Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PENGENALAN.

Atur rumus merupakan suatu konsep dan pendekatan yang diasaskan oleh Noam
Chomsky. Teori atur rumus ialah teori terawal dalam fonologi generatif atau fonologi linear
dan menggunakan fitur metrik dalam menganalisis sesuatu nahu bahasa. Fonologi generatif
pula adalah sebahagian daripada teori transformasi generatif. Ianya dipopularkan pada tahun
1968 oleh Chomsky dan Halle melalui karya The Sound Pattern of English (SPE). Dalam
fonologi generatif, ia menganggap struktur bunyi sebagai satu sistem rumus yang
mencerminkan kecekapan fonologi penutur natif yang ideal. Tujuan fonologi generatif ialah
menformalisasikan kecekapan fonologi intrinsik seseorang penutur sebagai satu sistem rumus
yang bertanggungjawab melahirkan representasi fonetik daripada struktur permukaan
sintaksis.
Berdasarkan kepada penerangan ringkas tentang atur rumus, esei ini akan cuba
menghurai dan menjelaskan kepelbagaian proses fonologi dalam dialek dalam bahasa Melayu
dengan meninjau kepelbagaian yang wujud berdasarkan pendekatan autur rumus ini:
A

B C___ D

Rumus asas di atas menjelaskan bahawa (A) berubah menjadi (B) apabila berada pada
lingkungan (C) dan (D). (A) ialah bentuk dalaman manakala simbol (

) melambangkan

proses fonologi. Sementara itu, (B) pula ialah bentuk luaran. Lambang ( / ) memisahkan
antara proses dan syarat lingkungan. Kontek (C) sebagai mendahului dan (D) sebagai
mengikuti dan lambang (

) ialah tempat di mana proses itu berlaku.

Bagi kajian ini, kami telah memilih dialek Kelantan. Dialek Kelantan ialah salah satu
daripada dialek-dialek bahasa Melayu. Ia dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari
Kelantan dan menduduki negeri Kelantan. Dialek Kelantan bukan sahaja dituturkan di negeri
Kelantan tetapi merentasi sempadan politik dan dituturkan juga oleh penduduk-penduduk di
tempat-tempat lain seperti penduduk-penduduk yang mendiami daerah-daerah sempadan
Kelantan/Terengganu, Kelantan/Pahang, Kelantan/Perak, dan juga beberapa daerah dalam
Wilayah Thai Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala dan Patani (Abdul Hamid
Mahmood, 2006). Dialek Kelantan agak unik jika dibandingkan dengan dialek-dialek lain di
Malaysia terutamanya dari segi sebutan, kosa kata dan makna.

Di Kelantan terdapat beberapa subdialek dan subdialek Kota Bharu dianggap sebagai
subdialek yang standard. Dengan kata lain, subdialek inilah yang digunakan oleh orangorang golongan atasan di Kelantan dalam pertuturan mereka jika mereka tidak menggunakan
bahasa standard, bahkan dalam pertuturan seharian pun. Subdialek ini dituturkan di daerah
Kota Bharu dan berpusat di bandar Kota Bharu sendiri. Dalam dialek Melayu Kelantan
terdapat beberapa proses fonologi yang berlaku iaitu proses perubahan fonem dan fitur iaitu
yang melibatkan tiga proses pula di dalamnya iaitu proses perendahan vokal, penasalan dan
penglotisan. Proses kedua pula ialah proses pengguguran dan yang ketiga ialah proses
penyisipan fonem.

PENDEKATAN ANALISIS ATUR RUMUS.


Teori fonologi generatif merupakan teori terawal yang diasakan oleh Chomsky. Teori
ini membincangkan mengenai analisis bagi nahu sesuatu bahasa. Dalam teori fonologi
generatif ini, terdapat beberapa proses fonologi yang harus diketahui bagi menghuraikan cara
mengenai sesuatu perkataan diungkapkan dalam bahasa. Proses proses fonologi yang
terdapat dalam teori ini boleh dihuraikan dengan menggunakan representasi secara
transformasi generatif dengan formula atur rumus seperti berikut :

B C___ D

Berdasarkan rumus diatas, rumus ini besifat notasi yang menjelaskan mengenai
sesuatu proses fonologi yang berlaku dalam bahasa. (A) dalam rumus diatas merujuk kepada
input atau struktur fonemik dan (B) pula merujuk kepada output atau struktur fonetik dalam
conteks (C) sebagai mendahului dan (D) sebagai mengikutinya.

