Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan Perlembagaan
Pengenalan Perlembagaan
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia
merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan
kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada
semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan
dengan perlembagaan :
Perlembagaan ini adalah undang-undang utama
Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang
berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah
terbatal setakat berlawanan dengan itu.
Perkara 4(1)
Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan
kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia
menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masingmasing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal
lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai
dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.
Perkara 1 hingga 4
Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi
Persekutuan
Perkara 5 hingga 13
Kebebasan Asasi
Perkara 14 hingga 22
Kewarganegaraan (Bab 1 Perolehan Kewarganegaraan)
Perkara 23 hingga 28A
Kewarganegaraan (Bab 2 Penamatan Kewarganegraan)
Perkara 29 hingga 31
Kewarganegaraan (Bab 3 Tambahan)
Perkara 32 hingga 37
Persekutuan (Bab 1 Ketua utama negara)
Perkara 38
Persekutuan (Bab 2 Majlis Raja-Raja)
Perkara 39 hingga 43C
Persekutuan (Bab 3 Pemerintah)
Perkara 44 hingga 65
Persekutuan (Bab 4 Badan-badan Perundangan Persekutuan)
Perkara 66 hingga 68
Persekutuan (Bab 5 Acara perundangan)
Perkara 69
Persekutuan Bab 6 Keupayaan terhadap harta, kontrak
Dan guaman )
Perkara 70 hingga 72
Negeri-negeri
Perkara 73 hingga 79
Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 1 Bahagian kuasa-kuasa perundangan)
Perkara 80 hingga 81
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 2 Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)
Perkara 82
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
(Bab 3 Pembahagian beban kewangan)
Perkara 83 hingga 91
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 4 Tanah)
Perkara 92
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 5 Pembangunan negara)
Perkara 93 hingga 95
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 6 Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan mengenai
kegiatan Negeri)
Perkara 95A hingga 95E
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 7 Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)
Perkara 96 hingga 112
Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 Am)
Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja
yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja
Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara
39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah
menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.
Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan
Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai
kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah
disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan
perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan
bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang,
menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang
raja di dalam negeri itu.
Perkara153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara
kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan
kepentingan sah kaum lain.
Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah
Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana
Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.
Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi
Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11).
Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau
disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes
Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah
menganut agama Islam Perkara 11 (4).
Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :
perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)
ekonomi : Perkara 153 (6)
pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)
Kedudukan Istemewa orang Melayu yang lain termasuklah
peruntukan
Perkara 89 dan 90 berhubung dengan tanah rizab Melayu.
Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan
1948 (Pindaan 1971).
Kewarganegaraan
Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undangundang kerakyatannya yang selaras.Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:o Perolehan Kewarganegraan :
o Penamatan Kewarganegaraqan
o -Peruntukan Tambahan
Dalam Perlembagaan ada dua cara menyebabkan sesorang itu boleh hilang
kewarganegarannya:
Perkara 13
Dikuatkuasakan pada 31
Ogos 1957.
Undang-undang tertinggi
Malaysia.
KONSEP
PERLEMBAGAAN
Sumber segala
perundangan lain dalam
Negara kita.
AGAMA ISLAM
PEMERINTAHAN
BERAJA
masukkan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan M
KEBEBASAN
ASASI
KEWARGAN
EGARAAN
PERSEKUTUAN
NEGERI
AGAMA
DAN
UNDANGUNDANG
PERSEKUT
UAN
NEGERINEGERI
PROSIDING
TERHADAP
Y.D PERTUAN
AGONG DAN
RAJA-RAJA
PERHUBUNGAN
ANTARA
PERSEKUTUAN
DAN NEGERI
UNSUR-UNSUR
PERLEMBAGAAN
PERKECUALIAN
BAGI
KEDAULTAN
RAJA-RAJA
PERUNTUKA
N SEMASA
DAN
PERALIHAN
PERUNTUKAN
PERUNTUKAN
KEWANGAN
PILIHANRAYA
AM DAN
PELBAGAI
KEHAKIMAN
KUASA KHAS
MENENTANG
PERBUATAN
SUBVERSIF
DAN KUASA
DARURAT
PERKHIDMATAN
AWAM
Rundingan antara British dengan pemimpin UMNO dan wakil-wakil raja-raja Melayu untuk
menggubal perlembagaan baru menggantikan Malayan Union (1947)
Malayan Union
Malayan Union telah ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas Perang Dunia II dan
merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat
(tanpa Singapura) sebagai pengganti British Malaya.
Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent,
Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kali di
Parlimen United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo juga dimasukkan
dalam rancangan yang asal tetapi pemasukan itu kemudian dikeluarkan daripada
cadangan yang terakhir kerana merumitkan cadangan Malayan Union yang sudah
cukup susah ( sumber :Wikipedia Melayu, Ensiklopedia Bebas ).
Ciri-ciri utama
Semua Negeri Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri
Selat, disatukan.
Seorang gabenor British yang dilantik oleh baginda Ratu England akan
mengetuai Malayan Union.
Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan
Malayan Union.
Raja-Raja
Melayu
menjadi
ahli
Majlis
Raja-Raja
Melayu
yang
hanya
Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjasi tanggungjawab bersama
British dan Tanah Melayu.
SISTEM AHLI
Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai
tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.
Anggota sistem ahli dipanggil sebagai ahli. Contohnya, ahli hal ehwal dalam
negeri.
Perlantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis
Raja-Raja Melayu.
Ahlinya terdiri daripada sembilan anggota, iaitu 5 orang penduduk Tanah Melayu
dann empat orang pegawai British. Daripada 5 orang penduduk Tanah Melayu, 3
Melayu,Cina dan India.
Tanah
simpanan
Melayu
dikekalkan.
Bahasa
Melayu
sebagai
bahasa
kebangsaan.
Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau
dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan Exco.
Agama Islam merupakan agama persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak tetapi
agama lain bebas diamalkan.
Bagi negeri Sarawak dan sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga
10 tahun selepas hari Malaysia.
Negeri sabah dan Sarawak diberikan hak mengawal hal ehwal imigresen dan
perkhidmatan awam.
lain
yang
terdapat
di
dalam
perlembagaan
adalah
bagi
mewujudkan integrasi nasional agar proses pembentukan negara dan bangsa yang
bersatu dan berdaulat dapat dipercepatkan. Integrasi nasional disini bermaksud
merupakan proses penggabungan
menjadi satu bangsa yang terikat oleh norma dan kepentingan bersama iaitu bangsa
Malaysia. Jika diperhalusi mengenai kebaikan integrasi nasional yang telah termaktub
di dalam Perlembagaan Malaysia, kita akan dapat melihat satu unsur penting
didalamnya iaitu kelompok etnik yang saling bersatu padu walaupun berlainan latar
belakang.
Di samping itu, rakyat juga mempunyai kebebasan dalam menganut agama
dan menggunakan bahasa yang disukai di dalam urusan seharian. Perkara 152
menyebut bahawa bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan dan implikasi
daripada ini, urusan rasmi kerajaan hendaklah dibuat dalam bahasa Melayu. Bahasa
Melayu juga akan dijadikan alat untuk menyatupadukan rakyat pelbagai keturunan,
masing-masing dengan bahasa pertuturannya seterusnya bagi memupuk perpaduan di
kalangan mereka. Ini kerana penggunaan bahasa Melayu sudah lama meluas
semenjak era zaman kegemilangan Melaka lagi bahkan telah menjadi bahasa
perantaraan di antara para pedagang dari timur serta barat yang sering menggunakan
bahasa Melayu dalam urusan perniagaan negara mereka termasuklah dari negara
China dan India.
sendiri, menubuh atau menyelenggara institusi agama dan memperoleh harta benda
serta membelanjakan harta tersebut mengikut undang-undang yang sedia ada. walau
bagaimanapun, semua rakyat hendaklah mempunyai sikap
bertanggungjawab dan
bermoral dengan cara tidak menghina perayaan agama lain atau merosakkan tempat
ibadat mereka. pihak berkuasa sentiasa memantau kegiatan yang dijalankan oleh
agama di negara ini dalam proses untuk mendapat keyakinan rakyat untuk
mengamalkan kepercayaan agama masing masing dalam keadaan selamat.
Di samping itu, perlembagaan juga mengiktiraf pemerintahan beraja yang
telah sedia ada sejak dahulu lagi di dalam sistem pemerintahan negara. Dalam sistem
ini, raja mempunyai kuasa mutlak dengan bantuan oleh pembesar negeri yang
berfungsi sebagai badan penasihat. Impak penjajahan British ke atas negara adalah
pengurangan kuasa raja. Tambahan pula, raja juga perlu menerima nasihat Residen
British dan hanya berkuasa dalam hal ehwal orang Melayu dan agama Islam
menyebabkan
orang
Melayu
menentang
British.
