Bajau Dan Dusun KB

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Masyarakat Bajau dan Dusun di Sabah


Sebelum Tahun 1900
Yunus Saurnan Sabin*

LATAR BELAKANG PENDUDUK


Dalarn banci yang dijalankan pada tahun 1970, Sabah rnernpunyai penduduk serarnai 651
302 orang.! Daripadajumlah itu, penduduknya terbahagi kepada beberapa suku kaurn yang
dorninan dan kecil. Sabah mernpunyai 38 suku kaurn dengan 88 dialek bah as a termasuk 39
dialek Dusun. Di kalangan penduduk burniputera Sabah, suku kaurn Dusun rnerupakan
penduduk yang paling rarnai diikuti kaurn Bajau, kernudian kaurn Murut. Untuk lebihjelas
tentang penduduk Sabah, sila lihat ladual 1 di bawah.
Jadual 1 lumlah Penduduk Sabah Mengikut Kaum pada Tahun 1970
Kaum

Bilangan

DusuniKadazan
Bajau
Murut
Melayu
Bumiputera lain
Cina
Indonesia
Lain-lain
lumlah

183574
77 755
30908
18244
126274
138512
39155
36882
651 302

Secara urnurnnya, taburan penduduk di Sabah tidak sekata. Kebanyakan penduduknya


terturnpu di kawasan bandar, kawasan perindustrian dan kawasan pertanian. Manakala di
kawasan pedalarnan rnasih rnerupakan kawasan hutan sarna ada hutan tebal rnahupun hutan
sekunder iaitu kawasan yang telah diteroka oleh rnas yarakat pedal am an sendiri untuk

Penulis ialah pengajar di labatan Sej arah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Pad a tah un 1990, jumlah penduduk Sabah telah 'mencapai 1.7 juta. Lihat Tourist Development Corporation of
Malaysi a Mini stry of Culture and Tourism, 1990. Sabah: Map and Guide. Kuala Lumpur: Utusan Printcorp
Sdn . Bhd., him. I.

44

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MASYARAKAT BAJAU DAN DUSUN DI SABAH SEBELUM TAHUN 1900

~atan

pertanian. 2
Taburan penduduk mengikut kaum juga adalah tidak sekata. Kebanyakan pen dud uk
sunlKadazan mendiami kawasan pedalaman seperti daerah Keningau, Tambunan, Ranau,
-! JPid dan juga di kawasan lembah tempat mereka boleh menjalankan kegiatan tradisi
menanam padi. Orang Murut pula mendiami kawasan yang jauh di pedalaman seperti
-!-om, Pensiangan dan Sapulut.
~asyarakat Brunei dan Bajau terutamanya masyarakat Bajau di pantai barat Sabah
adiami kawasan pesisir dan lembah. Mereka menjalankan kegiatan pertanian di samping
njadi nelayan.3 Orang Cina pula mendiami kawasan bandar dan merupakan penduduk
~ nan bandar. Mereka menjalankan kegiatan perniagaan seperti menjadi pemilik kedai
c:.:m penjual pelbagai jenis barangan, terutamanya barangan kilang sarna ada yang dibawa
c.=ri luar mahupun yang dikeluarkan sendiri. Di pekan-pekan kecil, orang Cina merupakan
~m borong dan peruncit barangan siap, juga hasil pertanian masyarakat tempatan. Dalam
...:>--pek sosioekonomi, kewujudan mereka dilihat sebagai sangat penting.

L '\TAR BELAKANG MASYARAKAT BAJAU DAN DUSUN


_ Iasyarakat Bajau
_ fenurut David E. Sopher, 4 nama 'Bajau' diberikan oleh orang B ugis dengan sebutan 'waju'
.. ang bermaksud orang yang bergerak secara berkumpulan. Kenyataan ini kalau dirujuk
epada realiti kehidupan awal masyarakat Bajau yang dikatakan sebagai penghuni perahu
sea nomad) sememangnya tepat. Namun, penulis perIu menyatakan bahawa seawal abad
.'e-19, masyarakat Bajau terutamanya di bahagian pantai barat Sabah (dari Teluk Gaya ke
Teluk Marudu) telah mula berubah corak kehidupan mereka. Telah ada di kalangan mereka
: ang menetap di darat dan mengamalkan kegiatan bertani dan menternak sehinggakan
mereka diistilahkan sebagai sedentary Bajau,5 at au 'Barat Darat'. Ada pula yang menganggap bahawa nama 'bajau' itu adalah sinonim kepada lanun iaitu 'bajak laut' atau 'baja
laut' .6 Namun, apa pun tanggapan terhadap nama 'Bajau' itu, kewujudan dan peranannya
dalam mencorakkan sejarah hubungan ras di Sabah adalah am at penting.
:1

