Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SYARAT - SYARAT UMUM PENYERTAAN

PUNB BIZ PLAN CHALLENGE 2013


TEMPOH PERTANDINGAN
Tempoh penghantaran Rancangan Perniagaan bermula dari 30hb November 2013 sehingga
28 Februari 2014. Sila rujuk kalendar pertandingan di www.punb.com.my bagi mengetahui
proses aliran pertandingan.
KRITERIA KELAYAKAN
1. Terbuka kepada Bumiputera sama ada sedang bekerja, berniaga atau bekerja sendiri.
Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan.
2. Syarat-syarat lain seperti berikut:
i.
Berumur 18 - 30 tahun semasa tarikh penyertaan.
ii.
Penyertaan dalam bentuk individu atau kumpulan.
iii.
Jika berkumpulan, maksimum ahli adalah tiga (3) orang.
iv.
Kos projek bagi cadangan perniagaan dalam sekitar RM50,000 ke bawah.
v.
Pemenang akan dikehendaki melaksanakan perniagaan yang dicadangkan.
KAEDAH PENGHANTARAN PENYERTAAN
1.

Penghantaran Rancangan Perniagaan + Borang Penyertaan

Digalakkan melalui emel dalam bentuk format PDF


Penghantaran melalui pos, kurier atau serahan tangan diterima.
Boleh menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Rancangan Perniagaan mestilah menggunakan kriteria dan format yang telah
ditetapkan. Layari laman web PUNB untuk maklumat lanjut.
Rancangan Perniagaan mestilah ringkas, padat dan tidak melebihi 5 mukasurat.
Hubungi sekretariat untuk pengesahan penerimaan penyertaan.
Senarai
pendekSeSe
Senarai pendek
Rancangan
Perniagaan terbaik

Pertandingan Akhir

~1~

2. Sekretariat yang terbabit sepanjang pertandingan berlangsung adalah seperti berikut


(untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut):
Khairul Asyraf Yusof
03-2785 1416
Mohd Amirul Afiq Ismail
03-2785 1417
Noorhazreen Ab Ghani
03-2785 1412
Mohamad Shareen
03-2785 1419
Pusat Khidmat Pelanggan
1300 13 7862
3. Penghantaran penyertaan secara emel ke alamat seperti berikut:
bizplan2013@punb.com.my
4. Penghantaran penyertaan secara pos, kurier atau serahan tangan ke alamat seperti
berikut:
Sekretariat PUNB Biz Plan Challenge 2013
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515
HADIAH
1.

Tempat Pertama: RM50,000 + Sijil Penyertaan


Tempat Kedua: RM30,000 + Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga: RM20,000 + Sijil Penyertaan
Hadiah Sagu Hati: 7 x RM10,000 + Sijil Penyertaan

2. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Segala bantahan atau rayuan tidak akan
dilayan.

SYARAT-SYARAT & TERMA LAIN


1. Para peserta mestilah memastikan Rancangan Perniagaan yang dihantar adalah asli dan
tidak melanggar mana-mana harta intelek kepunyaan pihak ketiga. Segala penggunaan
harta intelek pihak ketiga mestilah dengan izin dan di bawah tanggungjawab sendiri.
2. Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta adalah terikat dengan ketetapan,
syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
3. Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengubah dan/atau meminda syarat-syarat dan
peraturan pertandingan tanpa makluman kepada para peserta. Segala bantahan tidak
akan dilayan.

~2~

KRITERIA RANCANGAN PERNIAGAAN


PUNB BIZ PLAN CHALLENGE 2013
Rancangan Perniagaan yang dihantar mestilah mengikut kriteria-kriteria seperti berikut:
i.

Perniagaan berasaskan Perdagangan Pengedaran (Distributive Trade) iaitu


pengedaran barang-barang atau perkhidmatan kepada pengguna melalui
peruncitan dan pemborongan. (sumber: OECD)

ii.

Perniagaan yang menuju kearah Model Ekonomi Baru (Green Technology)


iaitu ekonomi yang memberi tumpuan ada inovasi dan aplikasi teknologi
kearah produk/perkhidmatan bernilai tambah tinggi dengan mengambil
kira aktiviti ekonomi berasaskan kelompok/koridor.

iii.

Perniagaan yang kreatif, inovatif dan produk atau perkhidmatan berasaskan


teknologi yang member manfaat dan kebaikan pada komuniti.

iv.

Perniagaan yang berkomersil dan berdaya maju serta berpotensi untuk


menembusi pasaran dalam dan luar Negara.

v.

Perniagaan yang boleh menghasilkan nilai tambah yang tinggi kepada


pasaran terutamanya pasaran yang khusus, baru atau pasaran yang belum
dan berpotensi untuk diterokai.

vi.

Perniagaan yang menggunakan platform e-business sebagai salah satu


medium pemasaran dan jualan.

vii.

Model perniagaan yang senang untuk ditubuhkan/dibangunkan serta kurang


kos persediaan.

Kriteria Perniagaan meliputi perkara-perkara seperti berikut:


i.

Perniagaan terbuka kepada semua sektor / industri kecuali pertanian dan


penternakan.

ii.

Perniagaan secara online dan perniagaan dalam industri informasi,


komunikasi & teknologi adalah digalakkan (seperti industri pembangunan
kandungan).

iii.

Perniagaan berbentuk francais tidak dibenarkan.

iv.

Jika perniagaan sudah dijalankan,samaada secara sepenuh masa atau


sambilan,
Rancangan
Perniagaan
mesti
mempunyai
cadangan
penambahbaikan (berasaskan kriteria yang ditetapkan oleh PUNB).

~3~

You might also like