Setelah
negara
mencapai
kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa
tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan
pendidikan,
serta
pemberian
lesen
perniagaaan
dan
perdagangan.
Walau
Malaysia dan hak ini dilindungi di bawah Akta Hasutan 1970 yang
dianggap sebagai perkara sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan
awam atau pertikaian. Oleh demikian,pembentukan Malaysia pada tahun 1963
membawa satu dimensi kepada hubungan etnik di Malaysia, dengan kemasukan Sabah
dan Sarawak malah kedudukan kaum bumiputera di kedua-dua negeri diberikan status
yang sama sebagaimana orang melayu, iaitu mereka turut dimasukkan ke dalam
Perkara 153.
menyertai persekutuan Malaysia. Hak ini merangkumi jawatan dalam bidang pendidikan
, biasiswa, dan perniagaan. Kedudukan istimewa yang lain adalah tanah rizab orang
Melayu serta kemasukan orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu.
Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia hendaklah memahami sejarah negara dan
mengambil iktibar daripadanya. Peristiwa 13 Mei 1969 hendaklah dijadikan pengajaran
dengan menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan
Malaysia demi memastikan perpaduan antara kaum akan terus erat.
Tanpa
perlembagaan sesebuah negara tidak akan berjalan dengan teratur dan lancar, malah
akan timbul pelbagai masalah diantara pemerintah dengan rakyat dan lebih teruk lagi
rasa tidak puas hati antara kaum yang terdapat di sesebuah negara. Justeru itu, samasamalah kita berusaha dan berganding bahu demi kebaikan semua pihak dan
menyelesaikan setiap konflik yang timbul dengan penuh tolak ansur dan berhemah.
Kontrak sosial
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa
kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi
atau quid pro quo melalui Perkara 1418 yang berkenaan dengan pemberian
kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang
memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini
juga kadang kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam
Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah
negara sekular.
Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah
kerap kali dibahaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran
Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang
orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan
yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada
negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam
Barisan
Nasional.
Banyak
orang
Melayu,
biasanya
daripada
UMNO,
telah
Syarat-syarat kontrak
Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi
hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang
undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial
secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai
mengemukakan
kontrak
sosial,
dan
bapa-bapa
kemerdekaan
juga
bersetuju
dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan.
Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang
memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang
asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk
pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk
secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan
tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpinpemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan,
pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa
Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan
istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan
Sarawak."
Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam
perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan,
dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan
negara
itu.
Bagaimanapun,
orang-orang
Malaysia
India
boleh
kerana
ia
mengakibatkan
orang-orang
Melayu
luar
bandar
Kritikan awal
Artikel 153, dan diterangkan oleh kontrak sosial, telah merupakan satu sumber
kontoversi semenjak hari-hari mula bagi Malaysia. Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew
(kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP;
cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP)
secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parlimen, dan menyeru
satu "Malaysian Malaysia". Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan:
"Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam
bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang
Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran
seperti setiausaha agung UMNO, Dato' Syed Ja'afar Albar, yang datang ke Malaya dari
Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.
Bahasa Kebangsaan;
ii.
Agama persekutuan;
iii.
Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak; dan
iv.
Pemerintahan beraja.
Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum
sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan
betapa pentingnya Perlembagaan mengambil kira faktorfaktor sejarah, tradisi,
ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 (Abdul Aziz Bari, 2001). Hal ini
menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta
Hasutan dan dianggap sebagai isuisu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu
perbincangan awam.
Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang
diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Dengan ini jelaslah bahawa hak
istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu
diterima
sebagai
bahasa
kebangsaan
menjadi
prasyarat
penerimaan
hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu di kekal dan diperkukuh. Prasyarat ini
menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi
menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah
Melayu pada ketika itu.
