Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

1.

0 Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum
daripada pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama. Integrasi
antara kaum ini seterusnya membentuk budaya Malaysia. Budaya ini menjadi sebahagian
daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi budaya dari segi lokasi,
pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa
politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Justeru itu, bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif, adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk
membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Guru perlulah kreatif dan bijak dalam
menyediakan pelan bilik darjah yang mesra budaya.
Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid dalam kelas tersebut
perlulah diambil kira dalam penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada pembelajaran
dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat melahirkan murid-murid
tanpa mengira latar belakang sosio -budaya yang seimbang daripada segi jasmani, emosi,
rohani, intelektualdan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid
ini seterusnya akan membentuk masyarakat yang harmoni dan aman serta berjaya.
Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan
tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula
dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif
iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan
persekitaran pembelajaran yang mesra budaya sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara
menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan
lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik
darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran
kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran
berlaku

dengan

lancar.

Persekitaran

yang

kondusif

ini

merangkumi

empat

aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin
bilik darjah.

2.0 Esei Deskriptif


2.1 Sosiologi Pendidikan
Rumusan Ucapan Y.A.B Perdana Menteri Tentang Rancangan Malaysia Ke-10 Dalam
Kontek Sosiologi Pendidikan
Definisi Sosiologi Pendidikan
Sosiologi pendidikan berasal dari dua perkataan, sosiologi dan pendidikan. Pada awalnya
sosiologi berkembang sesuai dengan objeek dan tujuannya sendiri, begitu juga dengan
pendidikan. dengan wujudnya perkembangan masyarakat yang begitu pantas dalam segala
aspek kehidupan, pengetahuan menjadi salah satu unsur kehidupan yang penting. Sosiologi
secara sendirian tidak akan dapat memberikan pengetahuan yang mantap, begitu juga
dengan pendidikan. Perkembangan masyarakat yang sangat kompleks memerlukan ilmu
pengetahuan yang kompleks seperti ilmu yang terdapat pada sosiologi pendidikan. Menurut
E.G Payne, Sosiologi Pendidikan ialah kajian yang komprehensif tentang segala aspek
pendidikan dari segi ilmu sosiologi yang diterapkan.
Dari beberapa pengertian sosiologi pendidikan diatas , secara amnya dapat
disimpulkan bahwa sosiologi pendidikan adalah satu bidang ilmu yang mengkaji masalahmasalah pendidikan dan berusaha untuk mencari pemecahannya berdasarkan pendekatan
sosiologi. Secara kesimpulannya, sosiologi pendidikan sememangnya membantu pihak
yang bertanggungjawab untuk memajukan sistem pendidikan kerana tujuan utama bidang
ini adalah berkait rapat secara langsung dengan pendidikan itu sendiri
P B
S
e e
n k
t
r
d e
i
n
a
r
d j
p
a
k a
i
K
n
a S
P
me
u
n
e
b
S a
d
e g
M
i
a a
b
m
e
i
d
i
g
a
k
i S
n
a
a
k t
l u
A
n
a
D
a P
l
t a
P
a
P s
r
e
m
u
e k
a
M
y a
a
n
b
o
n
a
n
i
u T
t
Y
i
l
a
a n
t
P p
n
i
r a
e
g
S
p M
P
o
d e
a
n
e
i
s
n
u g
t
a
a i
n
i
l
r
g a
D
DE
n
a
a t
l n
P
mi
a
r
e
k
u
e B
M
a
b
a
mg
h
j i
n
a
u M
k e
S
n n
a
t
c
t a
e p
P
s
u
a
n i
i K
d
d e
i m
a a
k
j
n u
n
a
P
e
n
d
d
i
i
a
k
n

Pendidikan Sebagai Alat Penyatu Perpaduan


Jika negara Jepun terkenal kerana kepelbagaian teknologinya, Malaysia terkenal kerana
perpaduan kaumnya. Hal ini kerana, di dalam sebuah negara yang masih membangun,
Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri kepelbagaian kaum dan juga etnik yang
sentiasa dan sering bersatupadu meskipun dilanda pelbagai kontroversi dan sebagainy.
Perpaduan sememangnya merupakan satu perkara yang penting dan sering diberikan
perhatian oleh pihak Kerajaan. Hal ini dapat dilihat pada pembentukan beberapa dasar
kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baharu yang menekankan kesamarataan kepada semua
bangsa meskipun bangsa Melayu merupakan bangsa majoriti di negara ini. Kepentingan
perpaduan ini juga dapat dilihat dalam ucapan Y.A.B Perdana Menteri Jika sekalipun setiap
pemain adalah sebaik Rooney, Messi atau Ronaldo yang umum mengetahui sebagai antara
penyerang terulung dunia, akan tetapi, jika pemain pertahanan dan penjaga golnya lemah
maka pasukan tersebut barangkali kalah....
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengekalkan dan pencapai
perpaduan kaum yang lebih baik. Antaranya adalah dengan menekankan kepada aspek
pendidikan. Pendidikan menjadi tunjang utama kepada usaha untuk mengekalkan
perpaduan di dalam negara ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan usaha penambahbaikan
yang sering dilakukan sejajar dengan perubahan zaman. Perubahan pada sistem
pendidikan ini juga turut mengambil kira kepelbagaian kaum di negara ini iaitu dengan turut
memberikan perhatian kepada sekolah jenis kebangsaan yang terdapat di dalam negara ini.
Bagi tujuan mencapai tujuan utama perpaduan kaum ini juga, beberapa subjek yang
berunsurkan nilai-nilai murni dan nilai kemasyarakatan telah diperkenalkan di dalam institusi
pendidikan, sekolah. Antara subjek berkenaan adalah sivik dan kewarganegaraan,
pendidikan moral dan sebagainya. Pengenalan subjek baharu iaitu Sejarah yang perlu diajar
kepada murid di sekolah rendah juga mempunyai matlamat untuk mengekalkan perpaduan
kaum di negara ini.
Oleh yang demikian, adalah menjadi keperluan setiap subjek yang diajar di sekolah
perlu cakna serta menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani
dan budaya bersama

diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat

perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi serta
moral para pelajar.

Setiap Kaum Memainkan Peranan Penting Dalam Memajukan Pendidikan


Dasar Pentadbiran Negara berubah seiring dengan perubahan zaman. Begitu juga
dengan dasar pendidikan negara. Bermula pada zaman sebelum merdeka sehinggalah kini,
dasar pendidikan negara diberikan perhatian yang khusus oleh pihak kerajaan kerana
menyedari maslahat yang diperoleh sekiranya pendidikan terus diberikan perhatian yang
sepenuhnya.
Penggubalan sistem pendidikan dilakukan oleh ahli panel yang arif di dalam selok
belok dan kesan jangka masa panjang yang bakal negara peroleh hasil daripada dasar yang
digubal berkenaan. Namun begitu, dalam menentukan pendidikan yang harus diterima,
semua pihak terutamanya kaum di negara ini perlu sedar bahawa pendidikan bukan
sebahagian daripada perkara yang boleh dipolitikkan. Pendidikan merupakan satu perkara
utama dan perlu diberikan perhatian yang khusus oleh semua kaum mengenainya. Selain
itu juga, setiap kaum perlu sedar mengenai peranan masing-masing untuk terus
membangunkan pendidikan di negara ini.
Antara peranan penting yang perlu dilakukan oleh semua kaum bagi memastikan
pendidikan terus berada di landasan yang tepat adalah dengan sentiasa bersedia
mendukung aspirasi negara yang diterjemahkan melalui penggubalan kurikulum. Perubahan
yang dilakukan mempunyai objektif dan juga matlamat yang tersendiri. Oleh yang demikian,
para guru yang merupakan agen pendidikan pada peringkat masyarakat perlulah sentiasa
bersedia mendukung serta menyahut seruan dasar pendidikan yang sentiasa berubah.
Peranan Pendidikan Dalam Mobiliti Sosial Dan Perubahan Status
Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial seseorang untuk
menaikkan taraf diri daripada tahap yang rendah ke aras yang lebih baik. Proses gerak
pindah ini boleh menjadi hasil yang positif atau negatif kerana risikonya sangat tinggi.
Berubah ke satu aras hidup yang lebih baik adalah impian bagi setiap orang kerana
keselesaan dan kebahagiaan yang akan dinikmati kelak dapat merubah keadaan hidup
yang sedia ada. Umpama pepatah orang yang cemerlang tunjukkan hasil, orang yang
gagal berikan alasan.
Terdapat banyak permasalahan yang akan berlaku kepada negara sekiranya mobiliti
sosial berada pada tahap yang tidak sekata antara kaum dengan kaum yang lain. Antara
permasalahan tersebut adalah akan timbulnya ketidakpuasan hati dan akan wujudnya
jurang antara kaum dengan kaum yang lain. Hasilnya, banyak dasar dan usaha kerajaan
untuk memajukan negara yang memerlukan usaha kesepaduan kaum tidak dapat dijalankan

dengan baik. Oleh yang berkenaan, mobiliti sosial antara kaum perlulah sentiasa sekata.
Bagi memperoleh kesan berkenaan, pendidikan dilihat sebagai wadah utama yang mampu
mencapai matlamat berkenaan. Hal ini selaras dengan harapan Y.A.B Perdana Menteri
dalam ucapannya ... setiap etnik di bumi di bumi tercinta ini telah menyumbang kepada
terbangunnya sebuah negara bangsa Malaysia yang aman..... Namun barang diingat, ia
tidak mampu menandingi potensi yang dilakukan oleh kita semua seandainya dilakukan
secara kolektif..
Kerja kolektif ini pula akan berlaku sekiranya wujud kesepaduan kaum akibat
daripada mobiliti sosial yang sekata dan setaraf dengan kaum yang lain. Sekiranya mobiliti
sudah berada pada tahap yang sama, sebarang ketidakpuasan hati akan dapat dihindarkan
dan seterusnya akan dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang memiliki harmoni
seterusnya memimpin Malaysia ke arah negara yang lebih baik.
Bekerja Sebagai Satu Pasukan Tanpa Mengira Etnik Bagi Mencapai Kemajuan
Pendidikan
Sistem pendidikan di negara ini sekiranya dilihat secara kasar tanpa penelitian
mungkin merupakan sebuah sistem pendidikan yang kurang menekankan kepada aspek
perpaduan dan penyatuan kaum disebabkan perpecahan pendidikan mengikut aliran. Aliran
berkenaan adalah seperti aliran bahasa Inggeris, Melayu, Cina, India dan sebagainya.
Namun begitu, harus dingat bahawa pendidikan di Malaysia merupakan salah satu sistem
pendidikan yang bertaraf dunia dan setanding dengan pendidikan yang terdapat di negara
yang lebih maju berbanding negara ini
Hal ini kerana, walaupun mempunyai aliran pendidikan yang berbeza, namun setiap
aliran yang didukung oleh kaum masing-masing mempunyai satu tujuan utama yang sama
dengan aliran. Tujuan berkenaan adalah untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia
berada pada tahap yang terbaik. Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa penggubalan
kurikulum seiring dengan perudaran zaman. Perubahan ini juga tidak hanya mementingkan
sebelah pihak bahkan juga turut mengambil kira kepentingan dan juga kehendak daripada
aliran yang berlainan.

