12 Tips Rempit Sales Kaedah Fizo Omar 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 34

12 TIPS REMPIT SALES KAEDAH

FIZO OMAR

www.fizoomar.com

PERHATIAN
Jutaan terima kasih kerana anda telah mendownload e-book bertajuk 12 tips rempit sales kaedah Fizo
Omar ini dari www.fizoomar.com. Sebelum itu, kami ingin memaklumkan dengan ebook percuma ini
kami tidak menjanjikan sebarang jaminan hasil selepas anda menggunakan kesemua tips yang
dikongsikan.
Pihak fizoomarchannel juga tidak bertanggungjawab dengan apa-apa perubahan samada yang baik
ataupun buruk yang bakal berlaku selepas anda praktikkan apa yang dikongsikan.
InshaAllah, dengan perkongsian tips-tips ringkas ini, ianya pasti akan dapat membantu anda untuk
tingkatkan jualan lebih dari biasa dalam perniagaan anda. Tak kira sama ada sikit ataupun banyak, yang
penting pasti anda akan dapat sesuatu dalam ebook percuma ini.
Tiada ilmu, cari ilmu! Buang ego dan menuntut untuk tambahkan ilmu pengetahuan. Dah ada ilmu?
Amalkan segera, jangan tunggu lagi. Its now or never! Panduan ini disebarkan tiada sebab lain
melainkan hanya untuk mengembangkan lagi ilmu perniagaan kepada masyarakat Malaysia.
Untuk dapatkan info-info terkini, tips terkini dan idea bisnes terkini, fizoomarchannel sarankan anda :1) Like fanpage kami di fb.com/fizoomarchannel
2) Ikuti tips-tips di blog kami di http://www.fizoomar.com

Sekian.

Fizo Omar
FIZO FOC
www.fizoomar.com

Page | 2

www.fizoomar.com

12 TIPS REMPIT SALES KAEDAH FIZO OMAR


Ramai yang mengenali Fizo Omar hanya sebagai seorang artis, namun di sebalik kerjayanya
sebagai seorang artis, beliau juga merupakan seorang usahawan yang berjaya sebenarnya!

Beliau sentiasa dahagakan ilmu untuk meningkatkan perniagaannya, beliau telah menimba ilmu
dengan pelbagai guru antaranya DR Azizan Osman, Sifu Jamal dan juga Irfan Khairi.

Pelbagai formula dan resepi kejayaan telah dipelajarinya, dan kini beliau akan kongsikan
beberapa tips dan juga formula yang boleh membantu anda untuk tingkatkan jualan perniagaan
anda!

Antara formula yang menjadi kegemaran beliau ialah FOC. Apakah yang dimaksudkan dengan
FOC ni?? Free of charge ke? Bukan.

FORMULA FOC

F FACEBOOK/FANPAGE/FB ADS.
Ya! Perkara pertama yang anda perlu ada ialah Facebook! Saya pasti ramai di antara
anda dah pun memiliki facebook tetapi tiada facebook page ataupun fanpage. Apa
Fanpage ni? Fanpage lebih mudah di fahami sebagai kedai/butik secara visual di dunia
online. Ianya percuma sahaja! Kalau anda masih belum ada, bina satu ya!
Apabila anda sudah membinanya, anda boleh dapatkan trafik dengan menggunakan fbads
iaitu medium pengiklanan yang disediakan oleh facebook sendiri. Untuk pengetahuan
anda, fbads merupakan salah satu medium pemasaran online yang terbaik di dunia! Rugi
kalau anda tak gunakannya!

Page | 3

www.fizoomar.com

O OPTIMIZATION.
Apabila anda sudah buat pengiklanan di facebook, anda perlu lakukan optimization, ia
sangat penting! Anda perlu perbaiki iklan anda dari masa ke semasa terutama dari segi
gambar, copywriting dan audiens. Jangan abaikan perkara ni kalau taknak kos iklan anda
mahal dan tidak berkualiti! Rugi tu.. duit keluar tapi takde convertion!

C CONVERTION.
Setelah anda lakukan optimization, dah tentu kualiti iklan anda akan semakin meningkat.
Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. Cop!
Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu berapakah roi, respons rate dan closing rate.
Aduh.. Banyaknya nak kena kira! Yup, jika semua ini melepasi syarat-syaratnya, saya
jamin anda boleh tingkatkan lagi sales anda berganda-ganda! Jika tak lepas, anda perlu
ulang semula step optimization tersebut..

FORMULA FOC SEMUDAH ABC!

Page | 4

www.fizoomar.com

TIPS #1
BUAT IKLAN MASA ORANG
BERDUIT

Page | 5

www.fizoomar.com

Dalam menjalankan marketing sudah tentu kita juga perlu memikirkan dari sudut sebagai
seorang pembeli. Kenalpasti keadaan kewangan prospek kita, penting tu! Jangan main redah je..
Elakkan atau kurangkan kos marketing pada pertengahan bulan kerana pada waktu tu
perbelanjaan mereka agak terbatas.

