Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PROJEK DINAMIKA

UHAS 1172
DASAR
EKONOMI BARU (DEB)

AHLI KUMPULAN:
1.
2.
3.
4.

AIMI NAJWA BINTI MAZLAN


HANIS SOFEA BINTI AZMAN
AYUNI BINTI SAAD
ATHIRAH SYAHIDAH MOHD ARHAN

A14MJ0013
A14MJ0038
A14MJ0021
A14MJ0019

Pendahuluan.
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan
oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya
ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan
sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi
yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil
kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang
lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah
berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi
kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh
ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia
mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka
panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

Objektif
Untuk mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan iaitu bagi
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan membasmi pengenalan kaum mengikut jenis
aktiviti ekonomi. Selain itu, antara objektif yang lain ialah:
1. Mengenalpasti keberkesanan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam marapatkan jurang
ekonomi antara masyarakat berbilang etnik di Malaysia.
2. Merangka langkah-langkah Malaysia ke arah Model Ekonomi Baru (MEB) sebagai
negara berpendapatan tinggi.
3. Membincangkan kemakmuran yang diperoleh daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru (DEB).

Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan bagi memajukan ekonomi
serta berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi berasaskan etnik yang menjadi asas
kepada penyuseunan semula sosioekonomi negara. Tindakan kerajaan dalam memperbaiki
kedudukan sosioekonomi selepas tragedy 13 Mei 1969 adalah berdasarkan strategi kearah
pembentukan perpaduan nasional.
Memperbanyakkan pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan
peluang pekerjaan bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. Sasaran ini dapat
dicapai melalui program-program yang dirangkapan daripada seluruh peringkat produktiviti.
Perkebangan peunag-peluang antara sector-sektor aktiviti yang mempunyai produktiviti
rendah ke peringkat yang lebih tinggi. Peruntukkan yang lebih meluas terutamanya dalam
perkhidmatan social dirangka untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan-kumpulan yang
berpendapatan rendah.
Penggandaan proses peyusunan semula masyarakat etnik Melayu untuk membetulkan
ketidakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurang dan mengetepikan pengenalan etnik
melalui fungsi ekonomi.Program-program termasuklah pemodenan kehidupan luar Bandar,
pembangunan ektiviti Bandar yang pesat dan seimbang. penubuhan pusat pertumbuhan yang
baru dan perwujudan masyarakat industry dan komersial Melayudi semua kategori dan
bumiputera lain menjdai rakan kongsi sepenuhnya dalam semua aspek ekonomi Negara
(Ahmad 1988).
Relevannya, DEB yang mempunyai agenda Serampang dua mata bukan sekadar
bertujuan untuk menyatupadukan pelbagai etnik di Negara ini tetapi yang penting
menandakan satu titik permulaan baru kepada etnik Melayu untuk mula bergiat dalam bidang
perdagangan,perindustrian mahupun perniagaan.
Fokus utama DEB adalah kepada aspek pengagihan yang lebih saksama dalam
pemilikan ekuiti korporat antara Bumiputera dan Melayu dengan etnik Cina. Pelaksanaan
DEB secararidak langsung memberi konotasi yang terbatas kepada pola pasaran bebas dalam
pengurusan ekonomi akibat campur tangan kerajaan dalam mewujudkan kelas pertengahan
dan golongan kapitalis Melayu (Gomez 2004).
DEB juga menyasarkan strategi kearah mengurangkan paras kemiskinan dalam 50
peratus pada tahun 1970 kepada 16.7 peratus menjelang tahun 1990. Manakala kerajaan turut
menyasarkan penguasaan ekuiti dalam sektor korporat oleh bumiputera daripada 24 peratus
pada tahun 1970 kepada 30 peratus menjelang tahun 1990. Sementara itu,penguasaan ekuiti
masyarakat lain terutama golongan etnik Cina dibenarkan berkembang daripada 35 peratus
peratus kepada 40 peratus manakala pegangan ekuiti bahasa asing dikurangkan daripada 63
peratus pada 1970 kepada 30 peratus menjelang tahun 1990 (Drabble 2000).

