Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bahasa Herdik

Bahasa Herdik ialah susunan kata yang seakan-akan bahasa tempelak tetapi
tujuannya adalah untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga, bukannya
kesalahan yang lalu.
Biasanya perkataan yang digunakan agak kasar dan mengandungi sedikit nada
mengejek.
Jadual 4 : Senarai Bahasa Herdik dalam Lagu Moden
Perkataan
Kini ku tak mahu di tipu dengan si
pencabul kalbu
Mula mula kubenar benar nak
bercinta dengan iya iya tapi lama
lama belangnya keluar
Rupanya rupanya jahatnya suka
suka

Rangkap

Bil.Baris
3
5

Rangkap ke-2
2

Jadual 4 menunjukkan Bahasa Herdik yang digunakan dalam Lagu Moden iaitu
Kasanova penyanyi Stacy. Bahasa herdik merupakan bahasa yang kurang sopan
apabila digunakan oleh seseorang untuk memberi nasihat dengan nada marah
terhadap seseorang. Tambahan lagi, bahasa ini mengatakan pihak tertentu dengan
perkataan mengejek serta disertai dengan aksi individu. Maksud Kasanova ialah
lelaki yang suka memainkan perasaan seorang perempuan dan sering bertukar
pasangan. Dalam lagu tersebut, penggunaan bahasa herdik memberikan
pengajaran kepada pendengar yang mana si pencabul kalbu hanya merosakkan
perasaan seorang wanita. Fokus lagu ini khas kepada Kaum wanita yang sedang
bercinta dengan lelaki yang bertukar pasangan. Pendengar diberi nasihat supaya
berhati- hati dengan lelaki Kasonova agar tiada penyesalan berlaku terhadap
individu tersebut.
Contoh Penggunaan Bahasa Herdik dalam Lagu Moden
Kini ku tak mahu
di tipu dengan....
si pencabul kalbu
Mula mula kubenar
benar nak bercinta
dengan iya iya.....
tapi lama lama
belangnya keluar
Rupanya rupanya

jahatnya suka suka...


Stacy- Kasanova

Rumusan
Kesimpulannya, Ragam Bahasa yang kerap digunakan iaitu bahasa Tempalak,
bahasa mengejek dan bahasa sindiran kerana setiap ragam bahasa yang diguna
akan berkait rapat dengan semua jenis bahasa khususnya konteks budaya. Ragam
Bahasa seperti berulang, sindiran, Seruan atau keluhan dan herdik merupakan
kajian Penyelidik dimana membezakan sesuatu penyampaian dalam konteks
pengunaan bahasa untuk lagu moden mahupun tradisional. Dari segi definisi pula,
ragam bahasa lazimya digunakan untuk menyampaikan sesuatu hasrat dalam
pelbagai situasi. Di samping bahasa yang digunakan, nada atau intonasi suara,
turun naik suara dan pengulangan kata-kata tertentu juga memainkan peranan
penting kerana keanekaragaman bahasa inilah yang membezakan pertuturan setiap
penutur. Dalam konteks ini, gaya ragam bahasa mempunyai dua jenis iaitu gaya
cakap mulut dan gaya surat. Oleh hal demikian, kajian ini memaparkan penggunaan
ragam bahasa mengikut jenis dalam lagu moden (stacy) dan Tradisional ( P. Ramli).
Huraian keseluruhan mendapati bahawa Bahasa Herdik, sindiran, berulang, keluhan
merupakan ragam bahasa yang penting kepada sesiapa sahaja kerana ia
berunsurkan pengajaran dan nilai murni. Selain itu, mempunyai pelbagai fungsi
untuk digunakan dalam menghasilkan sebuah lagu yang menarik kepada
pendengar malah untuk sebuah puisi,sajak, cerpen dan sebagainya.

You might also like