2.2 Kelas Mesra Budaya


2.2.1 Implikasi Kelas Mesra Budaya
Sebagai seorang guru, hurai dan bincangkan implikasi kelas mesra budaya terhadap
murid dan sekolah. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh kerajaan
dan pentadbiran sekolah bagi membolehkan natijah terpuji dicapai selaras hasrat
merealisasikan negara bangsa yang berjaya.

Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran


merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Bilik darjah juga
merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru dan juga merupakan tempat
yang penting bagi seseorang murid untuk menimba ilmu. Menurut Haji Samsudin bin Md
Noor (2000), bilik darjah ialah bilik- bilik di sekolah di mana sekumpulan murid atau pelajar
mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Bagi
menjelaskan konteks pendefinisian bilik darjah yang lebih luas, bilik darjah tidak sematamata merupakan ruang atau kawasan untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran, tetapi bilik darjah ini juga mencakupi para pelajar atau murid dan guru yang
belajar dan mengajar serta berinteraksi antara satu sama lain didalamnya bagi mencapai
sesuatu objektif atau misi yang diingini.
Budaya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud suatu cara hidup yang
berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari
generasi

ke

generasi.

Budaya

terbentuk

dari

banyak

unsur

yang

rumit,

termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan,
dan karya seni. Menurut Asmad (1990), Budaya berasal daripada budi dan daya. Dua
perkataan itu dirangkumkan menjadi budaya. Bu membawa erti asli, pertama, sejati dan
yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti
akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya. Budaya ini turut menjadi
sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi budaya dari segi
lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan,
kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Justeru itu, bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, adalah penting bagi guru dan pihak
sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Rajah 1: Definisi Kelas Mesra Budaya


Sebagai seorang guru, sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk mengkaji serta
mengenali terlebih dahulu latar balakang murid-murid di dalam sesebuah kelas atau bilik
darjah. Di dalam sebuah bilik darjah mengandungi murid yang pelbagai latar belakang atau
budaya dan melalui perbezaan ini akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Setiap murid
bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara
pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku
dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masingmasing. Menurut Shamsina Shamsuddin (2011):
Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang
diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil
kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Masyarakat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, seorang guru harus peka dengan
kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang berbeza dalam kalangan muridnya.
Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang boleh
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Secar
ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada
golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap
keperluan mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi
dan memahami dunia di sekeliling mereka. (ms.35)

Berdasarkan kepada pendefinisian yang telah dinyatakan, kelas mesra budaya


dilihat memberi kesan kepada murid dan juga kepada sekolah kerana kedua-duanya aspek
ini iaitu murid dan juga sekolah merupakan aspek yang berhubung secara terus terhadap
kelas mesra budaya.