Kegiatan pertanian di kalangan penduduk tempatan terutamanya orang Dusun merujuk kegiatan penanaman
padi bukit atau padi huma dan penanaman getah secara persendirian dalam saiz kebun. Corak kehidupan seperti .
ini merupakan warisan tradisi mereka secara turuntemurun.
3 Untuk melihat huraian secara mendalam ten tang masyarakat Bajau di pantai barat Sabah terutamanya di Kota
Belud, sila lihat Yap Beng Liang, ' Perubahan Sosial Dalam Masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah ' . Disertasi
Ph.D. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
4 David, E. Sopher, 1965. The Sea Nomads -A Study of The Maritime Boat People of Southeast Asia. Singapura:
National M useum of Singapore, him. 158.
5 Ibid., him. 137- 139. Istilah ini memang tidak asing 1agi kepada para pengkaji bagi merujuk masyarakat Bajau
yang tidak lagi menjadikan perahu mereka sebagai rumah mereka tetapi sudah mendirikan rumah di darat dan
mengamalkan cara hid up seperti bert ani dan menternak secara kecil -kecilan . Perubahan ini dilihat oleh penulis
sebagai kesan daripada pertembungan dengan masyarakat Dusun yang seterusnya menyaksikan penerimaan
pengaruh daripada mereka. Walaupun petempatan mereka itu pada mulanya hanya di muara-muara dan tebingtebing sungai tetapi dengan berubahnya masa, mereka perlahan-lahan bergerak ke kawasan rata dan lapang
bagi menjalankan kegiatan menan am padi sebagaimana yang dilakukan secara tradisi oleh sebahagian besar
masyarakat Dusun. Keadaan sedemikian membawa kepada satu lagi istilah yang sering juga digunakan oleh
para penulis Barat sebagai Bajau in the palins.
6 Ben J. Wallace, 1972. Village Life in Insular Southeast Asia. Boston: Southern Methodist University, Little
Brown and Company, him . 15.

45
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Selain tanggapan tentang Bajau yang berbeza-beza itu, nama 'Bajau' juga sebenarnya
rnernpunyai variasi ejaan, contohnya, dieja sebagai 'badjao', 'bajao', 'badjaw' dan 'badjau'.7
Sernentara itu, rnenurut Aliarnan Othman yang tinggal di Karnpung Rarnpaian, Menggatal,
arwah datuknya Allahyarharn Dt. Dakula rnernberitahunya bahawa bangsa Melayu keturunan
suku Bajau di Sabah berasal dari Indonesia yang dikenali sebagai Bajueh, Bajo dan Bajoe. s
Variasi ejaan dan sebutan ini berpunca daripada suku-suku kaurn lain yang rnengenali
rnasyarakat Bajau tersebut. Ini juga rnerupakan salah satu bukti yang rnenunjukkan bahawa
rnasyarakat Bajau rnernang terkenal di kalangan penduduk kepulauan Melayu. Gaya hidup
rnereka yang berpindah-randah dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain telah rnernbuka
ruang perkenalan kepada rnasyarakat lain sehingga rnereka diistilahkan oleh rnasyarakat
sekeliling rnengikut loghat dan tanggapan rnasing-rnasing.
Di sarnping itu, rnasyarakat Bajau juga sebenarnya rnernpunyai sub-sub suku yang
tertentu . Suku-suku yang dirnaksudkan termasuklah IlIanun (Irranun), SuI uk, Obian dan
Binadan. 9 Eddy Hiew 10 rnenjelaskan bahawa 'records show that Bajau is a collective term
for a member of tribal groups, including Irranun, Suluk, Obian, Binadan and Sama professing the Islamic faith' . Walau bagairnanapun, kenyataan Eddy ini terdapat sedikit kesilapan
kerana 'sarna' itu adalah sinonirn kepada 'Bajau' iaitu gelaran bagi keseluruhan suku-suku
yang terangkurn itu. Ini diakui oleh C. Sather yang rnenyatakan 'In my own experience, the
generic label they apply to themselves, at least in Sabah is Sama or a 'a sama .... " Dalarn
kenyataan Mohd. Yassin Isa, beliau rnenarnbah bahawa suku-suku kaurn Bajau itu termasuklahjuga Kagayan, Balangigi (Bangingi), Magindanurn , Yakan , Tabawan, Luwaan, Sirnunul,
Pengutaraan, Sukubung, Banaran (Binadan) Sibutu dan Megaki .12
Oleh sebab kenyataan tentang kepelbagaian suku dalarn rnasyarakat Bajau adalahjelas
rnaka dalarn kajian ini penulis turut rnerujuk perkara yang sarna. Ini bermakna, apabila
penulis rnenyentuh suku kaurn Bajau bererti suku-suku yang terangkurn dalarnnya adalah
tergolong sarna kecuali suku Illanun (Irranun) kerana suku kaurn ini sering kali dilihat oleh
rnasyarakat Eropah sebagai berbeza dengan rnasyarakat Bajau urnurnnya ll dan seperti yang
penulis telah nyatakan pada awal lagi bahawa ini rnelibatkan rnasyarakat pesisir. Jadi ,
rnernandangkan sernua suku dalarn kaurn Bajau itu secara urnurnnya rnendiarni kawasan
pesisir, rnaka segal a bentuk hubungan di kalangan rnereka dengan rnasyarakat pedalarnan
telah diarnbil kira.

