Tan Sri P. Ramlee

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Tan Sri Datuk Amar Dr.

P. Ramlee

P. Ramlee dalam filem Madu


Tiga (1964)
Kelahiran Teuku Zakaria bin
Teuku Nyak Puteh
22 Mac 1929
40A, Counter Hall
Road,
Pulau
Pinang, Negerinegeri Selat (kini
Malaysia)
Meningga 29
l dunia
Mei 1973 (umur 44)
Hospital Kuala
Lumpur
Sebab ke
matian

Serangan jantung

Tempat
mayat
dijumpai

No. 22, Jalan


Dedap, Taman P.
Ramlee, Setapak,
Kuala Lumpur

Perkubur Pusara Islam Jalan


an
Ampang, Kuala
Lumpur
Tugu
Pustaka Peringatan
peringata P. Ramlee
n
Tempat
tinggal

No. 22, Jalan


Dedap, Taman P.
Ramlee, Setapak,
Kuala Lumpur

Warganeg
ara

Malaysia

Nama lain Ramli Puteh


Etnik

Melayu Aceh

Pendidika

Sekolah
Melayu Kampung
Jawa

Francis Light
English
School(1939-1941)

Japanese Navy

School (Kaigun
Gakko)

Penang Free
School (1945-1947)
Pekerjaan Penyanyi, pelakon,
pengarah
filem, pemuzik &pe
nulis lagu
Tahun akt 1945[nota 1] - 1973
if
Majikan
Malay Film
Productions
Merdeka Film
Productions
Organisas

Gelanggang
i
Film (1958)

Sazara Film
(1970)
PERFIMA (1970
)

Rumpun
Melayu Film (1973)
Terkenal k Siri filem Bujang
erana
Lapok
Antara Dua Darjat
Siri filem Labu dan
Labi
Tiga Abdul

Agama
Pasangan

Anak

Junaidah
Daeng Harris(19501954)

Noorizan Mohd
Noor (1955-1961)

Saloma (19611973)

Mohamad
Nasir (1953)

Ibu bapa

Panggilan Pulau
Madu Tiga
Hang Tuah
Islam

Arfan (1954)
Teuku Nyak
Puteh bin Teuku
Karim

Che Mah
Hussein
Saudara
Syeikh Ali (abang
seibu)
Panggilan Remy
Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee (dilahirkan
sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac

1929 - 29 Mei 1973) merupakan


seorangpenyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penuli
s lagu yang berasal dariPulau Pinang, Malaysia. Beliau
juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana
jasanya yang amat besar dalam industri hiburan
terutamanya di rantauAsia Tenggara. Beliau pernah
mendapat pengiktirafan antarabangsa sepertiBest Male
Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most
Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau
berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66
buah filem sepanjang hayatnya.
Isi kandungan

1 Latar belakang

2 Pendidikan

3 Permulaan kerjaya seni

4 Kejayaan dalam bidang lakonan

5 Keluarga

5.1Perkahwinan

5.2Anak-anak
6 Penghargaan selepas pemergian dan kematian

Latar Belakang

Beliau telah dilahirkan pada 22 Mac 1929, iaitu selepas


khutbah selesai pada pagi Hari Raya Aidilfitri di Pulau
Pinang.[2] Beliau adalah anak kepada pasangan Teuku
Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah
Hussein (1904 - 1967).Sebelum Che Mah melahirkannya,
Che Mah telah mengadu sakit perut pada sebelah
paginya. Tetapi, bapanya harus menunaikan sembahyang
raya. Mujurlah ibu Che Mah tinggal bersama-sama
dengannya. Ibu Che Mah telah memanggil bidan dan
orang ramai mula berkumpul di rumah mereka. Selepas
pulang daripada menunaikan solat, Teuku Nyak Puteh
mendapati anaknya telah selamat dilahirkan. Ibu Che
Mah telah memanggil cucunya dengan panggilan
"Ramlee" kerana kesukaran memanggil nama "Teuku
Zakaria".
Teuku Nyak Puteh merupakan anak tunggal yang berasal
dari Lhokseumawe,Acheh. Bapanya mengembara untuk
menjadi pelayar kerana merajuk kepada salah seorang
ahli keluarganya. Akhirnya, beliau berkenalan dengan
seorang janda bernama Che Mah Hussein. Perkenalan ini
telah menyebabkannya berkahwin dengan Che Mah pada
tahun 1925 di Kampung Kubang Buaya,Butterworth. P.
Ramlee mempunyai seorang adik-beradik tiri melalui
perkahwinan pertama ibunya, iaitu Syeikh Ali. Ibunya
meninggal akibat penyakit barah gusi, ketika P. Ramlee
dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang.

Pendidikan
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu
Kampung Jawa danFrancis Light English School.
Seterusnya, beliau menyambung pelajaran diPenang Free
School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Ketika
beliau masih bersekolah di Penang Free School, beliau

dikenali sebagai pelajar yang kemas dari segi tulisan dan


mempunyai bahasa yang menarik. Pada waktu tengah
hari, beliau mempelajari pendidikan Islam dan pada
sebelah malamnya, beliau aktif bersukan. Guru beliau,
Encik Hashim adalah bapa kepada Ahmad Daud. Setiap
hari, beliau akan disuruh oleh Encik Hashim untuk
menghantar buku-buku pelajar ke rumahnya. Sebelum
pulang ke rumah, beliau seringkali dipelawa untuk makan
di rumah Encik Hashim.Ketika zaman pendudukan tentera
Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Japanese Navy
School (Kaigun Gakko) sebelum kembali ke Penang Free
School apabila perang tamat.

