Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Maksud ekosistem hutan paya bakau

Amsran.Com

Home

MY Profile

Blog Tips dan Tutorial

Contact Me

Disclaimer

FUNGSI HUTAN PAYA BAKAU


Posted by amsran in ekosistem hutan paya bakau,FUNGSI HUTAN PAYA BAKAU at 4:58
AM

fungsi hutan paya bakau


INSTITUT PENYELIDIKAN BIOLOGI TROPIKA PEMULIHARAAN
PENGURUSAN EKOSISTEM
TAJUK : FUNGSI HUTAN PAYA BAKAU
Pengenalan

Paya bakau merupakan ekosistem yang biasanya terdapat di antara kawasan pasang surut dan
biasanya kawasan paya bakau ini merupakan kawasan yang berlumpur. Kawasan paya bakau
ini merupakan salah satu ekosistem yang terpenting dalam menjaga habitat yang terdapat di
kawasan tersebut. Habitat yang banyak tinggal di kawasan paya bakau adalah seperti ikan,
ketam, udang dan banyak lagi spesis yang lain kerana kawasan paya terdapat banyak
makanan dan sesuai dijadikan sebagai tempat pembiakan spesis tersebut. Kawasan paya
bakau yang tidak diterokai mempunyai keseimbangan ekosistem yang baik manakala apabila
kawasan paya bakau ini mula terokai maka keseimbangan ekosistem di paya bakau ini akan
terganggu dan banyak spesis seperti akan akan berkurangan.
Menurut Pengarah Institut Oseanografi (INOS), Kolej Universiti Sains dan Teknologi
(KUSTEM), iaitu Prof. Dr. Mohd. Lokman Hussain, Malaysia memiliki sebanyak 612 580.11
hektar bakau iaitu 341 377 hektar di Sabah, 168 000 di Sarawak dan selebihnya pula iaitu 100
000 hektar terdapat di Semenanjung. Kawasan hutan bakau ini sepatutnya digazet dan
menjadikan kawasan ini sebagai hutan simpan demi menjaga keseimbangan ekosistem dan
menambiakkan spesis yang tinggal dalam ekosistem paya bakau ini.
Fungsi hutan paya bakau
Hutan paya bakau berfungsi mempengaruhi pergerakan udara atau ribut yang bertiup kencang
daripada arah laut yang mampu merosakan harta benda awam dan kadangkala boleh meragut
nyawa manusia. kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan yang banyak berbanding di
kawasan lapang akan menghalang pergerakan atau tiupan angin, jelaslah bahawa kadar
kelajuan angin rendah di kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan berbanding di
kawasan lapang.
Ekosistem hutan paya bakau juga memainkan peranan penting sebagai kawasan yang dapat
mengurangkan kesan gelombang ombak dari arah laut, hal ini mula disedari setelah
belakunya tsunami pada Disember 2004 yang telah mengorbankan 68 orang di Malaysia dan
banyak lagi di Negara lain. Oleh kerana tsunami melanda pantai sebagai sesaran awal, maka
bagi mengatasinya kubu atau benting di tepi pantai amatlah penting. Tetapi pembinaan
benting di tepi pantai memerlukan kos yang tinggi kerana kebanyakan kawasan daratan
dikelilingi oleh lautan. Oleh itu, benting semula jadi seperti hutan paya bakau yang tumbuh di
kawasan yang berhampiran laut boleh di manafaat peranannya selain daripada kosnya yang
mudah dan murah.
Selain itu, terdapat ciri-ciri yang lain pada hutan paya bakau, seperti memainkan peranan
penting dalam memerangkap enapan, ia itu satu proses penambakan secara sembula jadi
akibat aktiviti pasang surut air. Menurut beberapa kajian yang dijalankan mendapati bahawa
beberapa hutan paya bakau mampu memerangkap enapan untuk menambah ketinggian labih
dari 1 sentimeter (cm) menunjukan fungsi hutan paya bakau sebagai eksistem yang boleh
membantu negara mengetasi kenaikan aras laut global. Ini dapat dilihat melalui, sistem akar
pokok paya bakau yang mampu memerangkap tanih dan lumpur yang telah dihakis.
Hutan paya bakau sebagai sempadan antara laut dengan daratan yang mampu mengurang
kadar hakisan yang disebabkan oleh tindakan ombak. Ini dapat dilihat daripada sistem akar
pokok bakau sendiri yang mampu memerangkap atau menyerap tenaga ombak yang datang
daripada arah laut. Keadaan akar pokok bakau yang bercabang di atas permukaan tanah

bukan saja dapat menyerap tenaga ombak ia juga mampu mencengkam permukaan tanah atau
rumpur supaya tidak mudah di hakis ombak yang datang dari laut.
Hutan paya bakau ini juga memainkan peranan penting sebagai pelindung, pengawal dan
penghasil kepada alam sekitar, hidupan seperti ketam, udang, dan anak ikan dengan
menjadikan kawasan paya bakau sebagai tempat perlindungan daripada pemangsa kerana
kawasan ini banyak tempat untuk berlindung dan bersembunyi. Disamping itu, hidupan ini
juga menjadikan hutan paya bakau sebagai tempat untuk membiak kerana kedaannya yang
selamat.
Turut berfungsi sebagai pengawal dan mengimbangi kandungan gas di atmosfera. Selain
daripada kawasan hutan yang terdapat di kawasan daratan, pokok paya bakau juga memberi
sumbangan dalam membekalkan gas oksigen ke ruang atmosfera. Seperti yang kita tahu
melalui proses fotosistesis tumbuh-tumbuhan akan mengunakan gas karbon dioksida dan
kemudiannya membebaskan gas oksigen. Proses ini, dapat mengimbangkan kandungan gas
karbon dioksida dan oksigen.
Hutan paya bakau dikomersilkan dengan mengeluarkan kayu untuk pembinaan, kayu api dan
arang. Pokok paya bakau jenis Rhizophora dan Brugiera sudah lama digunakan sebagai
sumber kayu arang. Ia juga digunakan untuk pembinaan bangunan dan membuat bot kerana
sifatnya yang tahan dari serangan seranga perosak seperti anai-anai dan tiang rumah kerana
kayunya keras serta tahan lama.
Kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari
hemisfera selatan ke utara dan dari utara ke selatan. Ini berlaku kerana apabila berlaku musim
sejuk di utara burung ini bergerak ke salatan manalkala apabila selatan sejuk burung ini akan
bergerak ke selatan.
hutan bakau juga mempunyai potensi sebagai tarikan eko-pelancongan yang utama. Kawasan
hutan paya bakau selalunya menjadi habitat haiwan yang unik contohnya bayau yang menjadi
tumpuan pelancong daripada luar Negara dan tempatan. Selain itu, hidupan seperti buaya
juga menjadi tumpuan. Pelancong juga datang ke kawasan
ini untuk melihat kelip-kelip pada waktu malam
hutan bakau juga adalah penapis sampah sarap semulajadi. Ini berlaku apabila sampah sarap
yang dibawa dari sepanjang sungai ditahan oleh akar-akar pokok bakau dari memasuki laut

You might also like