Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Nama: Chong Chuey Miin

Opsyen: 2PISMP BK
Sinopsis Jejak Guru Berintegriti : Integriti Memperkasa
1. Segala-galanya bermula dengan penyeronokan borang ( Datuk Hj Saari Bin Hasan)
Dalam pandangan beliau, guru yang berintegriti ialah guru yang sentiasa menjadikan dirinya
sebagai contoh teladan yang baik, sebagai suri teladan, menjadi ikutan kepada anak-anak
muridnya, malah kepada masyarakat keseluruhannya.Pengorbanan yang supereme bagi seorang
guru ialah menentukan agar murid-muridnya mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada
dirinya sendiri, seperti lilin yang menerangi sekeliling dengan membakar dirinya sendiri.

2. Azam Pengetua Setahun Jagung (Hj Jamian Bin Hj Affar)


Hj Jamian Bin Hj Affar merupakan guru lepasan siswazah Universiti Malaya. Beliau mengajar
tingkatan enam atas dan enam bawah di Sekolah Kebangsaan Dato Sri Amar Diraja. Beliau terlibat
aktif dalam pelbagai aktiviti seperti pemain sepak takraw. Pada tahun 1 Jun 1983, beliau ditukarkan
ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lenga dan sekolah ini mempunyai jarak sebanyak 65km dari
rumah kediaman beliau. Beliau mencari keinsafan melalui betapa susahnya anak murid pergi ke
sekolah. Beliau telah ditukarkan ke sekolah lain pada tahun 1988 dan 1991 dan bertugas sebagai
pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakri.
Beliau ditawarkan mengikuti kursus di Genting Highlands. Beliau Berjaya menyiapkan hasil
kerja kursus iaitu sebuah buku program kecemerlangan sekolah dinamakan Program Perubahan
Terancang. Beliau percaya dengan ungkapan untuk mencapai kejayaan adalah dengan mengurus
kejayaan tersebut. Pada tahun 1994, beliau telah memperkemaskan system pengurusan dengan
lebih dinamik untuk meningkatkan semangat bekerja dengan nama sekolah yang baharu. Pada tahun
1995, beliau telah membuat Program Motivasi Tingkatan 3& Tingkatan 5 Sekolah Menengah Tun Dr
Ismail Bakri Muar.
Berdasarkan pengamalan beliau, satu perkar tunjang yang beliau pegang dan hayati ialah
nilai-nilai integriti kemanusiaan yang bertaut rapat dengan nilai-nilai agama seperti ikhlas, jujur,
displin, baik sangka, hormat, kasih saying, adil, benar, aminah, janji dan kerjasama. Kesemua ini
adalah rambun-rambun penting yang menjanakan cirri-ciri untuk pembaharuan, kemajuan,
kecemerlangan, dan kegemilangan dengan izin Allah.
3. Saya dan PLKS ( Datuk Mary Yap Kain Ching)
Datuk Mary Yap Kain Ching, seorang pengetua yang sudah bersara. Beliau telah
menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Visi Ke Realiti: Pengalaman SM Teknik Tawau menjadi
sebuah sekolah cemerlang. Selain itu, beliau telah mencipta beberapa program untuk pemimpin
sekolah dan membawa impak yang positif kepada perubahan pengurusan sekolah yang tercicir.