Kesan kepada Murid

1. Murid Seronok Kerana Dapat Mengenali Budaya Rakan-Rakan Lain

5. Melatih Murid Bertoleransi Dan Mengamalkan Nilai Murni

2. Dapat Memupuk Semangat Perpaduan

4. Murid Dapat Menambah Ilmu Pengetahuan

3. Murid Mampu Menguasai Kemahiran Berbahasa Lebih Dari Satu Bahasa

Rajah 2: Kesan Kelas Mesra Budaya Terhadap Murid

1. Murid Berasa Seronok Kerana Dapat Mengenali Budaya Rakan-Rakan Sekelas yang
Lain.
Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk
belajar (Choong Lean Keow, 2011). Oleh itu Carl Rogers percaya bahawa setiap individu
mempunyai kecenderungan dan hasrat untuk mencapai kesempurnaan dirinya. Dalam hal
ini guru dapat memanfaatkan pendekatan ini dengan cara membentuk suasana bilik darjah
yang kondusif untuk murid-murid belajar. Kelas yang mesra budaya merupakan salah satu
ciri bilik darjah yang kondusif. Hal ini kerana kelas yang mesra budaya akan memberikan
peluang kepada murid untuk lebih mengenali rakan-rakan yang berada di dalam kelas
berkenaan tanpa ada sebarang jurang perbezaan dari pelbagai aspek seperti aspek jantina,
kelas sosial dan sebagainya. Apabila sesebuah kelas tidak lagi memberikan jurang
perbezaan bagi setiap murid untuk bergaul mesra sesama mereka, pastinya murid-murid
akan berasa lebih seronok untuk berada di dalam kelas.
Dalam hal ini guru dapat memanfaatkan kesan daripada kelas mesra budaya ini
dengan cara membentuk suasana bilik darjah yang kondusif bertujuan untuk memudahkan
untuk murid-murid belajar. Guru boleh membentuk suasana bilik darjah yang kondusif serta
mesra budaya dengan menyediakan persekitaran kelas yang selamat dan tenang agar
murid dapat belajar dengan selesa. Seorang guru boleh menjalankan pelbagai jenis aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang bersifat mesra budaya seperti melakukan pembelajaran
secara koperatif dan agar murid-murid berasa seronok ketika berada dalam bilik darjah
tersebut dan tidak merasa tertekan atau terbeban apabila mengikuti pembelajaran kerana
guru telah menghapuskan sebarang jurang yang membezakan antara satu murid dengan
murid yang lain. Melalui aktiviti koperatif ini juga, murid akan dapat berinteraksi sesame
rakan yang berada di dalam kelas yang sama dan seterusnya akan dapat mewujudkan satu
suasana yang seronok serta harmoni di dalam sesebuah bilik darjah.
Selain itu juga, melalui kelas yang mesra budaya, murid yang berasa seronok kerana
dapat mengenali budaya rakan-rakan sekelas yang lain ini akan dapat merangsang motivasi
instrinsik mereka untuk lebih rajin dan bersemangat untuk hadir ke sekolah setiap hari.
Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang didorong oleh kepentingan atau
keseronokan dalam tugas sendiri, dan wujud dalam individu dan bukannya bergantung pada
sebarang tekanan luar (Sharifah Alwiah Alsagoff ,1986). Oleh yang demikian, murid akan
sentiasa berusaha untuk hadir setiap hari ke sekolah kerana berasa tenang dan selamat
apabila berada bersama rakan-rakan di dalam kelas yang mesra budaya ini. Hasil daripada
perkara ini juga, murid-murid dapat mengembangkan potensi mereka ke tahap yang
9

maksimum kerana setiap hari dapat mengikuti proses pembelajaran yang dilakukan dalam
bilik darjah dalam keadaan yang selesa dan tidak terbeban dengan sebarang masalah
perbezaan antara budaya mereka dengan murid yang lain.

2. Murid Dapat Memupuk Semangat Perpaduan Dalam Diri Mereka


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi


sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988)
Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kita dapat melihat bahawa pendidikan di
negara kita bertujuan ingin menerapkan keseimbangan dari aspek intelek, rohani, emosi,
jasmani dan juga sosial. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, sosial bermaksud segala yang
berkaitan dengan kemasyarakatan, persahabatan serta pergaulan. Berdasarkan kepada
definisi sosial ini, secara amnya sosial bermaksud bagaimana cara seseorang individu untuk
berinteraksi dengan individu yang lain. Dalam konteks ini, murid yang berada di dalam kelas
yang mesra budaya akan sentiasa diterapkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
kerana guru menyedari Falsafah ini akan membantu mereka untuk menjadikan sesebuah
kelas itu lebih kondusif kerana murid-murid serta guru dapat bergaul sesama mereka tanpa
mengira agama dan bangsa. Melalui penerapan nilai sosial seperti ini, murid pastinya akan
dapat memupuk semangat perpaduan dalam diri mereka.
Semangat perpaduan sememangnya satu aspek yang penting yang perlu
dititikberatkan oleh guru dan perlu diterapkan pada diri setiap murid yang berada di dalam
negara ini. Semangat perpaduan membawa erti penyatuan daripada semua kaum dan juga
bangsa yang terdapat pada sesebuah institusi dan juga negara yang mempunyai nilai-nilai
dan juga norma kemasyarakatan. Semangat perpaduan di dalam negara Malaysia sering
dikaitkan dengan perpaduan kaum. Hal ini kerana, seperti yang telah sedia maklum,
Malaysia mempunyai diversiti kaum dan juga etnik yang pelbagai. Perpaduan kaum
membawa maksud semua kaum di dalam sesebuah negara iaitu Malaysia, saling
berkerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang
makmur dan damai.
10

Konsep kelas mesra budaya yang menekankan persekitaran yang mengambil kira
kepelbagaian budaya membuatkan murid-murid diasuh serta diasah untuk menitikberatkan
semangat perpaduan dalam diri mereka. Para guru yang berusaha menjadikan kelas
mereka sebagai kelas yang mesra budaya sentiasa menerapkan ke dalam diri setiap murid
yang berada di dalam sesebuah kelas untuk sentiasa menghormati kepelbagaian budaya
yang terdapat dalam setiap bangsa atau kaum yang berlainan di dalam sesebuah kelas.
Sebagai contoh, dalam sesebuah sesi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh
mengaplikasikan tema perpaduan dengan memberikan pendedahan kepada murid
mengenai perayaan-perayaan yang dirayakan dan sebab mengapakan perayaan tersebut
dirayakan oleh setiap kaum di negara ini. Melalui aktiviti ini, murid akan lebih mengetahui
setiap perayaan yang terdapat di dalam negara ini dan mengetahui dengan lebih mendalam
mengapakan perayaan berkenaan disambut. Hasil daripada pendedahan berkenaan, murid
pastinya akan lebih menghormati setiap budaya dan juga adat resam yang menjadi
pegangan pada setiap kaum yang berada di dalam negara ini.