7
8
9
10
II
12
13

H. Arlo Nimmo. 1968. "Re flection s On Bajau History," dIm. Philippine Studies, 16: I, hIm. 33. Dalam Fail
'Kaum Bajau', QRC, 20C, Sabah State Library.
Mohd. Yassin Isa, "Asal-usul Bajau," dIm. Bulletin Memhaca, Bi!. 2/87, hIm. 4, Sumber: Arkib Negeri Sabah.
Sahah In Brief; labatan Penerangan, Kota Kinabalu, 1977, hIm. 7. Lihat juga North Borneo AfFairs Record
(NBAR ), lesselton, 1956, hIm. 13.
Eddy Hiew, "In The Heart of Bajau Land", dIm. Daily Express, Ahad , 12 Mei 1991, hIm. 6.
Yap Beng Liang, op. cit. , hIm. 150.
Mohd. Yassin Isa, op. cit. , hIm. 4.
Dalam banci penduduk yang dibuat oleh pentadbiran British North Borneo Company umpamanya sering kali
mengasingkan suku kaum Bajau dan Illanun. Dengan kata lain, tidak dinyatakan sama ada suku Illanun itu
subsuku yang terangkum dalam sukubangsa Bajau. Walaupun ban yak kajian (sebagaimana yang tertera dalam
teks in i) menyatakan bahawa Illanun adalah sub suku dalam Bajau tetapi oleh sebab kajian ini berdasarkan
tempoh penguasaan orang Inggeris di Sabah dan apa yang dilakukan oleh mereka memperlihatkan pengasingan
an tara suku Illanun dengan Bajau, maka itulah yang menjadi rujukan penulis.

46
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MASYARAKAT BAJAU DAN DUSUN Dl SABAH SEBELUM TAHUN 1900

ARAH PETEMPATAN MASYARAKAT BAJAU DI SABAH

emangnya terdapat banyak percanggahan pendapat ten tang sejarah kedatangan orang
_au di Sabah umumnya dan di pantai barat khususnya. Masyarakat ini yang diistilahkan
gai heterogenous peoples telah datang ke pantai barat seawal abad ke-19. Namun ada
-= teori yang menyatakan bahawa orang Bajau telah mula sampai ke Sabah sejak abad
2-13. Hasil penyelidikan Dr. Yap Beng Liang 14 terhadap masyarakat Bajau di Pulau Omadal
anya, menyatakan bahawa mereka adalah keturunan seorang anak dari negeri Johor
ama Selangaya Bongsu. Dia dikatakan meninggalkan Johor lalu sampai ke selatan
::--rpina, kemudian berpindah ke Sabah (pantai timur) dan seterusnya ke bahagian pantai
negeri itu.
Teori itu boleh kita pertikaikan kerana kalaulah orang Bajau pada mulanya menetap di
raj timur Sabah, mengapa pula masyarakat Bajau di pantai barat yang sedentary sifatnya
crib maju daripada masyarakat Bajau di pantai timur? Banyak teorijuga mengatakan bahawa
yarakat Bajau di pantai barat itu telah datang lebih awal daripada masyarakat Bajau di
- raj timur atas sebab yang sarna.
Pendapat lain menyatakan bahawa masyarakat Bajau yang sampai ke pantai barat Sabah
adalah berasal daripada sekumpulan pengiring puteri Sultan Johor iaitu Dayang Ayesah
::.ng dihantar ke Sulu untuk dikahwinkan dengan Sultan SUIU. 15 Tetapi oleh sebab Sultan
.:)runei juga menyintainya, maka puteri itu telah diculik dan dibawa ke Brunei. Pengiring:engiringnya pula tidak lagi kembali ke Johor ataupun terus ke Sulu kerana takut dimurkai
.!Ia.S kecuaian mereka. Mereka kemudiannya tinggal di pulau-pulau kecil dan pesisir pantai
barat laut Borneo sebelum berhijrah mencari kawasan yang lebih baik seperti ke pantai
_ at Sabah. Mungkin inilah yang dinyatakan oleh Forest 16 sebagai masyarakat 'Badjao'
_ang juga dipanggil sebagai orang 'Badjaw'. Mereka adalah nelayan yang sering bergerak
-e tempat-tempat lain dan dipercayai datang dari Johor.
Satu lagi teori yang menarik perhatian pengkaji ialah masyarakat Bajau ini dikatakan
:Jerasal dari Kepulauan Riau Lingga. 17 Mereka dikatakan sememangnya merupakan penghuni
:erahu semasa di kepulauan tersebut sebelum datang ke Borneo dan Filipina dan meneruskan
:::-adisi tersebut. Sopher juga menekankan bahawa faktor tarikanlah yang menyebabkan mig-asi secara besar-besaran dari Kepulauan Riau ke pantai barat Borneo. Pada abad ke-14,
;x:rdagangan di Brunei dan Jolo telah berkembang maju.1S Ini menyaksikan hubungan perda.?angan an tara pedagang Cina dengan penduduk tempatan semakin rancak. Jadi, orang Bajau
_ang terkenal dengan kemahiran di laut dan mampu pula menyediakan atau membekalkan
sebahagian barangan yang diperlukan oleh pedagang Cina itu telah berpindah ke kawasan
Yap Beng Liang, 1977_ 'Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Satu Kajian tentang Sistem Budaya', Tesis Sarjana.
labatan Pengajian Melayu , Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm_ 39-40.
, - Owen Rutter, 1992. British North Borneo: An Account of its History, Resources and Native Tribes. Singapura:
Universiti Malaya Press, hlm_ 73.
16 Henry Ling Roth, 1968'. The Nati ves of Sarawak and British North Borneo. Singapura: Universiti MalayaPress,
hl m.28.
I David E. Sopher, op. cit-, hIm. 352.
18 Kehebatan kegiatan perdagangan di pelabuhan Brunei memang tidak dapat dinafikan. Malah pelabuhan itu
diberi jolokan sebagai 'Venice of the East'. Lihat Thomas Forrest, 1969. A Voyage to New Guinea and Moluccas
1774-1776. London : Oxford University Press, hIm. 94; dan Awang Abdul Karim bin Hj. Abdul Rahman, 1989.
Seminar Sejarah Brunei: Brunei Abad ke-19. Satu Cabaran dan Campur Tangan British. Bandar Seri Begawan,
Brunei, 28-31 Ogos, hIm . I.
.i