Dalam hal ini, sewaktu membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan
(Pindaan) Akta Hasutan 1971, Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia yang ke-2)
menyatakan
... marilah kita sekalian sematkan di dalam hati ingatan kita terhadap pengajaranpengajaran yang telah diperoleh daripada Peristiwa 13 Mel, dan janganlah kita
bincangkan dan bahaskan lagi tentang apa yang menyebabkan tercetusnya
peristiwa itu dan bagaimana is bermula kerana ini mungkin akan melupakan kita
kepada anasir yang tidak bertanggungjawab yang kerjanya menanamkan
benihbenih syak wasangka dan perasaan bimbang dalam kalangan kaum serta
menggunakan perkara-perkara sensitif anasir tersebut telah mendapat
kesempatan besar untuk membangkitkan perasaan perkauman apabila kempen
pilihan raga berjalan dalam bukan April dan Mei 1969. Mereka sengaja
menimbulkan perasaan takut dan marah dengan cara mempersoalkan dan
mempersendakan syarat-syarat dalam Perlembagaan mengenai bahasa
Malaysia dan kedudukan istimewa orang Melayu sehingga menimbulkan lagi
perasaan tidak terjamin yang dirasai oleh orang Melayu apabila mereka melihat
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 membawa satu lagi dimensi kepada
hubungan etnik di Malaysia. Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, kedudukan
kaum Bumiputera di kedua-dua negeri tersebut diberikan status yang sama
sebagaimana orang Melayu, iaitu mereka turut dimasukkan ke dalam Perkara 153.
Tetapi peruntukan tersebut tidak memberi lesen untuk menindas kaumkaum lain
kerana hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu dilindungi
dengan cara yang tidak menafikan hak-hak asas kaum lain.
Sabah dan Sarawak masing-masing telah menandatangani Perjanjian 20
Perkara (20-Point Agreement) dan Perjanjian 18 Perkara (18-Point Agreement) semasa
menyertai gagasan Malaysia. Kedua-dua perjanjian tersebut bertujuan untuk melindungi
kepentingan dan autonomi rakyat Sabah dan Sarawak. Perjanjianperjanjian tersebut
merangkumi pelbagai perkara termasuk imigresen, bahasa, kewangan dan hak
istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam
Perlembagaan Malaysia dilindungi oleh kuasa Yang Dipertua Negeri negeri-negeri
berkenaan, iaitu pindaan hanya boleh dibuat sekiranya terdapat persetujuan mereka.
Dengan kata lain, Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa Sabah can
Sarawak. Hal ini menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan
kedudukan orang Melayu.
Secara umumnya, perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam
Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut:
i.
Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata can pengecualian peruntukan ini
dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya;
ii.
Raja-Raja,
seumpamanya;
Islam,
orang
Melayu,
kewarganegaraan
dan
iii.
iv.
Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan
darurat;
v.
vi.
ii .
iii.
sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri mempunyai kebebasan, kuasa
dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggarakan atau membantu
penubuhan institusi Islam dan melaksanakan ajaran dalam agama Islam serta
mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu (Mohamed Suffian
Hashim, 1987).
Kenyataan ini diperkukuh dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca
secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu:
Perkara 11 (4) :
"Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan
Labuan,
undang-undang
Persekutuan
boleh
mengawal
atau
menyekat
pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti
agama Islam."
Perkara 12 (2):
11
... adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara
institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran
dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu
bagi maksud itu."
Perkara 121 (1A)
" Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai
bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah
syariah."
i.
ii.
iii.
Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh,
Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang,
Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau
dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut; dan
Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah
Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja memang telah sedia wujud dalam sistem sosial di
negerinegeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja
mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan
dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik, khususnya sebelum penjajahan British.
Namun semasa penjajahan British. kuasa mutlak raja mula terhad iaitu raja mesti
menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali dalam adat istiadat
Melayu clan agama Islam. Hal yang sama juga berlaku apabila British memperkenalkan
Malayan Union yang turut menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu. Tetapi selepas
Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu, kuasa Raja-Raja
Melayu dikembalikan semula apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan.
Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di
bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan
di Malaysia. Menurut konsep Raja Berperlembagaan ini, raja-raja bertindak mengikut
perlembagaan yang telah ditetapkan.
diberikan. Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat
persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
Perkhidmatan Awam
Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa menjadi
tanggungjawab Yang Di-Pertuan Agong untuk menentukan rizab bagi orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan suatu kadar bilangan
jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan perlu. Namun
dalam melaksanakan tanggungjawabnya, baginda tidak boleh melucutkan jawatan
awam yang dipegang oleh seseorang. Hal yang sama juga bagi semua orang (tidak
mengira golongan etnik) yang menyandang jawatan dalam perkhidmatan awam
mestilah diberi layanan yang sama rata.