Kejuruteraan sosial dalam DEB adalah juga bertujuan wujudkan sebuah Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Penekanan tersebut deberikan bagi

membentuk kelas Melayu komersial yang akhirnya membolehkan penyertaan Melayu dalam
sector korporat selaras untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera kepada 1.9 peratus
pada tahun 1970 kepada 30 peratus pada akhir rancangan DEB pada tahun 1990.
Strategi penyusunan semula masyarakat sebenarnya bertujuan mewujudkan
penyertaan seimbang semua etnik dalam setiap kegiatan ekonomi. Anatara maklumat
utamanya dalah pertama, mengurangkan keadaan tidak seimbang struktur guna tenaga.
Kedua, menambahkan hak milik rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif egara
termasuk pemilikan saham sector syarikat. Tegasnya, matlamat ini bertujuan untuk
memastikan bumiputera memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus saham sector syarikat,
sementara 40 peratus kepada oleh kaum bukan bumiputera dan 30 peratus rakyat asing.
Ketiga, mewujudkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan
bumiputera untuk semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi moden (Nik Hashim
1989)
Matlamat DEB dirangkan oleh kerajaan memandangkan ketidakseimbangan atara
ekonomi antara etnik amat ketara, terutamanya jika perbandingan dilakukan antara
bumiputera dengan bukan bumiputera. Ketidakseimbangan ekonomi yang wujud termasuk
aspek corak dan struktur guna tenaga, Agihan pendapatan serta pemilikan modal produktif.
Kesemua punca ketidakseimbangan yang wujud dan bersifat tidak berterusan pasti tidak
akan dapat menghasilkan kemantapan mahupun kestabilan ekonomi, social serta politik yang
diperlukan bagi menjamin kadar pertumbuhan ekonomi yang seimbang untuk meningkatkan
taraf idup penduduk Negara ini.
Peningkatan ekonomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik jelas digambarkan
dalam bidang pemilikan sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Hanya 1.5
peratus modal daripada syarikat yang terdapat dalam Semenanjung Malaysia adalah dimiliki
oleh etnik Melayu pada akhir tahun 1969, sedangkan 22.8 peratus dimiliki oleh etnik Cina
dan 62,1 peratus oleh syarikat asing yang dikendalikan menerusi cawangan syarikat yang
ditubuhkan dalam luar Negara.

Pemilikan Modal Saham oleh Syarikat Berhad di Semenanjung Malaysia (1969)


SYARIKAT BERGABUNG DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Melayu dan kepentingan Melayu
Cina
India
Persekutuan dan Kerajaan
Pencalonan syarikat
Individu lain dan mengendalikan syarikat tempatan
Jumlah pemilikan asing
Jumlah
Sumber: Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975

RM(000)
70633
10644795
40983
21430
98885
470969
2909845
4677540

PERATUS
1.5
22.8
0.9
0.5
2.1
10.1
62.1
100

Berdasarkan fakta dalam jadual tersebut jelas menunjukkan kekuatan dominasi dan kwalan
utama ekonomi Malaysia adalah di tangan etnik bukan Melayu, iaitu pemiikan asing dan
bukannya komuniti Cina. Oleh hal demikian kerajaan memperkenalkan DEB dengan
matlamat mengurangkan kedudukan pemilikan asing dalam Negara.
Akhirnya, penjelasan yang diterima pakai kepada punca berlakunya rusuhan etnik
pada 31 Mei 1969 ialah ketidakseimbangan ekonomi antara kumpulan etnik,. Justeru,
pertimbangan factor etnik menjadi data yang dibentuk bagi menyelesaikan masalah
ketidakseimbangan ekonomidalam memastikan golongan bumiputera Melayu tidak keciciran
dalam meningkatkan penguasaan ekonomi seiring dengan etnik lain dalam Negara ini.
Dalam pelaksanaan DEB, dasar campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk
menaikkan pendapatan masyarakat bumiputera Melayu dengan tujuan untuk mengurangkan
kemiskinan khususnya di kawasan luar Bandar. Di samping itu, kerajaan menyesarkan
pegangan ekuiti dalam sector korporat ditingkatkan daripada 2.4 peratus kepada 30 peratus
menjelang tahun 1990. Sementara itu pegangan ekuiti oleh etnik Cina dibenarkan sehingga
40 peratus, tetapi pegangan ekuiti oleh golongan asing akan dikurangkan kepada 30 peratus.
DEB diperkenalan untuk membenteras aspek kemiskinan masyarakat Malaysia dan
menstruktur semulamasyarakat sehingga dapat menangani pengenalan etnik melalui fungsi
fungsi ekonomi. (Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975).
Rancangan Malaysia Kedua (RM Ke-2) turut memberi panduan yang jelas terhadap
agenda yang memartabatkan peningkatan penyertaan etnik Melayu dalam arena perniagaan
dan perdagangan. RM Ke-2 mengalurkan hasil kerajaan mewujudkan satu MPPB dalam satu
tempoh melalui pelbagai langkah yang meliputi bantuan kewangan dan dan latihan,
mewujudkan tempat perniagaan yang sesuai di Bandar-bandar, mengadakan usaha sama ada
etnik bukan Melayu bagi memperoleh pengetahuan, pengalaman dan pasaran, dan
menggalakkan penubuhan perusahaan-perusaan kecil dan berusaha menukar sikap etnik
Melayu agar cenderung kea rah membentuk budaya perniagaan dan perusahaan. Latar
belakang dalam mewujudkan MPPB adalah imbasan daripada pelaksanaan DEB yang
dimulakan pada RM Ke-2 yang menekankan dua strategi utama. Antara yang terpenting
adalah memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi dan seterusnya menghapuskan
pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi. Sunguhpun system nilai dan sikap bumiputera
telah melalui perubahan positif dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, namun golongan
usahawan bumiputera masih ketinggalan dari segi daya cipta, budaya niaga yang baik serta
semangat bekerja yang gigih.
Sepanjang pelaksanaan DEB mewujudkan galakan yang diberikan oleh pihak
kerajaan dalam usaha menaikkan status ekonomi dalam kalangan etnik Melayu. Pelbagai
insentif diadakan demi membantu pencapaian ekonomi terutama dalam kalangan perusaha
Melayu. Tambahan pula, banyak agensi diwujudkan oleh kerajaan untuk member peluang
kepada bumiputera member pengalaman yang luasserta menjalankan perniagaan sendiri
sebagai pengusaha apabila mengumpulkan modal yang secukupny. Bagaimanapun kemajuan
yang ditunjukkan oleh etnik Melayu dalam menguasai bidang perniagaan masih belum dapat
menjadi ukuran kepada pencapaian matlamat kerajaan yang sebenarnya.