47
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DAR! SEGI SEIARAH

jajahan Brunei kerana sumber ekonomi boleh didapati dengan mudah.


Di samping itu, banyak juga kenyataan ringkas tentang asal usul orang Bajau dan
bagaimana mereka boleh sampai ke Sabah. Antaranya dinyatakan bahawa "The Irranun
are thought to have come from the island of Mindanao and tha Bajau from the State of
10hore".19 Hugh Low juga ada menyatakan yang orang Bajau adalah 'sea gypsies' yang
datang dari Selat Melaka. 20 Kemudian N ajeeb M. Saleeby menyatakan bahawa orang Bajau
itu dibawa oleh taufan dari Johor ke Sulu pada abad ke-14.
Merujuk daerah Kota Belud khususnya, masyarakat Bajau mempunyai kisah asal
usulnya tersendiri. Evans umpamanya pemah mendapat penerangan daripada seorang Bajau
iaitu Ali Basah yang menyatakan orang Bajau berasal dari Johor dan melalui seorang watak
bemama Datu Amirul Mukrninin yang telah pergi ke Kudat, kemudian ke Kuala Tomburulan.
Beliau mempunyai seorang anak iaitu Datu Tunggal yang kemudiannya telah berhijrah ke
Kandis dekat dengan Marangkian (Kampung Rampaian di Kota Belud). Datu Tunggal
mempunyai seorang anak bemama Datu Awang. Malangnya mereka semua meninggal dunia
dan warisnya iaitu Datu Ugih telah menetap di Pintasan di Kuala Tempasuk dalam daerah
Kota Belud. Kemudian beliau menetap di Kampung Labuan, Kota Belud.
Tentang masyarakat Bajau di Tuaran, tidaklah dapat dipastikan benar bagaimana asal
kedatangan mereka, tetapi secara umumnya kita boleh mengatakan bahawa mereka datang
ke kawasan tersebut tentunya tidakjauh berbeza dari segi cara dan masa dengan kedatangan
masyarakat Bajau lain terutamanya di kawasan pantai barat. Kawasan pantai dari Tuaran
hingga ke Kota Belud sememangnya terkenal sebagai petempatan masyarakat 'Bajau Darat'.
Masyarakat Bajau di Kota Belud dan Tuaran tidak mempunyai perbezaan besar kalau
dibandingkan dengan kumpulan masyarakat Bajau di pantai timur Sabah. Sebab itulah penulis
menaruh kemungkinan bahawa dari segi asal kedatangan masyarakat Bajau di Kota Belud
dan Tuaran adalah sama. Apatah lagi apabila dari segala aspek yang lain terutamanya pol a
dan corak ekonomi mereka adalah sama. Mereka yang mendiami kawasan darat dan
menjalankan kehidupan bertani adalah bukti yang menunjukkan bahawa kumpulan ini adalah
kumpulan masyarakat Bajau yang terawal datang ke Sabah berbanding dengan kumpulan
Bajau di pantai timur yang rata-ratanya masih merupakan penghuni perahu.
Dalam ban yak teori dan cerita lisan itu, masih terlalu sukar untuk memastikan
kesahihannya kerana tidak ada bukti catatan yang benar-benar jelas dan mengkhusus sifatnya.
Kebanyakannya bersumberkan cerita lisan dan belum dicatatkan oleh para pengkaji yang
terdahulu. Oleh itu, sukar untuk diterima kesahihannya. Walau bagaimanapun, oleh sebab
kebanyakan teori itu merujuk negeri Johor atau kawasan selatan Semenanjung sebagai asal
utama masyarakat Bajau, maka penulis menerima itu sebagai satu kenyataan yang boleh
diterima pakai.
Merujuk catatan-catatan ringkas dan kenyataan-kenyataan mentah itu juga, penulis
meletakkan dua cara atau laluan kedatangan masyarakat Bajau ke pantai barat Sabah (Kota
Belud dan Tuaran). Pertama, orang Bajau dari Johor datang ke pantai barat Sabah melalui
pantai timur Kalimantan sehingga sampai ke Pulau Mindanao dan perairan pantai timur

19 Sabah Tourism Promotion Corporation, 1992. Kota Belud. Kota Kinabalu: Sabah Tourism Promotion Corporation, hIm. 3.
20 lainuddin Malik, 1992. 'Sejarah Orang-orang Bajau Sabah'. Latihan ilmiah, labatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hIm. 8.