Erm, habis tu nak buat apa time pertengahan bulan kalau tak boleh nk buat iklan?

Rileks.. Bukan tak boleh buat iklan langsung.. Cuma anda perlu ubah strategi marketing anda..
Contohnya pada masa pertengahan bulan anda boleh buat perkara seperti berikut :1) LIKE MARKETING kumpul fans berkualiti dan educate mereka dahulu
2) ENGAGEMENTS beramah mesra dengan prospek kita dan bila mereka berduit kita tukar
mereka menjadi pelanggan kita!
3) DATABASE Dapatkan no telefon dan email supaya anda boleh blast semasa hari gaji
mereka nanti!
Itu antara kaedah yang anda boleh gunakan di pertengahan bulan. Apabila prospek anda sudah
berduit barulah anda boleh mulakan kempen marketing besar-besaran!

p/s Pastikan anda tahu bilakah mereka akan perolehi gaji atau bonus. Apabila anda sudah
kenalpasti, mulakan kempen 2-3 hari sebelum itu!

Page | 6

www.fizoomar.com

TIPS #2
GAMBAR YANG MENARIK
DAN BERKUALITI

Page | 7

www.fizoomar.com

Dalam dunia pemasaran, gambar memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik
perhatian audiens anda. Perkara pertama yang mereka akan lihat adalah gambar iklan anda
dahulu! So, kalau pandangan pertama dah gagal, melepaslah anda!

Anda tahu tak gambar yang berkualiti dan menarik juga mampu meningkatkan kepercayaan
audiens anda. Kalau gambar ala kadar je memang susah nak convert!

TIPS SIMPLE UNTUK MENYEDIAKAN GAMBAR YANG OHSEM

Pastikan gambar yang anda ingin gunakan adalah relevan dengan audiens yang anda
pilih. Apabila gambar tersebut menyentuh emosi audiens anda, pasti mereka akan buat
langkah seterusnya!

Gunakan warna background yang menyerlah! Warna biru ke merah ke kuning ke.. Semua
tu memang boleh menarik perhatian audiens anda! Yang penting, jgn biarkan message
yang anda nak smpaikan tu tenggelam!

Gambar yang bercerita! Yes! Bila audiens anda lihat pada gambar je mereka dah faham
apa yang anda cuba nak sampaikan. Kerja anda lebih mudah dan mereka lebih tertarik utk
tahu lebih lanjut. Ingat! Gambar yg terlalu rumit boleh beri risiko melainkan anda
merupakan jenama yg sudah terkenal.

Pastikan gambar yang anda gunakan sharp dan kemas!

Page | 8

www.fizoomar.com

TIPS #3
HEADLINE BEREMOSI BOLEH
PUKAU PROSPEK

Page | 9

www.fizoomar.com

Headline yang memukau adalah headline yang menguatkan lagi gambar iklan anda. Apabila
mereka lihat gambar yang menarik kemudian di sokong dengan ayat headline yang memukau,
pasti mereka akan lebih tertarik untuk baca info selanjutnya.

Ingat! Anda hanya ada 5saat sahaja untuk membuatkan


prospek anda teruskan bacaan ataupun tidak!

Pastikan setiap headline yang anda ingin gunakan adalah berkaitan dengan gambar iklan anda.
Jangan biarkan prospek anda perlu berfikir panjang tentang apa yang anda cuba sampaikan,
mereka tak suka perkara yang merumitkan!

Dengan kelebihan yang ada dalam fbads, anda boleh pilih


audiens yang bersesuaian dengan ayat headline yang anda
inginkan. Jangan pula anda pilih audiens kategori makanan tapi
guna headline ingin tambah berat badan?... , emosi mereka
pastinya tak akan tersentuh! Kecuali jika anda tukar headline
kepada sehari makan 2kilo lemak!...

Susah ke nak buat ayat headline ni? Jangan risau, saya akan kongsikan beberapa tips mudah
untuk anda menulis ayat headline yang memukau dan beremosi.

HEADLINE SOALAN Anda boleh letakkan tanda soal pada akhir tajuk iklan, headline
seperti ini sesuai untuk produk yang mampu menyelesaikan masalah orang. Contohnya
DAH CUBA MACAM-MACAM PRODUK TAPI HASIL SAMA JER?
ANAK MALAS BELAJAR? ASYIK MAIN GAME JE?
Headline jenis ini seperti mengarahkan soalan pada prospek, jika YA mereka akan teruskan
bacaan, jika TIDAK mereka akan abaikan iklan anda.

