Doa Majlis Perhimpunan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

Ya Allah, Ya Karim,
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran
di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu
yang sentiasa bersyukur akan nikmatmu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba
ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai
hambaMu yang engkau redhai, Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan
kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati
kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan
minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami
mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat
martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

You might also like