48

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MASYARAKAT BAJAU DAN DUSUN DI SABAH SEBELUM"TAHUN 1900

Sabah. Selama beberapa generasi, pola dan corak kehidupan mereka adalah lanjutan daripada
pola dan cara sebelum mereka datang ke tempat tersebut. Kemudian pada abad ke-19 dan
awal abad ke-20, mereka telah berhijrah secara beramai-ramai ke pantai barat Sabah atas
sebab-sebab tertentu yang menarik seperti pembukaan ladang yang dibuat oleh Kompeni
Berpiagam.
Kumpulan kedua yang penulis sifatkan sebagai lebih awal daripada kumpulan pertama
relah datang ke Sabah melalui perairan pantai barat Borneo sehingga sampai ke pesisir
pantai barat Sabah kemudian menetap di Tuaran dan Kota Belud.
MASYARAKAT DUSUN
Suku kaum Dusun yang selalu dirujuk sebagai penduduk bumiputera merupakan suku kaum
terbesar di Sabah. Kaum ini terkenal sebagai masyarakat petani dan semasa Brunei menguasai
Sabah, mereka seringkali dirujuk sebagai pengeluar beras utama. Ini amat bersesuaian dengan
kawasan petempatan mereka iaitu di lembah sungai yang rata dan di kawasan pergunungan.
Selalu juga petempatan mereka ini dinyatakan dalam catatan-catatan Barat sebagai Dusun
in the plains dan Dusun in the interior.
Masyarakat Dusun yang bertaburan di seluruh Sabah membentuk kumpulan-kumpulan
sendiri yang mempunyai loghat bahasa dan adat yang sedikit berbeza. Kurangnya interaksi
kerana sistem perhubungan yang sukar merupakan an tara sebab terbentuknya sub-sub suku
dalam suku kaum itu sendiri. Di samping itu, faktor persekitaran seperti pertembungan
dengan suku kaum yang lain juga merupakan faktor yang turut menyumbang sama.
Sub-sub suku kaum Dusun sememangnya ban yak dengan mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri tetapi dalam kajian ini aspek itu tidak akan dihuraikan, cukup sekadarmenyebut
suku-suku kaum yang telah dikaji oleh pengkaji-pengkaji antropologi sebelum ini. Secara
ringkasnya, masyarakat Dusun boleh dibahagikan kepada dua iaitu rumpun Dusunik dan
rumpun Paitanik.
Orang Dusun maknanyapeoples of the orchards. 21 Nama atau gelaran Dusun itu ialah
nama yang dipercayai digunakan oleh orang Bajau bagi merujuk kumpulan masyarakat
yang tinggal di kawasan pedalaman dan mengamalkan cara hidup bertani ataupun
berkebun. 22 Perkataan atau nama 'Dusun' itujuga dihubungkan dengan nama seorang ketua
atau pemimpin satu kumpulan imigran orang Cina iaitu Lo Sun yang tiba di Sabah atas
arahan Maharaja Cina iaitu Maharaja Yung Lo an tara tahun 1403 hingga 1424 Masihi. 23
Apapun tanggapan terhadap orang Dusun terutamanya soal bagaimana kaum ini mendapatkan nama tersebut dan asal kedatangannya, yangjelas ialah tidak siapa pun yang menyangkal
bahawa suku kaum itu merupakan penduduk Sabah yang terawal berbanding dengan suku
kaum Bajau. Sehinggakan ahli-ahli politik juga tUTUt mengakui kenyataan tersebut. 24
21 lvor, H.N. Evans, 1922. Among Primitive Peoples In Borneo. London: Seely, Service and Co. Limited, him. 79.
22 D.S. Ranjit Singh: 1985. "Evolusi Pimpinan Pribumi di Sabah Menjelang 1941," dim. Malaysia : Sejarah dan
Proses Pembangunan. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, him. 234.
23 Tulisan ini terdapat dalam buku yang ditulis oleh Japuin Madisah dan dipetik semula oleh Hamiddun bin Udin,
1991192. "Masyarakat KadazanlDusun di Daerah Ranau: Kajian ldentiti dan Interaksi antara Agama" Jabatan
Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, him. 62 dan 64.
24 Contohnya Dr. Mahathir Mohamad turut menyatakan bahawa "The Kadazans and the Muruts are truly the
'definitive people' of Sabah, the real and original owners of Sabah". Lihat Mahathir bin Mohamad, 1981 . The
Malay Dilemma. Kuala Lumpur: Federal Publications, him. 126-127.

49

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DAR! SEGI SEJARAH

Menyentuh ten tang peternpatan rnasyarakat Dusun itu juga, tirnbul beberapa persoalan.
Antaranya, apakah sernernangnya orang Dusun itu rnerupakan penduduk asal yang rnendiami
Sabah? Bagairnana rnereka boleh sarnpai ke kawasan pedalarnan atau paling tidak apakah
rnereka itu rnerupakan penduduk yang paling awal datang ke Sabah? Untuk rnenjawab
persoalan-persoalan ini, kita perlu rnelihat teori-teori sejarah dan kedatangan orang Dusun
itu secara ringkas.

