Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Hak asasi manusia merupakan asas dan pemangkin kepada kewujudan manusia.

Ianya
bersifat universal dan tidak boleh dibahagikan serta saling bergantung diantara satu sama
lain. Menurut kamus dewan hak asasi ialah hak dasar manusia seperti hak kebebasan
bersuara,

kebebasan

beragama,

kebebasan

bergerak

dan

sebagainya.

Walau

bagaimanapun konsep dan maksud hak asasi manusia ini turut berubah mengikut
peredaran zaman serta mempunyai tafsiran yang lebih meluas. Dalam Perisytiharan Hak
Asasi Manusia Sejagat 1948, Konvenan Antarabangsa Hak-hak Sivil dan Politik 1966 dan
Konvenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966 konsep hak asasi
yang dibincangkan tidak terbatas kepada hak-hak berikut:
(i)

Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan


menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan

(ii)

di bawah undang-undang berada dalam hak sivil dan berpolitik


Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak

menikmati

perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta


persekitaran yang selamat berada di bawah hak sosial, kebudayaan dan
ekonomi.
Menurut Rousseau setiap anggota masyarakat akan melepaskan hak individu
tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang mempunyai kepentingan bersama.
Pemikiran beliau ini menjadi pemangkin kepada pemikiran hak asasi manusia versi moden.
Sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak
masyarakat menjadi topik utama dalam perdebatan berkaitan hak asasi manusia.
Idea asal kemunculan hak asasi manusia berasal daripada Tamadun Greek. Ahli-ahli
falsafah seperti Aristotle dan Plato menyatakan bahawa idea-idea hak asasi berkaitan
dengan hak kebebasan, hak sama rata serta hak untuk mendapatkan keadilan di Athens.
Aristotle merumuskan bahawa hak kebebasan mengundi perwakilan, hak sama rata untuk
dipilih sebagai perwakilan atau hak kebebasan menyuarakan pendapat ketika badan
perhimpunan bersidang

serta kuasa mentadbir masyarakat terletak dalam tangan

masyarakat itu sendiri (rule by the people for the people) 1. Manakala menurut Plato
kehidupan masyarakat haruslah sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dan
kepentingan masyarakat dijaga bersama-sama. Sekiranya setiap individu menjaga serta
mengamalkan peranan masing-masing dalam kehidupan bermasyarakat, ketidakadilan tidak
akan berlaku2.

1 Aristotle : The Politics and The Constitution of Athens. Edisi kedua, USA

Terdapat tiga faktor utama yang dinyatakan telah membawa kepada kemunculan hak
asasi manusia berdasarkan pendapat tiga orang tokoh falsafah terkemuka dunia seperti
Thomas Hobbes, John Locke dan Jean Jasques Rousseau3. Antaranya ialah faktor
kekejaman pihak pemerintah, persaingan dari segi ekonomi dan kemunculan aliran
realisme. Faktor kekejaman pemerintah menurut Hobbes ialah manusia mempunyai sifat
alamiah yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Maksudnya ialah manusia berperang
untuk memenuhi kepentingan dan keinginan diri masing-masing (war of all against all)4.
Pada zaman pencerahan ketiga-tiga tokoh ini menyatakan bahawa kontrak sosial perlu
diwujudkan untuk menjamin keutuhan wilayah dimana pemerintah dan rakyat saling
menghormati hak masing-masing. Kerajaan perlu memelihara keamanan dan rakyat
memberi taat setia kepada pemerintah selagi pemerintah tidak bertindak zalim. Dari sudut
faktor persaingan ekonomi, hak sosial dan hak ekonomi ditekankan

