EDUP Teori Pembelajaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN
Pembelajaran adalah proses interaksi murid dengan pendidik dan sumber belajar
pada suatu lingkungan belajar. Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan
bertujuan untuk proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan , penguasaan
kemahiran dan tabiat , serta pembentukan sikap dan kepercayaan pada murid
(Abdul Majib Mohd Isa (1997). Dengan kata lain, pembelajaran adalah proses untuk
membantu murid agar dapat belajar dengan baik. Proses pembelajaran dialami
sepanjang hayat seorang manusia serta dapat berlaku di mana dan bila sahaja .
Pembelajaran yang sempurna oleh guru adalah pembelajaran yang dilaksanakan
mengikut teori-teori pembelajaran
Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukumhukum berkaitan pembelajaran. Teori ini penting sebagai asas dan pertimbangan
dalam memahami tingkah laku pembelajaran. Teori pembelajaran terbahagi
kepada lima bahagian iaitu Teori behavioris, teori kognitif, teori konstruktivisme,
teori sosial dan teori humanis (Kamarudin Husin (2014).

2.0 Teori Behavioris


Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan
tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji
perhubungan antara ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam
persekitaran luaran. Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku amat
mengutamakan

pembelajaran

kemahiran-kemahiran

tertentu

khususnya

kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang


berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.

3.0 Teori Kognitif


Teori pembelajaran kognitif (juga disebut mazhab Gestalt) menyarankan
bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan
dengan sesuatu perkara. Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar.
Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif dan apabila
seseorang belajar dia akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya.
Mazhab kognitif berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan
TEORI PEMBELAJARAN | 1

mental untuk mengelola dan menyusun serta mengeluarkan semula segala


pengalaman untuk membolehkannya memerhati pertalian di antara pengalaman
tersimpan dengan masalah yang dihadapi.
4.0 Teori Sosial
Bandura dan Walters merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial
seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil
pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori
pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan
iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada
teori permodelan Bandura.

5.0 Teori Humanis


Pembelajaran

berlangsung

dengan

tujuan

untuk

kepentingan

memanusiakan manusia. Teori pembelajaran humanistik bersifat abstrak dan


lebih

banyak

membincangkan

tentang

konsep-konsep

untuk

mencapai

aktualisasi diri, pemahaman diri, serta realisasi diri seseorang yang belajar
secara optimal. Dal hal ini, maka teori humanistik ini bersifat eklektik
(memanfaatkan / merangkumi semua teori apapun dengan tujuan untuk
memanusiakan manusia).

6.0 Teori Konstruktivisme


Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Pembelajaran adalah
hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid.
Beberapa

ahli

pembelajaran

konstruktivisme
yang

bermakna

yang
itu

terkemuka

bermula

berpendapat

dengan

bahawa

pengetahuan

atau

pengalaman sedia ada murid.


Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana murid mengguna
input sensori (deria) untuk membinanya. Murid belajar cara belajar semasa
belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna. Sediakan
aktiviti yang melibatkan minda selain tindakan fizikal dan pengalaman langsung.

TEORI PEMBELAJARAN | 2

Pembelajaran melibatkan bahasa dan Vygotsky menyatakan bahawa bahasa dan


pembelajaran saling berhubung kait. Pembelajaran adalah aktiviti sosial,
pembelajaran berkaitan dengan manusia lain , guru, rakan sebaya , dan lain-lain
hubungan.
Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana
ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial, alat budaya, dan
aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu. Contohnya,
Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal, di mana kanakkanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang
dewasa, rakan atau guru (scaffolding).

6.1 Aplikasi Teori Konstruktivisme Dalam Pembelajaran


Alam belajar yang menunjukkan keserasian perkembangan dan pengalaman
dengan keperluan-keperluan unik kanak-kanak mempunyai tiga ciri seperti
menggalakkan penglibatan aktif kanak-kanak belajar dengan melakukannya
sendiri. Mereka belajar melalui eksplorasi dan penemuan, menggunakan semua
deria.

Alam belajar optimum yang menggalakkan penglibatan aktif dan

menyediakan banyak peluang untuk kanak-kanak melihat, merasa, mendengar,


merasa, menghidu dan menyentuh.
Seterusnya, pembelajaran perlu bersifat kendiri iaitu keperluan kanakkanak adalah unik dan bersifat tersendiri. Perbezaan di kalangan kanak-kanak
adalah jelas dan perbezaan ini memberi panduan dalam memilih instruksi. Aras
perkembangan, gaya pembelajaran, latar belakang keluarga dan minat kanakkanak adalah di antara faktor-faktor yang membantu dalam memformulasikan
alam belajar. Selain itu, berpusatkan pelajar yang menerapkan pendekatan
berpusatkan pelajar yang memfokuskan perkembangan kanak-kanak secara
keseluruhan, menyokong pertumbuhan kognitif, sosial, afektif dan fizikal kanakkanak. Amalan yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak ialah kaedah
berpusatkan pelajar.
Setiap kanak-kanak akan menimba pengalaman dari apa yang dilakukan
oleh dirinya. Alam belajar akan memperkembangkan mental dan pengalaman
kanak-kanak. Terdapat tiga pembahagian melalui pengalaman belajar kanakkanak yang optimum iaitu:
TEORI PEMBELAJARAN | 3

i.

