Professional Documents
Culture Documents
Sejarah Penggunaan Cap Jari Di Malaysia
Sejarah Penggunaan Cap Jari Di Malaysia
Malaysia dan Singapura yang berpejabat di Bahagian D2 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman. Peranan Pusat Pendaftran Penjenayah Malaysia dan Singapura adalah
mengendalikan pendaftaran bagi penjenayah yang melakukan dan disabitkan salah atas
kesalahan-kesalahan yang berdaftar.
Antara lain-lain fungsi adalah :
Memeriksa cap jari yang telah reput dan orang perseorangan yang tidak dikenali
untuk pengesahan identiti.
Membuat tapisan rekod jenayah bagi tujuan pekerjaan dan permohonan Lesen-lesen
Membandingkan dan mengesahkan cap jari
Menyedia dan membekalkan sijil-sijil berkaitan pembuktian cap jari untuk perbicaraan
Sebagai permulaan ke arah pengenalan dan penggunaan cap jari dalam bidang sains
forensik, pada tahun 2001, Polis Diraja Malaysia telah menubuhkan sebuah makmal
forensik dan salah satu cabang yang penting adalah Seksyen Cap Jari untuk membantu
penyiasatan dan mengembangkan sains cap jari dalam PDRM.
2.0 KEPENTINGAN CAP JARI DALAM MENYELESAIKAN KES-KES
JENAYAH
Cap jari adalah merupakan kesan-kesan jalur yang timbul dan lurah pada permukaan
kulit luar sesuatu jari, tapak tangan dan tapak kaki dan ianya boleh digunakan untuk
tujuan perbandingan dan seterusnya mengenal pasti seseorang individu.Ketika
penjenayah melakukan sesuatu jenayah seperti membunuh, atau merompak,
bagaimanakah polis boleh menyelesaikan kes? Semasa penjenayah melakukan jenayah
berkemungkinan besar mereka tidak dapat mengelak daripada meninggalkan kesan cap
jari pada sesuatu benda kecuali mereka memakai sarung tangan atau sesuatu yang dapat
melindungi tangan mereka daripada meninggalkan kesan cap jari pada objek-objek di
tempat kejadian tersebut.Oleh yang demikian cap jari adalah merupakan salah satu
bentuk keterangan fizikal yang penting yang boleh menjurus dalam mengenal pasti di
antara penjenayah dan mangsa.
Dalam kebanyakan kes-kes jenayah dilakukan oleh penjenayah berulang yang pernah
ditangkap dan dipenjara di mana cap jari mereka akan direkodkan, oleh yang demikian
sekiranya sebahagian daripada cap jari mereka yang ditinggalkan di mana-mana tempat
kejadian jenayah berlaku, pakar cap jari boleh memberitahu kita siapa yang melakukan
jenayah tersebut.
2.1 KEGUNAAN CAP JARI
Keterangan cap jari adalah merupakan satu keterangan fizikal yang jitu dalam siasatan
saintifik. Ianya boleh digunakan :
Untuk mengenal pasti mangsa yang tidak dikenali saksi ataupun saspek dan juga
pengesahan rekod dan yang penting sekali cap jari boleh mengait dan memadankan di
antara saspek dan tempat kejadian jenayah
Jika tiada saspek, cap jari boleh membina petunjuk atau kadangkala memberi gambaran
awal tentang sifat fizikal, jantina dan pekerjaan penjenayah.
Cap jari juga boleh mengekalkan atau menyangkal keterangan mangsa atau saksi
jari diperkenalkan dan telah berjuta-juta cap jari dirakam tidak terdapat dua individu
mempunyai cap jari yang sama.Menurut Sir Francis Galton kebarangkalian untuk menemui
dua cap jari serupa adalah 1:640,000,000,000.
Setiap cap jari mempunyai bentuk dan penyusunan jalur-jalur yang unik dan mempunyai
sifat tersendiri (individual characteristic)
Jalur-jalur cap jari hanya berubah semasa mengalami kemalangan yang teruk (luka yang
dalam dan kesan melecur yang teruk).
4.1 CORAK ASAS CAP JARI
Bentuk cap jari boleh dibahagi kepada tiga kelas iaitu gegelung (Loops),Lingkaran (Whorls)
dan lengkungan (Arches).Daripada kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat seramai 6065% penduduk mempunyai cap jari jenis Loops, 30-35% penduduk mempunyai cap jari
bentuk Whorls dan hanya 5% mempunyai bentuk Arches pada cap jari mereka.
