GSB Assignment

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

TUGASAN PROJEK
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
GSB (1012)
Nama

PATRICK LAU YEO PENG

No. K/P

970903-13-6193

Program

PPISMP

Ambilan/Unit

JUN 2015/ R8

No. Matrik

29849

Nama Pensyarah :

Encik Mokhtar Rais

Pengakuan Pelajar

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

Nama Penulis

PATRICK LAU YEO PENG

No Kad Pengenalan :
Tarikh

970903-13-6193
:

28 OGOS 2015

ISI KANDUNGAN

Bil
i
1.0
2.0

Kandungan
Penghargaan

Pengenalan
Soalan 1
2.1 Definisi Budi Bahasa
2.2 Perbezaan Amalan Kesantunan

2.1.1 Perkahwinan Masyarakat Melayu


3.0

Muka Surat

Soalan 2
Masalah Budi Bahasa Dan Kesantunan
3.1 Langkah-langkah Mengatasi

6-7
7
8
9
10-11

4.0
5.0
6.0
7.0
8.0

Soalan 3
Pohon Rajah
Gelaran Bagi Setiap Generasi
Kesimpulan
Refleksi
Rujukan

12
13-14
15

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Encik Mokhtar
Rais atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan semasa menyempurnakan
kerja kursus ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh
pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna
dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang
menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.
Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan
lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu Kesatunan Masyarakat Malaysia.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah
kami iaitu, Encik Mokhtar Rais kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada
kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, kami juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi
sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini.
Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini denganjayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua
pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana
tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

1.0 Pengenalan
Dalam masyarakat Melayu, unsur kesantuan semasa berkomunikasi amat
dipentingkan. Budaya dan agama Islam merupakan antara pengaruh yang menjadikan
masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang mementingkan nilai kesantunan bahasa.
Definisi bagi kesantunan bahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan
bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
Selain itu, kesantunan termaktub dalam ciri kemanusian yang mementingkan
ketinggian moral, jati diri dan pembentukan akhlak. Terdapat banyak ragam mengikut
konteks

negara,

bangsa,

falsafah

dan

agama

membentuk

pelaksanaan

yang

mencerminkan pemikiran dan praktis budaya tinggi. Konsep bagi kesantunan bahasa ialah
cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan serta
timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita.
Contohnya, bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa
mengecilkan hatinya.
Di samping itu, takrifan lain tentang kesantunan bahasa menurut Held adalah
kesantunan sebagai suatu fenomena yang boleh dikaji secara empirical menerusi
pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara penutur
dengan pendengar. Menurut Awang Sariyan pula, kesantunan bahasa ialah penggunaan
bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.
Kesimpulannya, budaya kehidupan orang melayu memang selalu dikaitkan dengan
aspek kesantunan. Malah, kesantunan memang sudah menjadi identity bangsa Melayu.
Hal ini dapat dilihat melalui cara hidup orang Melayu yang penuh dengan penghormatan,
tutur kata lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun.

2.0 Definsi
2.1 Budi, Bahasa dan Budi Bahasa dari persepsi ramai tokoh Bahasa Melayu
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tataterib, akal
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata
lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang
lain. Tamabahan pula, budi juga bermaksud hati yang menjadi panduan kepada akal untuk
membuat pertimbangan yang baik, tabiat, fikiran, perbuatan baik, daya upaya baik dan
pertimbangam akal yang baik.
Bagi masyarakat Melayu, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud
antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Tambahan pula,
orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik
dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas. Orang yang menerima budi
pula tidak dituntut untuk membala budi yang diterima, memadai budi diterima dengan
penuh ikhlas dan syukur. Menurut ahli linguistik, Mustafa Haji Daud merumuskan definsi
budi yang dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa
Indonesia sebagai lambing pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji. Bagi masyarakat
Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan
sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.
Lazimnya, orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan serta budi
bahasa merupakan satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada pebuatan yang
menyenangkan hati orang lain. Maka secara khususnya, budi bahasa merupakan satu
elemen wajib bagi setiap individu bagi lahir sebagai insan yang sempurna dari mata
masyarakat.
Selain itu, menurut Kamus Dewan pada tahun 2002 mencatatkan bahawa yang
diertikan indah ialah cantik, bagus, benar, elok dan molek. Kamus dewan juga menuliskan
bahawa budi bermaksud akal, kebijaksanaan, perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan,
watak, sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya. Di samping itu, ahli
linguistik, Safir mendefinisikan bahasa sebagai suatu kaedah yang bukan naluri manusia
bagi menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan melalui symbol-simbol yang
lahir secara sedar. Menurut Bloch dan Trager juga menyatakan bahasa ialah suatu sistem
lambing-lambang bunyi vocal yang bersifat arbitrary yang digunakan oleh anggota
maysarakat demi berkomunikasi. Tambahan pula, Chomsky juga mendefinisikan bahasa
adalah suatu set ayat yang mempunyai had panjang seta tersusun dengan menggunakan
6