Pengalaman langsung ( first hand experience )


Pengalaman ini selalunya melibatkan penggunaan deria seperti deria

sentuh, bau,rasa, lihat dan dengar. Pengalaman ini juga adalah berkaitan dengan
pengalaman kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak biasanya akan melakukan
sesuatu perkara dan selepas itu, kanak-kanak itu sendiri akan merasai kesan
disebalik

perbuatan

yang

dilakukannya.

Contohnya:

apabila

kanak-kanak

menyentuh pemanas air di dapur, secara automatik kanak-kanak akan menarik


tangannya kerana merasa panas. Di sini, kanak-kanak telah menggunakan deria
sentuhnya dengan merasai kepanasan. Pengalaman

yang sebegini akan

mengingatkan kanak-kanak supaya tidak akan menyentuh sesuatu yang panas


lagi. Secara tidak langsung kanak-kanak ini telah belajar dari pengalaman
mereka sendiri.
ii.

Penglibatan aktif ( active involvement )


Kanak-kanak akan belajar melalui perkara yang dilakukannya. Kanak-

kanak yang melibatkan diri secara aktif akan mempunyai pengalaman yang
banyak berbanding kanak-kanak yang tidak aktif atau pasif. Untuk itu, ianya
terpulang kepada usaha kanak-kanak itu sendiri disamping sokongan dari ibu
bapa dan guru. Kanak-kanak yang dapat melibatkan diri secara aktif dapat
menambah

pengalaman

dari

segi

komunikasi

dengan

rakan

yang

lain,

menguasai bahasa dengan lebih baik, bentuk kemahiran fizikal, lebih berdisiplin
atau tahu had serta batasan yang perlu mereka patuhi dalam sesuatu yang
mereka lakukan.

Contohnya: kanak-kanak yang suka bermain bola dengan

rakan-rakannya pada setiap petang akan mendapat lebih ramai kawan dan dapat
memperkembangkan dirinya sendiri dari sudut fizikal dan kognitif. Berbanding
dengan kanak-kanak yang hanya mengurungkan diri di dalam bilik, mereka tidak
mempunyai

ramai

kawan-kawan

dan

ini

mungkin

akan

mempengaruhi

kemahiran berbahasa kanak-kanak tersebut.


iii.

Kebebasan belajar mengikut gaya belajar, gaya berfikir, minat, masa dan
lain-lain.
Setiap kanak-kanak mempunyai minat, gaya belajar, gaya berfikir dan

gaya belajar yang berbeza. Pengalaman yang mereka dapati adalah ditentukan
bagaimana kanak-kanak belajar serta minat mereka terhadap sesuatu perkara.
Contohnya:

kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap

kereta akan mula menunjukkan bakat dalam menamakan jenis-jenis kereta yang
TEORI PEMBELAJARAN | 4

diketahui atau akan membuat sendiri model keretanya sendiri. Pengalaman


kanak-kanak ini akan lebih bertambah dengan adanya buku-buku yang berkaitan
atau mereka dibawa pergi untuk menonton perlumbaan kereta.

6.2 Implikasi teori konstruktivisme terhadap pembelajaran


Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan
tentang

cara

manusia

belajar

iaitu

secara

Konstruktivisme.

Mengikut

Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.


Individu ini menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan
oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan
pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam
mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi
peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi
sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat
penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya
tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Seterusnya, berlaku pembelajaran secara langsung da berterusan dalam
kalangan murid. Ini kerana pengalaman sedia ada murid membantu mereka
untuk mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar
membina pengetahuan sendiri daripada pengalaman, interaksi sosial dan
persekitaran.

Pengetahuan

dibina

secara

aktif

melalui

proses

saling

mempengaruhi diantara pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru.


Murid juga dapat mengembangkan aspek rohani dan moral dengan
mengikuti dan memahami setiap aktiviti pembelajaran. Sesetengah aktiviti
memerlukan mereka menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada
mereka dalam membantu memahami aspek pembelajaran. Setiap aktiviti yang
diceburi oleh murid juga dapat menggalakkan murid meluahkan perasaan
gembira

dan

keseronokan

semasa

belajar.

Oleh

yang

demikian,

proses

pembelajaran kanak-kanak akan lebih menyeronokkan disamping dapat belajar


kemahiran-kemahiran yang sedia ada dalam diri murid contohnya mengira dan
berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
TEORI PEMBELAJARAN | 5

7.0 Rumusan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Konstruktivisme
akan memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan murid dapat menentukan sendiri masa yang
diperlukan untuk memperoleh suatu konsep atau pengetahuan. Disamping itu,
guru dapat membuat penilaian sendiri dan menilai kefahamannya tentang
sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, beban guru
sebagai pengajar akan berkurangan di mana guru lebih bertindak sebagai
pemudahcara atau fasilitator.
Teori konstruktivisme merupakan teori belajar yang menuntut murid mengkonstruksi
kegiatan pengajaran dan pembelajaran dan mentransformasikan informasi kompleks untuk
membangun pengetahuan kendiri dan inisiatif. Pembelajaran secara Konstruktivisme
berdasarkan

beberapa

pandangan

baru

tentang

ilmu

pengetahuan

dan

bagaimana boleh ilmu tersebut diperolehi. Pembentukan pengetahuan baru lahir


daripada

gabungan

pembelajaran

terlebih

dahulu.

Pembelajaran

ini

menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri dan menguji


dengan menggunakan hipotesis-hipotesis dan idea-idea baru.

TEORI PEMBELAJARAN | 6

You might also like