3. Murid Mampu Menguasai Kemahiran Berbahasa Lebih Dari Satu Bahasa


Budaya tidak hanya memfokuskan kepada adat resam dan juga adat istiadat
semata-semata. Bahasa juga merupakan salah satu daripada pecahan yang terdapat di
dalam budaya. Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang
kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,
hukum, adat istiadat, bahasa dan kemampuan-kemampuan lain yang dimiliki seseorang
sebagai anggota masyarakat. Setiap kaum memiliki bahasa yang berlainan dan juga unik
daripada kaum yang lain. Sebagai contoh, kaum melayu bertutur menggunakan bahasa
Melayu, kaum India bertutur menggunakan bahasa Tamil dan kaum Cina bertutur
menggunakan bahasa Mandarin. Kepelbagaian bahasa inilah yang menjadikan negara
Malaysia sebuah negara yang unik kerana walaupun memiliki kepelbagaian bahasa dan
juga kaum, namun perpaduan kaum masih lagi dapat dikekalkan sehingga kini.
Kelas mesra budaya dilihat mampu memberikan peluang kepada murid untuk
mengetahui atau menguasai kemahiran berbahasa lebih daripada satu bahasa. Hal ini
kerana, kelas mesra budaya tidak mengasing-asingkan kaum dan etnik di dalam sesebuah
bilik darjah. Oleh yang demikian, sekiranya guru melakukan aktiviti di dalam bilik darjah
seperti aktiviti pembelajaran koperatif, murid daripada bangsa melayu,cina dan india dapat
bergaul di dalam satu kelas dengan baik. Melalui pergaulan ini, murid-murid akan lebih
mudah untuk berkomunikasi walaupun sekadar menggunakan bahasa yang mudah.
Pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
11

Pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
Profesor Madya Dr. Asma Abd Rahman berpendapat, terdapat beberapa kelebihan
sekiranya murid atau pelajar mengetahui atau menguasai lebih daripada satu bahasa.
Kelebihan berkenaan adalah:

MS
ymm
ymg
kbp
d

a ae t mk u a p k n ue i s l em b e i h m u a bt n a e m r i a
a ae n snm g a j a b b h d o o a i l kl e de a h ah n k p a a n n
ar eu a n lr d go i ud n c a j ea n rk a l k a h a k n u d i
e ea u rs k ap o ra am y n a u a k n ne i k r d aj a i s r y i i a
e n g a n b a ik
Rajah 3 : Kelebihan Menguasai Lebih Daripada Satu Bahasa
Melalui pandangan atau pendapat yang telah dikemukakan oleh tokoh ini, kelebihan

berkomunikasi lebih daripada satu bahasa sememangnya memberikan banyak kelebihan


kepada para murid, pelajar mahupun mahasiswa. Kelas mesra budaya yang mempunyai
konsep sentiasa menghargai budaya dan juga nilai di dalamnya memberikan peluang dan
juga ruang terhadap murid untuk mengetahui bahasa yang digunakan oleh rakan sekelas
mereka daripada golongan kaum yang berlainan.
Kesan daripada perkara ini, murid yang berada di dalam kelas yang mesra budaya
pastinya akan lebih ke hadapan dan lebih berkualiti berbanding murid yang berada dalam
kelas yang tidak mengamalkan konsep mesra budaya ini. Oleh yang demikian, guru dan
murid haruslah sentiasa berusaha untuk menjadikan kelas mereka sebagai salah sebuah
kelas yang tergolong di dalam golongan kelas yang mengamalkan konsep kelas mesra
budaya.

12

4. Murid Dapat Menambah Ilmu Pengetahuan


Ilmu pengetahuan merupakan sesuatu maklumat yang diperoleh melalui pelbagai
sumber. Antara sumber untuk memperoleh pelbagai jenis ilmu pengetahuan adalah
daripada media cetak dan media elektronik. Ilmu pengetahuan mempunyai pelbagai
kepentingan kepada murid atau pelajar. Antara kepentingan berkenaan adalah:

Rajah 4: Kelebihan Memiliki Ilmu Pengetahuan


Kelas mesra budaya dilihat mampu memberikan ilmu pengetahuan yang lebih
kepada murid kerana pengaplikasian bilik darjah yang kondusif bersamanya. Seperti yang
telah sedia maklum, bilik darjah yang kondusif merupakan aspek penting yang terlibat sama
apabila kita memperkatakan mengenai kelas mesra budaya. Bilik darjah yang kondusif
mempunyai beberapa ciri atau faktor penting yang terkandung di dalamnya. Antara faktor
berkenaan adalah:

13

P
,a
pP
da
b

e P re
n ri t a a
s r pP o i s rk
l a uo n s r
i r l ui k

ab
d

as r e t
n r
s o i o ke
i dar
t i

as u k e t r i u k t a a n r
,a
n
s sode o sud s r i
u al t n i n
n

r i lj ia k h
a
r j a

Rajah 5: Faktor Penting Bilik Darjah Kondusif


Persekitaran fizikal bilik darjah kondusif yang juga merupakan bilik darjah mesra
budaya merangkumi pelan lantai dan juga susun atur komponen-komponen penting di
dalam bilik darjah seperti kawasan melakukan aktiviti, tempat meletak buku dan sebagainya.
Faktor yang kedua iaitu persekitaran psikososial pula merangkumi hubungan baik antara
guru dengan murid dan juga hubungan murid dengan murid yang lain dalam sesebuah
kelas. Oleh yang demikian, sekiranya sesebuah kelas mengambil kira peri pentingnya 3
faktor ini, pastinya murid akan lebih mampu untuk menambah ilmu pengetahuan mereka
kerana mereka akan merasa lebih selesa dan mampu untuk belajar dengan lebih baik.
Sebagai contoh,kelas mesra budaya menekankan beberapa budaya yang baik seperti
budaya bekerja. Melalui penekanan tersebut, kelas mesra budaya akan mewujudkan satu
ruang khas bagi murid-murid yang berada di dalam kelas berkenaan untuk bekerja. Ruang
untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara
murid dari pelbagai latar belakang dan juga budaya mereka. Tugasan yang diberikan oleh
guru dapat dibincangkan pada ruangan ini. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau work
space ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa the
physical environment of classroom such as use of space, classroom setting and social
dimensions interact to shape classroom culture.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kelas mesra budaya sememangnya mampu
untuk murid menguasai ilmu pengetahuan dengan lebih baik lagi berbanding belajar di
dalam kelas yang biasa.
14

5. Melatih Murid Bertoleransi Dan Mengamalkan Nilai Murni


Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Nilai
nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa
yang sama juga menjadi kritetia atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya
diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk
kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia. (Wan Mohd. Zahid, 1998).
Melalui kelas mesra budaya, murid akan dapat lebih bertoleransi dan juga
mengamalkan nilai-nilai murni sebagaimana yang dihasratkan pada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan juga pada penggubalan Kurikulum KSSR yang menekankan aspek
penerapan nilai kepada murid. Hal ini kerana, di dalam sesebuah kelas mesra budaya,
murid akan didedahkan mengenai budaya dan juga adat resam semua kaum yang terdapat
di dalam negara ini. Melalui pendedahan ini, murid akan diterapkan nilai murni seperti
hormat menghormati budaya masyarakat atau kaum lain selain daripada kaum mereka
sendiri
Selain itu, murid akan dididik dengan nilai bertoleransi atau bertolak ansur yang
tinggi apabila berada di dalam sebuah kelas yang mesra budaya. Hal ini kerana, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas ini lebih menekankan strategi
berpusatkan murid. Oleh yang berkenaan, mrid-murid akan sentiasa bekerja di dalam satu
kumpulan yang mungkin mengandungi pelbagai kaum dan juga etnik di dalamnya. Melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti, secara tidak langsung, murid akan dapat
mengamalkan nilai murni seperti toleransi terutamanyanya apabila melontarkan idea atau isi
penting bagi menyelesaikan permasalahan yang diutarakan oleh guru.

15

Kesan Kepada Sekolah

Rajah 6: Kesan Kelas Mesra Budaya Terhadap Sekolah


1. Menjadikan Sekolah Lebih Cemerlang
Sekolah cemerlang ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak,

identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan . Aspek
pendidikan yang ditekankan bagi menjadikan sesebuah sekolah diangkat menjadi sekolah
yang cemerlang adalah pengurusan dan budaya kerja yang terdapat di sekolah berkenaan.
(Hassan Mustapha, 2003).
Budaya kerja merupakan salah satu aspek penting yang membolehkan sesebuah
sekolah diangkat menjadi sebuah sekolah yang cemerlang. Sekolah yang cemerlang
bermula daripada keadaan kelas yang harmoni di mana terdapatnya guru yang mengajar
dan juga murid yang belajar. Kelas mesra budaya akan menggalakkan budaya kerja ini di
dalam diri guru dan juga kepada murid-murid. Guru yang mengamalkan budaya kerja yang
baik akan komited dalam melakukan tugasan utama mereka apabila berada di sekolah iaitu
mengajar. Oleh yang demikian, mereka akan menggunakan pelbagai kaedah dan juga
strategi pengajaran yang dijangka dapat memberikan kesan yang optimum kepada para

16

muridnya. Selain itu juga, guru yang mengamalkan budaya kerja yang baik akan sentiasa
berusaha untuk menjadikan anak didik mereka lebih cemerlang dan memperolehi sesuatu
apabila meninggalkan zaman persekolahan.
Guru dan murid yang berada di dalam sebuah kelas mesra budaya juga akan
sentiasa berinteraksi antara satu dengan yang lain bagi memudahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran dilangsungkan. Proses interaksi ini pastinya akan memberikan kebaikan
kepada murid dan guru kerana murid akan dapat memperoleh ilmu secara langsung
daripada guru. Manakala guru pula akan dapat memberikan contoh budaya kerja yang baik
kepada murid seperti menerapkan budaya membaca dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, sekolah yang cemerlang bermula daripada kelas mesra
budaya. Hal ini kerana, kelas mesra budaya ini secara langsung menekankan pelbagai
budaya yang positif kepada guru dan juga murid yang kemudiannya menyumbang kepada
pembentukan sekolah yang lebih cemerlang.