dan seterusnya

melanjutkan perkembangan hak asasi manusia. British telah bersaing dengan koloni
Amerika dan mengakibatkan berlakunya konflik ekonomi diantara negara-negara tersebut.
Persaingan ekonomi yang berlaku sememangnya menimbulkan sifat tamak dan jurang
sosial yang tinggi diantara negara yang kaya dan negara yang miskin. John Locke
mengemukakan idea bahawa tindak balas persaingan ekonomi yang berlaku adalah
ekonomi yang bersifat liberalisme dimana kerajaan harus membiarkan pasaran berjalan
bebas (laize faire) untuk menjamin hak peniaga-peniaga kecil daripada dikenakan cukai
yang tinggi seterusnya mewujudkan kestabilan dan keadilan sosial kepada semua. Faktor
realisme ialah mentaliti manusia moden yang diperolehi daripada kaedah penakulan
manusia. Menurut Hobbes, Locke dan Rousseau sesuatu kematian atas sebab
pembunuhan tidak boleh dirasionalkan sebagai ketentuan Tuhan, tetapi hak untuk hidup
bagi manusia perlu dipertahankan melalui peruntukan hak asasi manusia sama ada dalam
undang-undang ataupun perlembagaan. Hakikatnya, hak asasi manusia didorong oleh
pemikiran manusia yang mementingkan rasional berbanding epistemologi ketuhanan.
Tiga tonggak utama yang terdapat didalam hak asasi manusia ialah hak melindungi
diri, hak kebebasan dan hak memiliki harta benda. Hak melindungi diri ialah hak yang paling
utama dimana Hobbes dan Locke melihat faktor internal dan Rousseau melihat faktor
eksternal yang menyebabkan manusia mementingkan diri. Bagi mereka nyawa dan
keselamatan manusia merupakan perkara yang perlu dilindungi. Hobbes dan Locke
2 Plato, 1974. The Republic. Terjemahan D.Lee.Midlesex m/s 28
3 Noraihan Zakaria 2007, Konsep hak asasi manusia m/s 4-11
4 Ibid, m/s 7
2

mentafsirkan rasional hak melindungi diri terletak pada persamaan hak (equality).
Maksudnya semua manusia mempunyai hak membunuh, mendera, atau mencedera
sesiapa sahaja, contohnya orang miskin boleh membunuh orang kaya ataupun sebaliknya.
Daripada persamaan ini Hobbes dan Locke melihat manusia sesama manusia sebagai dua
kuasa sama yang saling bertentangan (two equal forces of individual against individual) dan
akan sentiasa hidup dalam ketakutan5. Oleh itu, bagi menamatkan keadaan kacau bilau ini
keperluan untuk melindungi diri perlu diamalkan oleh manusia secara universal.
Ketidaksamaan pangkat, darjat, harta atau kuasa menyebabkan golongan yang kuat
menindas golongan yang lemah menunjukkan ketidaksamaan ataupun inequality menurut
Rousseau. Contohnya golongan aristocrat Perancis yang menggunakan kedudukan mereka
untuk menguasai pihak gereja supaya mengerah petani-petani miskin membayar cukai dan
jika cukai tidak dibayar mereka akan dipaksa, dicedera, dibunuh, dipenjara dan harta benda
dirampas. Situasi yang kucar-kacir ini menunjukkan bahawa golongan yang kuat akan
berkuasa dan menetang golongan yang lemah (the privileged and strong against the weak
and unfortunate). Daripada pengertian ketiga-tiga tokoh tersebut, kontrak sosial memainkan
peranan penting untuk mengikat tanggungjawab individu di antara satu sama lain agar hak
melindungi diri tidak dicerobohi oleh sesiapapun. Pihak pemerintah memainkan peranan
penting dalam pelaksanaan dan pemantauan undang-undang bagi menjamin hak
melindungi diri dalam masyarakat.
Hak kebebasan diri bermaksud, manusia berhak melakukan sebarang pergerakan
ataupun mobility supaya kehidupan mereka terpelihara dan berada dalam keadaan selesa
tanpa perlu bergantung kepada sesiapa. Hak kebebasan ini terbahagi kepada tiga aspek
iaitu politik, agama dan perhambaan.

Dalam hak kebebasan berpolitik Rousseau

menyatakan bahawa apabila rakyat mengamanahkan hak mereka kepada individu ataupun
ajen kerajaan yang dilantik, mereka berperanan dalam

menjadi perantara untuk

memastikan kelancaran kontrak sosial. Kuasa ditangan kerajaan hakikatnya ditentukan oleh
rakyat sendiri kerana rakyat berhak untuk memilih peneraju kerajaan yang memerintah dan
berhak menggubal undang-undang mengikut suara majoriti. Namun begitu perlindungan hak
rakyat tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada satu kuasa sahaja kerana tanpa kawalan
kuasa tersebut akan memonopoli urusan pentadbiran sepenuhnya dan akan bertindak
secara kuku besi ataupun ditaktor. Oleh itu, Locke dan Hobbes menyarankan agar urusan
pentadbiran tersebut dibahagikan kepada eksekutif, legislatif dan kehakiman. Setiap badanbadan ini berperanan dalam menlaksanakan tugas masing-masing seperti mentadbir urusan
negara berada di bawah tadbir urus badan eksekutif, penggubalan dan penguatkuasaan
5 Ibid, m/s 13-14
3