satu set unsure yang terhad. Menurut Ferdinand de Saussure pula berpendapat bahasa
ialah sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting yang berupa gabungan
daripada erti dengan bayangan bunyi serta kedua-duanya bersifat psikologi. Asmah Haji
Omar iaitu tokoh linguistic melayu menyatakan bahasa merupakan firasat atau petunjuk
kepada sesuatu kebudayaan.
2.2 Perbezaan Amalan Kesantunan dalam budaya Orang Melayu
2.2.1 Perkahwinan Masyarakat Melayu
Adat resam kahwin Melayu merupakan antara adat resam yang paling penting,
unik, dan dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan lua Bandar
mahupun di bandar kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi
masyarakat Melayu, adat pekahwinan melayu begitu dititikberatkan walaopun ia
memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Tambahan pula, sesuatu upacara dalam
peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah serta penuh adat istiadat.
Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkhawinan
Melayu yang sebenar.
Yang pertama ialah adat merisik. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu
mempunyai beberapa peringkat penting. Adat merisik merupakan peringkat pertama
dalam hubungan perkahwinan serta adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok yang
melibatkan pertemuan antara wakil keluarga tertua dengan orang tua pihak dara.
Pertemuan tersebut dianggap penting demi menghormati keluarga pihak perempuan atau
keluarga pihak dara. Sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang
anaknya, pinanglah ibu bapanya terlebih dahulu tetapi orang pada zaman ini tidak
mengamalkan lagi amalan ini. Hal ini menjelaskan bahawa pandangan dan restu orang
tua harus diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti
perkahwinan. Tambahan pula, tujuan adat ini dilakukan ialah demi memastikan bahawa
gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya kerana dalam Islam
seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Oleh itu, adat merisik ini harus
diamalkan oleh orang pada masa kini kerana proses merisik dilakukan dengan tertib serta
sopan demi menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.
Selain itu, adat meminang juga jarang dilakukan sekarang kerana sikap remaja
yang ego. Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan
diutuskan oleh ibu bapa lelaki demi mewakili mereka meminang anak gadis yang telah
dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak gadis tersebut tidak akan memberi jawapan yang
7

