Teori Konflik Menunjukkan Bahawa Wujudnya Pelajar Adalah Untuk Mengisi Susun Lapis Masyarakat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

-Teori konflik menunjukkan bahawa wujudnya pelajar adalah untuk mengisi susun lapis

masyarakat.Susun lapis ini wujud mengikut kedudukan sosioekonomi keluarga mereka.


-Randal Collins ( Collins, 1971) fokus kepada masyarakat hari ini yang mementingkan
credential iaitu
satu alat pengukur untuk mencapai kedudukan tinggi dalam masyarakat.
Mereka yang datang daripada keluarga yang berpengaruh pasti akan menikmati
keistimewaan ini untuk mendapat jawatan tinggi dalam masysarakat. -Konflik sering berlaku
dalam sekolah di antara ahli-ahlinya.Contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja
pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar.Maka
timbulah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah.Manakala bagi
pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-kanak.Mereka masih ingin
bermain dengan rakan sebaya.Konflik yang tercetus dalam jiwa kanak-kanak hari ini telah
menbuat mereka terpaksa menerima tekanan dan sekiranya gagal mereka dilabelkan
sebagai pemalas dan lembap. 3) TEORI INTERAKSIONISME Teori interaksi simbolik adalah
teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik
kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawaa manusia keseluruhannya dibentuk
oleh sistem sosial.Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa
interaksi sosiallah yang menbentuk realiti.Teori ini telah diperkenalkan oleh seorang pengkaji
yang bernama George Herbert Mead (1863-1931).Manakala ahli yang menerapakn teori ini
dalam pendidikan ialah David Hargreaves
dalam bukunya yang berjudul Intepersonal Relation And Education.

Teori ini lebih menfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat
yang terlibat terutamanya guru dan murid.Mereka juga melihat kepada aspek organisasi
sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat
mempengaruhi sekolah.Contohnya,mereka akan mengkaji bagaimana murid mempunyai
perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan
guru.Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam
masyarakat. Blackledge dan Hunt (1985) telah menggalurkan beberapa andaian yang selalu
digunakan oleh perspektif mikro. iaitu: Aktiviti harian: Kita mesti melihat aktiviti harian kerana
semua aspek kehidupan manusia melibatkan aksi-aksi kehidupan seharian.Sistem
pendidikan dihidupkan oleh aktivit-aktiviti yang dilakukan setiap hari oleh guru-guru,muridmurid,pentadbiran dan seumpamanya.Perubahan dalam pendidikan adalah hasil daripada
aktiviti harian. Kebebasan : Aktiviti harian bukan merupakan sesuatu yang dipaksakan oleh
masyarakat tetapi aktiviti-aktiviti yang kita lakukan masih mempunyai autonomi dan
kebebasan yang tersendiri. Makna: Setiap perlakuan manusia mempunyai makna yang
tersendiri kepada si pelakunya.Makna bukan diberi oleh budaya tetapi dibentuk daripda
budaya oleh si pelakunya. Interaksi : Aktiviti harian jarang merupakan aksi persendirian
semata-mata tetapi ianya melibatkan interaksi dengan orang lain.Misalnya apabila guru
menyoal,murid mungkin mengangkat tangan untuk menjawab.Guru perlu menginterpretasi
makna angkat tangan tersebut,sama ada murid mengangkat tangan ingin menjawab
soalan,tidak faham,ingin mengelak diri atau tidak mahu dianggap bodoh.

Rundingan: Makna dan interpretasi bukanlah sesuatu yang statik dan tidak
berubah.Manusia selalu mengubahsuai pandangan mereka.Mereke selalu berkongsi
pemahaman.Perkongsian ini diperolehi melalui proses rundingan. Pendekatan subjektif: Kita
perlu menginterpretasi sesuatu aktiviti atau perlakuan mengikut kaca mata si pelaku itu
sendiri. Berdasarkan apa yang telah saya baca, memang terdapat perbezaan yang jelas
antara teori-teori.Sebagai perbandingan didapati bahawa perkara yang diutamakan oleh
ahli-ahli fungsionalisme dan konflik ialah bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat
dan bagaimanakah perubahan sosial berlaku.Manakala ahli-ahli teori interaksionisme
simbolik lebih menumpukan proses hubungan bersemuka individu dalam konteks kehidupan
sosial.Dengan kata lain penganalisisan merek

Pengaruh Sosiologi Dalam Pendidikan


Sistem pendidikan yang dilaksanakan di kebanyakkan Negara sehingga ke hari ini adalah
lahir daripada aspirasi sosial dan Negara.

Golongan social mempunyai peranan tinggi bagi memajukan pelajar. Lantaran itu, hubungan
sosial dengan pendidikan sangat rapat dan mempunyai pengaruh yang besar.

Kesannya, wujud satu bidang yang sangat penting dalam dunia pendidikan iaitu sosiologi
pendidikan. Kini, ramai ahli sosiologi yang mengkaji dan memahami berbagai-bagai
keperluan social.

Kajian-kajian mereka biasanya menggunakan kaedah saintifik. Pendekatan ini mempunyai


pengaruh yang kuat ke atas kemajuan perkembangan pendidikan.

Antara pengaruh-pengaruh yang dimaksudkan itu ialah:

1. Pendekatan sosiologi dapat diseragamkan dengan pendekatan pendidikan.


2. Ahli sosiologi yang menganalisis sesebuah masyarakat akan dapat mewujudkan suatu
program pendidikan yang lebih baik, iaitu sesuai digunakan oleh segenap lapisan
masyarakat.

3. Hasil penyelidikan sosiologi akan menjadi asas kepada objektif dan juga pembentukan
sesuatu kurikulum pendidikan.
4. Sosiologi pendidikan adalah agen kepada perubahan dan kemajuan sesebuah
masyarakat.
5. Proses social adalah sebahagian daripada proses untuk memikirkan masa keperluan
pendidikan.
6. Teknik-teknik yang digunakan dalam penyelidikan sosiologi boleh membantu guru-guru
memperkembangkan ilmu dan kaedah pengajaran.
7. Cara pentadbiran institusi pendidikan juga dipengaruhi oleh kajian-kajian sosiologi.
8. Pendekatan sosiologi boleh membantu guru-guru menjalankan tugas dengan cekap bagi
membantu perkembangan dan dasar-dasar Negara

You might also like