Page | 10

www.fizoomar.com

HEADLINE DREAM Selain itu, anda juga boleh gunakan headline tentang impian atau
harapan yang audiens anda inginkan. Contohnya seperti berikut
RAMAI GADIS MULA TERPIKAT BILA BADAN DAH SADO!
RIMAS! SUAMI ASYIK PUJI CAKAP MUKA PELOLESS SANGAT!
Headline jenis ini mampu menarik perhatian prospek kerana ia telah memberikan harapan dan
impian yang prospek inginkan selama ini. Mereka pasti berminat untuk tahu lebih lanjut kerana
mereka juga ingin jadi seperti apa yang telah anda katakan.

HEADLINE INSPIRASI Selain memberikan mereka harapan dan impian. Anda juga boleh
inspirasi mereka dengan testimoni-testimoni yang telah membuahkan hasil selepas menggunakan
produk anda. Lihat contoh headline berikut
AMAZING! AIDAN UMUR 4 TAHUN DAH HAFAZ JUZ AMMAR
NICELAH! CIK KIAH SLAMBER BUANG 10KG LEMAK YG KERAS KEPALA TU
Headline jenis ini sangat bersesuaian digunakan pada semua jenis produk, ia lebih menarik
perhatian prospek untuk tahu lebih lanjut tentang kebenaran cerita inspirasi ini. Pastikan anda
buat kesinambungan kisah inspirasi ini di bahagian intro iklan anda.

HEADLINE PERKENALKAN PRODUK Anda boleh perkenalkan produk anda dan


beritahu secara ringkas apakah manfaat yang bakal mereka perolehi. Teknik ini sesuai digunakan
semasa pelancaran produk. Lihat contoh berikut..

MYQALAM KIDS BANTU ANAK ANDA BACA ABC, ALIP BA TA SEAWAL 2 TAHUN..
MESOTROPIN BANTU BESARKAN OTOT DALAM MASA 14HARI
Headline jenis ini mampu menarik minat prospek untuk tahu lebih lanjut tentang produk anda.

Page | 11

www.fizoomar.com

TIPS #4
KONSISTEN POST

Page | 12

www.fizoomar.com

Saya sarankan anda post secara konsisten sekurang-kurangnya 1 kali sehari, maksimum
sebanyak 3-5 kali sehari. Pastikan anda tidak lakukan post dengan jarak masa yang terlalu rapat.
Anda boleh setkan pada waktu pagi pukul 9 kemudian sebelum lunch atau petang dalam pukul 2
dan akhir sekali pada pukul 8 malam pula.

KONSISTEN POST SEKURANGNYA 1 KALI SEHARI, LEBIH BAGUS


KALAU BUAT 3-5 KALI SEHARI

Tips untuk dapatkan respons dari audiens, anda perlu biasakan akhiri post anda dengan soalan. Ia
bertujuan untuk mendapakan engagement di fanpage anda, selain itu anda juga akan mula
diingati jika anda kerap berinteraksi dengan audiens anda.

Ingat! Jika anda kerap bina engagement dengan audiens, anda boleh dapatkan kos iklan yang
murah kerana fans anda sudah mula mengenali anda!

Page | 13

www.fizoomar.com

TIPS #5
URGENCY FACTOR

Page | 14

www.fizoomar.com

Apakah yang dimaksudkan dengan urgency factor ni? Ia merupakan boost button atau pressure
button pada prospek anda. Semasa menulis ayat copywriting, cuba masukkan beberapa elemen
urgency untuk paksa prospek bertindak.

Ada pelbagai jenis urgency yang boleh anda gunakan dalam ayat copywriting, terdapat tiga jenis
urgency yang boleh digunakan dalam pemasaran Facebook.

URGENCY TEMPOH TAWARAN


Semasa menulis ayat headline pada copywriting anda, nyatakan tarikh atau tempoh,
mula dan berakhirnya promosi anda. Anda perlu update post anda dari hari ke hari
supaya Nampak real kempen iklan anda. Lihat contoh berikut

OFFER tinggal 7 hari sahaja lagi!


AMARAN : OFFER bakal tamat tak lama lagi..
LAST CALL! OFFER tinggal 24 jam sahaja lagi..!

URGENCY KUANTITI STOK


Pelanggan memang gemar menangguhkan pembelian, ini kerana tiada paksaan atau
tekanan untuk memaksa mereka untuk dapatkan produk ini dengan segera. Antara cara
yang anda boleh gunakan ialah memaklumkan kuantiti stok yang masih tinggal. Anda
boleh masukkan urgency tersebut di dalam gambar ataupun ayat headline copywriting.