muktamad kepada pihak yang dating meminang kerana mengikut adat, mereka
sepatutnya diberi tempoh demi memberi jawapan. Sebenarnya, adat bertangguh ini
mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh serta
menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkah laku. Sekiranya, pinangan diterima, pada
pertemuan berikutnya mereka akan berbincang tentang segala syarat berkaitan mas
kahwin serta hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Oleh itu, adat ini perlu diamalkan
kerana dari segi konsepnya, Menghantar Tanda adalah ditakrifkan sebagai putus cakap.
Hal ini membawa maksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak
perempuan.
Di samping itu, adalah adat bertunang. Sebaik sahaja peminangan pihak lelaki
diterima maka urusan majlis pertunangan pula diadakan kerana ini merupakan tanda
daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui
upacara ini. Sempena majlis pertunangan, satu kenduri diadakan di rumah pihak
perempuan dan hantaran tersebut terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai
bingkisan utama, berupa sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, kuih
muih, buah-buahan, pakaian dan sebagainya yang digubah cantik untuk diberikan kepada
pihak perempuan. Namun, adat ini tidak diamalkan lagi oleh generasi seterusnya kerana
ibu bapa mereka tidak mengamalkan dan mengajar anak mereka tentang adat ini.
Seterusnya, adalah adat berinai. Majlis berinai biasanya diadakan secara
berpingkat dan peringkat pertama dikenali sebagai berinai curi, berinai kecil dan berinai
besar. Secara ringkasnya berinai curi ini biasanya diadakan pada waktu petang hari
selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai.
Manalaka berinai kecil pula dilakukan selepas berinai curi dan ia selalu dilakukan
disebelah petang. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Ia
juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk tatapan
saudara mara terdekat sahaja. Bagi istiadat berinai besar pula, ianya dijalankan pada
malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas
daripada kedua-dua belah pihak pengantin. Pengantin perempuan akan memakai inai
pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya,
pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada
sebelah tangan sahaja. Adat ini diadakan dua malam sebelum hari pernikahan demi jiran,
saudara mara dan sahabat handai sahaja.

3.0 Masalah Budi Bahasa dan Kesantunan dalam pelbagai kaum


Penggunaan demi mengisi waktu lapang bagi remaja sering diabaikan. Kerap kita
berjumpa dengan remaja-remaja yang masih memakai pakaian seragam sekolah
berkeliaran di pusat membeli belah atau melepak di tepi jalan. Hal ini kerana kurang
perhatian daripada ibu bapa menyebabkan kanak-kanak diabaikan. Ibu bapa yang selalu
menfokuskan atas kerja mereka akan menyebabkan kanak-kanak berasa bosan di rumah
dan kanak-kanak akan mencampuri kawan-kawan yang jahat di luar. Kegiatan semacam
ini dirasakan kurang bermanfaat dan dapat menimbulkan berbagai masalah sosial, seperti
menggangu ketenteraman. Pelajar yang sibuk dan menyukai kesibukan, biasanya
memiliki masa lapang yang terbatas. Mereka kurang berminat pada kegiatan-kegiatan
yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak
remaja melakukan aktiviti atau kegiatan yang kurang terarah seperti perbuatan negatif.
Oleh itu, kita perlu diingat aktiviti apa saja yang dipilih oleh seseorang, khususnya remaja,
sebagai pengisi masa lapang tidak harus dipandang remeh oleh ahli keluarga.
Selain itu, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam
remaja. Sekiranya perasaan ini tidak dikawal atau dibendung sudah tentu ia akan
membawa kepada masalah sosial. Isu terkini benarkah remaja kini banyak terlibat dalam
aktiviti seks bebas? Mereka bercinta dan melakukan hubungan seks serentak demi cinta
sejati. Remaja lelaki dan perempuan masa kini menghadapi masalah sosial seperti
pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap
salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya
merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling
kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.
Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya
berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya
adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan
sebagainya.
3.1 Langkah-Langkah Mengatasi
Seterusnya, pihak kerajaan memainkan peranan dalam meningkatkan kesantunan
berbahasa di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti orang Melayu, orang
Cina dan juga orang India. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran atau
ceramah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka dapat menyedari
bahawa betapa penting sesebuah masyarakat perlu mengamalkan amalan budi bahasa.
9

Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan
masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.
Masyarakat pada hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan kempen-kempen
yang diadakan. Contoh kempen yang boleh dianjurkan untuk meningkatkan kesantunan
berbahasa ialah Kempen Budi Bahasa dan Marilah Berbudi Bahasa. Kempen budi bahasa
dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan
menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
Tambahan pula, kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah
sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kita telah menjadikan amalan budi pekerti sebagai
satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari
Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Pada 27 Januari 2006, Menteri
Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah melancarkan Kempen Rukun
Negara yang merupakan anjuran Kementerian Penerangan Malaysia. Jelaslah bahawa
aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti
kehidupan kita masa kini. Pada 11 Februari 2005, Kementerian Kebudayaan dan Warisan
telah melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau masyarakat kita berbudi bahasa selayaknya.
Terdapat kajian yang telah didapati iaitu Kuala Lumpur telah menjadi bandar raya yang
kedua paling biadab. Oleh itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan secara
berterusan serta giat dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Oleh itu,
diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai
semula budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta
meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan seharian kita.
Di samping itu, masyarakat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan budaya
haruslah memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan yang telah berusaha untuk
menggunakan pelbagai jenis cara untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara
kita. Masyarakat sepatutnya mengamalkan nilai bekerjasama dan sanggup bertolak ansur
untuk mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan berlaku. Penerapan nilai-nilai
ini dalam diri masyarakat dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman dan
damai.Masyarakat generasi yang lebih tua yang mengamalkan amalan budi bahasa juga
dapat mempengaruhi sikap generasi muda pada hari ini. Masyarakat pada hari ini harus
mengamalkan amalan senyum kepada orang lain tanpa mengira kaum. Senyum
merupakan satu aksi yang paling mudah. Malah budi bahasa yang paling asas iaitu
melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam
10

masyarakat kini. Pihak berkuasa boleh mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota
penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum,
memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih. Apabila seseorang itu senyum,
orang itu akan nampakmesra dan beradab sopan. Tegasnya, masyarakat berbilang kaum
harus berganding bahu bersama untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara
kita.
Selain itu, pihak ibu bapa, pihak sekolah juga memainkan peranan untuk
meningkatkan amalan budi bahasa di negara kita. Pihak sekolah seperti kelab bimbingan
dan kauseling boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilainilai murni seperti rajin, tanggungjawab dan sebagainya dalam rutin kehidupan mereka.
Cara ini dapat membolehkan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang. Guru haruslah
memberi didikan moral kepada murid supaya mereka dapat menghayati 36 nilai murni
yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral misalnya nilai amanah, nilai
kesederhanaan dan lain-lain.Nilai-nilai moral dapat menjadikan pelajar sebagai seorang
modal insan yang berakhlak mulia dan juga beradab sopan. Bekas Perdana Menteri, Tun
Dr.Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap
masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju, namun, masyarakatnya
masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam
bangsa mereka. Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta
keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi
semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah yang membawa negara mereka kepada
kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta.
Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan budi bahasa, sekolah memainkan
peranan yang penting juga dalam mengatasi masalah remaja pada masa kini.

5.0 Gelaran bagi Setiap Generasi


11

Menurut pokok pohon di atas, datuk merupakan bapa kepada bapa saya iaitu Lau
Hien Kee. Beliau merupakan datuk saya dan ayah kepada bapa saya manakala Ling How
Tun merupakan nenek saya dan ibu kepada bapa saya. Datuk dan nenek saya hanya
mempunyai dua orang anak lelaki. Yang pertama adalah bapa saya, Lau Sie Chuong
merupakan anak sulung dalam keluarganya. Selepas itu, bapa saya telah berkahwin
dengan ibu saya, Hwang Ling Ling dan mempunyai dua orang anak. Anak sulung dalam
keluarga digelar sebagai abang long iaitu saya, Patrick Lau Yeo Peng, anak yang kedua
ialah adik saya, Alvin Lau Yeo Rong.
Seterusnya, Lau Sie Kong merupakan anak bongsu dalam keluarganya dan beliau
merupakan adik kepada bapa saya. Saya mengelar beliau sebagai Pak Su. Selepas itu,
Pak Su saya berkahwin dengan Leong Kai Sang dan saya mengelar beliau sebagai Mak
Su. Mereka melahirkan dua orang anak dan anak sulung mereka bernama Eric Lau Yeo
Seng dan saya mengelarnya sebagai abang sepupu. Anak kedua mereka bernama Ivan
Lau Yeo Siong dan saya juga mengelarnya sebagai abang sepupu. Di samping itu, saya
juga mempunyai seorang sepupu, iaitu Annie Lau Yeo Ling yang dapat dilihat di atas
pokok pohon.
6.0 Kesimpulan
Kesantunan dalam pangilan berbahasa mementingkan budaya dan masyarakat
akan menunjukkan strategi kesantunan sesebuah masyarakat dengan jelas yang
berkaitan dengan strategi budaya dan nilai masing-masing. Pemahaman dalam strategi
kesantunan

dalam

kalangan

masyarakat

yang

berbeza

akan

mendorong

dan

mengharmonikan masyarakat sejagat yang bertanggung jawab.


