Diskusi
Pengurusan sekolah

05.00 pm

Pengurusan Diri/ Riadah

07.00 pm

Makan malam / solat dan solat

08.00 pm

Perkongsian ilmu dan pengalaman


Perkongsian Pengalaman Budaya dari Aspek Kerja
dan Belajar.

HARI KETIGA : 3 Jun 2015


08.00 am

Sarapan pagi

09.00 am

Lawatan ke Tunnel Cu-Chi

04.00 pm

Persiapan diri dan solat

07.00 pm

Makan Malam

08.00 pm

Diskusi siswazah

Pertukaran Pengalaman Program Ilmiah antara


siswazah IPGM Kampus Kent dengan Universiti
Kebangsaan Vietnam Antara Cabaran dan Realiti.

HARI KEEMPAT : 4 Jun 2015


08.00 am

Sarapan pagi

09.00 am

Taklimat dan Diskusi Ilmiah


Diskusi Pedagogi
Pelaksanaa Kurikulum Sejarah Universiti Sains Sosial
dan Kemanusiaan, Vietnam.

12.00 pm

Makan tengahari dan solat

02.00 pm

Diskusi Pedagogi
Kaedah dan Teknik dalam Pengajaran
Universiti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

04.00 pm

Persiapan diri dan solat

08.00 pm

Diskusi Ilmiah
Pendekatan Pengajaran Sejarah

HARI KELIMA : 5 Jun 2015


08.00 am

Sarapan pagi

09.00 am

Lawatan ke War Remnants Museum

04.00 pm

Persiapan diri dan solat

08.00 pm

Taklimat dan Diskusi Ilmiah


Diskusi Pedagogi
Pengajaran mikro.

Sejarah

HARI KEENAM : 6 Jun 2015


08.00 am

Sarapan pagi

09.00 am

Lawatan ke Delta Mekong

04.00 pm

Taklimat dan Diskusi Ilmiah


Diskusi Pedagogi
Inovasi Pengajaran Sejarah

12.00 pm

Makan tengahari dan solat

02.00 pm

Sesi Refleksi

08.00 pm

Majlis Makan Malam bersama dengan Universiti Sains


Sosial dan Kemanusiaan.

HARI KETUJUH : 7 Jun 2015


06.30 am

Sarapan

08.00 am

Bertolak ke Lapangan Terbangan Ho Chi Minh, Vietnam .

04.00 pm

**Dijangka tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu

6.0

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG
PUAN MARY TERESA KINAJIL
PENGARAH
IPGM KAMPUS KENT, TUARAN
PENASIHAT
ENCIK ROMLI BIN DARUS
TIMBALAN PENGARAH

10

IPGM KAMPUS KENT, TUARAN


PENGERUSI
PUAN SUZANA BINTI FADZIL
KETUA JABATAN
JABATAN PENGAJIAN SAINS SOSIAL
PENYELARAS
ENCIK AMIDY BIN MALAGOB
TUTOR
PUAN RORYNA BINTI A.B KOMON
PISMP SEJARAH AMBILAN JANUARI 2013

7.0

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PENGERUSI
WILLIAM LING YU MANG
TIMBALAN PENGERUSI
OOI JIA SIN
SETIAUSAHA
EA HUI CHI
PENOLONG SETIAUSAHA
WONG PAK KIONG

11

WONG LEE KING


BENDAHARI
TING CHING SHIN
TIMBALAN BENDAHARI
LEONG CHUI PING
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
AJK PERHUBUNGAN
JEFF LEE ZI HAO
WONG CHEE PING
SHIRLEY LEE CHIN WON
AJK PENGANGKUTAN DAN KESELAMATAN
TANG HOAY SEAN
ONG SHI YUNG
AJK PENGURUS TIKET PENERBANGAN
LAU YI YI
CHIA SIAW YENG
AJK KEBAJIKAN
(PENGINAPAN DAN MAKANAN)
LIM MEI LING
JOSEPHINE WONG SIEW JENG
WONG CHIEW WEE
AJK DOKUMENTASI
CHONG WEI YUAN
JEFFERY KONG SEN YONG
CHAN LANG SIENG
AJK TUGAS-TUGAS KHAS
YII NIENG ONG
LUK KUOK SENG
YONG SIEW WEI
8.0

PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN
A ) PERBELANJAAN PERJALANAN (VIETNAM)
ITEM

HARGA/ORANG
(RM)
RM450
RM900
RM100

1. Flight Ticket ( KK to KL) with 20KG Return


2. Flight Ticket ( KL to HCMC) with 20KG
Return

12

JUMLAH
(RM)
RM2,700.00 x 25

3. Airport Transfer to Hotel ( Return)


4. Tours
- Cu Chi Tunnel Tour with Lunch
- Mekong Delta Tour with Lunch
- Social Science and Humanity University &
War Remnants Museum
5. Hotel 7D 6N
Two person in one room

RM600
RM650

JUMLAH
*Semua perbelanjaan di atas adalah di bawah tanggungan sendiri

RM67500.00

B ) TEMPAHAN STOR
ITEM
JUMLAH
Pendant IPG Kampus Kent
3 buah
Plaque
3 buah
Kertas A4
1 rim
Fail IPG Kampus Kent
30 keping
Beg IPG
3 keping
Frame
3 buah
Sijil
35 keping
Pelekat Sijil
35 keping
* Kadar perbelanjaan perjalanan berubah mengikut pertukaran mata wang asing dan
kekosongan tempat.
*Pengangkutan IPG Kampus Kent-Terminal Lapangan Terbang menggunakan bas
IPG Kampus Kent.

