Mach 1112

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PENGENALAN

Epidemiologi ianya didefinasikan


penentu

terhadap

penyakit

dan

sebagai kajian tentang taburan dan

kesihatan

dalam

kelompok

manusia

bagi

membolehkan perancangan perkhidmatan perkhidmatan kesihatan , pengawasan ,


pencegahan , dan pemulihan terhadap penyakit dapat dilakukan . Pada dasarnya
konsep epidemologi adalah dipengaruhi berbagai faktor dalam kajian lain seperti
mikrobiologi , parasitologi , enteromologi , statistik , perubahan klinikal dan lain lain
lagi

yang

berkaitan . Epidemiologi

merupakan

cabang

ilmu

kesihatan

yang

melibatkan analisis penyebaran dan sifat masalah kesihatan pada penduduk


tertentu . Objektif utama kajian ini ialah menjelaskan kegunaa epidemeologi ,
menerangkan cerapan taburan penyakit , menghuraikan proses kejadian penyakit
berjangkit , huraikan tentang komponen komponen penting dalam epidemiologi
iaitu konsep epidemiologi penyakit , proses kejadian penyakit berjangkit , kekerapan
penyakit berdasarkan orang , taburan penyakit berdasarkan tempat .

EPIDEMIOLOGI
Epidemiologi didefinasikan sebagai kajian statistik tentang taburan dan
penentu terhadap penyakit

dan

kesihatan

dalam

kelompok

manusia

bagi

membolehkan perancangan perkhidmatan perkhidmatan kesihatan , pengawasan ,


pencegahan dan pemulihan terhadap penyakit dapat dilakukan . Pada dasarnya
konsep epidemiologi adalah dipengaruhi oleh berbagai faktor dalam kajian lain
seperti mikrobiologi , parasitologi , enteromologi , statistik , perubatan klinikal dan lain
lain lagi yang berkaitan . Epidemiologi berasal daripada perkataan yunani EPI
bererti berkenaan . DEMOS bererti orang . LOGOS bererti ilmu .
Epidemiologi boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang agihan dan unsur - unsur
penyakit serta kecederaan di kalangan penduduk . Dari sudut sejarah , hubungan
penyakit dan persekitaran telah dikaji sejak zaman Sebelum Masihi lagi ( B C ) .
Menurut Hippocrates ( 460 - 377 Sebelum Masihi ) telah cuba menerangkan
hubungan penyakit dan persekitaran . John Graunt , seorang pekedai barang barang

keperluan

pakaian

haberdasher

)British

pada

1662

menggunakan

perangkaan dalam analisa laporan laporan kematian dan kelahiran . Beliau


menunjukkan kepentingan mengumpul data - data secara rutin untuk memahami
kejadian penyakit dan mewujudkan asas bagi epidemiologi moden . William Farr ,
seorang pakar perubatan British ( physician ) ( 1839 ) bersependapat dangan John
Graunt bahawa data - data mengenai masyarakat boleh menghasilkan banyak
maklumat tentang penyakit manusia . Beliau memperkenalkan sistem pendaftaran
kematian ( bilangan , sebab - sebab , pekerjaan , jantina dan lain - lain ) secara
rutin . Beliau mula menyumbang kepada kefahaman tentang frequaensi dan
penyebaran ( distribution ) penyakit dan kematian . John Snow , juga seorang pakar
perubatan British ( antara 1849 - 1854 ) melengkapkan ciri - ciri epidemiologi
dengan mengkaji wabak taun di London dan menguji hipotesis punca wabak
tersebut . Florence Nightingale , seorang jururawat British memperkenalkan
reformasi dalam bidang penjagaan kesihatan melalui kegunaan perangkaan .

Klasifikasi Epidemiologi Perubatan

EPIDEMOILOGI

HEALTH SYSTEM
REASEARCH (HSR)
PATOLOGI

MIKROBIOLOGI

HEAMATOLOGI

FARMATOLOGI

PARASITOLOGI

RADIOLOGI

ONCOLOGI

MENGKAJI
GOLONGAN
BERISIKO
PENYAKIT

MENGKAJI
TREND
MASALAH
KESIHATAN
SEMASA
GAYA HIDUP

MEMBUAT
PERANCAN
GAN
KESIHATAN
MASA
DEPAN
KEGUNAAN
EPIDEMIOL
OGI

MENGKAJI
WABAK
WABAK
YANG
SEMASA
DAN AKAN
DATANG

MENGKAJI
ETIOLOGI
PENYAKIT
DAN
RAWATAN

KEGUNAAN EPIDEMIOLOGI

i) Menentukan faktor etimologi sesuatu penyakit .