Dalam aspek ekonomi politik, sememangnya kerajaan mengamalkan dasar campur


tangan dalam melaksanakan DEB dengan harapan dapat memenuhi pencapaian ekonomi
manpan antara bumiputera dengan bukan bumiputera seterusnya merapatkan jurang dan
memenuhi hasrat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Justeru, terdapat pelbagai langkah
utuk melahirkan MPPB dengan harapan dapat menambah ppenyertaan etnik Melayu dalam
bidang perniagaan dan perindustrian.
Di samping itu, matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan nasional melalui
penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi untuk mengurangkan ketidakseimbangan
sosioekonomi yang wujud antara etnik. Pendekatan yang digunakan adalah dengan member
keutamaan kepada etnik Melayu dan juga bumiputera lain yang ketinggalan dalam arus
perdana pembangunan ekonomi. Oleh itu, DEB dianggap sinonim dengan perpaduan nasional
dalam membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara etnik (Mauzy, 1997).
Terdapat dua objektif khusus DEB. Pertama, untuk mengurangkan kemiskinan
melalui peningkatan pendapatan dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa
mengira etnik. Kedua, untuk menyusun semula mayarakat supaya pengenalan kumpulan etnik
dengan fungsi ekonomi dapat dihapuskan (Malaysia 1991). Langkah mengurangkan
kemiskinan terkandung dalam tiga strategi utama(Shireen 1998). Pertama, meningkatkan
kualiti hidup golongan miskin dengan menyediakan perkhidmatan social kepada mereka
seperti perumahan, kesihatan, pendidikan dan utility. Kedua, meningkatkan pendapatan dan
produktiviti golongan miskin dengan pemberian bantuan modal, teknogi, pemasaran dan
latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka. Ketiga, membuka lebih banyak peluang
pekerjaan bagi membolehkan mobiliti golongan miskin untuk keluar dari sektor produktiviti
rendah kepada sector produktivi tinggi. Untuk tujuan ini, pendidikan, latihan dan kemahiran
akan disertakan untuk membantu penyertaan golongan miskin dalam sektor ekonomi moden.
Berkaitan dengan objektif kedua, iaitu menyusun semula masyarakat, matlamat ini
akan dicapai melalui penyusunan semula corak guna tenaga, pemilikan modal saham dalam
sector korporat dan pembentukkan MPPB. Pembentukkan MPPB dianggap penting kerana
kewujudan MPPB akan memastikan penyertaan bumiputera yang berkesan dalam sektor
ekonomi moden. DEB menyasarkan penyusunan semula masyarakat kepada tiga peringkat.
Pertama, meningkatkan bahagian bumiputera dalam guna tenaga di sector ekonomi moden.
Kedua, meningkatkan bahagian bumiputera dalam pemilikan saham korporat dan ketiga
meningkatkan bilangan usahawan bumiputera dan penguasaan bumiputera dalam pengurusan
korporat. jaduan di bawah meunjukkan objektif dan sasaran DEB.