Permukaan yang mana terdapat kesan cap jari pendam yang hendak
ditimbulkan perlu ditentukan dengan menggunakan kaedah atau teknik yang
bersesuaian.Kepentingan dalam memilih proses yang mengikut langkah dapat memastikan
kejayaan dalam penimbulan cap jari.Sekiranya salah satu teknik gagal berkemungkinan
teknik yang lain dapat memberikan kejayaan.Penggunaan beberapa kaedah ini mungkin
mewujudkan lebih peluang kejayaan dalam penimbulan cap jari.
5.1 KAEDAH SERBUK
Kaedah serbuk merupakan cara biasa yang sering digunakan dalam proses penimbulan cap
jari.Kaedah ini merupakan kaedah yang telah lama digunakan sejak seratus tahun dahulu dan
merupakan cara tradisional, mudah dan kos yang efektif.Ianya mampu dilakukan dengan
sedikit pengetahuan atau pengalaman serta boleh menghasilkan keputusan yang
memuaskan.Kaedah ini sesuai digunakan pada permukaan yang licin, rata dan tidak
menyerap dengan cara menyapu permukaan yang terdapat cap jari.Dengan menggunakan
berus atau peralatan bulu khas (bulu unta atau tupai).Walaupun begitu kaedah ini amat
sensitive dan hanya menunjukkan kesan pada cap jari yang baru.
Dalam kaedah ini serbuk karbon atau serbuk aluminium akan disapu dengan berus yang
lembut dan halus ke atas permukaan yang disyaki mempunyai kesan cap jari pendam.Setelah
cap jari itu ditimbulkan, gambar cap jari tersebut itu akan diambil dan ianya akan diangkat
(lifting) dengan menggunakan pita pelekat yang lutsinar bagi tujuan rekod.Serbuk yang
sering digunakan ialah (Hadonite & Lanconide putih dan karbon hitam)
5.1.1 Prinsip Kaedah Serbuk
Serbuk yang digunakan dalam kedah ini semestinya halus dan bersaiz sekata.Prinsip utama
yang digunakan dalam kaedah ini adalah berdasarkan pernyataan bahawa air merupakan satu
kandungan utama dalam sebatian cap jari.Serbuk ini mampu melekatkan diri dengan
kelembapan.Selain itu serbuk ini turut akan melekat diri dengan unsur-unsur minyak dalam
sebatian cap jari.Jadi, walaupun air sudah mengewap, tetapi serbuk itu masih mampu kekal di
situdengan bergabung pada unsur-unsur minyak itu.
5.1.2 Aplikasi
Kaedah ini sesuai sekali digunakan untuk mengesan kesan cap jari pendam pada permukaan
non-porous, tidak menyerap air dan bersifat licin seperti gelas, plastik, kayu bercat, logam
dan lain-lain.Peluh dan minyak yang terserap ke dalam kertas dan kadbod adalah tidak sesuai
untuk kaedah ini.Kaedah ini lebih sesuai untuk kesan cap jari pendam yang segar.Untuk
kesan yang lama kaedah ini kurang berkesan.
Selain mengambil kira faktor permukaan, pemilihan teknik ini juga mengambil kira faktor
warna latar belakang.Secara umumnya, serbuk hitam digunakan untuk banyak permukaan
terutamanya latar belakang yang berwarna cerah dan sebaliknya jika warna latar kawasan
yang disyaki mempunyai kesan cap jari pendam itu berwarna gelap, serbuk putih akan
digunakan. Jika kesan cap jari pendam ini disyaki berada di permukaan perkakas logam atau
serbuk aluminium, serbuk kuprum akan digunakan.
5.1.3 Peralatan Dan Bahan Yang Digunakan
Serbuk karbon hitam ini diperbuat daripada serbuk dakwat karbon yang kering manakala
serbuk putih iaitu serbuk kering yang merupakan campuran titanium dioksida, kolin dan
kapur.Bagi serbuk magnetik ianya adalah serbuk biasa tetapi terdapat penambahan serbuk
besi yang dicampur ke dalamnya.Serbuk karbon hitam dan serbuk putih tergolong dalam
kategori serbuk loose powder.