PROSES FONOLOGI DALAM DIALEK KELANTAN.

1) PERUBAHAN FONEM DAN FITUR.


Dalam proses perubahan fonem dan fitur, terdapat beberapa proses yang terangkum di
dalam proses tersebut. Antara prosesnya adalah seperti proses penasalan vokal, pengglotisan
dan perendahan vokal.
2

PROSES PENASALAN VOKAL REGRASIF.


Jika dilihat dalam dialek Kelantan, terdapat juga proses penasalan vokal ini. Walau
bagaimanapun, proses penasalan dalam dialek Kelantan ini, adalah secara regresif atau secara
ke belakang yang dikenali sebagai penasalan vokal regresif. Selain itu, secara umumnya,
dalam dialek Kelantan dan dialek dialek negeri yang lain tidak hanya mengalami satu
proses sahaja, tetapi mengalami beberapa proses lain dalam proses tersebut. Sebagai contoh,
bagi melihat proses penasalan vokal dalam dialek Kelantan, lihat pada beberapa perkataan
dalam dialek Kelantan :
[cium]
[cermin]

/ciuy /.

[tolong]

/toloo/

/cmi/

[kurung]

/kuoo/

Contoh proses atur rumus bagi perkataan [cium] / ciyuu / :


Dalam dialek Kelantan, jika vokal /i,u,o/ hadir dalam suku kata tertutup sebelum
konsonan nasal, vokal vokal tersebut akan menjadi nasal kerana mendapat fitur [+nasal]
daripada konsonan nasal didepannya. Penyebaran fitur ini berlaku secara ke belakang yang
dikenali sebagai vokal regresif . Sebelum itu, perkataan [cium] dalam dialek Kelantan harus
mengalami proses penyisipan geluncuran terlebih dahulu. Rumus bagi proses penyisipan
geluncuran adalah seperti berikut :

+tinggi

Berdasarkan rumus diatas, penyisipan berlaku apabila vokal pertama dalam urutan
vokal itu terdiri daripada vokal tinggi /i/ dan /u/. Hal ini berlaku hanya dalam kata dasar dan
kata dasar + akhiran /an/ dan /i/. Maka, perkataan [cium] tersebut akan menjadi seperti
dibawah :

= /cium /

/y/

/u/ ___ #
ciyum /

Berdasarkan perkataan / cium / diatas, penyisipan geluncuran /y/ akan disisipkan


antara vokal /u/ dan konsonan nasal /m / dalam dialek Kelantan. Seterusnya, perkataan [cium]
tadi akan mengalami pula proses penasalan vokal regresif. Rumus bagi proses tersebut adalah
seperti berikut :
V

[-nasal]

[+nasal]

/u/

/uo /

_____ K #

_____ K

Berdasarkan perkataan /cium/ diatas, vokal tinggi /u/ menerima fitur nasal daripada
konsonan /m/ yang hadir disebelahnya. Maka ciri fitur konsonan nasal akan disebarkan
kepada vokal /u/ dalam perkataan /ciyum/ tersebut. Ini akan menyebabkan vokal /u/ menjadi
nasal. Hal ini kerana, penyebaran fitur nasal ini berlaku secara ke belakang yang dikenali
sebagai penasalan vokal regresif. Manakala proses terakhir bagi perkataan /ciyum/ adalah
proses pelemahan konsonan /m/ yang berada di akhir kata. Rumus bagi pelemahan konsonan
adalah seperti :
/m/

/ /

/u/ ____ #

Berdasarkan rumus diatas, konsonan /m/ yang berada di akhir kata telah menjadi
pelemahan. Hal ini kerana, konsonan nasal di akhir kata akan berubah menjadi velar nasal //
dan proses ini dikenali sebagai pemvelarisasian konsonan dan konsonan velar di akhir kata
akan mengalami pelemahan.

PROSES PENASALAN VOKAL PROGRESIF.