Bagi mencapai objektif dan sasaran tersebut, pelbagai institutsi ekonomi dan sosial
telah ditubuhkan untuk membantu golongan bumiputera (Kok 1994; Rajakrishnan 1993;
Stadford 1997) . Agensi-agensi kerajaaan yang telah sedia ada seperti Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian
Malaysia (MARDI) disokong dengan dana yang besar untuk melaksanakan dan
mempercepatkan projek pembangunan di luar Bandar. Agensi yang baharu seperti Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), MAJUIKAN (Anak Syarikat
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan MAJUTERNAK juga ditubuhkan untuk
meningkatkan pendapatan dan produktiviti golongan bumiputera.
Selain itu, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri ditubuhkan untuk melaksanakan projek industri dan komersial bagi
menggalakkan dan membolehkan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi moden.
Kemudahan kredit, khidmat nasihat dan infrastruktur disediakan melalui agensi seperti
MARA, Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) dan Bank Bumiputera. Bagi
meningkatkan penyertaan dan pemilikan bumiputera dalam ekonomi. Perbadanan Nasional
Berhad (PERNAS) telah ditubuhkan untuk menguasai dan membangunkan syarikat sebagai
amanah bagi pihak bumiputera.
Bagi memastikan matlamat penyusunan masyarakat tercapai terutamanya dalam
pemilikan ekuiti korporat, kerajaan telah menggubal IndustrialCoordinationAct (ICA) adalah
untuk mewujudkan penstrukturan eikuiti dan pemilikan berdasarkan formula pembahagian
30:30:40, iaitu 30 peratus peruntukan kepada bumiputera Melayu, 30 peratus oleh bangsa
asing manakala 40 peratus dimiliki oleh etnik Cina (Snodgrass 1995).
ICA 1975 menetapkan bahawa sesebuah firma atau syarikat yang memiliki RM
100,000 atau lebih dalam bentuk syer serta mempunyai 25 orang pekerja atau lebih perlu
memperuntukkan sebanyak 30 peratus peluang pekerjaan ekuiti firma atau syarikat kepada
bumiputera Melayu (Lee 2000). ICA telah dapat meningkatkan aktiviti-aktiviti perniagaan
dalam kalangan bumiputera. Semua projek dan kilang pembangunan yang mempunyai saiz
tertentu harus memastikan bahwa ekuiti bumiputera terdiri daripada 30 peratus.
Di samping itu, ICA yang diletakkan di bawah Kementerian Perdagangang dan
Industri bertanggungjawab penuh dalam soal kelulusan dan pemberian lessen, pemilikan,
pengajian dan pengambilan pekerja, kuota pembahagian produk-produk pengeluaran serta
penetapan pada harga dalam sesuatu produk. Pengenalan ICA telah mengundang masalah
tidak puas hati dalam kalangan pengusaha firma terutamanya masyarakat niaga Cina. Mereka
terpaksa merizabkan 30 peratus ekuiti syarikat kepada bumiputera Melayu dan mengambil
pekerja daripada etnik Melayu. Di samping itu, corak guna tenaga dalam sesebuah syarikat
juga dikehendaki mencerminkan komposisi rakyat di negara ini.