Kita juga dapat menyimpulkan bahawa berbahasa santun itu sendiri merupakan
kesadaran timbal-balik, bahwa kita senantiasa ingin mitra tutur kita berekspresi
sebagaimana cara kita sebagai penutur berekspresi. Di lain sisi, teori kesantunan
berbahasa juga menekankan agar kita senantiasa berekspresi sebagaimana kita ingin
mitra tutur kita berekspresi terhadap diri kita.
Dengan mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi, kita akan
digolongkan sebagai ahli masyarakat yang peramah, bertimbang rasa, berfikiran positif,
mengamalkan sikap toleransi, bersopan santun, jujur dengan tetamu, bermoral dan baik
hati. Ini secara tidak langsung kita akan mengekalkan peribadi yang mulia sekaligus
menonjolkan peribadi bangsa yang lemah lembut dan tinggi peradaban. Penggunaan
bahasa Melayu yang santun dikaitkan dengan tanggapan dan konsep reti bahasa.
12

Jadi, amatlah wajar seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa menguasai
segala santun dan peraturan dalam bahasa Melayu seperti gelaran kekeluargaan, gelaran
pergaulan, kata-kata alu-aluan, dan kata silaan supaya budaya beradab dalam
masyarakat dapat dikekalkan.Budi bahasa dan ketatasusilaan semasa kita berwacana
atau berbahasa akan menjadi titik penentu lambang dan sahsiah kita yang sebenarnya.
7.0 Refleksi
Ketika tugasan ini diterima, tidak dapat dinafikan ia telah menjadi satu masalah
kepada saya memandangkan mata pelajaran GSB 1012 merupakan sesuatu ilmu yang
baru dan asing bagi saya. Saya berasa bimbang kerana saya tidak pernah didedahkan
dengan GSB 1012 sebelum ini. Selepas menghadiri kuliah GSB 1012, baru saya
menyedari apa yang saya faham tentang kesantunan masyarakat selama ini rupa-rupanya
hanya begitu cetek. Oleh itu, terlebih dahulu saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana
saya dapat cuba mengaplikasikan dan mengolah ilmu yang telah dipelajari yang dicurah
oleh pensyarah dalam kuliah sepenuhnya serta cuba sedaya upaya saya dalam
menyiapkan hasil kerja yang terbaik.
Memang tidak dinafikan proses untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan
kesabaran yang tinggi memandangkan ini merupakan satu proses pembelajaran ilmu
yang baru bagi saya. Namun, dengan hati yang cekal, saya cuba menyiapkan tugasan ini
dengan sabar dan bertanya secara berterusan apabila menemui sesuatu yang tidak begitu
faham serta membuat rujukan daripda pelbagai sumber seperti maklumat daripada laman
web dan buku-buku ilmiah.
Menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan memang tidak dapat
dielakkan. Namun, saya sedar berani menerima apa jua cabaran adalah amat penting
dalam penyempurnaan tugasan ini. Sebagai seorang bakal guru, nilai ini amat penting
untuk kami mencurahkan ilmu kepada bakal anak-anak murid kami kelak. Jadi, saya harus
mengamalkan nilai ini untuk mendisiplinkan diri saya dahulu sebelum saya mencurahkan
ilmu ini kepada anak murid saya. Kerja kursus ini banyak memberi faedah kepada saya
dan seterusnya dapat diaplikasikan apabila kami menjadi guru kelak. Saya bersyukur
kerana masalah ini berakhir di bawah penjelasan pensyarah yang cukup jelas dan tepat.
Selain itu, saya kerap mengadakan perbincangan dan pertukaran maklumat
bersama rakan apabila saya menemui masalah dalam proses penyempurnaan tugasan
ini. Melalui perkongsian idea dengan rakan-rakan, ia membuatkan perdebatan intelektual
13