SEJARAH DAN TEORI PENDUDUKAN ORANG DUSUN DI SABAH


Teori asal usul orang Dusun yang paling terkenal dan diketahui urnurn ialah 'teori nunukragang' . Teori ini rnenyatakan bahawa orang Dusun yang bertaburan di kebanyakan ternpat
di Sabah sekarang ini berasal dari Nunukragang. Ternpat ini terletak dalarn daerah Ranau.
Daerah ini boleh dikunjungi rnelalui jalan darat dari pekan Ranau ke pekan Telupid pada
rnasa ini.25
Penghijrahan penduduk Nunukragang ke ternpat-ternpat lain bermula apabila jurnlah
rnereka terlalu rarnai dan persekitaran sudah tidak dapat rnenarnpung keperluan biologi
rnereka. Oleh itu, rnereka pun berpakat untuk berhijrah ke kawasan lain dan bergerak dalarn
kurnpulan-kurnpulan tertentu yang rnasing-rnasing rnernpunyai ketua. Daripada penghijrahan
ini bermulalah pernbukaan peternpatan barn. Tetapi harus diingat bahawa penghijrahan ini
tidaklah berlaku seCara serentak tetapi susul rnenyusuli.
Untuk teori yang sarna, ada pula yang rnenyatakan bahawa sebab berlakunya penghijrahannya itu ialah setelah berlakunya satu kebakaran besar. 26 Dikatakan bahawa, kebakaran
itu berpunca daripada seorang wanita yang rnernasak 'tahurn'nya27 ketika sernua orang
pergi rnenuba ikan di sungai. Bermula daripada tragedi itu, barulah sebahagian penduduk
karnpung rnengarnbil keputusan untuk berhijrah ke ternpat lain dan salah satu ternpat yang
rnenjadi peternpatan rnereka ialah Karnpung Pulutan dalarn daerah
Kundasang . Dari daerah ini pula, berlaku lagi penghijrahan ke ternpat-ternpat lain seperti
Karnpung Bongol, Karnpung Budu Gulu , Karnpung Bundu Tohuri, Karnpung Parad dan
Karnpung Koliposuan. Sernua karnpung tersebut terletak dalarn daerah Tarnparuli, Tuaran
dan di kawasan pergunungan.

25 Nama Nunukragang berasal daripada sejenis pokok iaitu pokok ' Nunuk' yang berrnaksud pokok Ara dan
'ragang' berrnaksud merah. Tempat yang dilegendakan sebagai asal usul orang Dusun ini pada zaman dahulu
kala mempunyai sepohon kayu Nunuk di tepi sungai. Pada musim kemarau, selalunya orang kampung akan
bermandi-manda di sungai itu untuk mendapatkan kesegaran. Mereka selalu berjemur di atas sebatang kayu di
bawah pokok itu dan apabila buah Nunuk itu jatuh dan menimpa belakang mereka menjadikan kulit mereka
kelihatan kemerah-merahan. Mengambil sempena peristiwa itu, maka tempat itu pun dipanggil sebagai
Nunukragang. Perkara sedemikian adalah sesuatu yang tidak menghairankan kerana dalam tradisi orang Melayu,
nama-nama selalunya diambil sempena nama pokok , binatang, peristiwa dan sebagainya. Umpamanya dalam
Sejarah Melayu ada dinyatakan bahawa nama Melaka itu pun diambil sempena nama pokok Mel aka.
26 Temu ramah dengan Lungkinit di rumahnya pada 19 Apri11996 . Lungkinit ialah bekas Ketua KampUJIg Bundu
Tohuri semenjak selepas pendudukan Jepun berakhir dan Sabah menjadi Jajahan Mahkota British (Crown
Colony ). Bapanya, Gindukjuga merupakan seorang Ketua Kampung yang berkhidmat kepada Kompeni British semasahayatnya. Dengan itu, penulis menyifatkan Lungkinit seorang yang berpengalaman luas di samping
mengetahui ban yak sejarah tempatan terutamanya yang berhubung kait dengan kampung dan suasana pentadbiran
pada masa itu. Walaupun beliau sudah berumur 82 tahun, namun beliau masih sihat dan cergas serta waras .
27 'Tahum' ialah sejenis kulit kayu yang apabila dimasak akana menghasilkan wama hitam . Wama inilah yang
sel al u digunakan oleh masyarakat Dusun pada zaman dahulu untuk mewamakan kain tenunan mereka.

50

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MASYARAKAT BAJAU DAN DUSUN DI SABAH SEBELUM TAHUN 1900

Satu lagi teori yang cukup menarik ialah 'teori pantai '.28 Teori ini menyusur galurkan
asal usul orang Dusun dari Tanah Besar Asia29 terutamanya dari China. Mereka yang kini 30
digelar masyarakat pagan merupakan kelompok-kelompok masyarakat pagan dan mendiami
kawasan Borneo Utara sebenarnya merupakan cabang kepada long headed Indonesian race
which extendes from the Eastern Himalayas to Celebes.31 Menurut Thomas Ryhs Williams 32 pula yang berasaskan keadaan fizikal, linguistik dan kebudayaan masyarakat Dusun
di Borneo Utara itu sendiri mempunyai ban yak persamaan dengan masyarakat asli di Filipina
dan Formosa, juga masyarakat asli di Sarawak dan Kalimantan. Mereka ini juga seketurunan
dengan bangsa Indonesia.
Berhubung dengan teori pantai, suku kaum yang kini dikenali sebagai DusunlKadazan
itu pada mulanya menetap di tepi-tepi pantai dan muara-muara sungai seperti juga masyarakat
Bajau sebelum mereka berpindah ke daratan terutama di kawasan lembah. Tetapi oleh sebab
kehadiran orang Bajau, Irranun dan Suluk itu memaksa masyarakat Dusun bergerak perlahanlahan ke kawasan pedalaman sehingga hari ini.
Orang Dusun juga selalu dibayangkan sebagai sekumpulan masyarakat yang berasal
dari Indochina dan Filipina33 atau China,34 dan ramai pula yang beranggapan bahawa orang Dusun itu adalah keturunan bangsa Monggoloid.35
Daripada banyak teori itu, masih banyak yang belum benar-benar jelas kerana ada pula
kenyataan yang merupakan kenyataan Iisan yang mungkin banyak kelemahannya. Dan,
yang paling jelas tentang kekaburan segala sumber ialah ketiadaan sumber asal yang benarbenar menyentuh soal masyarakat Dusun. Dalam masyarakat Dusun itu sendiri, tidak ada
satu sistem tulisan. Oleh yang demikian, segala kenyataan dan teori ini adalah andaian
semata-mata yang bersandarkan keadaan yang boleh diterima.