Nama: Chong Chuey Miin


Opsyen: 2PISMP BK
Salah stau program yang bernama PLKS iaitu Program Latihan Kepimpinan Super yang bertujuan
untuk melahirkan pemimpin membimbing pemimpin.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau mempunyai pengalaman yang pahit iaitu diugut
bunuh oleh seorang kontraktor di Sekolah Mengah Vokasional Tawau. Kontraktor membuat demikian
kerana dengan tindakan Datuk Mary Yap Kain Ching yang menghentikan bayarannya tetapi tindakan
ini dilakukan atas arahan Jabatan Pendidikan Teknikal pada ketika itu yang berjaya mengesan
syarikatnya terbabit dalam kes rasuah di sekolah. Walaupun Datuk Mary Yap Kain Ching diugut
bunuh tetapi Datuk langsung tidak takut dan memberitahu kepada kontraktor apa yang berlaku jika
Datuk dibunuh. Akhirnya, dia melepaskan Datuk dan berjumpa lagi Datuk Mary Yap Kain Ching
dengan sikap yang baik selepas tiga bulan.
Analisis insiden ini telah menunjukkan amalan keberanian moral kerana beliau percaya
kepada Tuhan. Jadi, Datuk Mary Yap Kain Ching berpegang kuat pada prinsip intergriti yang terdiri
daripada nilai kejujuran dan keikhlasan. Dalam pandangan beliau, beliau berjaya mempertahankan
integriti KPM dengan mematuhi prinsip-prinsip pengurusan kewangan dan akaun sekolah serta
mengamalkan etika kerja yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Sebagai rumusan, kisah ini merupakan contoh seorang pendidik yang berusaha
melaksanakan tugasnya dengan baik dan sejujur mungkin dengan mengamalkan moto Pihak Nazir
Sekolah, iaitu tanpa rasa takut atau pilih kasih. Seorang pendidik haruslah berpegang pada apa
yang diajarny dengan integriti,iaitu berani kerana benar, takut kerana salah.
Maka bagi pengalaman yang manis ialah memupuk integriti dalam kepimpinan melalui PLKS.
Melalui program ini, Datuk Mary Yap Kain Ching telah memperlengkapkan pengetua yang sedang
berkhidmat dengan potensi besar untuk maju, termasuk menerima kenaikan pangkat ke gred DG52,
DG54 dan Jusa C. Objektifnya ialah:
1. Mendalami kefahaman tentang amalan integrity dalam kepimpinan peribadi dan professional.
2. Memperluas pengetahuan kaji selidik terkini serta amalan-amalan berkesan dalam jurusan
pengurusan sekolah
3. Menunjukkan kapasiti yang diperlukan untuk membawa permuafakatan yang berkesan antara
sekolah dengan masyarakat
4. Memberi peluang kepada pengetua sekolah menggunakan idea-idea dan konsep kepimpinan
yang dipelajari untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kea rah mewujudkan sekolah
berprestasi tinggi.

Program ini dijalankan dalam 9 sesi interaksi secara bergilir-gilir di sekolah mentee dan setiap
sesi perjumpaan dijalankan secara interaktif. Program ini dikendalikan dengan menggunakan prinsip
andaragogi kerana para pengetua perlu mengetahui sebab mereka dikehendaki mempelajri sesuatu.
Sehubungan itu, dalam Model Pengurusan PLKS ia dilaksanakan mengikut mode kitaran. Bagi input

Nama: Chong Chuey Miin


Opsyen: 2PISMP BK
sesi interaksi, usaha ini lebih kepada perkongsian pemikiran dan pengalaman antara mentee. Ini
adalah bertujuan untuk mereka mengenali diri dari segi kedudukan hierarki kepimpinan mereka agar
tindakan susulan dapat diambil oleh pihak masing-masing. Mengikut Collins, Hieraki tahap
kepimpinan terdiri daripada 5 aras iaitu:
Level1:Highly Capable Individual
Level2:Contributing Team Member
Level3:Competent Manager
Level4: Effective Leader
Level5: Executive
Sebagai rumusan, PLKS telah membawa faedah kepada pemimpin kerana bekerjasama
merendahkan diri. Secara umumnya, penulisan Datuk merupakan suatu usaha murni bagi
memperkukuhkan kepimpinan sekolah di negara kita. Beliau telah berusaha memantapkan
penggantinya demi kejayaan yang lebih besar dalam bidang kepimpinan dan pengurusan sekolah
berkesan.
4. Sekolah Berkesan :Kerjayaan Melebihi Sasaran Integriti
Melalui buku ini,untuk melahirkan Sekolah Berkesan perlu mempunyai satu set budaya
pengurusan dan amalan kepemimpinan yang unggul (Peter Motimore,1995).Di samping itu,sebagai
pengetua perlu ada ciri-ciri Sekolah Berkesan,iaitu kepimpinan yang professional.Ia perlu
mengamalkan konsep strict but at the same time friendly .Selain itu,Sekolah Menegah Kebangsaan
Taman Melawati telah menjadi Sekolah Magnet mulai 1996 apabila ibu bapa berebut-rebut
menghantar anak-anak ke situ.Tambahan pula, sekolah berkesan mempunyai penghargaan yang
tinggi,amalan pengukuhan yang positif,pemantauan kemajuan sekolah.Dengan itu ,wujudlah
perkongsian rumah dengan sekolah dan member tanggungjawab kepada pelajar.
Jika semua ciri ini dapat dilaksanakan oleh seorang pengetua,maka akan lahirkan Sekolah
Berkesan yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik.
Walau bagaimanapun,mempunyai ciri-ciri Sekolah Berkesan tidak dapat melahirkan Sekolah
Berkesan sekiranya cirri-ciri itu tidak dapat melahirkan Sekolah Berkesan sekiranya cirri-ciri itu tidak
dilaksanakan dengan penuh amanah dan keikhlasan.Seorang Pengetua Cemerlang dan Berintegriti
bukan sahaja akan melahirkan Sekolah Berkesan,Berkualiti ,Kluster,Berprestasi Tinggi malah lebih
daripada itu.