Melalui pelaksanaan ICA, syarikat yang ingin melabur dalam sektor pembuatan perlu
mendapatkan lessen daripada kerajaan. Lessen hanya akan diberikan kepada pelabur atau
syarikat yang mematuhi syarat-syarat tertentu dan juga menjalankan aktiviti yang selari
dengan objektif ekonomi dan sosial negara. Hal ini bermakna, pelaburan yang dijalankan
harus selari dengan DEB yang menghendaki penyertaan bumiputera dalam hak milik modal
dan pekerjaan. Oleh itu, ICA merupakan kerangka institusi yang melaksanakan dan
memastikan matlamat penyususan semula masyarakat dapat dicapai.
Objektif DEB untuk menyusun semula masyarakat merupakan objektif yang
paling banyak mendapat kritikan dan menimbulkan perdebatan, khususnya dalam kalangan
bukan bumiputera. Objektif DEB untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam
sektor korporat kepada 30 peratus pada tahun 1990 itu dianggap sebagai satu diskriminasi
etnik. Tidak kurang juga yang mempunyai pendapat bahawa DEB menjadi factor penghalang
kepada pertumbuhan pesat ekonomi negara. Hakikatnya, DEB secara jelas menyatakan
bahawa dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan dan pemilikan bumiputera dalam
ekonomi, ia tidak akan meminggirkan dan merugikan kumpulan etnik lain.
Bagi tujuan tersebut, objektif penyusunan semula masyarakat dilaksanakan
dalam konteks pertumbuhan ekonomi yang pesat. Pembahagian kekayaan bagi menyusun
semula masyarakat hanya dilakukan ke atas kekayaan baharu yang dihasilkan melalui
pertumbuhan pesat ekonomi negara. Dengan yang demikian, pertumbuhan ekonomi yang
pesat menjadi sesuatu yang penting dalam usaha mencapai matlamat DEB. Dianggarkan
pelaksanaan DEB memerlukan ekonomi negara tumbuh pada kadar 8.0 peratus setahun
sepanjang tempoh perlaksanaan DEB (1971-1990) (Malaysia 1991).
Pelaksanaan DEB adalah berpandukan falsafah pembangunan pertumbuhan
dengan agihan. Berasaskan falsafah ini, pertumbuhan dilihat bukan sebagai matlamat, tetapi
sebagai alat untuk mencapai matlamat akhir dasar pembangunan negara, iaitu perpaduan
nasional. Perpaduan nasional bagaimanapun diandaikan akan tercapai apabila
ketakseimbangan ekonomi antara etnik dapat diatasi. Tegasnya, falsafah pertumbuhan
dengan agihan memberi tumpuan kepada agihan kekayaan negara antara kumpulan etnik.
Apabila berakhirnya era DEB pada tahun 1990, kedudukan pemilihan modal
saham bumiputera telah meningkat agak ketara walaupun tidak berjaya mencapai sasaran 30
peratus ekuiti korporat sebagaimana yang ditetapkan dalam DEB. Perkara yang penting
dalam falsafah pertumbuhan dan agihan secara umumnya memperlihatkan DEB telah berjaya
meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pekerjaan di bandar, melahirkan golongan
profesional dan kelas menengah bumiputera serta melahirkan golongan pemodal bumiputera.
Sungguhpun matlamat penyusunan semula masyarakat mendapat kritikan hebat,khususnya
dalam kalangan etnik Cina, namun dapat diperhatikan bahagian pemilikan etnik Cina adalah
meningkat, iaitu jumlahnya menghampiri separuh daripada nilai keseluruhan pemilikan ekuiti
nasional iaitu 45 peratus pada tahun 1990 berbanding 27 peratus pada tahun 1970.

Falsafah pertumbuhan dengan agihan dalam DEB sebenarnya membawa kepada


limpahan kemakmuran merentasi etnik. Dalam meneliti falsafah di sebalik DEB, sebenarnya
ia merupakan situasi menang-menang yang memperlihatkan masyarakat bukan bumiputera
khususnya etnik Cina juga menerima limpahan kemakmuran daripada dasar kerajaan.
Kebanyakan projek yang dilaksanakan pada masa itu diketuai oleh kontraktor-kontraktor
etnik Cina, umpamanya pembersihan hutan, pembinaan jalan, tali air dan bahan-bahan binaan
untuk kawasan petempatan. Keadaan ini sebenarnya bukan sekadar memberi peluang kepada
etnik Cina menikmati pendapatan yang memuaskan tetapi turut melonjakkan penguasaan dan
pemilikan saham selepas pelaksanaan DEB.

Kejayaan Ekonomi Malaysia


Secara umumnya, ekonomi Malaysia telah menempa kejayaan yang boleh dibanggakan.
Malah, terdapat beberapa pengkaji dan pemerhati pembangunan ekonomi Malaysia
mengungkapkan pandangan yang begitu positif terhadap ekonomi Malaysia. Sebagai contoh,
Bank Dunia mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai salah satu naegara yang tergolong dalam
keajaiban ekonomi Asia Timur (World Bank 1993). Snodgrass(1995) mengatakan ekonomi
Malaysia merupakan kejayaan pembangunan ekonomi dalam multietnik. Chowdhury dalam
Islam (1996) dan Ahluja (1997) pula mengatakan bahawa Malaysia merupakan negara yang
Berjaya mencapai pertumbuhan secara agihan, manakala Authukorala dan Menom ( 1999)
mengukapkan bahawa Malaysia merupakan Negara yang mempamerkan kisah kejayaan
pembangunan. Persepsi sedemikian umumnya membuatkan Mlaysia dipertimbangkan
sebagai model untuk diikuti negara seddang membangun yang lain.

Pembangunan Manusia dan Pengurangan Kadar Kemiskinan


Pencapaian yang lebih membanggakan ialah pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia dalam
tempoh 4 dekat yang lalu telah berjaya diterjemahkan kepada pengurangan ka dar kemiskinan
dan kemajuan dari segi pembangunan manusia. Kadar kemiskinan di Malaysia Berjaya
dikurangkan dengan ketara iaitu daripada 52.4% pada tahun 1970 kepada 17.1% pada tahun
1990 dan seterusnya 5.7% dada tahun 2004. Bilangan isi rumah miskin Berjaya dikurangkan
sebanyak 1,000,000 isi rumah pada tahun 1970 kepada 311,300 isi rumah pada tahun 2004.
Kemiskinan tegar juga Berjaya dikurangkan daripada 3.9% pada tahun 1990 kapada 1.2%
pada tahun 2004. Dalam tempoh yang sama (1990-2004), bilangan isi rumah miskin tegar
berjaya dikurangkan lebih kurang separuh, iaitu daripada 137,100 isi rumah pada pada tahun
1990 kepada 67,300 isi rumah pada tahun 2004.