yang sihat berlangsung dalam kalangan kami malah merangsang pemikiran saya untuk
memperkukuhkan idea- idea yang lemah.
Melalui tugasan ini, saya lebih memahami bagaimana untuk mengawal emosi
saya. Orang yang mempunyai kecerdasan emosi akan jauh lebih percaya diri dan lebih
dapat memahami orang lain dengan penuh empati. Seseorang akan mempunyai
kematangan emosional.
Selain itu, saya juga mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang lebih
mendalam dalam GSB 1012 melalui tugasan ini. Ia juga memberi peluang kepada saya
untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru di mana ia belum pernah tercatat dalam
sejarah kehidupan saya sebelum ini.
Saya ingin mengambil peluang untuk berterima kasih kepada sesiapa yang
menghulurkan tangan mereka dengan rela untuk memberikan tunjuk ajar kepada saya
sepanjang penyempurnaan tugasan ini khasnya pensyarah bimbingan kami. Beliau
memberikan penerangan yang cukup jelas mengenai kerja kursus ini dan saya dapat
memulakan pelan tindakan serta tugasan saya. Tanpa beliau, tugasan ini tidak mungkin
dapat disiapkan tepat pada masanya.
Akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini di mana ia betul-betul menguji
sejauh mana pemahaman saya tentang GSB 1012 dalam diri saya. Harapan saya,
semoga tugasan ini akan membantu pemahaman saya untuk memahami secara lebih
mendalam mengenai GSB 1012 dan sememangnya ia pasti berguna kepada saya apabila
saya menjadi guru kelak.

8.0 Rujukan

14

Nafisah Abd Hamid. (10 June 2011). Kesantunan Bahasa-Penggunaan Sistem Sapaan
dan

Eufemisme

Dalam

Komunikasi.

Dirujuk

pada

(25

Ogos

2015).

http://www.malaylanguagecentre.moe.edu.sg/files/MLCS-Final-9-38.pdf
James Lin. (15 Ogos 2013). Kesantunan Berbahasa. Dirujuk pada (25 Ogos 2015).
http://babacream0934.blogspot.my/2013/08/kesantunan-berbahasa-definisi.html
Nurul. (16 October 2010). Definisi Bahasa Menurut Pandangan Ahli Linguistik. Dirujuk
pada (25 Ogos 2015). http://h2hnurul-nurul-nurul.blogspot.my/2010/10/definisi-bahasamenurut-pandangan-ahli.html
Maklumat Pelajar Guru. (1 Ogos 2013). Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat
Malaysia. Dirujuk pada (26 Ogos 2015). http://hemajoo95.blogspot.my/2013/09/kuliah-1konsep-budi-bahasa-dalam.html
Wikipedia Ensiklopedia Bebas. (4 Jun 2015). Adat resam kahwin Melayu. Dirujuk pada (26
Ogos 2015). https://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam_kahwin_Melayu
Mohd Kodri Bin Ab Malik. (2012). Kesantunan Berbahasa. Diakses daripada
http://kodrimohd.blogspot.com/2012/03/kesantunan-berbahasa.html
Nail Technician.( 2012). Kesantunan Bahasa. Diakses daripada
http://nailart-online-studio.blogspot.com/2012/05/kesantunan-bahasa.html
Nor Farihah Ruslam.(2012). Kesantunan Berbahasa. Diakses daripada
http://lara-kasih.blogspot.com/2012/04/kesantunan-berbahasa.html
Noriati A. Rashid. (2005) . NILAI KESANTUNAN DALAM KONTEKS SOSIOBUDAYA
MASYARAKAT MELAYU : Jurnal Pengajian Melayu Jilid 15
Salam, H Burhanuddin 1987. Etika Sosial: Asas Moral dalam Kehidupan Manusia. Jakarta:
PT Rineka Cipta.

15

16

You might also like