Document 12

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

.

ASAL USUL NAMA SARAWAK

Mengikut cerita penduduk tempatan, nama Sarawak dikatakan berasal daripada dua kisah iaitu:

1. Sempena Nama Serah kepada Awak


Pada abad ke-18, di bahagian hulu Sungai Sarawak terdapat kegiatan melombong antimoni oleh
penduduk tempatan. Pada masa itu, kawasan tersebut dikuasai oleh pembesar tempatan. Apabila
Brunei ingin menguasai kawasan itu, penduduk tempatan sangat mengalu-alukannya. Mereka
sering menyebut perkataan serah kepada awak. Lama-kelamaan perkataan tersebut diringkaskan
menjadi Sarawak. Nama Sarawak kemudiannya kekal sehingga kini.
2. Nama daripada Buah Nanas

Di kawasan Batu Kawa terdapat banyak tanaman nanas. Nanas tersebut amat manis dan enak
rasanya. Nanas ini dikenali sebagai nanas Sarawak. Oleh sebab kawasan ini banyak nanas
Sarawak, maka nama kawasan ini dinamai Sarawaksempena nama nanas tersebut.

You might also like