Terdapat beberapa jenis berus yang biasa digunakan iaitu berus bulu tupai di mana berus ini
boleh dicuci dan dibersihkan dengan air sabun serta perlu dikeringkan pada kadar suhu
bilik.Manakala berus Zephyr adalah diperbuat daripada filamen fiber kaca.Berus ini tidak
boleh dicuci jika terbasah harus dibiarkan kering pada suhu bilik.Berus ini boleh dibersihkan
dengan menyikatnya dengan sikat atau berus lain.
5.1.4 Prosedur Ketika Penimbulan
Berus disapu dengan serbuk dengan memusingkan berus secara lemah lembut dalam bekas
serbuk dan pastikan serbuk yang mencukupi disapu dan dinasihatkan jangan terlalu banyak
menggunakan serbuk pada berus.Semasa menyentuhkan berus itu dengan permukaan, sasaran
sentiasa dimulakan dengan permukaan menegak sambil menyapu permukaan.Aksi rolling
harus digunkan semasa proses ini.Jangan sekali sekala hentikan aksi ini tetapi sebaliknya aksi
ni harus bersambungan hingga keseluruhan permukaan sasaran habis disapu.Setelah sasaran
habis, proses penimbulan awal serbuk yang berlebihan akan dibersihkan dengan
menggunakan berus berasingan yang lebih kecil.Aksi pembersihan ini semestinya dilakukan
dalam satu arah sahaja iaitu mengikut arah jalur kesan cap jari.
5.1.5 Faktor-faktor Mempengaruhi Kualiti Penimbulan Cap Jari Pendam
Kualiti kesan cap jari yang ditimbulkan melalui kaedah ini dipengaruhi oleh faktor-faktor
tertentu.Kejayaan menimbulkan kesan cap jari ini bergantung kepada beberapa
keadaan.Antaranya ialah, lokasi di mana kesan cap jari itu ditemui.Sekiranya kesan cap jari
itu ditemui di permukaan yang rata ianya lebih mudah ditimbulkan berbanding di kawasan
yang melengkung.
Kesan cap jari juga lebih mudah ditimbulkan sekiranya tuan punya cap jari itu menyentuh
sesuatu permukaan dalam keadaan berpeluh.Ini kerana, serbuk karbon bertindak balas dengan
campuran yang terdapat peluh, minyak serta kandungan asid yang terdapat pada bekas kesan
cap jari pendam.Sekiranya dia tidak berpeluh dan tidak menyentuh sesuatu permukaan,kesan
cap jari tidak dapat ditimbulkan.
Selain itu, jumlah serbuk karbon juga mempengaruhi kejayaan penimbulan kesan cap jari
pendam.Jumlah serbuk karbon yang terlalu sedikit atau terlalu banyak boleh menyebabkan
kesan cap jari kurang bermutu dihasilkan.
5.1.6 Kelebihan Dan Kekurangan kaedah Serbuk
Kelebihan . Teknik ini sering digunakan memandangkan kosnya yang jauh lebih murah
berbanding teknik-teknik lain malah mampu memberi kesan yang lebih cepat.Jadi kaedah ini
adalah ekonomi dari segi masa dan wang.Teknik ini juga sering digunakan kerana ia mudah
dibawa kemana-mana mamandangkan hanya serbuk karbon dan berus sahaja diperlukan.
Kekurangan . Walaubagaimanapun habuk yang digunakan ini boleh mencemar atau
menkontaminasi tempat kejadian.Ini terjadi sekiranya kerja penimbulan kesan cap jari
dilakukan oleh orang yang kurang berpengalaman.Kaedah ini tidak boleh menimbulkan
kesan cap jari pada permukaan yang kasar atau yang bertekstur beralun.Cap jari yang lama
juga tidak boleh ditimbulkan dengan menggunakan kaedah ini.Perlu berhati-hati semasa
mengendalikan serbuk karbon ini kerana ia boleh mengotorkan perabot atau lain-lain
perkakasan rumah.Selain itu serbuk yang halus ini juga boleh memusnahkan bahan bukti lain
seperti mengotorkan tulisan sekiranya diperlukan untuk perbandingan dokumen atau
memusnahkan bahan-bahan biologi yang lain.