URGENCY KUOTA TERHAD


Ini antara teknik urgency yang paling berkesan untuk digunakan. Teknik ini mampu
memaksa prospek untuk bertindak membeli dengan lebih aggresif. Pastikan kuota yang
anda nyatakan adalah betul dan bukan gimik sahaja. Ini kerana kebanyakkan prospek
akan berasa ia hanyalah gimik semata-mata.
Jadi, pastikan apabila kuota sudah habis, sila TUTUP TAWARAN anda.. Bila prospek
tanya, bagitahu dah SOLD OUT, kalau berminat kita boleh bagi offer lain bla bla.
Tujuannya untuk timbulkan rasa excited bila anda buat semula promosi nanti.
Page | 15

www.fizoomar.com

TIPS #6
INSPIRASI PROSPEK

Page | 16

www.fizoomar.com

Berikan kisah inspirasi atau testimoni pada prospek anda. Tapi, bila waktu yang paling sesuai
untuk berikan inspirasi ni? Waktu yang paling sesuai adalah seminggu atau dua minggu sebelum
hari mereka berduit. Jangan jual apa-apa atau hardselling semasa kempen kisah inspirasi
di berikan.
Tujuannya, untuk menimbulkan rasa minat, tak sabar, tertanya-tanya dan sebagainya
tentang apakah rahsia kejayaan mereka. Apabila tiba hari mereka berduit barulah anda
lancarkan SPECIAL OFFER secara besar-besaran tentang rahsia kejayaan kisah-kisah inspirasi
anda!

Seeding prospek anda dengan kisah-kisah yang


buatkan mereka rasa excited untuk tahu apakah rahsia di sebaliknya

Dalam tempoh 2 minggu tersebut, anda perlu sekurang-kurangnya 3 kisah inspirasi yang boleh
mainkan emosi prospek anda, kemudian pastikan anda bina iklan fbads pada audiens anda
tentang post inspirasi tersebut.

Page | 17

www.fizoomar.com

TIPS #7
BRANDING TRUST MONEY

Page | 18

www.fizoomar.com

BRANDING - tak kira anda bisnes tepi jalan ke bisnes dari rumah ataupun bisnes korporat, anda
perlu kenalpasti apakah objektif dan misi yang anda ingin janjikan pada audiens anda nanti..
Ingat! Penjenamaan produk ini sangat penting dalam strategi bisnes anda.

Kenalpasti brand anda - tidak dinafikan, ramai peniaga iaitu pemilik perniagaan sendiri tidak
pasti apakah objektif yang mereka cuba nak sampaikan. Perjalanan untuk mengenali brand anda
sama seperti perjalanan untuk kenali diri anda. Ia memakan masa dan amat menyulitkan. Untuk
lebih mudah anda kenali brand anda, jawab beberapa soalan di bawah ini..

Apakah misi dan objektif syarikat anda?


Apakah faedah, ciri-ciri dan manfaat produk/servis anda?
Apakah yang prospek fikir tentang syarikat anda?
Apakah perbezaan nilai & kualiti (USP) yg prospek perlu tahu tentang anda?

Buat KAJIAN terhadap persoalan di atas dan kenal pasti apakah sebenar-benarnya yang mereka
fikirkan dan mahukan. Ambil tahu identiti bakal prospek anda, ketahui tabiat, keperluan, dan
keinginan mereka. Dari situ anda boleh mainkan emosi mereka apabila buat iklan fbads nanti.

TIPS SIMPLE POPULARKAN BRAND ANDA


1. BINA LOGO Letakkan logo anda di setiap tempat di media sosial.
2. SHARING Kongsi tips, kata-kata semangat atau aktiviti yang berkaitan dengan bisnes

anda. Kongsikan dalam bentuk gambar, video ataupun text. Lakukan setiap hari secara
konsisten!
3. TAGLINE Bina satu tagline yang mudah diingati, gunakan tagline tersebut di akhir

post anda dengan hashtag. Ia mengambil masa, tapi percayalah ia pasti berhasil jika anda
konsisten.
4. JUJUR - Pastikan anda benar-benar jujur dengan servis/produk yang anda janjikan.

Pelanggan tidak akan kembali pada anda jika anda tidak jujur dengan brand anda.
5. KONSISTEN Kalau anda ingin brand anda dikenali, anda perlu konsisten melakukan
4 perkara di atas ini. Memang sukar untuk buatkan brand anda dikenali ramai, tapi jalan
penyelesainnya ialah kerap melabur MASA dan TENAGA pada brand anda!
Page | 19

www.fizoomar.com

Susah ke nak branding servis/produk anda? Untuk pengetahuan anda, Facebook adalah antara
medium yang paling mudah untuk buatkan brand anda dikenali ramai. Namun berita buruknya
ialah, kini terlalu ramai peniaga yang sudah mula branding bisnes mereka di Facebook.

Untuk bersaing dengan mereka, anda perlu lebih KREATIF dan gunakan fbads untuk tarik trafik
kepada channel online yang lain.