Faktor ini mempunyai hubungkait dengan agen penyakit , hos dan persekitaran
yang begitu penting dalam langkah - langkah pencegahan dan pengawalan .
ii) Mengenalpasti golongan yang berisiko tinggi terhadap sesuatu penyakit .
iii) Menilai perubahan akibat sesuatu penyakit atau masalah kesihatan .
iv) Merancang keperluan
masa hadapan .

kesihatan

semasa

dan

meramal

keperluan

untuk

v) Menilai langkah - langkah pencegahan , terapi dan intervensi


vi) Menyiasat sesuatu wabak .

SKOP EPIDEMIOLOGI
Skop dalam bidang ini adalah terbahagi kepada 2 iaitu cerapan dan eksperimen .
Cerapan ialah kajian umum contohnya kajian obesiti dikalangan penduduk
Seremban . Eksperimen ialah kajian khusus contohnya kajian keberkesanan ubat
malaria moden dengan ubat malaria konvesional .

KAEDAH KAJIAN EPIDEMIOLOGI


Ia merupakan kaedah dalam penentuan terhadap penyebab , taburan dan faktor faktor yang mempengaruhi penyakit dan terbahagi kepada 2 iaitu deskriptif dan
analitis . Epidemiologi adalah mengkaji taburan penyakit dan menjawab pertanyaan
siapa , bila dan dimana . Ini penting untuk mengetahui kumpulan yang berisiko ,
menentukan magnitud dan saiz masalah kesihatan dan seterusnya

membuat

cadangan atau hipotesis untuk kajian analitis . Epidemiologi analitis pula digunakan
untuk menentukan faktor etiologi dan faktor risiko sesuatu penyakit . Ujian
terhadap hipotesis dilakukan samada secara rentas (cross sectional) , kes kawalan
atau kohort . Kajian ini boleh menentukan mengapa penyakit itu terjadi dan
dengan itu sesuatu program kesihatan itu dapat diubahsuai

mengikut keperluan

semasa dan perlaksanaan yang lebih berkesan . Kaedah kajian epidemiologi


terbahagi kepada 4 cara . Pertama kajian rentas , contohnya prevelans obesiti
dikalangan pelatih Pembantu Perubatan Seremban . Seterusnya kajian kes kawalan ,
contohnya , kajian obesiti pelatih Pembantu Perubatan yang habit makan daging
ayam dengan pelatih habit makan ikan sahaja . Selain itu , kajian kohort
contohnya , kajian obesiti dikalangan pelatih Pembantu pPerubatan Seremban tahun
2014 sehingga tahun 2019 . Akhir sekali ialah kajian randomize clinical trial (RCT)
Contohnya , kajian keberkesanan ubat anti malaria dengan ubat anti malaria
konvensional . Epidemiologi eksperimen berguna untuk menentukan keberkesanan
sesuatu ubat , prosedur , ujian saringan dan program . Kawalan dan pencegahan
penyakit berkaitan pengetahuan tentang taburan , faktor risiko , penyebab dan
faktor - faktor yang mempengaruhi penyakit diperolehi dalam kajian ini amat
penting sebagai asas dalam program kawalan dan pencegahan .

KOMPONEN - KOMPONEN PENTING DALAM EPIDEMIOLOGI


Konsep epidemiologi penyakit menerangkan sakit dan sihatnya pada individu atau
komuniti

merupakan

suatu

yang

dinamik

dimana

ianya

bergantung

kepada

keseimbangan antara agen , hos dan persekitaran . Peyakit berlaku apabila


keseimbangan antara agen , hos dan perumah terganggu dimana :
Agen merupakan samada bahan - bahan biologi , fizikal atau kimia yang boleh
akibatkan penyakit kepada individu atau komuniti . Agen terbahagi kepada 3 iaitu
agen biologi , agen kimia dan agen fizikal . Agen biologi terdiri daripada
protozoa , metazoan , bakteria , virus , fungus dan riketsia . Agen kimia terdiri
daripada pestisid , aditif makanan ubat - ubatan , kimia industri dan alergen .
Agen fizikal terdiri daripada haba , cahaya , sinaran ion , bunyi dan objek .
Perumah pula merupakan organisma samada ringkas atau kompleks termasuk
manusia yang boleh dijangkiti oleh agen tertentu dimana ia terbahagi kepada 3 ,
iaitu :
I.

Perumah primer ( definitif ) iaitu perumah dimana parasite mencapai


peringkat kematangan atan seksual .

II.

Perumah sekunder ( perantaraan ) yang merupakan perumah tempat parasit


wujud dalam peringkat lava atau peringkat aseksual .

III.

Perumah kebetulan yang merupakan perumah yang tidak mempunyai peranan


dalam penularan atau pembiakan agen infeksi .

Ciri - ciri perumah yang mempengaruhi taburan penyakit adalah umur , jantina ,
etnik , status ekonomi , status perkahwinan , penyakit lalu dan pemakanan .