5.2 KAEDAH SUPER GLUE
Kaedah ini merupakan satu kaedah kimia untuk mengesan dan menimbulkan kesan cap jari
pendam pada permukaan non-porous.Super glue merupakan nama komersial, dan nama
sebenarnya dikenali sebagai bahan kimia Cyanoacrylate.Ianya boleh didapati dalam bentuk
cecair atau gel tetapi kebanyakannya berada dalam bentuk cecair dan berbagai warna
bergantung kepada pengeluar produk.Bahan kimia ini adalah bersifat tidak larut dalam air.
Cyanoacrylate sangat stabil pada suhu bilik.Antara perkara yang perlu dijauhi ialah elakkan
suhu yang sangat tinggi dan pancaran yang sangat tinggi.Jauhkan Cyanoacrylate dari agen
pengoksidaan, alcohol, air, amina dan peroksida.Semasa mengendalikan Cyanoacrylate,
pastikan alat pelindung mata dan muka dipakai untuk mengelakkan sebarang keradangan
pada mata, kulit dan sistem pernafasan.
5.2.2 Prinsip Kaedah Super Glue
Pemanasan atau pengewapan dilakukan bersama-sama dengan super glue dan akhirnya
penyebaran ringkas terjadi ke atas permukaan yang dijangka mempunyai kesan cap jari
pendam.Semasa pemanasan dijalankan, kepingan aluminium digunakan sebagai tempat untuk
mengisi bahan super glue tersebut dan kemudiannya diletak dalam bekas tertutup (kebuk
vakum) Semasa pemanasan super glue, wap akan terhasil.Cap jari pendam akan kelihatan
apabila terdedah kepada molekul Cyanoacrylate.Molekul Cyanoacrylate adalah bercas positif
di mana ianya akan tertarik kepada kesan lemak lipid yang bersifat negative.Cap jari yang
timbul adalah dalam bentuk putih salji dan akan kekal pada permukaan tersebut.Biasanya
penggunaan serbuk akan dilakukan selepas itu untuk mendapat satu rekod kesan cap jari
tersebut.
5.2.3 Aplikasi
Cyanoacrylate ini digunakan secara meluas oleh saintis forensik bagi menimbulkan kesan cap
jari pendam pada objek yang mempunyai permukaan yang licin, permukaan nonporous
seperti plastik, gelas dan logam.Bagi objek senjata api, kaedah ini merupakan kaedah yang
sering digunakan bagi penimbulan cap jari pendam.
5.2.4 Peralatan Yang Digunakan
Peralatan dalam kaedah ini adalah ringkas di mana ianya memerlukan bahan kimia
Cyanoacrylate, bahan pemanas berkuasa rendah, bekas aluminium dan kebuk khas ataupun
kotak sebagai kebuk vakum.
5.2.5 Prosedur
perpeluhan.Walaupun kandungan asid amino dalam perpeluhan adalah rendah, tindak balas
ini dapat ditunjukkan dengan pembentukan warna ungu.Oleh itu, ninhydrin dikenali salah
satu kaedah untuk penimbulan cap jari yang berkesan pada permukaan porous seperti kertas,
kadbod dan kayu lembut.
5.3.2 Prinsip Kaedah Ninhydrin
Dalam kaedah ini ninhydrin akan bertindak balas dengan asid amino yang terkandung dalam
peluh yang membentuk kesan cap jari.Hasil daripada tindak balas tersebut warna ungu akan
terhasil. Namun begitu dalam sesetengah keadaan warna oren mungkin terhasil bergantung
kepada cara dan keadaan semasa penimbulan kesan cap jari tersebut.
5.3.3 Aplikasi
Kaedah penggunaan ninhydrin ini sangat berguna untuk permukaan jenis porous seperti
kertas, buku, kotak dan pelbagai permukaan porous yang lain.Kaedah ini juga sesuai
digunakan untuk menimbulkan kesan cap jari pendam yang telah lama.
5.3.3 Bahan Kimia Yang Digunakan
Stok solution boleh disediakan dengan menggunakan 100 gram kristal ninhydrin dilarutkan
secara prlahan-lahan ke dalam 400 mL Absolute Etanol dengan menggunakan alat pengacau
elektrik.Apabila telah larut tambahkan 200 mL asid Asetik Glasiel ke dalamnya.Bagi
menyediakan working solution sebanyak 120 mL, stok solution dicairkan dengan 1880 mL
Benzena.Kesemua reagen ini boleh disimpan sehingga 6 bulan dalam botol yang gelap.