9.0

PESERTA
Senarai peserta yang akan mengikuti program lawatan sambil belajar ke Universiti
kebangsaan Vietnam Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan Di Bandar Ho Chi Minh.
Vietnam boleh dirujuk pada Lampiran 1.

10.0

PENGANGKUTAN
Bas IPG Kampus Kent bagi menghantar para guru pelatih ke Lapangan Terbang Kota
Kinabalu dan menjemput guru pelatih apabila pulang nanti.

13

14

11.0

PENUTUP

Guru merupakan agen moral, kerana mereka terlibat dengan manusia yang mempunyai unsur
nilai iaitu nilai baik atau jahat. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara yang mempunyai
matlamat untuk memenuhi tuntutan JERI iaitu mewujudkan insan yang seimbang (holistik)
dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Keadaan ini sudah tentunya memerlukan satu
tatasusila/etika yang perlu diikuti oleh semua guru.
Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan manusia.
Guru amat diperlukan bagi melahirkan insan yang seimbang dari semua segi. Pembangunan
insan harus diseimbangkan agar nilai-nilai moral masyarakat sentiasa terpelihara. Guru-guru
dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh pelajar dan masyarakat
di samping menguasai pelbagai ilmu, antara lain dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi
bahasa dan kemahiran berkomunikasi.
Program lawatan sambil belajar ini sebenarnya dirangka dengan hasrat yang sangat
murni terutamanya dalam usaha untuk melatih bakal guru yang bermodalkan jiwa yang besar.
Perkembangan era pendidikan sekarang menggambarkan kepada keperluan guru sejarah yang
holistik, yang mampu memainkan peranan yang pelbagai dalam situasi yang mencabar.
Justeru, lawatan ini diharapkan mampu memberi impak yang besar kepada guru pelatih.
Melihat kepada pengisian program yang diatur, ianya meliputi aspek-aspek keperluan
semasa seperti penandaarasan, kemahiran pedagogi semasa, subject content knowledge, serta
pengisian ilmiah yang diterapkan sepanjang program. Diharap program yang dirancang ini akan
dapat memperkasakan lagi jati diri guru sejarah IPG.
Berdasarkan kepada premis di atas, program ini dirangka dengan tujuan untuk
memantapkan lagi guru-guru pelatih dengan maklumat-maklumat tambahan yang telah
dinyatakan. Ini adalah selaras dengan pepatah melayu yang mengatakan Jauh Perjalanan
Luas Pengetahuan.
Dengan ini, kami berharap agar program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan
dengan baik dan memberikan pengalaman dan pengetahuan baru kepada guru pelatih.
Komitmen dan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak amat diperlukan untuk
memastikan program ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

15

PERAKUAN
Disediakan oleh :

_______________________
(EA HUI CHI)
Setiausaha,
Lawatan Sambil Belajar ke Vietnam,
(Benchmarking)
PISMP Sejarah Januari 2013,
IPG Kampus Kent.
Tarikh :
Disemak oleh :

Catatan:

_______________________
(RORYNA BINTI A.B KOMON)
Penyelaras,
Lawatan Sambil Belajar ke Beijing,
(Benchmarking)
PISMP Sejarah 2013
IPG Kampus Kent.

Tarikh :
Disemak oleh :

Catatan:

_______________________
(AMIDY BIN MALAGOB)
Penyelaras
Program Bina Insan Guru
PISMP Sejarah 2013
IPG Kampus Kent.

Tarikh :

16

Disahkan oleh :

Catatan:

______________________
(SUZANA BINTI FADZIL)
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Sains Sosial
IPG Kampus Kent.
Tarikh :
Disokong oleh :

Catatan:

______________________
(NANCY LOO KASON)
Ketua Jabatan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Kent Tuaran.
Tarikh :
Diluluskan oleh:

Catatan:

_______________________
(DATUK MARY TERESA KINAJIL )
Pengarah,
IPG Kampus Kent Tuaran.

Tarikh:

17

Lampiran 1
Maklumat Peserta yang Mengikuti Lawatan sambil Belajar ke Universiti Universiti
kebangsaan Vietnam Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan Di Bandar Ho Chi Minh.
Vietnam

BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

NAMA PESERTA

CATATAN

Chan Lang Sieng


Chia Siaw Yeng
Chong Wei Yuan
Ea Hui Chi
Jeffery Kong Sen Yong
Jeff Lee Zi Hao
Josephine Wong Siew Jeng
Kong Siew Yia
Lau Yi Yi
Leong Chui Ping
Lim Mei Ling
Ling Su Lin
Luk Kuok Seng
Ong Shi Yung

920825-13-5666
930206-08-5128
930120-12-6443
930723-02-5748
910916-13-5865
920212-12-6929
930721-13-6110
931001-13-5608
930416-13-5656
920103-13-5920
930921-13-6086
921230-13-6138
911222-13-5793
930925-10-5076

18

15.
16.
17.
18.
19.
20
21
22
23
24
25

Ooi Jia Sin


Shirley Lee Chin Won
Tang Hoay Sean
Ting Ching Shin
William Ling Yu Mang
Wong Chee Ping
Wong Chiew Wee
Wong Lee King
Wong Pak Kiong
Yii Nieng Ong
Yong Siew Wei

931218-02-5020
920720-13-5838
930212-07-5030
930204-13-6278
930802-13-5945
930420-13-5974
920325-13-5918
930324-13-5800
920129-13-5849
920622-13-6001
920702-13-5674

19

You might also like