2. Memberi Peluang Kepada Sekolah Untuk Berkolaborasi Dengan Sekolah yang lain
Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak
ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan
(Mohd. Zaki, 2001). Melalui kolaboratif ini, sesebuah sekolah akan menjadi lebih cemerlang
kerana kolaboratif bertujuan menggantikan kekurangan yang ada pada sesebuah sekolah
digantikan dengan kelebihan.
Terdapat beberapa perkara atau aspek penting yang boleh menjadi wacana utama di
dalam sesi kolaboratif antara sekolah dengan sekolah yang lain. Antaranya adalah cara
pengurusan pentadbiran dan juga pengurusan murid. Seperti yang kita sedia maklum,
negara kita memiliki 3 jenis sekolah yang berbeza. Perbezaan berkenaan adalah sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina, dan juga sekolah jenis kebangsaan tamil.
Sungguhpun begitu, murid tidak dipaksa untuk belajar di sekolah berkenaan mengikut kaum
atau bangsa mereka. Oleh yang demikian, ada sebahagian kecil murid yang berbangsa cina
atau india bersekolah di sekolah kebangsaan dan sebaliknya. Melalui proses kolaboratif
antara 3 jenis sekolah ini, sekolah yang mungkin mengalami masalah dari segi aspek
kurikulum untuk mendidik murid daripada bangsa berlainan ini boleh mendapatkan khidmat
nasihat atau bantuan daripada sekolah yang mampu untuk menyelesaikan permasalahan
mereka. Melalui kerjasama yang diperoleh hasil daripada proses kolaboratif ini, secara tidak
langsung dapat menggalakkan sekolah untuk menjadi lebih cemerlang.

17

3. Membantu Sekolah Mencapai Misi dan Visi


Dalam usaha untuk mencapai sesuatu objektif atau tujuan, kita memerlukan pelan
dan tindakan yang dapat membantu merealisasikan objektif berkenaan. Secara umumnya,
misi dan visi adalah satu konsep tindakan yang disertai dengan tindakan sesuai dengan apa
yang direncanakan untuk mencapai suatu tujuan.
Misi dan visi merupakan aspek yang tidak asing lagi dalam sesebuah organisasi
mahupun institusi terutamanya sekolah. Menurut kamus dewan edisi ke-4, misi membawa
maksud tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh
seseorang atau sesuatu kumpulan, manakala visi bermaksud wawasan. Misi dan visi yang
dicipta di sekolah adalah berlainan antara satu sekolah dengan sekolah yang lain kerana
setiap sekolah berbeza objektif dan tujuan mereka. Namun demikian, jika dilihat secara
mendalam, misi dan visi yang dicipta kesemuanya mempunyai perkaitan untuk membentuk
insane yang seimbang dari segi JERIS sebagaimana yang ditekankan di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Sepertimana yang telah dijelaskan pada pendefinisian misi dan visi, sesuatu pelan
perancangan dan juga tindakan perlu dirangka dan dilaksanakan bagi bertujuan mencapai
misi dan visi yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, salah satu tindakan
yang perlu dilakukan pada peringkat awal bagi mencapai misi dan visi di setiap sekolah
adalah bermula daripada kelas. Kelas merupakan salah satu aspek penting yang perlu
dititikberatkan berbanding pengurusan pentadbiran sekolah. Hal ini kerana, kelas
merupakan tempat di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang
bertujuan untuk mengubah tingkah laku murid daripada negatif kepada sesuatu yang positif.
Bagi membolehkan proses perubahan tingkah laku berkenaan, sebuah kelas yang baik
diperlukan. Kelas yang baik dalam konteks ini adalah sebuah kelas yang mesra budaya. Hal
ini kerana, kelas mesra budaya dapat membentuk guru dan murid yang cemerlang kerana
mengamalkan pelbagai budaya kerja dan budaya ilmu yang tinggi sekaligus dapat
membantu sekolah mencapai misi dan visi yang diharapkan.