Kualiti Hidup yang Meningkat


Pertumbuhan dan peningkatan pendapatan yang agak tinggi semenjak empat dekat yang lalu
menyebabkan kualiti hidup rakyat Malaysia telah meningkat. Hal ni dapat dilihat dari aspek
kesihatan seperti jangka hayat yang semakin meningkat, kadar kematian bayi dan kadar
kematian semakin rendah. Begitu juga jika dilihat dari aspek pendidikan, pemilikan barangbarang keperluan asas dan penyediaan infrastruktur seperti jalan raya. Peningkatan kualiti
hidup rakyat Malaysia ini ditunjukkan oleh peningkatan dalam Indeks Kualiti Hidup

Malaysia (IKHM) yang merupakan ukuran kebajikan dan kesejahteraan kehidupan perspektif
yang lebih meluas. IKHM meliputi bukan sahaja aspek pendapatan, tetapi juga aspek lain
kehidupan seperti kehidupan bekerja, kehidupan bekeluarga, pengankutan dan komunikasi,
kesihatan, pendidikan dan keselamatan awam. Semenjak tahun 2000, petunjuk kuakiti hidup
memperlihatkan trend yang semakin meningkat.

Isu dan Cabaran


Ekonomi Malaysia telah mempamerkan prestasi yang membanggakan dari segi kepesatan
pertumbuhan ekonomi, pengurangan kadar kemiskinan dan peningkatan kualiti hidup rakyat.
Selain itu, melalui pertumbuhan ekonomi yang pesat, penyusunan semula masyarakat telah
berjaya dilakukan walaupun barangkali kejayaannya barangkali terhad.
DEB yang dilaksanakan telah berjaya melahirkan golongan professional, meningkatkan kelas
tengah bumiputera serta melahirkan golongan usahawan bumiputera. Namun, kejayaan
tersebut juga diiringi dengan kelemahan yang menjadi isu dan cabarandalam menguruskan
ekonomi negara.

Ketaksamarataan Pendapatan yang Semakin Melebar


Dalam tempoh pelaksanaan DEB, ketaksamarataan pendapatan dalam mesyarakat seperti
yang ditunjukkan oleh nilai koefisyen Gini, pada awalnya semakin melebar sehingga tahun
1976. Namun, ketaksamarataan pendapatan kemudiannya semakin baik sehingga tahun 1990.
Walaubagaimanapun, semenjak tahun 1990 agihan pendapatan memperlihatkan keadaan
semakin buruk dengan jurang pendatan antara yang kaya dengan yang miskin semakin
melebar semula.
Selepas tahun 1990, ketaksamarataan agihan pendapatan dilihat semakin buruk dalam
kalangan kumpulan etnik. Semenjak tahun 1990, ketaksamarataan aguhan pendapatan dalam
kalangan etnik Melayu, Cina dan India semakin melebar. Pada tahun 2004, koefisyen Gini
bagi kumpulan etnik Melayu, Cina dan India ialah masing-masing 0.452, 0.446 dan 0.425.
Dapat diperhatikan juga bahawa ketaksamarataan agihan pendatan kumpulan etnik tersebut
adalah lebih buruk pada atahun 2004 jika dibandingkan dengan keadaan pada awal
kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Nisbah jurang pendapatan antara bandar dengan luar bandar pulatelah menurun antara tahun
1970 dan tahun 1990 tetapi selepas tahun 1990 jurang tersebut telah meningkat. Nisbah ini
telah mengecil kepada 1.70 pada tahun 1990 tetapi kemudiannya meningkat kepada 2.11 pada
tahun 2004. Malah, pada tahun 2004, jurang antara bandar dan luar bandar hampir kembali
kepada keadaan asal pada tahun 1970. Hal ini menggambarkan selepas tahun 1990,
waalaupun pendapatan isi rumah di bandar dan luar bandar telah meningkat,kadar
peningkatan pendapatan tersebut adalah lebih tinggi di Bandar berbanding dengan di luar
Bandar. Maksudnya, masalah ketaksamarataan pendapatan antara bandar dan luar bandar
masih merupakan antara masalah yang perlu ditangani.

PERTUMBUHAN ATAU AGIHAN?