LATAR BELAKANG DAERAH KOTA BELUD DAN TUARAN


Daerah Kota Belud dan Tuaran ialah dua daerah yang terletak di Residensi Pantai Barat
Sabah. Cuma, dua daerah ini berbeza dari segi zon iaitu Kota Belud di zon Pantai Barat
Utara, manakala Tuaran di zon Pantai Barat Selatan. Kalau dilihat dari segi sejarah, keduadua daerah ini terletak di bawah satu pentadbiran iaitu North KeppeP6 Pusat pentadbirannya

28 Istilah ini ialah istilah penulis bagi merujuk kenyataan atau teori yang dikemukakan oleh penulis-penulis lain
.
yang menyentuh ten tang asal kedatangan dan petempatan masyarakat asli di Sabah.
29 Owen Rutter, 1929. The Pagans of North Borneo. London: Hutchinson Co. Ltd., him . 20-21. Untuk melihat
teori -teori yang menyatakan bahawa orang Dusun itu berasal dari China dan orang Dusun itu sendiri adalah
berketurunan Cina, sila lihat buku yang ditulis oleh G. Hewett, The Dusuns of North Borneo. Harrison and
Sons, Ltd. , him. 159-163. Buku tersebut tidak mempunyai tahun dan terdapat dalam Dusun's Files di Arkib
Negeri Sabah.
30 ' Kini' merujuk tahun I 920-an.
31 Owen Rutter, op. cit., him. 20.
32 Thomas Rhys Williams, 1965. The Dusun : A North Borneo Society. New York: Holt, Rinehart and Winston
Inc., him. 8.
33 Charles, Robequain , 1955. Malaya, Indonesian, Borneo, and the Philippines: A Geographical, Economic and
Political Description of Malaya, the East Indies, and the Philippines. London : Longmans, Green and Co. Ltd. ,
him. 220.
34 Owen Rutter, op. cit., him. 56-58. Lihat juga British North Borneo Affairs Records, 1956, him. 134.
35 M.H. Baker, 1962. North Borneo The First Ten Years 1946-56. Singapura: Malaya Publishing House Limited,
him. 9.
36 Owen Rutter, op. cit., him. 25.

51

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

terletak di Tuaran. Selain itu, dikatakan daerah Tempasuk (Kota Belud sekarang ini) adalah
sebahagian daripada North Keppel. Ketika Overbeck membahagikan
Sabah kepada Residensi Pantai Barat dan Residensi Pantai Timur, William Pretyman
yang menjadi Residen pertama di pantai barat menguruskan pentadbiran di Tempasuk.37
Pada masa sekarang, kedua-dua daerah ini ditadbir di bawah dua daerah yang berbeza
dan masing-masing mempunyai pejabat daerah. Cuma, bagi daerah Tuaran, daerah ini
mempunyai tiga daerah kecil iaitu daerah kecil Tamparuli, Kiulu dan Tenghilan.
Dilihat dari segi penduduk, kedua-dua daerah tersebut mempunyai suku kaum yang
banyak dan dua suku kaum yang terbesar ialah suku kaum Dusun dan Bajau. Pertumbuhan
penduduk bagi kedua-dua daerah tersebut ditunjukkan dalam ladual 2.
JaduaI 2 Pertumbuhan Penduduk bagi Daerah Kota Belud dan Tuaran, Tahun 1911-1931.38

1901

1911

1921

1931

Kota Beludffempasuk

15 152

17982

23051

Tuaran

22468

20555

18896

Jumlah

37620

38537

41947

Daerahffahun

Dalam bancian pada tahun 1911, penduduk di daerah Tempasuk (Kota Belud), seramai
3 448 orang Bajau dan 10258 orang Dusun. Manakala di daerah Tuaran pula, jumlah orang
Bajau seramai 5 683 orang berbanding dengan orang Dusun sebanyak 16785. 39 Bagi daerah
Tempasuk pada tahun itu, kedua-dua suku kaum tersebut merupakan 90.46 peratus daripada
jumlah keseluruhan penduduknya. Bagi daerah Tuaran pula, penduduk Dusun dan Bajau
merupakan 97.40 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya. Daripada peratusan
itu, jelas menunjukkan bahawa sememangnya orang Dusun dan orang Bajau adalah dua
suku kaum yang mendominasi penduduk di dua daerah kajian itu.
Kedua-dua daerah Kota Belud dan Tuaran ini juga dihubungi oleh jalan raya yang
boleh dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan. Kebanyakan perkampungan terletak di tepi
jalan raya kerana ada kemudahan perhubungan. Bagi petempatan masyarakat Dusun yang
tinggal di kawasan pergunungan sekalipun, ldni telah dibina jala raya. Cuma masalahnya
ialah jumlah kenderaan yang kurang bagi setiap perkampungan menjadi sedildt masalah
bagi tujuan perhubungan itu.