5. Integriti Meluruskan Laluan Misi Dan Visi ( Hajah Khuzaimah binti Sulaiman)

Nama: Chong Chuey Miin


Opsyen: 2PISMP BK
Khuzaimah binti Sulaiman perturunkan pesanan ibu beliau untuk dijadikan perkongsian
dengan para pembaca. Antara pesanan yang diperturunkan ialah kita hendaklah sentiasa bersyukur
tentang pemberian Tuhan. Jauhi diri daripada melawan kata-kata Guru Besar( Ketua). Jauhi ponteng.
Hadirkan diri ke sekolah selagi larat. Sentiasa berbuat baik pada orang. Harta yang dimiliki perlulah
berkat.
Sebagai rumusan, sama ada kita sedar atau tidak,guru sangat besar pengaruhnya kepada
pelajar. Justeru,sebagai guru,tidak kira apa pun kedudukan kita di sekolah,dari guru biasa di bilik
darjah hingga ke jawatan pengetua sebagai peneraju kepimpinan sekolah,kita perlu menjiwai intergriti
dalam seluruh kehidupan kita,supaya kita menjadi ikutan dan suri teladan terbaik kepada para pelajar
didikan kita. Apabila intergriti telah menjadi budaya seluruh warga sesebuah sekolah, misi dan visi
turut mendapat laluan yang terbentang luas dengan berkat Tuhan.
6. Pengalaman keguruan ( Dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah)
Dalam buku ini, 6 orang guru yang berpengalaman dalam bidang kerjaya sebagai seorang
pendidik telah berkongsi pengalaman dan nilai-nilai yang dipegang kuat oleh mereka. Semua
pengalaman-pengalaman dan nilai-nilai yang dipegang oleh mereka telah menbolehkan mereka
menjadi guru yang baik dan mulia.
Dalam buku ini juga mengatakan dan menerangkan kepada kami, apa itu integriti pada
gangapan dan pendapat setiap guru dalam buku ini. Sebagai contoh, Hj Jamia Bin Hj Affar. Beliau
pegang dan hayati nilai-nilai integriti kemanusiaan yang bertaut rapat dengan nilai-nilai agama seperti
ikhlas, jujur, displin, baik sangka, hormat, kasih saying, adil, benar, amanah, janji dan kerjasama.
Buku ini juga ada mengatakan bahawa profesion keguruan adalah profesion yang mulia,
hanya dengan guru yang bersedia untuk berkorban masa dan mulia sahaja dapat melahirkan muridmurid yang standing dengan pengaliran masa pada masa kini.
Untuk melahirkan murid yang berkualiti bukan sahaja memerlukan guru yang berintegriti, ia
juga memerlukan kerjasama dari semua pihak dari sekolah untuk merialisasikan hasrat ini.
Pengalaman-pengalaman yang dikongsi oleh guru-guru ini telah memberi suatu pandangan
yang lain kepada saya mengenai kerjaya sebagai seorang guru ini. Bagi saya pesanan dan tunjuk
ajar yang diberi oleh mereka amat berguna Dengan membaca buku ini, banyak yang dapat saya
pelajari dan saya faham bahawa bukan senang untuk menjadi seorang guru apatah lagi menjadi
seorang guru yang berintegriti.

Nama: Chong Chuey Miin


Opsyen: 2PISMP BK

You might also like