Proses penasalan vokal merupakan salah satu daripada proses perubahan fonem dan
fitur dalam proses proses fonologi. Dalam proses penasalan vokal ini, huruf vokal akan
menjadi nasal apabila huruf vokal tersebut menerima fitur nasal daripada jirannya. Dalam
Bahasa Melayu, penasalan vokal ini berlaku apabila huruf vokal mendahului konsonan nasal
dan proses ini hanya berlaku secara progresif sahaja iaitu huruf vokal menjadi nasal kerana
menerima fitur nasal daripada sebelah kiri atau belakang. Rumus bagi proses penasalan vokal
ini adalah seperti berikut :
[ + silabik ]

[ + nasal ]

[ + nasal ] _____ #
4

Rumus diatas menunjukkan bahawa vokal telah menjadi nasal kerana telah menerima
fitur nasal daripada konsonan yang mendahuluinya. Antara contoh perkataan dalam dialek
Kelantan yang mengalami proses penasalan vokal progresif adalah seperti berikut :
[sama]

/saomoo/

[merah]

/meoroh/

[guna]

/gunoo/

[taman]

/taom/

Bagi melihat proses penasalan vokal progresif, lihat pada perkataan [merah] /meoroh/.
Perkataan [merah] dalam dialek Kelantan telah menjadi /meoroh/. Hal ini kerana, telah berlaku
proses penaikan vokal iaitu vokal rendah /a/ telah menjadi vokal separuh tinggi /o/ dalam
perkataan [merah] tersebut. Rumus bagi penaikan vokal tersebut adalah seperti dibawah :

[+rendah]

_____ K #

[+separuh tinggi]

/a/

/o/

______ k #
______ k #

Berdasarkan rumus diatas, vokal rendah /a/ telah menjadi vokal separuh tinggi /o/
bagi perkataan [merah] /meoroh/ dalam dialek Kelantan. Proses ini berlaku kerana, huruf vokal
rendah /a/ yang berada di akhir kata dalam dialek Kelantan harus berubah menjadi vokal
separuh rendah /o/. Seterusnya, perkataan /meroh/ berlaku pula proses penasalan vokal
progresif. Rumusnya adalah seperti berikut :

[ + silabik ]
/m/
[meroh]

[ + nasal ]
/eo /

[ + nasal ] _____ #
[ +nasal ] _____#

/meoroh /

Berdasarkan rumus diatas, vokal /e / telah menjadi nasal kerana konsonan nasal /m/
telah menyebarkan fitur [+nasal] kepada nodus lelangit lembut [-nasal] yang dimiliki oleh
vokal jirannya yang berada disebelah kanan iaitu vokal /e/. Proses penasalan yang berlaku
dalam perkataan /meoroh/ adalah berlaku secara pendepanan ataupun secara progresif.
5

PROSES PENGGLOTISAN.
Proses pengglotisan ialah proses sesuatu fonem berubah menjadi hentian glotis //.
Dalam Bahasa Melayu, konsonan velar /k/ dan /g/ yang berada di kedudukan koda atau di
akhir kata dalam suatu kata akan dioutput sebagai konsonan hentian glotis. Rumus bagi
proses pengglotisan adalah seperti berikut :

Ko
_______

Dalam dialek Kelantan, terdapat beberapa perkataan yang mengalami proses


pengglotisan. Antara contoh perkataan ialah :
[pakat]

/ pa.ka/

[kapak]

/ka.po/

[laksa]

/la.so/

[tempa]

/tepa/

Bagi melihat proses pengglotisan, lihat pada salah satu perkataan dalam dialek
Kelantan ini iaitu perkataan [kapak] /ka.po/. Dalam perkataan /ka.po/ bagi dialek Kelantan
telah harus mengalami dua proses fonologi iaitu proses penaikan vokal dan proses
pengglotisan. Proses penaikan berlaku apabila vokal rendah /a/ berubah menjadi vokal
separuh tinggi /o/ bagi perkataan [kapak] tersebut. Rumusnya adalah :

V
[+rendah]
/a/

v
[+separuh tinggi]
/o/

_____ K #
______ k #
______ k #

Berdasarkan rumus diatas, vokal rendah /a/ telah mengalami proses penaikan vokal
kepada vokal separuh tinggi /o/ dalam perkataan [kapak]. Maka perkataan tersebut haruslah

disebut seperti /ka.pok/. Proses ini berlaku kerana, huruf vokal rendah /a/ yang berada di
akhir kata dalam dialek Kelantan harus berubah menjadi vokal separuh tinggi /o/.
Proses kedua, adalah proses pengglotisan. Rumus bagi proses ini adalah :
k

