Kerja Kursus Sejarah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

BANGUNAN BERSEJARAH

MUZIUM SUNGAI LEMBING

TAJUK KAJIAN ; BANGUNAN BERSEJARAH, MUZIUM SUNGAI LEMBING

SENARAI KANDUNGAN
TAJUK

MUKA SURAT

Penghargaan

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

Hasil Kajian

Rumusan

Lampiran

Rujukan

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru sejarah
saya,En. XXXX bin XXXX kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam
menjalankan Kerja Kursus Sejarah.Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah,
Puan XXX binti XXX yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini.
Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan
dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada
semua rakan-rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuan kepada saya
yang anda telah kongsikan bersama.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara
kita.Bangunan yang dipilih oleh saya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad.Kajian saya
merangkumi objektik-objektif berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang
sahih.Ini akan dapat membatu saya membuat satu kajian yang berilmiah dengan tatacara
yang betul,jelas dan tepat
b) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku
di sebalik bangunan bersejarah tersebut
c) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan
generasi muda melalui kajian ini.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mejalankan kajian tersebut.Antaranya
ialah melalui teknologi dan maklumat (ICT).Banyak maklumat yang saya perolehi daripada
kaedah tersebut.Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia.Wikipedia ialah
enskilopedia di dalam internet.Kita boleh mendapat banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya
dalam pelbagai bahasa.Selain itu,saya juga melayari bebarapa laman web lain yang berkaitan.

HASIL KAJIAN

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan diantara bangunan lama yang terdapat
di bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian
rekabentuknya. Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun 1893. Walau bagaimana pun
perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H.
Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap sepenuhnya
untuk digunakan pada tahun 1897. Bangunan Sultan Abdul Samad ini mengambil sempena nama

Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan ini
merupakan suatu mercu tanda di Kuala Lumpur yang gah pada ketika itu.

Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan
Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah
pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan
dibahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah
Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak
berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang
kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul
Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat ResidenGeneral dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini
juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah
Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Rekabentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman
(yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga
berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik
dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat
setinggi 57 kaki berbentuk ladam di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi
empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai
tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup
yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.

Senibinanya yang berbentuk saracenic merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul
yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan
ini. Diperingkat awalnya ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam,
namun kini ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut dengan tembaga. Kos
pembinaannya sebanyak RM 152,000 dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada
ketika ianya didirikan.

Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam
tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia
telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah
pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa
menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya,
Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.

RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh
masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan
nilai yang telah saya pelajari.
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi
bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang
terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk
Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur
dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acaraacara yang membabitkan promosi pelancongan negara.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara
rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai
kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat
tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.

LAMPIRAN

(Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad)

10

Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad

(Pelan Tingkat

Bawah)

(Pelan Tingkat

Satu)

(Pelan Tingkat

Dua)

(Pelan Tingkat

Mezanin)

11

(Pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)

12

( Sambutan di Bangunan Sultan Abdul Samad)

13

RUJUKAN
1. Menemu bual dengan guru yang berkaitan

En Noorshamsull Kumar b. Puteh

Puan Mariam Binti Hassan

2. Laman web http://malaysiana.pnm.my/


3. Laman web http:.//sejarahmalaysia.pnm.my/
4. Laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

14

ESEI
Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak
tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan,
pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan
semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula membawa kepada maksud memulihara dan
mengekalkan dalam bentuk yang sedia ada.

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui
kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan
dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada
generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan
bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui
prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah
bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai
semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita
bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat
bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota
masyarakat.
15

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,


masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti
ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan
melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan
gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan
pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam
proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap
tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini
akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

16

You might also like