Terdapat rasional yang munasabah bagi merizabkan untuk orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak suatu kadar bilangan dalam perkhidmatan
persekutuan kerana pada zaman penjajah dan pada awal kemerdekaan sedikit sangat
bilangan orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan (Mohamed Suffian Hashim,
1987).
Ekonomi
Rata-rata orang Melayu yang terdiri daripada golongan pesawah padi, penoreh
getah dan nelayan berada dalam kemiskinan (64.8 peratus) berbanding bukan Melayu
(26 peratus) pada tahun 1970 (Banci Penduduk 1979, Jabatan Perangkaan). Keadaan
ini menunjukkan majoriti orang Melayu berada dalam kemiskinan, terutamanya di
kawasan luar bandar. Kesan daripada peninggalan pemerintahan penjajah inilah, orang
Melayu tertinggal sebagai pemerhati di sebalik kegiatan ekonomi dan perubahan yang
sedang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu (Haris Md. Jadi, 1990).
Masyarakat
Perdagangan
dan
Perindustrian
Bumiputera
(MPPB).
Pendidikan
Penjajah British telah meninggalkan sistem pendidikan yang terus mengekalkan
orang Melayu dalam keadaan tertindas. Sistem pendidikan British pada masa itu
sekadar untuk menjadikan petani Melayu yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.
Hal ini diburukkan lagi dengan keadaan sekolah Melayu yang begitu teruk tanpa
perabot yang cukup, kekurangan buku teks dan bahan bacaan serta ibu bapa Melayu
sudah mula hilang kepercayaan terhadap sekolah Melayu (Laporan Barnes, 1951).
Merujuk kepada bilangan pelajar peringkat ijazah pertama di institusi pengajian
tinggi awam (IPTA) dalam negara pada tahun 1970, bagi Bumiputera ialah 40.2 peratus
(3084 pelajar) berbanding bukan Bumiputera iaitu 56.2 peratus (4311 pelajar). Keadaan
ini tidak begitu baik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat jurang
perbezaan golongan profesional antara etnik. Sebagai contoh, golongan profesional
Bumiputera (arkitek, akauntan, jurutera, doktor, juruukur can peguam) pada tahun 1970
ialah 4.9 peratus (225 orang) berbanding bukan Bumiputera iaitu 84.3 peratus (3859
orang) dan sehingga kini masih lagi ketinggalan.
Jika diteliti sehingga sekarang, Perkara 153 masih perlu diteruskan ke arah
mencapai matlamat yang dikehendaki. Namun, pada masa yang sama, pelbagai
kemudahan dan keistimewaan turut diberikan kepada etnik bukan Melayu dalam aspek
pendidikan. Sebagai contoh, apabila negara mencapai kemerdekaan, Kerajaan pada
masa itu tidak terus menghapuskan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan
Tamil. Sebaliknya, kerajaan tetap mempertahan kewujudan sekolahsekolah tersebut
walaupun Penyata Razak 1956 mahu mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan
seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu:
"Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan
dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."
Begitu juga dengan kewujudan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan
matrikulasi yang dikhususkan kepada orang Melayu. Dengan tujuan merapatkan lagi
hubungan etnik dan perpaduan dalam kalangan pelajar, keistimewaan ini turut diberikan
kepada orang bukan Melayu apabila Kerajaan membenarkan mereka memasuki MRSM
dan matrikulasi dengan kuota 10 peratus. Pada masa yang sama juga, kemasukan
pelajar ke IPTA melalui sistem kuota juga telah ditukar kepada sistem meritokrasi iaitu
pemilihan pelajar berdasarkan prestasi akademik tanpa mengira golongan etnik.
Walaupun
kedudukan
istimewa
mengenai
pendidikan
telah
termaktub
dalam
Perlembagaan, namun pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dan bukan Melayu
telah diwujudkan dalam usaha ke arah memantapkan lagi hubungan etnik di Malaysia.
Sebelum Perang Dunia Kedua. bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi
tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis, dan sebagainya bagi
memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum
(Mohd. Salleh Abas, 1985). Keadaan ini diperkuat lagi oleh hakikat bahawa bahasa
Melayu diterima sebagai bahasa rasmi apabila Johor menerima Penasihat Inggeris
pada tahun 1914. Sebagai contoh, dalam surat bertarikh 11 Mei 1914, Sultan Ibrahim
(Sultan Johor) menulis surat kepasa Sir Arthur Young, Gabenor Singapura (Maxwell and
Gibson 1924; dalam Mohd. Salleh Abas, 1985):
"Beta juga perlu meminta penerimaan Yang Dipertua terhadap prinsip bahawa
bahasa Melayu dan Inggeris harus diterima sebagai bahasa rasmi untuk digunakan
dalam mahkamah keadilan beta dan dalam semua jabatan kerajaan beta. Berhubungan
dengan penulisan bahasa Melayu huruf Jawi perlu diberikan pengiktirafan rasmi."
