Apresiasi Karya Seni Vincent Van Gogh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MUHAMMAD ZAIDIEE IQRAM BIN OSMAN

APRESIASI KARYA SENI VINCENT VAN GOGH (STARRY NIGHT)

Vincent Van Gogh


The Starry Night
1889
Oil on canvas 29 x 36/4

MUHAMMAD ZAIDIEE IQRAM BIN OSMAN

APRESIASI BERDASARKAN ASAS SENI REKA (ASR)


Starry Night yang dihasilkan oleh Van Gogh merupakan satu pencapaian yang
tinggi dalam sesebuah karya yang dilihat begitu artistik. Walaupun semasa hayatnya
Van Gogh hanya menjual sebuah lukisan, namun kerja-kerja lukisannya dikatakan
sangat hebat dan besar.Starry Night merupakan sebuah karya yang paling terkenal
didalam sebuah tamadun yang moden dan sering dijadikan untuk tujuan peniruan dan
dihasilkan semula. Van Gogh telah menghasilkan lukisan ini ketika Van Gogh berada di
Asylum Saint-Remy dalam tahun1889. Ketika umur Van Gogh masih muda, Van Gogh
mahu memberi bakti terhadap agama kristiannya dan ketika itu ramai yang
beranggapan bahawa usahanya terhadap agamnya ini telah digambarkan dalam
sebelas bintang didalam lukisannya.
Semenjak tahun 1941 karya The Starry Night ini telah menjadi koleksi tetap
kepada Muzium Seni Moden di New York City.
The Starry Night hasil karya Van Gogh ini telah dihasilkan oleh beliau ketika
menjalani proses pemulihan penyakit sawan. Catan ini telah dihasilkan berdasarkan
pemerhatian beliau pada waktu malam. Beliau melukis suasana persekitaran bandar
dan gereja tempat beliau menjalani proses tersebut..
apa yang dapat dilihat melalui catan ini ialah:
1) Suasana malam dimana langitnya dipenuhi dengan awan yang membentuk
pusaran.
2) Bintang-bintang pula berkilauan dan bulan sabit memancar cerah.
3) Bandar yang kecil. Bandar ini kelihatan begitu aman.
4) Di tengah-tengah Bandar ini terdapat sebuah gereja yang mempunyai ceracak
diatasnya iaitu merupakan tempat pemerintahan.
5) Di kawasan kaki gunung juga terdapat rimbunan semak yang kelihatan sangat
luas dan mempunyai pelbagai isi di dalamnya.

MUHAMMAD ZAIDIEE IQRAM BIN OSMAN

Objek pada sebelah kiri karya yang berbentuk pucuk pokok adalah merupakan
Pokok Cypress. Pokok ini mewakili kehidupan masyarakat Eropah pada ketika itu. Pada
masa itu, kebanyakkan Pokok Cypress ini akan ditanam di persekitaran tanah
perkuburan sebagai tanda.
Berdasarkan dari Asas Seni Reka (ASR) penggunaan garisan dalam lukisan ini
begitu menonjol terutamanya pada bahagian langit disamping titik-titik untuk
menunjukkan bintang. Garisan yang kelihatan adalah garisan melengkung, garisan
berpusar dan garisan menegak. Pengkarya telah menggunakan sapuan yang begitu
agresif untuk meluahkan perasaan yang dialaminya pada ketika itu. Pada hakikatnya
beliau ingin menunjukkan pergerakan awan namun disebabkan teknik sapuannya yang
begitu agresif, pergerakan awan begitu menonjol sekali dengan garisan yang berpusar.
Hasil daripada penggunaan garisan ini mewujudkan perasaan yang teguh dan misteri
pada audien.
Pengkarya juga bijak dalam menggunakan unsur ruang. Beliau telah melukis
objek yang besar di hadapan dan semakin mengecil kebelakang. Hal ini dapat dilihat
dari segi perspektif dimana pengkarya menggunakan satu titik lenyap di bahagian
tengah bawah lukisan bagi menimbulkan kesan yang menarik pada karya. Pokok di
hadapan kelihatan besar kerana pelukis bijak dalam mengaplikasikan ruang disamping
ingin menyampaikan mesej tentang kehidupan masyarakat Eropah pada zaman itu.
Dari segi bentuk pula, sudah terang lagi bersuluh bahawa bentuk yang terhasil
daripada penghasilan karya ini adalah bersifat dua dimensi (2D). Hal ini kerana, karya
ini hanya boleh dilihat dari hadapan dan tidak boleh dilihat dari tepi, sisi, belakang dan
atas. Jelasnya karya ini tidak mempunyai jisim dan ianya hanya bersifat 2D
Jalinan merupakan unsur yang paling menonjol dalam karya ini. Iaitu palitan
yang kasar pada awan menimbulkan perasaan yang garang dan bertenaga. Hal ini
dapat dilihat melalui palitan warna putih dan biru tua pada awan yang agak garang.
Jalinan juga terdapat pada gunung yang berada di belakang lukisan. Palitan yang kasar
menimbulkan lagi kesan yang menarik pada karya. Beliau telah mengaplikasikan palitan
warna yang kasar dengan garang dan bertenaga hampir di seluruh lukisan. Tujuannya
adalah bagi menimbulkan kesan yang menarik pada lukisan dan menarik minat audien.