undang-undang di bawah legislatif dan badan kehakiman berperanan untuk mengadili dan
menghakimi permasalahan yang berkaitan dengan undan-undang. Perkongsian kuasa di
antara ketiga-tiga badan utama ini akan melancarkan proses pentadbiran negara tanpa
wujudnya sebarang karenah birokrasi.
Pandangan Hobbes, Locke dan Rousseau berkaitan hak kebebasan beragama
ditentang oleh sesetengah pihak. Karya Leviathan (Hobbes), A Letter on Toleration (Locke)
dan The Social Contract (Rousseau) telah mengundang pelbagai tuduhan daripadaa pihak
gereja kerana dilihat mencerca dan menghina Tuhan. Hakikatnya, interpretasi terhadap
ketiga-tiga tokoh ini sebenarnya tidak menolak sepenuhnya kebebasan beragama. Individu
boleh memilih mana-mana agama untuk mereka anuti selagi pengaruh agama berlaku
dalam lingkup pemikiran manusia sahaja. Locke menjelaskan sesuatu ibadat bergantung
kepada kepercayaan individu dan pegangan agama boleh berlaku di peringkat kerohanian
sahaja. Pendapat Locke ini mengundang kontroversi kerana beliau tidak menolak agama
tetapi memisahkannya daripada sistem pemerintahan. Rousseau

menyatakan hak

kebebasan beragama bersifat sekularisme di mana tidak ada lagi agama nasional yang
eksklusif. Maksudnya semua agama yang bertolak ansur dengan norma-norma agama yang
tidak bertentangan dengan kewajipan sebagai warganegara dianggap selamat kerana
negara dan raja yang memerintah adalah ketua. Perbezaan pendapat ini

sering

diperdebatkan, namun apa yang jelas hak bebas memilih dan toleransi agama menjadi
sebahagian daripada doktrin hak asasi manusia.
Hak kebebasan daripada perhambaan merupakan salah satu jenis kebebasan yang
merangkumi hak kebebasan dalam doktrin hak asasi manusia. Aristotle berpendapat
sesetengah manusia dilahirkan sebagai hamba dan sesetengahnya sebagai kuasa.
Pendapat ini disokong oleh Montesquieu. Namun Gratius menyangkal dan menyatakan
bahawa perhambaan berlaku berpunca daripada peperangan di mana pihak yang kalah
akan dijadikan hamba kepada pihak yang menang. Hobbes menganalogikan sistem
pehambaan ini seperti sekumpulan lembu yang diketuai oleh seorang pengembala,
sebarang hasil yang dihasilkan oleh lembu tersebut adalah hak dan kepunyaan pengembala
lembu. Situasi ini sama seperti sistem perhambaan. Hal ini kerana, apabila menjadi hamba
keperluan manusia seperti makan, minum dan tempat tinggal disediakan oleh tuan rumah
namun mereka haruslah bekerja untuk tuan rumah tersebut. Rousseau menyangkal
kesemua pendapat tokoh-tokoh ini dan menyatakan bahawa perhambaan merupakan satu
proses yang berlaku secara semulajadi. Tidak ada sesiapapun yang mempunyai kuasa
terhadap orang lain secara semulajadi dan tidak berhak untuk memaksa mereka menjadi
hamba. Hak perhambaan tidak sah dan terbatal kerana perkataan hamba dan perkataan