Begitu juga, pegawai-pegawai Eropah yang memegang lebih 95 peratus jawatan
Kumpulan Bahagian I perlu mempelajari bahasa Melayu, mengambil ujian berbahasa
Melayu dan dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan di Persekutuan Tanah Melayu
pada ketika itu (Mohamed Suffian Hashim, 1987). Keadaan ini menunjukkan bahawa
bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa perantaraan rasmi walaupun pada
zaman penjajahan Inggeris. Hal ini telah diperakukan oleh Tan Siew Sin dalam Majlis
Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957, iaitu
"Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar terhadap kebudayaan
dan bahasa mereka. Biar saga nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid
sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan
mengembang bahasa Cina dan Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain. Apabila
dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan
eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan
Tamil hendaklah digalakkan dan dipelihara, mereka bersetuju. Saya sebutkan
kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa pemimpin
Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas."
RASIONAL PERKARA 3
Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia
juga tidak membimbangkan kaum lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam
Perlembagaan. Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600
tahun lampau dan banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu
sehingga sekarang berbanding agama lain. Begitu juga, semasa penjajahan British,
kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan mereka menyerahkan urusan
agama Islam kepada Raja-Raja Melayu.
Islam juga diterima sebagai agama Persekutuan kerana sesuai dengan takrif
"Melayu" seperti didefinisikan dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Begitu juga
pada zaman penjajah melalui perjanjian damai dan persahabatan dengan Raja-Raja
Melayu, walaupun mereka berjaya mendapatkan hak untuk memberi nasihat yang
bersabit dengan pentadbiran negara, namun agama Islam dikecualikan. Sebagai
contoh, Perkara 2 perjanjian antara Negeri-Negeri Selat dan pembesar-pembesar
memerintah Negeri Sembilan bertarikh 20 Jun 1895 telah dipersetujui bahawa mereka
mengaku janji untuk menurut nasihat Residen British dalam semua hal ehwal
pentadbiran selain soal yang menyentuh agama Islam (Mohd Salleh Abas,1985). Hal
yang sama juga bagi perjanjian antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak
Bersekutu dengan pihak British. Raja-Raja Melayu mesti menerima nasihat British
dalam pentadbiran negeri kecuali adat istiadat dan agama Islam. Perlembagaan
Malayan Union 1946 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menukar
peranan Inggeris daripada penasihat kepada pentadbir Persekutuan Tanah Melayu
secara langsung. Namun demikian, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam tidak
disentuh oleh British.
Di
negeri-negeri
Melayu
sebelum
penjajahan
British,
penggunaan
undangundang Islam telah diperkenalkan dan diiktiraf seperti dalam kes Ramah lawan
Laton, Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah
REFLEKSI
Assalamulaikum w.b.t..
Syukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya, maka dapatlah kami
menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, disini kami amat bersyukur sekali lagi kerana
sepanjang kami menyiapkan tugasan Hubungan Etnik ini, kami mendapat bantuan yang
cukup dari pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPSMB iaitu EN. MOHD FAUZI BIN ALI
kerana beliau telah banyak membantu kami untuk melengkapkan tugasan ini dengan
sempurna dan jayanya.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini juga, pelbagai ilmu telah kami perolehi
yang kami tidak akan dapat dari mana-mana tempat. Contohnya, kami dapat
mempelajari Perlembagaan Malaysia dengan lebih mendalam lagi dan kami juga dapat
mengetahui
proses-proses
pembentukan
perlembagaan
sehingga
terbentuknya
BIBLIOGRAFI
Nota dan rujukan
Shuid, Mahdi & Yunus, Mohd. Fauzi (2001). Malaysian Studies, p. 50. Longman. ISBN
983-74-2024-3.
Putra, Tunku Abdul Rahman (1986). Political Awakening, p. 31. Pelanduk Publications.
ISBN 967-978-135-6.
Laman Web
www.ms.wikipedia.org