Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Tun Perak(1458-1498)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang (meninggal dunia)(1498) ialah Bendahara
Melaka yang ke-5 adalah Bendahara yang termasyhur antara semua bendahara Melaka. Pangkat ini yang
membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding
dengan Perdana Menteri moden. Tun Perak, bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit, dan Raja
Kenayan dari Pasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alamMelayu pada abad ke15.
Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau telah menjadi Penghulu Kelang dari tahun 1445
ketika berlangsungnya permusuhan antara kerajaan Siam dan Melaka. Maka, Tun Perak diperintahkan untuk
datang ke Melaka bersama-sama orang Kelang yang lain, lelaki mahupun perempuan. Tindakan Tun Perak
membawa sekali golongan perempuan menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana mereka
dikehendaki berperang. Tun Perak memberi alasan bahawa kedatangan perempuan adalah supaya lelaki akan
berperang lebih bersungguh-sungguh untuk melindungi anak dan isteri mereka.
Setelah menewaskan percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446, beliau dilantik oleh
baginda Sultan Muzaffar Syahsebagai Bentara.
Bendahara Pembina Empayar
Setelah Tun Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari oleh Tun Ali, iaitu Bendahara Melaka ketika itu. Tun Ali
yang berketurunan Tamil Muslim ketika itu sudahpun lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan
yang hendak melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan perbalahan antara
pembesar yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran negara, baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu
Tun Perpatih Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak dan isteri baginda sendiri. Baginda yang sanggup
menceraikan Tun Kudu menerima keputusan yang dijangkakan bahawa Tun Ali sudahpun berbaik dengan Tun
Perak.
Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka Raja pada
tahun 1456 sementara Tun Ali, Bendahara keempat, dilantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri
Nara Diraja.
Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai Selat
Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di
pulau Sumatera sertaJohor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini
sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah pula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah
menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga
mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik
banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang lain.
Pelantik Raja
Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka.
Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. Sebagai
contoh, Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik sebagai Sultan Mellaka merupakan anak saudara beliau.
Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan Mansor Syah menjadi Raja Pahang
tetapi bukan sebagai Sultan Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun
Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga.
Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada 1488 dan lazimnya, putera sulung baginda, Raja Menawar akan
dilantik sebagai raja tetapi baginda hanya dilantik sebagai Raja Kampar manakala putera Sultan Alaudin yang
lebih muda yang juga merupakan cucu Tun Perak iaitu Raja Mahmud, telah dilantik sebagai Sultan Mahmud.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1498 ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah setelah bernaung di bawah
empat pemerintahan sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat
Syah dan Sultan Mahmud Syah. Setelah kematian beliau, baginda sultan melantik Tun Perpatih Putih, adik Tun
Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6.

You might also like