STEP UNTUK MULA BRANDING SERVIS/PRODUK ANDA


1. BINA FANPAGE Saya pasti ramai di antara anda yang sudah memiliki fanpage
sendiri. Jika belum, bina sekarang! Letak LOGO company anda di profile picture dan
juga timeline cover.
2. LIKE MARKETING Jangan buat like guna apps atau servis yang murah-murah kat
luar tu! Ada yang offer RM1000 dapat 100,000 likers, itu semua tahyul. Jangan percaya!
Nanti anda dapat fans yang tak berkualiti. Kita nak kualiti bukan kuantit, ingat tu! Buat
like marketing sendiri, dan sasarkan pada audiens yang anda sudah kenalpasti. LOGO
syarikat jangan lupa!
3. BINA WEBSITE Saya tahu ramai yang masih belum ada website. Bina sekarang!
Kalau belum, anda dah melakukan kesilapan yg sgt besar dalam bisnes anda! Kenapa
saya cakap camtu? Untuk pengetahuan anda, convertion rate di website jauh lebih
tinggi berbanding di facebook!
Kos mahal buat website? Tipulah! Harga sekarang dah tak macam dulu lagi, kalau dulu
memang ribu ribu dekat puluh ribu. Tapi sekarang dah ramai buat servis website/minisite
harga RM500-RM1000 jer (kena pandai cari). Bina website anda sekarang!
Di website nanti anda boleh tonjolkan LOGO anda, letakkan USP produk/servis anda.
Yang paling best ialah anda boleh retargeting semula pelawat yang pernah masuk
website anda di fbads!
4. BINA INSTAGRAM Instagram juga merupakan salah satu social media yang hebat
dalam pemasaran online. Kalau belum ada, bina sekarang! Nanti boleh buat insta ads!

Page | 20

www.fizoomar.com

5. BINA ARTIKEL DI WEBSITE Bina artikel yang bermanfaat, pastikan ia berkaitan


dengan bisnes anda. Anda juga boleh kongsikan aktiviti perniagaan anda untuk tunjukkan
kredibiliti anda. Banyakkan sharing dan semestinya konsisten!
6. SHARE ARTIKEL Selepas anda bina artikel di website/blog, post pula di fanpage
anda tetapi dengan penulisan yang pendek sahaja. Tujuannya untuk menarik audiens ke
website anda.
7. PROMOSI ARTIKEL Ya promosikan guna fbads, jujur saya cakap tak cukup kalau
anda harapkan organic reach dari facebook tu. Kalau dulu 100% tapi sekarang nak dapat
10% reach pun dah susah. Jalan penyelesaiannya ialah buat saja fbads, laburkan sedikit
duit untuk dapatkan audiens yang lebih besar! Ini kaedah softselling, percayalah untuk
long-term ia sangat berbaloi-baloi!
8. EMAIL MARKETING Relevan lagi ke? Macam kuno jer? Anda silap 100%! Email
marketing masih menguasai pemasaran walau dah lebih 10tahun di perkenalkan. Kumpul
database anda sekarang!

Berikut adalah beberapa step mudah yang anda boleh follow untuk meluaskan lagi jenama anda.
Laburkanlah MASA dan TENAGA, pulangannya pasti akan tiba tak kira lambat atau cepat!

TRUST.. Apabila branding anda sudah mula dikenali ramai atau sedang hangat di social-media.
Apa yang anda harus lakukan ialah bina engagement terlampau! Berikut adalah beberapa
perkara yang anda perlu lakukan untuk bina lagi kepercayaan kepada fans anda.

Reply inbox dengan pantas!


Layan satu per satu komen di page, boleh suruh staff kalau ada.
Ada database? Tanya khabar mereka.
Layan dengan ramah
Buat peraduan untuk hiburkan fans.

MONEY.. Apabila brand anda sudah mula dikenali ramai, tambahan pula kepercayaan yang
semakin meningkat. Percayalah, hanya dengan beberapa strategi lagi selepas ini pasti jualan anda
akan meningkat berlipat kali ganda!
Mereka dah tak perlu berfikir lagi tentang harga, atau offer yang anda berikan. Mereka hanya
inginkan produk/servis anda kerana mereka sudah jatuh cinta pada servis/produk anda!

Page | 21

www.fizoomar.com

TIPS #8
MSOI

Page | 22

www.fizoomar.com

MSOI, Multiple Source of Income.. Apa benda ni? Ya kalau anda nak tahu, inilah rahsia
bagaimana sesuatu perniagaan boleh meningkat jualannya sehingga berganda-ganda! Saya bagi
satu contoh mudah untuk anda fahamkan konsep MSOI ni,
anda ada satu produk beharga RM90, apa yang anda perlu lakukan ialah buat pakej
beli 2 dengan harga PROMOSI iaitu RM150 sahaja. Bila mereka ingin beli satu unit,
anda upsell tentang betapa untungnya jika dapatkan 2 unit. Target anda untuk buat
jualan 2pcs dan bukannya 1pc, tekankan ayat yang menyatakan mereka akan untung
sebanyak RM60 jika dapatkan 2pcs dan produk ini lebih berkesan jika digunakan
sebanyak 60biji, tambah hanya untuk 39 orang TERAWAL sahaja..

