Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA JARING 11TKB

PERINGKAT DAERAH DALAT 2015


1.0

Pengenalan
Sukan Bola Jaring merupakan salah satu sukan yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan
sebagai sukan teras negara khasnya dan di daerah Dalat khususnya. Namun bilangan
jagoan bakat-bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat 12 tahun ke bawah agak
kurang memberansangkan. Menyedari hakikat ini, Pejabat Pendidikan Daerah Dalat telah
mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan bola jaring 11TKB 2015 bagi
membentuk sebuah pasukan daerah tahun 2016 dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan
Kg. Balan sebagai pengelola dan dibantu oleh semua sekolah di daerah Dalat. Langkah
mengadakan program seumpama ini diharap dapat memberi pendedahan permainan bola
jaring kepada murid sekolah secara berterusan dan berkualiti sejajar dengan dasar
pendidikan 1 Murid 1 Sukan (1M1S).

2.0

Matlamat
Matlamat program ini adalah melahirkan jagoan pasukan sekolah dan daerah dalam sukan
bola jaring yang disegani. Di samping itu, program ini bertujuan menarik lebih banyak
penyertaan dan penglibatan murid perempuan khasnya dalam sukan bola jaring.

3.0

Objektif
a) Mengesan bakat murid dalam permainan bola jaring di peringkat awal.
b) Membentuk satu pasukan bola jaring yang terbaik di peringkat sekolah seterusnya
membentuk sebuah pasukan daerah yang kuat untuk tahun hadapan.
c) Memajukan sukan bola bola jaring sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah
seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
d) Menarik minat dan penglibatan murid khususnya murid perempuan dan membantu
memajukan bakat yang ada pada murid.
e) Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan sekolah-sekolah
di daerah Dalat terutama dalam pembangunan sukan bola jaring.

4.0

Rasional
1

a) Menggalakan murid menceburkan diri secara aktif dalam permainan bola jaring
b) Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah
c) Merupakan persediaan awal murid sebelum ke pertandingan luar di peringkat bahagian
pada tahun hadapan.
5.0

Tarikh Pelaksanaan
Tarikh

6.0

: 07 08 OKTOBER 2015

Tempat Perlaksanaan Pertandingan


SK DPM Oya (tapak/bangunan sekolah lama)

7.0

Pengelolaan / Penganjuran
Sekolah Kebangsaan Kg. Balan
Pejabat Pendidikan Daerah Dalat

8.0

Sasaran
Terbuka kepada murid perempuan sekolah rendah (11TKB) daerah Dalat

9.0

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan


Rujuk Lampiran 1

10.0 Anggaran Perbelanjaan


Rujuk Lampiran 2

11.0

Penutup
2

Diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan
sokongan daripada semua pihak amat diperlukan demi memastikan matlamat dan objektif
Kejohanan Bola Jaring 11TKB Peringkat Daerah Dalat ini tercapai dengan jayanya. Pihak
Jawatankuasa Pengelola memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesulitan yang timbul
sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

LAMPIRAN 1
JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN
PENASIHAT

CIKGU ABDUL AZID BIN ISMAIL


(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DALAT)

PENYELARAS

CIKGU ISMAIL BIN KRAM


(PENYELIA KK PPD DALAT)

PENGERUSI

CIKGU HAMBLI BIN RABI


(GURU BESAR SK KG. BALAN)

TIMB. PENGERUSI

CIKGU AYU BIN BOHARI


(PK PENTADBIRAN (D) SK KG. BALAN)

SETIAUSAHA

CIKGU OSMAN BIN ANUAR


(PK KOKURIKULUM (D) SK KG. BALAN)

NAIB SETIAUSAHA

CIKGU ERNY ZURIANA BINTI MORSHIDI


(PK HEM (D) SK KG. BALAN)

BENDAHARI

BENDAHARI MSS DAERAH DALAT

PENGERUSI TEKNIKAL

CIKGU MARDILA BINTI NORDIN


(SK ST. JOHN)

AJK

1. JK URUSETIA/ PENDAFTARAN

: SK Kg. Balan_______________________

2. JK PNYEDIAAN TEMPAT/PERALATAN

: __________________________________

3. JK PENGADIL
4. JAWATANKUASA MAKANAN/MINUMAN
5. JK KEBERSIHAN

: *Setiap sekolah bertanding menyediakan


seorang pengadil.
: __________________________________
: Semua guru/murid yang terlibat