MUHAMMAD ZAIDIEE IQRAM BIN OSMAN

Dari segi penggunaan warna pula, warna yang asli serta bertindih digunakan.
Pengkarya menggunakan warna yang pekat bagi mewujudkan kesan tekstur pada
permukaan kanvas. Warna yang begitu ketara adalah warna biru. Terdapat penggunaan
biru gelap dan biru cerah pada bahagian langit untuk mewujudkan suasana malam dan
menimbulkan kesan perasaan yang murung, sedih, dan misteri kepada audien.
Manakala warna kuning dan oren digunakan untuk bintang dan bulan untuk
menampakkan cahaya yang memancar pada waktu malam.
Dari segi imbangan Van Gogh telah mengaplikasikan imbangan tidak simetri
pada karya tersebut. Jika kita lihat dari sudut hadapan, jelas terlihat bahawa karya ini
lebih berat pada sebelah kiri kerana objek pokok kelihatan lebih besar dan
menghasilkan karya tersebut berat ke sebelah kiri. Kesan imbangan tidak simetri ini
menghasilkan perasaan yang menarik dan audien tidak cepat bosan ketika mengamati
karya ini
Prinsip pergerakan jelas terlihat pada awan yang berpusar. Awan yang dihasilkan
kelihatan bergerak bertiup dari arah sebelah kiri ke kanan lukisan. Pengkarya bijak
dalam mengaplikasikan palitan yang kasar dengan sempurna secara beralun bagi
menimbulkan pergerakan pada awan. Awan tersebut seolah-olah ditiup oleh angin yang
kencang sehingga menimbulkan corak yang sedemikian. Pelukis bijak dalam
menimbulkan prinsip pergerakan melalui pergerakan awan.
Karya ini juga terdapat unsur penegasan yang ingin di tonjolkan. Penegasan
pada karya ini adalah objek bulan pada sebelah kanan karya. Van Gogh menggunakan
warna yang cerah bagi menimbulkan kesan yang menarik pada anak bulan agar dapat
menarik minat audien ketika melihat karya. Tujuan penegasan adalah untuk
menghilangkan rasa bosan pada audien semasa melihat karya.
Kesimpulannya, pelukis bijak dalam menghasilkan karya dan berkemahiran
dalam menyusun letak objek bagi menghasilkan karya yang menarik. Selain itu, pelukis
juga mahir dalam penggunaan palitan warna bagi menimbulkan kesan yang menarik
pada karya dan mengelakkan dari rasa bosan ketika audien sedang melihat karya
tersebut.

MUHAMMAD ZAIDIEE IQRAM BIN OSMAN

You might also like