Melalui falsafah pertumbuhan dengan agihan Malyasia telah mencapai
pertumbuhan ekonomi dengan cukup pesat.Lebih membanggakan,pertumbuhan ekonomi
tersebut telah berjaya diterjemahkan dalam bentuk penurunan kadar kemiskinan yang
signifikan dan juga peningkatan kualiti hidup rakayt Malaysia.Namun,rekod kecemerlangan
ekonomi Malaysia dari segipertumbuhan tersebut tidak diiringi oleh agihan pendapatan yang
lebih sama rata dalam masyarakat.Malah,ketaksamarataan pendapatan kekal tinggi kalaupun
tidak semakin melebar .Keadaan ini memberi gambaran bahawa pengalaman Malaysia seolah
olah dalam pertumbuhan tanpa agihan.Selain itu,dimensi agihan yang dahulunya diabaikan
kini muncul dan menjadi cabaran penting dalam menguruskan ekonomi negara.
Ketaksamarataan antara etnik,antara wilayah/negeri dan antara bandar dan luar bandar
menjadi dimensi agihan yang menuntut perhatian.Sementara itu,kemiskinan di luar Bandar
dan juga bagi Orang Asli dan kelompok minority tertentu di Sabah dan Sarawak masih secara
relatifnya tinggi.Keadaan ini memberi cabaran baharu dalam menguruskan ekonomi
Negara.Cabaran ini semakin rumit dalam keadaan ekonomi Malaysia yang semakin
meningkat keterbukaannya kepada ekonomi global.Justeru,telah mendedahkan ekonomi
Malaysia kepada risiko berkaitan perkembangan ekonomi global dan memberikan cabaran
besar kepada kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara,khususnya dalam usaha
mengekalkan kepesatan pertumbuhan ekonomi dan mengagihkan kekayaan Negara agar lebih
sama rata.
Umumnya,walaupun falsafah peetumbuhan dan agihan telah dikekalkan dalam
semua dasar pembangunan negara,dari era DEB hingga sekarang,namun agak menarik
bahawa ketegasan pelaksanaannya telah berubah melalui masa.Boleh dikatakan bahawa
ketegasan kerajaan dalam melaksanakan semangat yang terkandung dalam DEB,khususnya
dalam penyusunan semula masyarakat,hanya diikuti dengan tegas dalam tempoh Rancangan
Malaysia Kedua.Dalam tahun-tahun selepas Rancangan Malaysia Kedua,akibat daripada
pelbagai factor,ketegasan kerajaan dalam melaksanakan penyusunan semula masyarakat
diperhatikan menjadi semakin lemah.
Pada tahun 1985-1986,Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi akibat daripada
kemelesetan ekonomi dunia.Kemelesetan berkenaan menyebabkan kejatuhan mendadak
harga komoditi utama seperti kelapa sawit dan getah seta merosotnya permintaan eksport
barangan elektronik Negara.Akibatnya,pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh
mendadak.Bagi menarik pelaburan dan memastikan ekonomi Negara terus berkembang
pesat,kerajaan telah membuat perubahan drastik. ICA yang merupakan institusi yang akan
memastikan matlamat penyusunan semula masyarakat dicapai telah
dilonggarkan.Malah,keperluan lessen telah dikecualikan bagi membolehkan usahawan Cina
menguasai industry kecil dalam sektoe pembuatan (Yasuda 1991).
Kemelesetan ekonomi yang dialami Negara pada tahun 1985-2986 juga
mengurangkan pendapatan kerajaan dan keadaan ini member kekangan kepada perbelanjaan
kerajaan dalam usahanya meningkatkan penyertaan bumiputera dan ekonomi moden.Bagi

mengaasi beban kewangan yng dihadapi kerajaan dan memastikan ekonomi Negara terus
berkembang,kerajaantelah melaksanakan liberalisasi ekonomi dengan program penswastaan.
Dasar penswastaan yang mula diperkenalkan pada tahun 1983 melibatkan
pemindahan perkhidmatan atau perusahaan milik awam kepada sector swasta.Antara
tujuan dasar penswastaan adalah untuk :
1. Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan
2. Meningkatkan persaingan,memperbaiki kecekapan dan menambah
produktiviti;
3. Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian;
4. Mengurangkan bilangan dan saiz sector awam; dan
5. Membantu pencapaian matlamat DEB.
Selain daripada mengurangkan beban kewangan kerajaan, dasar penswastaan
bertujuan untuk meningkat kecekapan dan produktiviti,yang merupakan elemen
penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi.Namun,tujuan kelima dasar
penswastaan memastikan bahawa melalui proses penswastaan ,kerajaan dapat
menggalakkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta bumiputera atau bilangan
pengurus-pengurus bumiputera bagi memenuhi matlamat DEB.Golongan bumiputera
juga akan lebih berpeluang untuk terlibat dalam sector perindustrian.Hal ini
bermakna, walaupun program penswastaan dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan
pertumbuhan ekonomi melalui pengembangan perana pasaran ekonomi negara,namun
matlamat penyusunan semula masyarakat kelihatan tidak diabaikan.
Liberalisasi ekonomi dan penekanan kerajaan terhadap agenda pertumbuhan
bebanding dengan agenda agihan kelihatan semakin jelas di bawah pentadbiran
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi melonjakkan ekonomi Malaysia
mencapai status negara maju seperti dihasratkan dalam Wawasan 2020, Model
Ekonomi Baru (MEB) telah dilancarkan.Antara tonggak penting dalam MEB ialah
Program Tranformasi Ekonomi (PTE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (20112015).Dalam kedua-dua tonggak ini,penekanan diberikan kepada sektor swasta bagi
menjana pertumbuhan ekonomi.Selain itu,subsidi juga akan dikurangkan secara
berperingkat peringkat bagi meningkatkan kecekapan ekonomi.Barangkali
penekanan yang berlebihan kepada agenda pertumbuhan dalam MEB,melalui PTE
dan RM ke-10,telah menimbulkan persepsi bahawa semangat DEB semakin terabai
semakin terabai sehingga menimbulkan keresahan sebahagian etnik
Melayu/bumiputera.