6. JK SIARAYA/PUBLISITI/JURUGAMBAR

: __________________________________

7. JK SIJIL DAN HADIAH

: SK Kg. Balan_______________________

8. JK BUKU PROGRAM

: SK Kg. Balan______________________

9. JK JURUACARA DAN MAJLIS PENANGGUHAN : SK Kg. Balan____________________


4

10. JK KECEMASAN/KESELAMATAN

: __________________________________
Semua jurulatih/guru pengiring_________

11. JK RAYUAN/ BANTAHAN

: _________________________________
__________________________________
__________________________________

LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan ditanggung oleh PPD.
Bil

Perkara

Kuantiti

RM

*200 KEPING

RM ____

RM ___X3
(TEMPAT 1,2,3)

RM ____

RM__ X 30

RM ____

RM__ X 10 kotak
X20 ORANG

RM ____
RM ____

SIJIL PENYERTAAN PESERTA/JURULATIH/


PENGURUS PASUKAN/ AJK

PIALA

PINGAT/ MEDAL (TEMPAT 1,2,3)

DRINKING WATER (BOTOL KECIL)


MAKANAN

NET BOLA JARING

2 unit

RM ____

5
6
7

BOLA MIKASA
KOS PENGANGKUTAN
PLASTIK SAMPAH

2 unit
-

RM ____
RM ____
RM ____

JUMLAH

RM _____

(* bergantung kepada jumlah penyertaan)

LAMPIRAN 3

PERATURAN DAN SYARAT KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH


PERINGKAT DAERAH DALAT

Undang undang Permainan


Pertandingan permainan ini dijalankan mengikut undang-undang Gabungan
Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (FNA) dan Persatuan Bola
Jaring Malaysia (PBJM)

Peraturan Pertandingan
Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Pertandingan Bola Jaring 12 tahun ke
bawah (12KTB) MSS Sukan Daerah Dalat 2015 yang dikuatkuasakan sepanjang tempoh
kejohanan sukan ini.
Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola Jaring
Daerah Dalat adalah muktamad.
Pendaftaran Pemain/Pembentukan Pasukan
1. Penyertaan adalah terbuka kepada murid-murid perempuan sekolah rendah yang
berumur 11 tahun ke bawah.
2. Setiap sekolah hanya boleh mendaftar satu (1) pasukan sahaja yang mengandungi:
10 orang pemain
1 orang pengurus pasukan
1 orang jurulatih
1 Pegawai Penjagaan Utama

Pasukan/Pertukaran Pemain
1. Tiap tiap pemain mestilah mempunyai sekurang-kurangnya minimum lima (5)
orang pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada jumlah
ini pasukan tersebut dikira menerima kekalahan.
2. Kecederaan dan kesakitan:
a. Apabila seorang pemain mendapat cedera atau sakit semasa bermain, pemain
dalam

pasukan

boleh

meminta

pemberhentian

masa

daripada

pengadil

perlawanan. Hanya Pegawai Penjagaan Utama (Primary Care Personnel) sahaja


dibenarkan masuk ke dalam gelanggang untuk merawat pemain yang cedera
tersebut. Sekiranya pasukan tidak mempunyai Pegawai Penjagaan Utama, Ahli
Jawatankuasa kecemasan yang bertugas di venue secara automatik bertindak
sebagai Pegawai Penjagaan Utama tersebut.
b. Pemain lain tidak dibenarkan keluar daripada gelanggang. Air tidak boleh
dibaling

atau

seumpamanya.

Pemain

simpanan

dan

jurulatih

TIDAK

DIBENARKAN meninggalkan kerusi simpanan, bercakap atau memberi sebarang


KEJURULATIHAN kepada pemain yang berada di dalam gelanggang semasa
tempoh pemberhentian ini.
c. Masa pemberhentian kecederaan yang dibenarkan adalah seperti berikut:
d. Masa pemberhentian kecederaan yang dibenarkan adalah seperti berikut:
i.

Pemberhentian kecederaan kali pertama daripada mana-mana pasukan diberi


sehingga dua(2) minit sahaja. Pemain boleh dirawat oleh di dalam atau di luar
gelanggang.

ii.

Pemberhentian kecederaan kali kedua dan seterusnya daripada pasukan yang


sama dalam masa permainan yang sama diberi sehingga tiga puluh (30) saat
sahaja. Pemain hendaklah dirawat di luar gelanggang atau pertukaran pemain
dilakukan ( bergantung daripada keputusan jurulatih pasukan.) Sekiranya
pemain lewat mengambil tempat selepas tempoh 30 saat, pemain tersebut
tidak boleh terus memasuki gelanggang sehingga diberitahu oleh pengadil
mengikut peraturan pemain yang lewat memasuki gelanggang.
8