Secara tak langsung ia juga boleh menambah margin keuntungan perniagaan anda!
Selain itu, anda juga boleh gunakan beberapa teknik lain. Rangka bagaimana sales funnel anda
akan berfungsi. Jadikan produk murah dihadapan, apabila prospek anda sudah mula bertanya dan
ingin membuat pembayaran. Anda boleh lakukan strategi upsell, back end sale, cross sell dan
OTO. Pastikan produk yang anda ingin MSOI ialah berkaitan denagan perniagaan anda!

TIPS UNTUK GUNAKAN KAEDAH MSOI


1. PILIHAN PAKEJ Anda berikan mereka pilihan A RM90, pilihan B RM150, dan
pilihan C RM500 (harga borong).
2. PAKEJKAN Margin produk anda rendah? Jangan risau! Jual sekali dua atau tiga unit
terus! Cakap kita tak jual satu unit, dan ia kurang berkesan kalau pakai satu unit
3. BUNDLE Sasarkan pada jualan pukal, walaupun untung kecil tapi kalau repeat order
best tuh! Main volume!
4. OTO One time offer, buat satu tawaran yang tak masuk akal, dan berikan tawaran tu
pada pelanggan anda tetapi hanya sah pada hari tersebut sahaja! Esok dah tak boleh!
5. KUPON Berikan pelanggan yang sudah beli kupon diskaun, tujuannya untuk memaksa
mereka repeat order!

Page | 23

www.fizoomar.com

TIPS #9
FOLLOW-UP

Page | 24

www.fizoomar.com

Siapakah orang yang perlu kita follow up? Sudah tentu ia adalah prospek kita, dari situ kita akan
tukarkan prospek ini kepada pembeli.

Siapakah prospek tersebut? Mereka adalah orang yang pernah bertanyakan tentang produk anda,
dan mereka juga pernah ada minat terhadap produk anda akan tetapi mereka menangguhkan
pembelian atas sebab-sebab tertentu.

Dari sinilah bermulanya tindakan follow up, ia bertujuan untuk memujuk prospek yang minat
dengan produk kita tapi masih belum membuat pembelian.
anda masih memiliki 20%-40% untuk memujuk prospek lama
anda menjadi pembeli. Follow up prospek anda!

Terdapat banyak kaedah yang anda boleh gunakan untuk follow-up semula prospek anda.

PM Fanpage
Whatsapp / SMS
Email
Telefon

Di antara kaedah yang ada di atas ini, sudah tentu penggunaan WhatsApp adalah yang paling
sering digunakan oleh rakyat Malaysia. Kenapa? Kerana ia adalah kos interaksi yang paling
PANTAS, JIMAT dan MUDAH!
Mengapa perlu follow up prospek? Tujuannya ialah untuk mengurangkan kos iklan anda
daripada mencari prospek yang baru. Lebih baik anda follow up atau educate semula prospek
anda dengan ayat yang betul. Lebih banyak prospek kita dapat tukarkan kepada pembeli lebih
baik! Lebih untung! Kos iklan pun jimat!
Sesetengah prospek akan rasa bersalah apabila kita sudah berikan maklumat pembayaran tapi
tiada respons dari mereka. Kes seperti ini jika anda follow up, peratusan untuk bertukar kepada
pembeli lebih tinggi! Selain itu, mereka juga akan berterima kasih jika kita ingatkan mereka,
kerana kadang-kadang mereka memang terlupa untuk lakukan pembayaran!

Page | 25

www.fizoomar.com

Berapa kali kita boleh follow up prospek kita? Cuba maksimumkan sebanyak 4kali sahaja
dengan mengikut waktu dan masa yang bersesuaian. Contohnya..
Selepas sejam Tanya pada prospek anda semula, adakah mereka masih berminat kerana anda
sudah ingin lakukan penghantaran, jika berminat anda boleh tuliskan alamat mereka terus
Selepas 24jam Nyatakan pada mereka tentang offer yang anda berikan tadi hanya sah dalam
tempoh 24jam sahaja, jika mereka masih berminat, anda boleh reservekan dahulu stok tersebut..
Waktu gaji/bonus Ini adalah waktu yang paling wajib untuk anda follow-up customer anda.
Ingatkan semula mereka bahawa mereka pernah bertanyakan tentang produk anda dan adakah
mereka masih berminat? Berikan offer special pada mereka..
LAST CALL Berikan offer terakhir pada mereka, update info terkini seperti stok akan habis,
kuota dah nak penuh dan akhir sekali anda bagitahu ini adalah follow-up terakhir selepas ini tiada
lagi harga promosi..

jangan terlalu banyak keluarkan kos iklan untuk dapatkan pelanggan baru.
Jaga hubungan dengan pelanggan sedia ada!