hak saling bercanggah di antara satu sama lain. Hak kebebasan berpolitik dan kebebasan
beragama tidak bermakna jika manusia menjadi hamba.
Tonggak doktrin hak asasi manusia yang ketiga ialah hak memiliki harta benda.
Locke mengimplementasi bahawa sebelum manusia mempunyai harta benda, mereka perlu
memiliki diri sendiri terlebih dahulu (bebas daripada perhambaan) 6. Beliau menjadikan
falsafah hedonistic Hobbes sebagai panduan untuk menerangkan hak memiliki harta benda.
Seseorang itu menjadi gila kuasa, tamak, dan pentingkan diri sendiri jika hak milik harta
benda tidak dilindungi. Terdapat tiga syarat utama untuk memiliki harta benda. Antaranya
ialah, manusia boleh memiliki harta seperti individu lain yang memiliki harta, manusia boleh
mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada lebihan barangan sebelum harta itu
rosak dan hak untuk mendapatkan harta dibatasi oleh kemampuan manusia itu sendiri.
Rousseau menentang pendapat Locke yang dianggap melampau kerana matlamat
kehidupan bukan untuk ganjaran materialisik sahaja. Hal ini kerana, jika seseorang itu mati,
harta miliknya akan ditinggalkan. Individu disarankan untuk hidup sederhana untuk
mengelakkan kegiatan rasuah. Tentangan Rousseau ini melahirkan asas kepada sosialisme
dan komunisme moden. Rousseau mengakui bahawa hak memiliki harta benda perlu
dilindungi kerana menjamin keselesaan hidup masyarakat.
Perkembangan pemikiran berkenaan hak asasi manusia telah menempuhi beberapa
era yang mengkehendaki penilaian dilakukan keatas hak-hak yang dirasakan sesuai untuk
dipraktikkan kepada individu dan masyarakat. Era-era perkembangan ini dibahagikan
kepada tiga generasi. Karel Vasak merupakan pelopor utama kepada pendekatan tiga
generasi hak asasi manusia. Generasi pertama ialah generasi hak sivil dan politik(liberte),
generasi kedua ialah generasi hak ekonomi, sosial dan budaya (egalite) dan generasi ketiga
ialah generasi hak solidarity (fraternite)7.
Generasi pertama yang menekankan hak-hak sivil dan politik mempunyai hubungan
dengan revolusi Inggeris, Amerika dan Perancis. Hak asasi manusia ini diterbitkan melalui
pemikiran politik individualisme , liberalisme dan doktrin ekonomi, sosial dan pasaran bebas.
Konsep Liberalisme barat ini berada dalam bentuk negatif (kebebasan untuk..) berbanding
bentuk positif (hak untuk..) yang lebih pentingkan usaha campurtangan kerajaan dalam
mencapai kemuliaan manusia. Menurut H.L Mencken semua kerajaan semestinya musuh
kebebasan. (Weston 1999:3). Oleh itu hak asasi manusia generasi pertama merupakan
6 Ibid, m/s 19
7 Mohd Azizuddin Mohd Sani, Hak Asasi dan Hak Bersuara menurut Pandangan
Islam dan Barat, m/s 11
5

antara hak utama yang terkandung dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia seperti
diskriminasi gender dan kaum, kebebasan untuk hidup, bebas dan keselamatan individu,
kebebasan daripada perhambaan dan kerja paksa, kebebasan bergerak dan sebagainya.
Jika dilihat penekanan hak asasi manusia generasi pertama ini lebih menekankan hak
negatif berbanding hak positif, namun begitu hak-hak seperti keselamatan individu,
perbicaraan awam secara adil, perlindungan daripada penganiayaan dan pilihan raya bebas
juga memerlukan suatu bentuk peranan serta tindakan yang berkesan daripada kerajaan.
Hak-hak ini merupakan jaminan daripada segi hak sivil dan politik untuk dijadikan sebagai
pelindung kepada penyalahgunaan kuasa daripada kerajaan.
Hak asasi manusia generasi kedua yang merujuk kepada hak-hak ekonomi, sosial
dan kebudayaan dilihat mendapat tempat melalui tardisi sosialis pada awal abad ke 19 di
Perancis. Hak-hak generasi kedua ini timbul ekoran daripada perasaan tidak puas hati
rakyat ke atas perkembangan kapitalis yang mendasari konsep kebebasan individu dimana
ekploitasi ke atas kelas pekerja dan masyarakat yang dijajah berlaku (Weston 1999:3). Hak
asasi generasi kedua lebih menekankan kepada hak-hak positif berbanding hak-hak asasi
generasi pertama. Hak-hak ini dinyatakan dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia,
Perkara 22 hingga Perkara 27, iaitu hak keselamatan sosial, hak untuk bekerja dan
perlindungan daripada pengangguran, hak untuk berehat, dan beriadah, tahap kesihatan
yang mencukupi, kesejahteraan diri serta keluarga, hak mendapat pendidikan, dan hak
mereka mendapatkan perlindungan daripada dijadikan pengeluaran saintifik, kesusasteraan
dan artistik8. Walau bagaimanapun tidak semua hak yang diperjuangkan oleh generasi
kedua ini mencerminkan sesuatu yang berbentuk positif kerana kebanyakan hak-hak asasi
manusia generasi kedua memerlukan peranan kerajaan dimana terdapat tuntutan ke atas
pelbagai keperluan kebendaan dan seterusnya membawa kepada konsep kesamarataan.
Karel Vasak menyatakan bahawa hak asasi manusia generasi ketiga mengandungi
empak hak utama iaitu hak untuk pembangunan, hak untuk persekitaran, hak untuk
keamanan dan hak pemilikan warisan bersama manusia. (Bouandel 1997:48). Generasi
ketiga merupakan generasi baru daripada segi aspirasi, baru daripada sudut pandangan hak
asasi manusia di mana ianya cuba untuk memperkenalkan dimensi kemanusiaan kedalam
bidang yang sering diabaikan. Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh generasi ketiga ini
bersifat lebih kolektif kerana mereka bekerjasama di antara satu sama lain sama ada
mereka berada di badan kerajaan mahupun badan swasta. Oleh itu hak asasi manusia
generasi ketiga ini dilihat lebih merujuk kepada konsep solidarity (fraternite). Manakala
menurut Weston (1994:4) terdapat enam bentuk hak asasi manusia generasi ketiga yang
8 Ibid, m/s 14
6

