Abstrak BM N Bi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGGUNAAN KAEDAH KELUARGA BUIH DALAM MENINGKATKAN TAHAP

PENGUASAAN MURID TAHUN 4 MENUKARKAN PECAHAN PERSEPULUH


DAN PERSERATUS KEPADA PERPULUHAN

YIZHAR EFENDY GIMIK

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid lemah Tahun 4 dalam
kemahiran menukar pecahan persepuluh dan perseratus kepada nombor perpuluhan dengan
mengunakan kaedah Keluarga Buih. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah
Tuaran, Sabah dan melibatkan 10 orang murid tahun 4 yang datang dari dua kelas yang berbeza
iaitu 4 Cemerlang dan 4 Gemilang. Dengan berpandukan kepada kaedah bercampur, instrumen
yang dipilih untuk mengutip data yang diperlukan adalah ujian diagnostik, ujian pos, temu bual
dan catatan nota lapangan. Ujian diagnostik yang dijalankan bertujuan untuk mengesan pola
kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian semasa menjawab soalan menukarkan pecahan
persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan. Seterusnya setiap data yang diperoleh telah
dianalisis dalam bentuk kaedah deskriptif menggunakan peratus dan kekerapan. Markah ujian
diagnostik dan ujian pos dibandingkan secara kuantitatif untuk mengukur peningkatan
pencapaian murid. Data yang diperoleh melalui temu bual dan nota lapangan pula dianalisis
secara kualitatif bagi menyokong data yang dianalisis secara kuantitatif. Kajian ini telah
mengenal pasti beberapa kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian iaitu masalah
miskonsepsi, tidak memahami konsep penukaran pecahan kepada nombor perpuluhan, kesilapan
meletakkan titik perpuluhan dan kecuaian. Berdasarkan dapatan kajian ini, didapati bahawa
kaedah Keluarga Buih telah berjaya meningkatkan penguasaan dan minat murid dalam
menjawab soalan yang melibatkan penukaran pecahan persepuluh dan perseratus kepada nombor
perpuluhan. Diharapkan penggunaan kaedah Keluarga Buih dapat memberikan alternatif
kepada guru dan murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menukar pecahan
persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan.

This study was conducted to improve the mastery of Year 4 pupils who were weak in acquiring
the skill of converting tenths and hundredths fractions to decimals number using Bubble
Family method. The study was conducted in a primary school located in Tuaran, Sabah where
10 pupils from two different classes, namely 4 Cemerlang and 4 Gemilang were selected. By
using mixed method, the instruments used for collecting all the necessary data were diagnostic
test, post test, field notes and interview. Diagnostic test was conducted to identify misttakes
patterns made by participants when answering questions involving the conversion of tenths and
hundredths fractions to decimal numbers. All the obtained data were analyzed descriptively
using percentage and frequency. Pupils marks during diagnostic-test and post-test were
compared quantitatively to measure their improvement in achievement. The data that were
collected through interviews and field notes were analyzed qualitatively to support the
quantitative data. This study has identified several common mistakes made by the participant
which were misconceptions problem, poor understanding in the concept of conversions of
fractions to decimal numbers, mistakes to place decimal point and negligence. It was also found
that 'Bubble Family' method succeeded in improving pupils mastery and enthusiasm in
answering questions involving conversion of tenths and hundredths fractions to decimal
numbers. It is expected that the use of 'Bubble Family' can serve as an alternative way for
teachers and students to improve the skill of converting tenths and hundredths fractions to
decimal numbers.

You might also like