Permulaan Kerjaya Seni


Beliau mula meminati bidang muzik apabila melihat
rakan-rakannya bermain muzik di kampungnya. Beliau
mula mengumpul duit hasil upahan orang dalam usaha
untuk membeli sebuah biola. Ketika beliau bersekolah di
Japanese Navy School, beliau pernah menjadi ketua
dalam satu batalion seramai 150 orang. Apabila
pertunjukan pentas diadakan pada setiap malam minggu,
beliau seringkali diundang untuk menyanyi beberapa
buah lagu. Sistem pendidikan Jepun telah menyebabkan
beliau menguasai bahasa Jepun dalam masa yang
singkat. Pihak Jepun telah menghantarnya ke merata-rata
tempat untuk mengasah kemahirannya.
Selepas selesai menunaikan solat pada waktu malam,
beliau berlatih bermain muzik bersama
pancaragam Sinaran Bintang Sore. Seterusnya, beliau
menyertai Orkes Teruna Sekampung sebagai pemain
biola, penyanyi, dan pencipta lagu. Encik Kamaruddin
telah menyedari bakatnya dan menawarkan kelas
bermain piano di rumahnya. Oleh kerana beliau tidak

dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika sesi


pengajaran, Normah iaitu anak Encik Kamaruddin telah
membawa secawan kopi sebagai galakan.
Beliau mula mencuba nasib dengan menyertai sebuah
pertandingan nyanyian anjuran Radio Malaya bahagian
utara. Pada tahun 1945, beliau memperoleh tempat
ketiga manakala tahun seterusnya, beliau disenaraikan
dalam tempat ketiga. Pada tahun 1947, beliau berjaya
mendapat tempat pertama sebagai Bintang Penyanyi
Utama Malaya. Sejak dari itu, namanya dan Orkes Teruna
Sekampung dikenali ramai di kawasan utara. Kumpulan
Rayuan Asmara yang terdiri daripada pelakon-pelakon
pentas bangsawan telah mengadakan pertunjukan di
Pulau Pinang. Pada ketika itu, beliau berhasrat untuk
melihat persembahan tersebut walaupun tidak
mempunyai wang. Hasil pendapatan beliau yang
diperoleh daripada majlis keramaian dan pertunjukan
pentas telah dibelanjakan untuk membeli pakaian. Pernah
suatu ketika, beliau terpaksa memakai baju koyak dan
menutupnya dengan sehelai kot di sebelah luarnya.
Akhirnya, beliau memberanikan diri dengan memanjat
pagar untuk melihat persembahan oleh kumpulan Rayuan
Asmara.Kasma Booty menjadi penyanyi dalam kumpulan
tersebut dan belum dikenali sebagai pelakon
filem. Ahmad C.B. telah berjumpa dengan ketua Orkes
Teruna Sekampung dan mencadangkan mereka
bergabung dengan kumpulan Rayuan Asmara. Pada suatu
pertunjukan hasil gabungan kedua-dua kumpulan, P.
Ramlee telah berjumpa dengan Kasma Booty buat kali
pertama. P. Ramlee juga mula berkenalan dengan pemain
saksofon, Jaafar yang merupakan bapa tiri Kasma Booty.
Untuk suatu ketika, beliau tidak lagi berjumpa dengan

Kasmy Booty kerana kumpulan Rayuan Asmara sentiasa


berpindah dalam mengadakan pertunjukan.

Kerjaya dalam bidang lakonan


Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah
filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau
memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar.
Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya
berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948
hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru beliau
dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L.
Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu
sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan
beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi
daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan
iaituMGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan
beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972
manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di
Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau
menghembuskan nafas terakhirnya.

Keluarga
Perkahwinan

P. Ramlee & Saloma


P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau
berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950
tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada
tahun 1954. Perkahwinan kedua beliau adalah
dengan Noorizan Mohd. Noor pada 6 Februari 1955 yang
merupakan seorang kerabat diraja bagi negeri Perak yang
sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi
cintanya itu. Walaubagaimanapun, Norizan
mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan
mereka tetapi beliau lebih menumpukan hidupnya
kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan
mereka berakhir pada tahun 1961. Kali terakhir adalah
dengan Saloma pada 21 November 1961 dalam satu
majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan
terdekatnya.
Wanita yang mencintai beliau mempunyai sebab-sebab
yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah,
menyintainya ketika masih belum terkenal. Seterusnya,
Norizan pula mencintainya sebagai seorang seniman dan

pembikin filem yang terkenal. Walaubagaimanapun,


Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai
seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa.
Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman
hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.
Anak-anak
P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan
tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak
kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah.
Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja
seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya
lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul)
dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali
yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak
Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah
dijaga beliau:
1.Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (19532008)
2.Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
3.Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4.Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5.Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6.Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7.Betty : Anak angkat
8.Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9.Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)

10.

Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

Penghargaan selepas pemergian

P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku


Negara(A.M.N.) daripada Tuanku Syed Putra ibni
Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Yang di-Pertuan
Agong Ke-3)
P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa
yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun
akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala
Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bagi
mengenang jasa dan sumbangannya, beliau telah
dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia
Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.
Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan
Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai
Pustaka Peringatan P Ramlee pada tahun 1986. Manakala
di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut
diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee
(dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga

ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P. Ramlee. Beliau


turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam
bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang
membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi
penghormatan oleh Pemerintah Negeri Sarawak dengan
penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang
Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang
Kenyalang (Posthumous) (DA (P)) pada 2009. Anugerah
tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau
iaitu Dian P. Ramlee.
Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia
iaitu pada tahun 2007, beliau telah terpilih sebagai 10
calon terakhir bagi program Anak Gemilang
Malaysia yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak
memberi sumbangan kepada negara dan kejayaan dalam
menaikkan nama negara di mata dunia.
Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah
dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal
dengan tajuk P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta dan
Inspirasi.

You might also like