Persekitaran merupakan keadaan luaran yang mempengaruhi kehidupan dan


perkembangan organisma . Ia terbahagi kepada :
i.

Fizikal seperti keadaan iklim dan geologi .

ii.

Biologi seperti pemakanan , takungan dan vektor penyakit .

iii.

Sosioekonomi seperti pekerjaan , kelas sosial dan adat resam .


Proses kejadian penyakit berjangkit berlaku hasil tindakbalas antara agen , hos
dan persikitaran yang dinamakan sebagai rantaian jangkitan . Terdapat

kategori asas agen biologi diman sifat - sifat agen yang mempengaruhi
penyakit adalah :
Keinfektifan yang merupakan kebolehan agen untuk masuk hidup dan
membiak dalam perumah .
Kepatogenan yang merupakan keupayaan organisma untuk menghasilkan
penyakit .
Kevirulenan

yang

merupakan

darjah

kepatogenan

organisma

dalam

sesuatu perumah .
Keimunogen yang merupakan kebolehan organisma meransang perumah
untuk hasilkan antibodi .
Faktor - faktor lain adalah faktor intrinsic agen seperti struktur kimia
agen , kitaran hidup , kestabilan antigen dan sebagainya .

JADUAL KATEGORI AGEN ASAS BIOLOGI

BILANGAN KATEGORI

KETERANGAN CONTOH

PENULARAN

PENYAKIT
1

PROTOZOA

HAIWAN
UNISEL

MALARIA
TRIPANOSOMIASIS

Sebahagian
besar

adalah

bawaan vektor

LEISHMANIASIS
DISENTRI AMEBIK
2

METAZOA

HAIWAN
MULTISEL

TRIKINOSIS
CACING KAIT
SKISTOSOMIASIS

Tidak

boleh

ditularkan
terus

dari

manusia
kepada
manusia .

BAKTERIA

ORGANISMA
UNISEL

TUBERKULOSIS
MENINGITIS
SALMONELOSIS
KERACUNAN
STAFILOKOKUS

VIRUS

PATOGEN
TERKECIL

CACAR
RABIES
RUBELA
TRAKOMA

Selalunya
boleh
ditularkan
dari

manusia

kepada
manusia
Selalunya
boleh
ditularkan
dari

manusia

kepada
manusia

ENSEFALITIS

FUNGUS

TUMBUHAN

HISTOPLASMOSIS

Tidak

boleh

UNISEL DAN

KOKSIDIOMIKOSIS ditularkan

MULTISEL

BLASTOMIKOSIS
TINEA

terus

dari

manusia
kepada
manusia

RIKETSIA

PARASIT

DEMAM

TIFUS Penularan

INTRASEL

BAWAAN

KUTU menyerupai

DAN SIKENIT

virus

Takungan agen merupakan habitat normal tempat agen hidup dan membiak
termasuklah manusia , haiwan dan persekitaran . Ianya terbahagi kepada ;
-

Kes atau pesakit .

Infeksi

subklinikal

iaitu

orang

yang

mendapat

infeksi

tetapi

tidak

mempunyai tanda - tanda dan gejala yang ketara .


-

Pembawa yang merupakan orang yang boleh mengeluarkan infeksi tetapi


tidak mempunyai tanda - tanda dan gejala

iaitu :

+ Pembawaan masa pengeraman


+ Pembawaan masa pulih
+ Pembawaan kronik
Pintu keluar agen dari takungan adalah terdiri daripada salur penafasan , salur
genitourinari dan salur alimentari . Kaedah penularan pula , dari satu hos yang
lain boleh berlaku samada secara langsung atau tidak langsung . Pintu masuk ke
hos baharu , agen boleh masuk ke perumah melalui salur penafasan , alimentari
dan parental . Perumahan yang rentan bergantung kepada ketahanan luar seperti
kulit , mukosa , asid gester , silia salur penafasan dan reflex batuk . Keimunan

yang merupakan ketahanan perumah hasil daripada pendedahan terhadap antigen .