18

4. Sekolah Menjadi Institusi Yang Selamat


Sekolah selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana
warga sekolah iaitu guru,staff dan para murid merasa selamat tanpa gangguan daripada
mana-mana pihak sama ada daripada dalam mahupun sekolah. Program sekolah selamat
ini telah dilancarkan oleh pihak kerajaan yang mempunyai matlamat untuk memujudkan
budaya selamat di sekolah dan persekitran secara berterusan dengan sokongan keluarga
dan komuniti setempat.
Pelbagai rasional program ini dianjurkan oleh kerajaan. Antara rasionalnya adalah:

DWaK uea lrapgnma gy sbmeea kn oy lsadekh pok el tarhkd pea r tjaenl sr kda em sdmee lhadnmk renai pgt ad n akise ur alkupe asdregial b mad ik ta nmad as nmy ja tr ak n tg
dfit ziejranbk dg iltk, sa on st ai stnlia,p se musi topa ksemion da gipdna eikr eat ikm nldubika rnil gs ae ndg ai nk e ksoe mla um n ai t a n

Bagaimanakah kelas mesra budaya mampu merealisasikan program sekolah


selamat? Kelas mesra budaya mampu merealisasikan program sekolah selamat ini dengan
para guru yang berada di kawasan sekolah dan di dalam kelas khususnya sentiasa
mengamalkan budaya penyayang terhadap persekitaran dan juga murid. Melalui budaya
penyayang ini, para guru akan berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di dalam
kelas seperti menetapkan peraturan kepada murid agar tidak boleh keluar kelas sekiranya
tiada guru dan sebagainya. Budaya penyayang juga perlu diterapkan kepada pihak
pentadbiran

sekolah.

Melalui

penerapan

ini,

sekolah

akan

berusaha

untuk

mempertingkatkan tahap keselamatan di sekolah dengan tidak membenarkan sewenang19

wenangnya orang asing selain daripada warga sekolah untuk masuk dan berkeliaran di
dalam perkarangan sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan membuatkan sekolah
menjadi institusi yang selamat sekaligus membuatkan semua warga sekolah berasa selamat
dan tenang untuk menjalankan sebarang aktiviti yang dapat membantu membangunkan
modal insan sebagaimana yang diharapkan.

2.2.2 Cadangan Penambahbaikan Yang Boleh Dilakukan Oleh Kerajaan Dan Sekolah Bagi
membolehkan Natijah Terpuji dicapai Selaras Hasrat Merealisasikan Negara Bangsa yang
Berjaya

K e r a ja a n
P e n t a d b ir a n S e k o la h
Secara jujurnya, sistem pendidikan di Malaysia banyak menerima perubahan dan
telah menempa banyak kemajuan sepanjang lebih lima dekad yang lalu. Bermula daripada
Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa
Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, sehinggalah yang terkini iaitu Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), sistem pendidikan kita telah merekodkan
perubahan yang mendadak dan boleh dibanggakan
Perubahan pada sistem pendidikan sememangnya perlu sejajar dengan peredaran
zaman pada masa kini yang memerlukan pelbagai set kemahiran berlainan yang perlu
dikuasai oleh murid sebelum melangkah ke alam yang lebih dewasa. Perubahan pada
sistem pendidikan dilihat sukar untuk direalisasikan. Hal ini kerana, bagi melaksanakan
segala pelan ini, guru dan murid perlu melalui satu perubahan yang besar seperti yang
berlaku pada negara kita sekarang iaitu penggubalan kurikulum yang baharu daripada kbsr
kepada kssr. Namun begitu, sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk menyampaikan
20

perubahan kepada para murid, pihak sekolah terutamanya guru perlu memandang positif
perubahan yang dilakukan ini dan menyahut seruan kerajaan dengan sentiasa
melaksanakan apa yang telah direncanakan.
Bagi

memperbaharui

sistem

pendidikan

di

negara

ini,

Kerajaan

perlu

memperuntukkan satu bajet yang besar yang boleh digunakan pada sector pendidikan ini.
Pembaharuan pada sistem pendidikan tidak hanya tertumpu kepada penggubalan kurikulum
semata-mata, tetapi kerajaan perlu melihat kepada uasaha yang akan menghasilkan kesan
jangka panjang seperti turut memperbaharui pedagogi yang diajarkan kepada bakal guru
dan sebagainya. Hasil yang mungkin dapat kita perolehi sekiranya sentiasa memperbaharui
sistem pendidikan di negara ini pastinya akan membolehkan natijah terpuji dicapai selaras
hasrat ingin merealisasikan negara bangsa yang cemerlang bukan sahaja dari aspek
akademik, bahkan sahsiah dan juga sebagainya.
Sistem pendidikan negara juga telah mempunyai kelebihannya yang tersendiri
kerana telah mempunyai asas falsafah dan dasar yang kukuh dengan tergubalnya Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan dasar pendidikan yang bermatlamat serta mampu melahirkan
insan yang holistik dan seimbang, serta memupuk perpaduan nasional.
Semua langkah dan usaha gigih diperlukan daripada para guru, ibu bapa, anggota
masyarakat, dan kerajaan untuk meningkatkan pencapaian murid. Namun begitu, di sebalik
lakaran kejayaan ini, masih banyak lagi yang perlu kita capai. Ketika sistem pendidikan kita
menempa beberapa kemajuan penting sepanjang lebih lima dekad yang lalu, sistem
pendidikan di negara lain juga telah bergerak pantas untuk menjadi sistem yang terbaik di
dunia. Dalam persaingan global yang semakin sengit ini, negara kita perlu bergerak lebih
pantas agar tidak semakin jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju yang lain

21

4.0 Kesimpulan

22

You might also like