Professional Documents
Culture Documents
Bab 1
Bab 1
Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia.Kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan telah diperuntukkan dengan jelas di bawah
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.Menurut Abdul Aziz Bari, 2006 (dalam Siti Hajar,
2011), bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan
negara untuk tujuan perpaduan.Bahasa rasmi merujuk kepada bahasa yang mesti
digunakan dalam pelbagai urusan rasmi kerajaan.Hal ini jelas diperincikan dalam Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/1967 Akta 7 / 67 yang menyatakan bahawa bahasa Kebangsaan
hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.
Bahasa menjadi wahana utama sebagai medium komunikasi. Begitu juga halnya
dalam proses pdp. Seseorang murid perlu menguasai bahasa itu dengan menguasai
kemahiran-kemahiran bahasa tersebut. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), kemahiran
berbahasa merupakan isu penting dalam bidang pdp di sekolah sejak dahulu lagi. Dalam
bahasa Melayu, terdapat tiga kemahiran yang utama.Kemahiran-kemahiran ini mendasari
bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa yang ilmiah dan kekal relevan dalam pelbagai
zaman.Tiga kemahiran tersebut ialah kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Penguasaan secara holistik ketiga-tiga kemahiran ini
akan menjadikan penutur bahasa itu menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Kemahiran
menulis
merupakan
kemahiran
yang
paling
sukar
dan
tinggi
kedudukannya dari kemahiran berbahasa yang lain (Che Zanariah dan Fadzilah Abd
Rahman, 2011).Hal ini kerana kemahiran menulis merupakan kemahiran yang menguji
keupayaan murid menulis sesuatu perkataan sehingga menjadi ayat yang betul. Berbeza
dengan kemahiran mendengar dan membaca, murid hanya menerima sesuatu yang
dihasilkan oleh orang lain, manakala kemahiran bertutur, murid berhubung dengan individu
lain secara terus. Tetapi dalam kemahiran menulis, murid secara individu perlu melakukan
aktiviti menulis.Perkara inilah yang dikatakan segelintir murid petah berkata-kata tetapi
belum tentu mampu menulis dengan baik. Tegasnya, kemahiran menulis merupakan aktiviti
atau proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau maklumat dengan tepat dan
berkesan (Siti Hajar, 2009).
Kemahiran menulis merujuk kepada kebolehan murid menulis perkataan dan
melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang dilalui.Penekanan kemahiran ini adalah kepada aspek
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas
dan kemas.Kemahiran menulis menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) merupakan satu bentuk