5.3.4 Prosedur
Kesemua kesan cap jari yang ditimbulkan melalui penggunaan ninhydrin tidak akan
ditimbulkan secara serentak.Dalam pengendalian kaedah ini, haba dan pelembapan yang
digunakan terhadap bahan poros yang telah disapukan dengan ninhydrin amat penting dalam
mempengaruhi masa penimbulan kesan cap jari, samada dalam masa beberapa minit atau
tempoh yang lebih lama daripada itu sehingga beberapa hari atau minggu.Selepas beberapa
minit disapukan ninhydrin majoriti daripada kesan cap jari yang terdapat pada bahan porous
itu akan ditimbulkan.Sebahagian kecil lagi akan ditimbulkan selepas itu dan penimbulan
sepenuhnya selepas beberapa minggu.
Kaedah sapuan ninhydrin pada bahan porous boleh dilakukan dengan merendam ke dalam
bekas yang mengandungi ninhydrin atau menyapu ninhydrin pada keseluruhan permukaan
dengan menggunakan berus ataupun dengan menggunakan penyembur. Setelah bahan poros
disapukan ninhydrin ia hendaklah dibiar kering
kepada suhu bilik.
5.3.5 Faktor-faktor Mempengaruhi Penimbulan Cap Jari
Kesemua proses penimbulan cap jari menggunakan ninhydrin hendaklah dikendalikan di
dalam kebuk wasap atau di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik.Kepekatan
ninhydrin yang terlalu tinggi dalam larutan boleh menyembunyikan pembentukan warna
ungu.Oleh yang demikian hanya gunakan larutan yang bersesuaian dan jangan salah sangka
lebih tinggi kepekatan reagen lebih berkualiti kesan cap jari pendam yang ditimbulkan.
Permukaan berliang atau beralun, tidak berliang, bersih atau licin boleh mempengaruhi
kemungkinan cap jari pendam dan cara menimbulkannya.Untuk permukaan berliang, kadar
resapannya rendah.Ini menyukarkan untuk penimbulan cap jari.Suhu permukaan penerima
yang tinggi akan menghapuskan corak jalur akibat oleh kesan minyak atau garam terlarut
akibat kepanasan.
6.4 Keadaan Persekitaran
Suhu, angin, cahaya , hujan dan sebagainya dapat mempengaruhi ciri-ciri cap jari
pendam.Suhu persekitaran yang sejuk mengurangkan jumlah deposit pada permukaan
kulit.Suhu yang tinggi pula akan mengurangkan jangka hayat cap jari tersebut.
6.5 Kedudukan
Cap jari pendam pada permukaan yang sentiasa disentuh seperti tombol pintu, stereng kereta,
akan senang dimusnahkan.
6.6 Masa Berlalu Selepas Ditinggalkan
Memandangkan cap jari pendam terdiri daripada bahan organik, digradasinya tidak dapat
dihalang.Untuk mendapat keputusan terbaik, penimbulan harus dilakukan dalam jangka masa
48 jam. Kualiti penimbulan akan berkurangan secara dramatik dalam jangka masa 3-4 hari.
7.0 KESIMPULAN
7.1 Dalam setiap kaedah yang dilakukan, tidak kira mudah atau rumit kita mesti mengambil
langkah berjaga-jaga serta tidak boleh bersikap acuh tak acuh dari permulaan sehingga ke
penamatan prosedur.
7.2 Langkah yang paling penting dalam penyiasatan kesan cap jari termasuklah pengesanan,
penimbulan dan perakaman kesan cap jari.Ketiga-tiga langkah ini adalah sama
penting.Kegagalan dalam salah satu langkah akan menjejaskan keseluruhan proses untuk
menghasilkan kesan cap jari yang berkualiti.
7.3 Pemilihan kaedah penimbulan kesan cap jari pendam yang betul adalah amat penting.Ini
boleh dilakukan berdasarkan ciri-ciri permukaan dan juga pengalaman seseorang.Selain itu,
kombinasi kaedah turut boleh dilakukan jika satu kaedah sahaja tidak memadai untuk
memberi keputusan yang memuaskan.
7.4 Rakaman setiap kesan yang ditimbulkan mesti dilakukan dengan cermat malah fotografi
yang relevan mesti dilakukan.Ini kerana hasil penimbulan dalam kesemua kaedah ini adalah
tidak kekal lama.