iii. Sekiranya pemberhentian diminta oleh pasukan yang berbeza maka kiraan
kecederaan akan dikira bermula daripada yang pertama (1) dan seterusnya.
iv. Pemberhentian kecederaan adalah mengikut pemberhentian yang ke berapa,
pasukan yang meminta dan masa permainan yang terlibat. Pemberhentian
kecederaan akan bermula baru apabila perlawanan memasuki masa
perlawanan berikutnya.
v. Pertukaran pemain hanya akan dibenarkan semasa berlakunya
kecederaan dan permulaan pada masa kedua sahaja.
Sistem Pertandingan
1. Sekiranya penyertaan terdiri daripada ........................................ pasukan sahaja, maka
pertandingan awal akan dijalankan secara Liga satu pusingan dalam dua kumpulan iaitu
Kumpulan A dan Kumpulan B
a. Pasukan yang berjaya ke peringkat Separuh Akhir

di PERLAWANAN BOLA

JARING 11TKB MSS DAERAH DALAT akan menjadi Pasukan Pilihan.


2. Sistem Pemberian Mata bagi pertandingan secara Liga adalah seperti berikut :

Menang

3 mata

Seri

1 mata

Kalah

0 mata

Menentukan kemenangan
1. Kemenangan bagi pertandingan secara Liga ditentukan daripada jumlah mata yang
terbanyak tetapi jika berlakunya seri pada jumlah mata, maka keputusan akan
ditentukan secara berikut :

Purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu jumlah jaringan gol dibahagi
dengan jumlah gol yang kena)

Jika masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai (iaitu jumlah jaringan gol
ditolak dengan gol yang kena)

Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan
sebagai pemenang
9

Jika masih seri, hitungan head to head akan diadakan.

Jika masih seri, balingan siling sebanyak tiga kali akan dibuat

Kelewatan
1. Hanya lima belas (15) minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat. Selepas
masa itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma kepada pasukan yang
berada di gelanggang dengan 3 mata dan jaringan 10-0.

Tempoh perlawanan
1. Tempoh perlawanan adalah 15 minit bagi setiap perlawanan dan masa rehat diberi
selama 5 minit.

Pakaian peserta
1. Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu corak, bentuk dan warna
yang sama. Pakaian seragam yang sama hendaklah dipakai sepanjang kejohanan.
2.

Setiap pemain hendaklah memakai baju-T atau jersi dengan track-bottom.


Seluar pendek atau tight tidak dibenarkan.

3. Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib yang ketinggian hurufnya adalah 4-6
inci.
4. Sekiranya kedua-dua pasukan yang memakai bib yang sama warna, maka keputusan
pertukaran bib akan dijalankan secara lambungan duit.

Menarik diri
1. Menarik diri tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan dianggap menarik
diri daripada keseluruhan pertandingan dan dikehendaki mengemukakan surat tunjuk
sebab kepada Unit Kokurikulum dan Sukan PPD Dalat.

Sekolah-sekolah yang dibenarkan bergabung

10

i. Gabungan 1
- SJKC Yak Tee / SK Kpg. Teh / SK Kpg. Bakong /Terus / SK Kpg. Balan
ii. Gabungan 2
- SK St. Jude / SK Sg. Kut Tengah / SJKC Poi Yuk
iii. Gabungan 3
- SK Klid Plajau / SJKC San-San / SK St. Luke / SK Baoh Ulu
iv. Gabungan 4
- SK Sg. Ilas / SK Kpg. Kebuaw / SK Sg. Pinang / SK Kpg. Bungan / SK Sg.Rassau

* Sekiranya mana-mana sekolah di atas yang ingin membentuk sebuah pasukan sekolah
sendiri, pastikan pasukan itu memenuhi syarat jumlah minima yang cukup untuk
memulakan perlawanan.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN


Borang

penyertaan

pertandingan

bola

jaring

perlu

dihantar

atau

diemel

skkgbalan3503@gmail.com kepada pihak pengelola (SK. KG. BALAN, DALAT) dan Cikgu
Ismail Bin Kram ( pkks.ppddlt@gmail.com) selewat-lewatnya pada 02 OKTOBER 2015.
Makluman awal juga boleh dilakukan melalui aplikasi WhatsApp (KK/SUKAN PPD
DALAT atau PGB DALAT)

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

( MOHD FAZLIE BIN ASBI )


Penyelaras Sukan dan Permainan
SK KG. BALAN

( OSMAN BIN ANUAR )


Penolong Kanan Kokurikulum
SK KG. BALAN

BORANG PENYERTAAN BOLA JARING

11

NAMA SEKOLAH

PENGURUS PASUKAN

WARNA JERSI

BIL

NAMA PEMAIN

SIJIL LAHIR/NO. K/P

POSISI

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN

..
(

COP SEKOLAH

12

You might also like