Kekerapan penyakit berdasarkan orang mempunyai tiga ciri - ciri iaitu umur ,
jantina dan etnik . Umur dimana morbidity semakin meningkat mengikut umur
berdasarkan pendedahan komulatif semasa hidupnya seperti diet , tabiat merokok ,
pekerjaan dan lain - lain . Apabila umur semakin meningkat , keimunan badan
semakin menurun . Peningkatan mutasi somatik dan kelainan kromosom mengikut
peringkat umur . Begitu juga hormon , hormon mengalami perubahan pada setiap
peringkat usia . Jantina pula , lelaki dan perempuan mempunyai risiko yang
berlainan terhadap penyakit kerana faktor - faktor fizikal , hormon , pekerjaan dan
kegiatan harian . Dari segi morbiditi dan mortaliti pula , kaum wanita mempunyai
kadar morbiditi yang tinggi dan kadar mortaliti yang lebih rendah berbanding
kaum lelaki kerana perempuan mendapat jagaan perubatan yang lebih kerap
daripada peringkal awal penyakit . Penyakit pada perempuan kurang akibatnya
kematian berbanding lelaki . Etnik juga mempengaruhi kejadian sesuatu penyakit
dan ini adalah berkaitan dengan amalan , pemakanan , tempat tinggal dan
sebagainya . Lain - lain faktor yang mempengaruhi taburan penyakit adalah status
perkahwinan , pekerjaan , status ekonomi , status pemakanan , pariti dan gaya
hidup .

Taburan penyakit berdasarkan tempat terbahagi kepada :


Geografi

yang terdiri dari sempadan semulajadi ( banjaran , gunung ,

gurun dan lain - lain ) dan politik ( sempadan daerah , negeri dan
Negara )

Kawasan setempat yang biasanya dikaitkan dengan wabak bila kadar insiden
dikira mengikut keadaan setempat yang disyaki seperti kampong , sekolah
dan lain - lain lagi .
Tempat kediaman , dimana sebagai contohnya penyakit - penyakit berjangkit
seperti kolera

mudah

berlaku

di

kawasan

setinggan

kerana

masalah

kesesakkan dan kemudahan asas .


Terdapat 3 kaedah perbandingan terhadap kekerapan penyakit iaitu nisbah ,
perkadaran dan kadar . Nisbah merupakan kaedah menunjukkan hubungan antara 2
perkara dalam masa yang sama seperti :
Jumlah bekas yang mengandungi lava aedes
INDEKS BRETEAU =

X 100
Jumlah rumah yang diperiksa

Nisbah selalunya dinyata dalam bentuk x : y


Perkadaran menunjukkan hubungan sebahagian perkara daripada keseluruhannya .
Pembilang ( numerator ) merupakan sebahagian daripada penyebut ( denominato ) ,
contohnya :
Jumlah rumah yang terdapat lava aedes
INDEKS RUMAH =

X 100
Jumlah rumah yang diperiksa

Perkadaran selalunya dinyatakan dalam bentuk x / y x 100


Kadar menunjukkan kebarangkalian terjadinya sesuatu peristiwa pada populasi
penduduk berisiko , contohnya :
Jumlah kematian kanak kanak 1 4 tahun
Kadar kematian kanak kanak =

XK

Jumlah kanak kanak 1- 4 tahun pada masa masa tertentu

Kadar selalunya dinyatakan dalam bentuk x / y x K


Dimana x adalah bilangan peristiwa , y adalah jumlah populasi berisiko dan k adalah
pemalar ( 10 , 100 , 1000 , 10000 , . )
Kadar terbahagi kepada 3 jenis iaitu kadar kasar , kadar yang dipiawaikan , kadar
khusus .
Mengukur kekerapan penyakit dilakukan dengan mengukur kadar prevalens dan
insidens . Kedua - dua kadar ini boleh diukur dengan kajian kohort dimana :

Jumlah semua kes pada tempoh tertentu


KADAR PREVALENS =

XK
Populasi dalam tempoh tersebut

Jumlah kes baru


KADAR INSIDENS =

XK
Populasi berisiko

Kegunaan prevalens dan insidens adalah untuk meramalkan masa depan penyakit ,
menentukan kebarangkalian sesuatu penyakit dan membandingkan kekerapan
penyakit .

PENUTUP
Mengikut konsep epidemiologi , penyakit tidak akan wujud jika salah satu atau
lebih faktor - faktor itu dihapus atau perhubungan antara tiga faktor itu dihalang .
Secara rasional , kita tidak boleh menghapuskan manusia , sebaliknya faktor agen
boleh dihindari dari mendekati manusia dengan pencegahan jangkitan dan

persekitaran boleh diubahsuai supaya tidak menjadi tempat pembiakan patogen /


jangkitan .

RUJUKAN
EN. Amir Nurdin Bin Harun , Kolej Pembantu Perubatan Hospital Bahagia Ulu Kinta ,
Perak. n.d. Unit 7: Demografi dan Epidemiologi
Mohd. Fadzil , November 1 , 2008 Nota Tahun 2 Semester 1

http//pajiblog.blogspot.my/2008/11/pengenalan-kepada-epidemiologihtml?m=1
EN .Mohd Najib bin Kamarolzaman , Pengajar , Diploma Pembantu Perubatan (ILKKM)
Kolej Pembantu Perubatan Seremban , Julai 2014 subjek Kesihatan Komuniti, Topik :
Kaedah Epidemiologi

You might also like