dibayangi oleh perkara 28 Deklarasi sejagat hak asasi manusia dimana setiap orang harus
mematuhi tata sosial antarabangsa untuk membolehkan hak-hak yang termaktub dalam
deklarasi tersebut dilaksanakan. Tiga daripada hak tersebut memberi kesan kepada
kebangkitan nasionalisme negara-negara dunia ketiga dan revolusi manakala tiga hak yang
lain ialah hak untuk aman, hak untuk persekitaran dan hak untuk mendapatkan bantuan
kemanusiaan. Kesemua hak-hak ini bersifat kolektif dan bukannya hak individu.
Perdebatan di antara konsep universalisme dan liberalisme semakin menghangatkan
lagi perbincangan mengenai isu hak asasi manusia. Universalisme ialah hak asasi manusia
yang sama bagi seluruh manusia di dunia tanpa mengira perbezaan warna, kulit, bangsa,
agama dan adat resam kerana manusia secara semulajadinya adalah universal. Daripada
pengertian berikut dapat disimpulkan bahawa konsep universalisme ini terdiri daripada hak
asasi manusia bagi setiap individu di muka bumi ini serupa kerana setiap manusia
mempunyai sifat yang sama dan manusia merupakan makhluk yang suci. Melalui konsep
ini, usaha-usaha permulaan untuk mewujudkan hak asasi manusia yang bersifat sejagat
dilaksanakan melalui penubuhan Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam
perisytiharan Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia yang dibentuk pada tahun 19489. Walau
bagaimanapun, Soviet Union yang berfahaman sosialisme tidak mengiktiraf deklarasi
sejagat ini kerana tidak bersetuju dengan jaminan kebebasan asas bagi setiap manusia
yang berkaitan dengan kedaulatan sesebuah negara, jaminan hak asasi manusia yang
dipraktikkan dalam bidang ekonomi, sosial, dan suasana kebangsaan yang lazimnya
terdapat di setiap negara dan menentang sekerasnya definisi kewajipan warganegara ke
atas negara, rakyat dan kerajaan10. Sebahagian besar negara di Asia dan Afrika juga tidak
mengiktiraf taraf universal(sejagat) hak asasi manusia yang terdapat dalam Deklarasi
Sejagat Hak Asasi Manusia. Daripada ketidaksefahaman inilah dapat dilihat bahawa
berlakunya pertembungan antara universalisme dan relativisme kerana hak asasi manusia
masih belum bersifat sejagat.
Relativisme sering dikaitkan dengan negara dunia ketiga kerana negara dunia ketiga
merupakan negara mangsa jajahan. Satu perjumpaan yang telah diadakan di Bangkok 1993
telah diusulkan bahawa konsep hak asasi manusia yang bersifat sejagat boleh dijejaki dan
berakar umbi daripada budaya bukan barat. Melalui kesedaran inilah isu sensitiviti budaya
yang berteraskan perbezaan latar belakang sejarah dan agama terus dibahaskan ketika
9 Yougindra Khushalani 1983. Human Rights in Asia and Africa. 4 Human Rights
Law Journal, m/s 404
10 Ibid m/s 50
7