TIPS MUDAH UNTUK FOLLOW UP PROSPEK

Mulakan dengan ayat pengenalan Salam bro, selamat sejahtera bro..


Sebut nama mereka Assalam puan Siti..
Akhiri perbualan anda dengan soalan Masih berminat?
Jangan ulang info yang lepas-lepas.
Gunakan gambar testimoni produk anda.
Gunakan emoticon yang bersesuaian supaya nampak lebih mesra.
Jangan terlalu mendesak prospek anda.
Gunakan nama anda Kalau sis masih berminat, Mimie boleh bagi
Tanya apakah masalah sebenar mereka Berbual santai dengan prospek..
Tak jadi beli? Akhiri perbualan anda seperti ini Terima kasih kerana berurusan dengan
kami, minta maaf jika ada kesilapan dari kami.. Mereka akan ingat pada kita dan akan
beli dengan kita satu hari nanti..

Page | 26

www.fizoomar.com

TIPS #10
GANDAKAN KOS MARKETING

Page | 27

www.fizoomar.com

Takut nak belanja besar untuk kos pengiklanan? Rileks, jangan melabur sembarangan. Ada
beberapa syarat yang anda perlu pastikan terlebih dahulu, kemudian baru boleh belanja besar.
Kalau main langgar je nanti anda boleh rugi besar!
Apakah syarat penting untuk gandakan kos pengiklanan?
Anda perlu kenal pasti beberapa perkara dahulu, langkah pertama, kira berapakah convertion rate anda..
fbads = peroleh 500 klik dari iklan di fbads
Pembeli = 10 orang
convertion rate = (10/500) x 100 = 2%
* Matematik fbads syorkan sekurang-kurangnya 1%

Langkah seterusnya, kirakan berapa ROI (return on investment) anda..


kos iklan = RM500
untung bersih = RM3500
ROI = (3500-500)/500 = 6
* Matematik fbads syorkan anda perlu perolehi 3x ganda ROI sekurang-kurangnya
Untuk memantapkan lagi syarat-syarat untuk gandakan kos pengiklanan, kirakan closing rate..
respons (pm/whatsapp) = 100
pembeli = 7
closing rate = (7/100) x 100 = 7%
* Matematik fbads syorkan anda perlu perolehi 30% ke atas.
Apabila semuanya sudah melepasi syarat minima, barulah anda boleh gandakan kos pengiklanan
anda. Jika syarat-syarat tersebut masih tidak mencukupi anda perlu lakukan optimization pada
iklan anda. Beberapa perkara yang anda perlu perbaiki ialah

Kaji semula sasaran audiens anda


Perbaiki kualiti gambar
Perbaiki ayat headline
Tukar copywriting anda
Perbaiki ayat followup
Gunakan elemen urgency factor
Perbaiki CTA (call to action) anda
Page | 28

www.fizoomar.com

TIPS #11
LEVERAGE

Page | 29

www.fizoomar.com

LEVERAGE.. Antara kaedah yang paling superb untuk gandakan sales syarikat anda. Tetapi
malangnya kaedah ini lebih sesuai digunakan pada owner business dan stokis besar.
Untuk buat jualan sebulan 1000unit memang agak sukar jika dilakukan seorang diri, tetapi tidak
jika anda mempunyai tentera-tentera dalam perniagaan anda. Memang untung kalau dapat buat
jualan sendiri sebanyak 1000unit, tetapi berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk capai
jualan sebanyak tu?
Biar margin keuntungan kecil, yang penting volume dan pantas!

Saya bagi anda contoh begini..


Seunit untung RM80, agen/stokis untung RM40
Jualan sendiri untuk 1000unit = ambil masa 3 bulan, untung RM80,000
Jualan agen/stokis sahaja untuk 1000unit = ambil masa 1 bulan, untung RM40,000 x 3 bulan =
RM120,000.. Mana lagi untung?? Itu belum campur jualan anda sendiri tu.. Inilah magiknya!

TIPS MUDAH BOOST PERNIAGAAN ANDA


1. Rekruit agen Ya! Dapatkan agen untuk jual produk anda, mereka tak perlu keluarkan
kos untuk dapatkan produk anda, hanya kos pengiklanan sahaja!
2. Rekruit stokis Dapatkan stokis di setiap negeri, ajar mereka marketing, bina
networking dengan mereka. Jaga stokis dengan betul, merekalah yang akan meluaskan
lagi pasaran produk anda!
3. Buat cabaran Berikan intensif/bonus kepada mereka yang berjaya capai jualan yang
ditetapkan oleh anda. Boleh berikan hadiah dalam bentuk wang tunai, percutian atau
barang elektronik. Tujuannya untuk buatkan mereka bersaing dan berlumba-lumba untuk
buat jualan.
4. Seminar percuma Ajar mereka cara-cara untuk menambahkan pendapatan mereka
dengan menjual produk anda. Turunkan semua ilmu marketing yang anda ada!
5. LEVERAGE Sengaja saya letakkan di point akhir, anda perlu lakukan 4 point di atas
untuk berjaya dan pergi lebih jauh dalam perniagaan anda. Mula leverage bisnes anda!