Ko
_______

/ ka.pok /

/ ka.po /

Dalam dialek Kelantan, kehadiran hentian glotis dalam kata dapat dilihat melalui
proses pengglotisan. Proses pengglotian ini berlaku apabila konsonan /k/ yang menduduki
posisi koda atau akhir kata berubah menjadi konsonan hentian glotis. Maka, kehadiran
perkataan /ka.pok/ dalam dialek Kelantan harus seperti /ka.po/. Proses ini berlaku kerana,
konsonan /k/ yang berada pada posisi koda atau di akhir kata harus mengalami proses hentian
glotis.
PERENDAHAN VOKAL.
Dalam dialek Kelantan, tidak berlaku proses penengah vokal tetapi sebaliknya berlaku
proses perendahan vokal. Proses perendahan vokal merupakan proses vokal tinggi menjadi
vokal rendah bagi sesetengah perkataan dalam dialek Kelantan. Rumus bagi perendahan
vokal adalah :
V

[ -tinggi ]

______ K #

[ +tinggi ]
Dalam dialek Kelantan, antara perkataan yang mengalami perendahan vokal adalah
seperti berikut :

[suluh]

/suloh/

[basuh]

/basoh/

[masuk]

/maso/

[batuk]

/bato/

Bagi melihat proses perendahan vokal, ambil contoh dari perkataan [suluh]
/suloh/. Bagi perkataan ini, hanya mengalami satu proses sahaja iaitu proses perendahan
sahaja. Rumus bagi rumus proses ini adalah :

[ -tinggi ]

______ K #

[ +tinggi ]
/u/

/o/

______ K #

Berdasarkan rumus diatas, menunjukkan proses perendahan vokal dari vokal tinggi /u/
ke vokal rendah /o/ bagi perkataan [suluh] dalam dialek Kelantan. Hal ini berlaku kerana,
vokal tinggi /i/ dan /u/ akan mengalami perendahan vokal kepada vokal rendah /e/ dan /o/
apabila vokal tinggi tersebut berada pada suku kata akhir bagi suku kata tertutup. Maka,
perkataan [suluh] tersebut haruslah disebut sebagai /suloh/ dalam dialek Kelantan.
Selain itu, jika kita lihat pada contoh lain seperti perkataan [batuk], perkataan ini
mengalami dua proses fonologi selain daripada proses perendahan vokal iaitu pertama
mengalami proses perendahan vokal dan kedua proses pengglotisan. Bagi proses perendahan
vokal bagi perkataan [batuk], prosesnya adalah sama seperti proses perendahan bagi
perkataan /suloh/ diatas. Manakala bagi proses pengglotisan, konsonan /k/ di akhir kata harus
berubah menjadi hentian glotis //. Rumus bagi pengglotisan adalah :
k
g

Ko
_______

Dalam dialek Kelantan, kehadiran hentian glotis dalam kata dapat dilihat melalui
proses pengglotisan. Proses pengglotian ini berlaku apabila konsonan /k/ yang menduduki
posisi koda atau akhir kata berubah menjadi konsonan hentian glotis. Maka, kehadiran
perkataan [batuk] dalam dialek Kelantan harus seperti /batok/. Proses ini berlaku kerana,
konsonan /k/ yang berada pada posisi koda atau di akhir kata harus mengalami proses hentian
glotis.

2) PROSES PENGGUGURAN.
Pengguguran ialah proses yang menghilangkan atau mengugurkan sesuatu segmen
sama ada konsonan ataupun vokal. Sekiranya peguguran itu melibatkan konsonan, maka
proses tersebut dinamakan pengguguran konsonan, dan sekiranya bunyi vokal yang terlibat,
maka proses yang berlaku itu dinamakan pengguguran vokal. Pengguguran konsonan berlaku
8

apabila satu suku kata yang berakhir dengan konsonan (KVK,VK) bertemu dengan suku kata
yang bermula dengan (KV,KVK), maka terbentuklah rangkap konsonan (KVKK, VKKV).
Dalam bahasa Melayu, konsonan /r/ pada akhir kata (morfem bebas), /r/pada akhir morfem
terikat (awalan) + morfem bebas (kata dasar) berawalan konsonan, /r/ pada akhir morfem
bebas (kata dasar) + morfem terikat (akhiran) berawalan konsonan, dalam penggandaan dan
ayat akan digugurkan. Dalam bahagian ini kami akan membincangkan mengenai rumus yang
meliputi proses pengguguran dialek ini iaitu dialek Kelantan. Pengguguran ditandai
dengan // iaitu simbol kosong yang dipalangkan. Penggalan yang mengalami pengguguran
hadir pada sebelah kiri anak panah, dan // pada sebelah kanan.
Contoh rumus dalam bahasa Melayu pengguguran /r/ di akhir kata seperti dalam
perkataan /tukar/ menjadi [tuka]. Rumusnya adalah seperti berikut:r

