Nota Garisan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

ASAS SENI REKA

A. UNSUR SENI

1. Garisan
- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang
mempunyai jarak tertentu
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk
menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
Contoh-contoh Garisan

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar
kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak
asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di
persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana
hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Pengenalan Garisan

1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka


wujudlah garisan.

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang


bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga
terbina satu objek.

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

Menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala

Seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

Dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran


seekor ayam

3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.


i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar
kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.

Garisan pada anyaman tikar

Garisan pada bangunan


ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:
Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan,
tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan
tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya

Garisan pada titisan hujan

Garisan pada urat daun

Garisan pada kulit harimau

Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri

Jenis-jenis garisan

Fungsi Garisan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Garisan
Garisan
Garisan
Garisan
Garisan
Garisan
Garisan
Garisan

menimbulkan rupa.
menimbulkan bentuk.
menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
mewujudkan ruang.
menghasilkan jalinan.
menghasilkan motif pada reka corak.
mewujudkan ton.
menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

Garisan menghasilkan rupa

Garisan menghasilkan bentuk

Garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang

Garisan menghasilkan jalinan

Garisan yang mencipta corak

Garisan yang mencipta corak

Garisan, Ton dan Ruang


1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang
tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala
garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala
garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

Penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang


jauh/belakang dan dekat.hadapan

Perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton
gelap

Semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah


menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau
kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan
pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni
1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)

Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya

Penggunaan garisan dalam karya lukisan

Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng

Karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan

Karya tenunan juga mencipta garisan

Aplikasi garisan dalam seni arca

Garisan tampak jelas pada karya anyaman

You might also like