Page | 30

www.fizoomar.com

TIPS #12
USP

Page | 31

www.fizoomar.com

USP (UNIQUE SELLING PROPOSITION).. Ramai orang dah mula berniaga apabila mereka
dihimpit ekonomi semasa. Persaingan di facebook juga semakin sengit, hari-hari ada je orang
baru yang berniaga.
Persaingan semakin sengit.
Dah tak boleh berniaga ke? Oh tidak! Kalau anda kata begitu, begitulah jawapannya.

Kalau anda seorang usahawan yang professional. Anda akan anggap itu cabaran dan pastinya ia
mengerah anda untuk dapatkan idea-idea yang lebih kreatif dan unik!

Contohnya trend zaman sekarang ialah air minuman dari Thailand, green tea, red tea dan lainlain. Harini ada seorang buka gerai minuman ala Thailand, esok lusa berduyun-duyun orang nak
berniaga benda yang sama juga. Yang lagi bestnya, mereka akan kurangkan harga untuk
dapatkan pelanggan dengan cepat. Tindakan ni sangat tak betul dan ia akan memakan diri
sendiri! Sebab bila seorang turunkan harga, akhirnya semua akan turunkan harga dan berebut
untuk memperolehi keuntungan yang kecil! Last-last melingkup

Jangan buang harga! Sebaliknya tambah nilai dan timbulkan


keunikan dalam perniagaan anda!

So, apa nak buat kalau dah kena camni?


Jika anda tersekat di antara persaingan yang sengit ini, anda perlu timbulkan USP anda. Apakah
yang memberikan perbezaan anda dengan pesaing dari segi kualiti, servis, layanan, packaging
dan lain-lain lagi.
Unique selling proposition adalah faktor utama yang anda perlu cari dan perah otak untuk
membezakan anda dengan pesaing yang lain. Ia umpama port baru yang tidak pernah dijumpai
orang lain. Contohnya seperti..
Peniaga A = Jual air green tea biasa dengan harga RM5.00
Peniaga B = Jual air green tea, bekas minuman yg unik dan toping oreo dgn harga RM5.00.
Kalau anda sebagai seorang pembeli, sudah tentu akan beli dengan peniaga B bukan?

Page | 32

www.fizoomar.com

Harga yang sama tapi ada keunikan tersendiri. Ingat! Jangan buang harga, tapi tambah nilai
dalam bisnes anda!
Untuk mempunyai USP yang jelas, anda perlu sediakan jawapan kepada persoalan berikut..

Apakah keunikan bisnes anda?


Apakah yang membezakan anda dengan pesaing lain?
Kenapa mereka perlu beli dengan anda tetapi tidak peniaga lain?
Kenapa mereka perlu ambil tahu tentang perniagaan anda?
Apakah keuntungan yang mereka dapat jika berurusan dengan anda?

Sediakan jawapan kepada soalan diatas dan gunakan dalam strategi marketing anda.
Saya bagi beberapa contoh USP produk yang hangat di pasaran..
GEL AMANI Produk mereka secara umumnya mampu merawat semua sakit sendi tulang,
tetapi USP yang mereka cuba tonjolkan ialah merawat sakit lutut & bantu ibu ayah kembali
solat berdiri seawal 7-14hari.. Walaupun produk anda ada banyak kelebihan dan manfaat, cuba
fokus pada satu masalah dan kembangkannya.
MESOTROPIN Ternyata produk kesihatan ini mampu berikan tenaga, stamin dan kekuatan
yang menakjubkan. Tetapi USP yang mereka cuba tonjolkan ialah besarkan otot dalam masa 14
hari... Itulah USP yang mereka cuba tekankan selain itu dari segi packaging yang nampak
garang dan menarik juga memainkan peranan penting.
Itulah sebahagian perniagaan anak tempatan yang telah berkembang maju dengan masa yang
singkat. Cukup sekadar anda faham bagaimana untuk tonjolkan USP dalam perniagaan anda.

TIPS SIMPLE UNTUK BINA USP PERNIAGAAN ANDA

Nyatakan manfaat dan kelebihan servis/produk anda.


Unik! Lain dari yang lain..
Berikan bukti/testimoni tentang servis/produk anda
Selesaikan masalah semasa! Biar mereka yang gilakan produk/servis anda.
SPEED! Orang suka benda yang cepat..
Ringkas tapi padat! Mesej yang nak disampaikan mestilah jelas.
Berikan jaminan! Orang lain tak buat, tapi anda buat!

Page | 33

www.fizoomar.com

Page | 34

You might also like