V _______#

Ko

Contoh perkataan lain dalam dialek Kelantan ialah /pisau/ menjadi [pisa] dan /bakar/
menjadi [baka]. Keadaan ini terjadi kerana vokal u dalam perkataan /pisau/ dan konsonan r
dalam perkataan /bakar/ telah digugurkan oleh penutur-penutur dialek Kelantan. Selain itu,
perkataan seperti /besar/ menjadi [bsa] yang merupakan pengguguran konsonan r pada
akhir kata juga telah digugurkan oleh penutur-penutur yang menggunakan dialek Kelantan.
Contoh rumus yang lain ialah:/b a k a r/

[baka]

#ba kar#

# b a k a_#

C AD

C D

Hal ini turut sama berlaku dengan vokal /a/ yang dalam bahasa Melayu standard
diikuti oleh konsonan /l/ dan /r/ pada akhir kata. Cuma dalam dialek Kelantan , l dan r
dihilangkan (Asmah Hj Omar 2008:319), misalnya :
9

Dialek Kelantan

Bahasa Standard

/maha/

mahal

/teba/

tebal

/meka/

mekar

/mawa/

mawa

/hal/

hal

3) PROSES PENYISIPAN
Penyisipan bermaksud satu proses fonologi yang memasukkan atau menyelitkan
segmen tertentu ke dalam bentuk dasar. Proses ini bertujuan untuk menghapuskan kehadiran
segmen yang berangkap dan ia melibatkan penyisipan konsonan dan penyisipan vokal.
Penyisipan konsonan berlaku untuk memisahkan rangkap vokal. Rangkap vokal terhasil
apabila imbuhan yang berakhir dengan vokal bertemu dengan kata dasar yang bermula
dengan vokal bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan vokal. Penyisipan vokal pula
berlaku untuk memisahkan rangkap konsonan. Kehadiran segmen vokal di antara konsonan
tersebut menjadikan bentuk suku kata lebih mudah dan menjadi pilihan umum iaitu
berstruktur KV. Dalam dialek Kelantan, terdapat proses penyisipan geluncuran /w/ dan /y/
yang mana berlaku dalam urutan vokal apabila vokal pertama dalam urutan vokal itu terdiri
daripada vokal tinggi /i/ dan /u/. Hal ini berlaku dalam kata dasar. Contohnya ialah /buah/
[buwoh], /kuwoh/ [kuwoh], /diam/ [diye], /liat/ [liyat]. Contoh berikut merupakan contoh
penyisipan geluncuran /w/ dan /y/.
Penyisipan geluncuran /w/
a) /kuah/

[ku.woh]

b ) /buah/

[bu.woh]

Penyisipan geluncuran /y/


a) /liat/
[li.yat]
b) /diam/
Contoh rumus penyisipan geluncuran adalah seperti berikut:

[di.y ]

_________________V
10

+ tinggi
rendah
belakang

Dalam perkataan /diam/ [diy] contohnya, selain daripada proses penyisipan berlaku
juga proses pelemahan vokal yang akhirnya menggantikan kesemuanya itu dengan
penyengauan yang merupakan artikulasi tambahan pada vokal tersebut dan vokal tersebut
mengalami perubahan pada bunyinya menjadi / /.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, tujuan kajian ini dibuat adalah untuk menyerlahkan prosesproses fonologi yang terdapat dalam bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan atur
rumus. Selain itu, kajian ini menunjukkan proses-proses fonologi yang melibatkan dialek
Kelantan di samping memaparkan distribusi fonem vokal dan konsonannya. Pada hakikatnya,
huraian kajian terdahulu lebih terarah menyamakan proses fonologi dialek Kelantan dengan
bahasa Melayu standard.. Bagaimanapun, dapatan kajian ini membuktikan bahawa dialek
Kelantan tetap mempunyai ciri-ciri tersendiri yang unik dalam kes-kes tertentu misalnya
reduplikasi konsonan sebagai pengganti proses pengguguran dan proses penyisipan. Pengkaji
berpendapat hasil kajian ini sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa dialek Kelantan
memiliki ciri-ciri tertentu yang khusus membezakannya dengan variasi dialek-dialek lain
yang terdapat di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

11

Abdul Hamid Mahmood (2006). Sintaksis dialek Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP).

12

You might also like