persidangan Hak asasi Manusia di Vienna (Jun 1993) dan tiga deklarasi baru telah terbentuk
melalui persidangan-persidangan tersebut11. Antaranya ialah Deklarasi Pertubuhan Badan
Bukan Kerajaan Bangkok(April1993), Deklarasi antara Kerajaan Bangkok (April 1993) dan
Deklarasi serta Program Bertindak Vienna(Jun 1993). Kelahiran ketiga-tiga deklarasi ini
menguatkan lagi tanggapan sesetengah pihak bahawa hujah-hujah relativisme bermula dan
cuma dipelopori oleh negara-negara dunia ketiga sahaja. Kesemua deklarasi ini
menyatakan bahawa sensitiviti budaya perlu diambil kira dalam wacana hak asasi manusia
kerana kepekaan terhadap budaya merupakan nadi kepada perjuangan relativisme. Antara
perjuangan relativisme ialah tiada satu budaya lebih baik daripada budaya yang lain, tiada
satu penilaian atau pandangan adalah lebih baik daripada penilaian atau pandangan lain
dan tiada satupun budaya lebih rendah martabatnya daripada budaya lain.
Situasi ini membawa kepada dilema yang panjang, bagaimana Hak Asasi Manusia
sejagat boleh diaplikasikan dalam dunia yang dipisahkan dengan kebudayaan yang
berbeza? Ini kerana setiap negara mempunyai sekurang-kurangnya beberapa perbezaan
untuk mendefinasi hak asasi manusia. Contohnya Negara Islam

yang melaksanakan

hukum rejam sampai mati dikhalayak ramai bagi penzina yang telah berkahwin akan dilabel
sebagai pancabul hak asasi manusia oleh pihak lain sedangkan apa yang dilakasanakan
mereka selaras dengan tuntutan agama dan mempunyai hikmah yang tersendiri. PBB yang
berharapan besar supaya isu hak asasi manusia ini diseragamkan mempunyai masalah
untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh sebab itu walaupun telah diwujudkan deklarasi khas
berkenaan hak asasi manusia sejagat, tetapi banyak daripadanya tidak direalisasi seperti
yang diharapkan.
Kesimpulannya, perkembangan idea berkenaan hak asasi manusia merupakan
menifestasi daripada pemikiran liberalisme sehinggalah terbentuknya satu deklarasi yang
diberi nama Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948. Deklarasi ini tidak menafikan
fahaman dan agama, hak individu dan kebebasan asasi yang dibawa oleh pemikiran liberal
telah berjaya menginstitusikan hak asasi manusia tersebut. Walaupun kekejaman dan
kezaliman manusia tidak dapat dikawal sepenuhnya di sekitar dunia, namun usaha-usaha
yang dilaksanakan tersebut telah mendaulatkan hak asasi manusia untuk menjamin
kesejahteraan, kelangsungan hidup dan kebahagiaan kepada generasi akan datang. Hak
Asasi Manusia adalah hak-hak dasar yang dimiliki oleh manusia sesuai dengan fitrahnya.
Setiap individu mempunyai keinginan agar hak asasi manusianya dipenuhi, tetapi individu
atau kumpulan lain tidak boleh melanggari hak asasi orang lain. Individu tetap mempunyai
hak untuk membatasi atau melanggari hak orang lain. Mereka tetap mempunyai hak asasi
11 Tony Evans, The Politics of Human Rights: a global perspective, m/s 101
8

manusia walaupun sesebuah negara membuat hukum yang tidak melindungi atau
melanggar hak asasi manusia.(mansyur fakih, 2003). Oleh itu, sebagai manusia kita harus
mempertahankan dan memperjuangkan hak asasi diri sendiri serta dapat menghormati hak
asasi orang lain tanpa melanggari hak asasi manusia mereka. Keseimbangan di antara hak
asasi diri sendiri dan individu lain perlu dipraktikkan agar hak asasi diri sendiri tidak dicabuli
oleh orang lain.

You might also like