Kesimpulan
Kegiatan ekonomi secara umumnya telah meningkatan interaksi antara pelbagai etnik
di Malaysia dan menyumbang kepada perpaduan dalam masyarakat . Namun sekiranya
output negara tidak diagihkan secara adil antara etnik dan kelas,keadaan ini boleh
menimbulkan ketidakpuasan hati dalam masyarakat.Keadaan ini akan mengundang kepada
ketegangan dan konflik dalam masyarakat dan seterusnya mungkin membantutkan
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Oleh yang demikian,ekonomi Malaysia perlu diuruskan dengan baik dan berkesan.Hal
ini,memerlukan bukan sahaja kepada agenda memacu ekonomi negara agar tumbuh
pesat,tetapi juga memerlukan agenda agihan kekayaan agar hasil daripada pertumbuhan
ekonomi tersebut dapat dinikmati secara adil oleh masyarakat. Mencari titik keseimbangan
antara agenda pertumbuhan dengan agenda agihan yang adil merupakan satu peranan berat
yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan .
Pada tahun 1971,DEB telah dibentuk dengan matlamat untuk mewujudkan perpaduan
nasional dan ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat diatasi . DEB mengambil
perspektif etnik dalam mengemukakan penyelesaian terhadap persoalan agihan kekayaan
negara.Walaupun umumnya kerajaan berhasrat untuk memastikan penyusunan semula
masyarakat dicapai,namun didapati kerajaan agak fleksibel dan pragmatik dalam hal
ini.Penyusunan semula masyarakat dilakukan dengan pendekatan membesarkan kek ekonomi
yang kemudiannya baru diagih agihkan. Apabila ekonomi negara berdepan dengan
kemelesetan ekonomi ,kerajaan didapati lebih mengutamakan agenda pertumbuhan ekonomi
daripada agenda agihan.Dalam keadaan tertentu,kerajaan bergerak seiring dengan kuasa
pasaran bagi memastikan kepesatan pertumbuhan ekonomi negara.
Sepanjang tempoh empat dekad yang lalu,ekonomi Malaysia telah mencatatkan
prestasi yang membanggakan.Pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia telah berjaya
diterjemahkan dalam bentuk pengurangan kadar kemiskinan dengan begitu signifikan.Begitu
juga berlaku peningkatan dalam aspek pembangunan manusia dan kualiti hidup secara
keseluruhannya . Kedudukan ekonomi etnik melayu juga telah dapat dipertingkatkan
.Kejayaan ini sebahagiannya boleh dikatakan disumbangkan oleh keharmonian social dan
kestabilan politik yang wujud dalam negara sepanjang tempoh tersebut. Perlu ditegaskan
bahawa keharmonian social dan kestabilan politik negara ini bukan dicapai secara tidak
sengaja berdasarkan kepada nasib semata mata tetapi disokong oleh dasar kerajaan yang
dibentuk secara berwawasan.
Walau bagaimanapun, disebalik kepesatan pertumbuhan ekonomi negara dan kejayaan
mengurangkan kemiskinan terdapat perkembangan yang membimbangkan . Ketaksamarataan
pendapatan dalam negara semakin melebar antara yang kaya dengan yang miskin dalam
kalangan setiap etnik.Dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini untuk mencapai
perpaduan nasional mungkin akan berhadapan dengan masalah ketengangan dan perpecahan
dalam etnik itu sendiri sekiranya isu ketaksamaan ini gagal ditangani dengan berkesan.

You might also like