37 K.G . Tregonning, 1965. A History of Modern Sabah . Kuala Lumpur: University of Malaya Press, him. 13 -17.
Ketika Willian Pretyman menjadi Residen pertama di pantai barat, William Preyer menjadi Residen di pantai
timur dengan beribu pejabat di Sandakan, manakal a H.L. Leicester diletakkan di Papar.
38 Data ini ialah himpunan daripada beberapa sumber iaitu Official Gazatte, Januari 1912 oleh T.W. Rose iaitu
Superintendent of Census, him. 21-22 dan e.o. 874/645(2) - 650( 1), Census for 1901, 1911, 1921 dan 1931.
Penulis juga tidak mengetahui sebab berlakunya penurunan bagi jumlah penduduk di Tuaran sepanjang tempoh
tersebut.
39 T.w. Rose, 1912. Official Gazette, him. 22.

52

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MASYARAKAT BAJAU DAN DUSUN DI SABAH SEBELUM TAHUN 1900

HUBUNGAN BAJAU - DUSUN .SEBELUM TAHUN 1900


Walaupun ada teori yang mengatakan bahawa masyarakat Bajau telah datang ke pantai
barat Sabah (Kota Belud dan Tuaran) sebelum abad ke-19, tetapi tidak jelas pula sejauh
mana masyarakat itu mempunyai hubungan dengan masyarakat Dusun. Yangjelas sebelum
abad ke-19 sudah ada hubungan yang berlaku an tara masyarakat Dusun dengan pedagang
Brunei. Hubungan itu pula sarna ada berlaku seeara langsung dalam kegiatan ekonomi,
ataupun melalui hubungan politik yang longgar.
Kalau dilihat dari aspek hubungan ekonomi, ada dua keadaan yang wujud. Pertama,
kehadiran saudagar Brunei ke tempat-tempat pertemuan yang lazimnya di sekitar pinggir
pantai, muara sungai dan kawasan lapang (lembah) untuk menjalankan kegiatan tukar barang
dengan masyarakat Dusun. Kedua, sesetengah masyarakat Dusun datang sendiri ke
pelabuhan Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan.40
Walau bagaimanapun, pada abad ke-19 hubungan antara masyarakat Dusun dengan
saudagar Brunei telah merosot dengan kehadiran masyarakat Bajau dan penglibatan mereka
sebagai pembekal barang keperluan masyarakat Dusun yang sebelumnya peranan itu
dilakukan oleh pedagang Brunei. lni bermakna bermulanya satu era baru dalam sejarah
hubungan ras di Sabah.
Sememangnya pada peringkat awal hubungan ini, tidak dapat lari daripada masalah
keretakan. Penulis melihatnya sebagai berpunea daripada ketiadaan satu unit pentadbiran
yang menyatukan kesemua kaum yang wujud terutamanya Dusun, Bajau dan lrranun.
Masing-masing mahu menjadi ketua di antara satu sarna lain dan atas masalaha-masalah
ekonomijuga maka berlaku beberapa siri kekaeauan yang sentiasa mendarah daging dalam
setiap kumpulan masyarakat.
Sebagai eontoh kepada ketegangan an tara suku kaum itu ialah apabila pada tahun 1868
hingga tahun 1878, Pangeran Sri Raja Muda dari Pandasan (Orang lrranun) telah meneabar
hak pemungutan sarang burung oleh orang Bajau di Pulau Mantanani dan juga kegiatan
meneuri kerbau. 41 Perselisihan antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Dusun berlaku
sebagai akibat daripada sikap masyarakat Bajau yang terkenal sebagai peneuri kerbau .42
Masyarakat Dusun tidak puas hati dengan sikap masyarakat Bajau dan kesannya ialah
masyarakat Dusun di Kampung Bongal telah menyokong masyarakat lrranun di Pandasan
untuk melawan orang Bajau . Keadaan yang kaeau itu telah mengganggu hubungan
perdagangan an tara kawasan pedalaman dengan pesisir di Tempasuk pada tahun 1870-an
dan tahun 1880-an.
.
Satu lagi isu yang amat menarik di kalangan masyarakat tempatan sebelum tahun 1900
ialah masyarakat Bajau dan suku-sukunya disifatkan sebagai lanun. Dikatakan bahawa
masyarakat pelaut (Bajau) bukanlah lanun atau perompak di laut sebelum abad ke-18. Hanya
apabila kedatangan orang Eropah yang seeara langsung atau tidak langsung mengganggu

40 Menurut Sabin bin Landasan, datuknya iaitu Gapui bin Gisit pernah belayar ke pelabuhan Brunei yang lebih
dikenali sebagai 'Tabai'. 'Tabai' dalam bahasa Dusun bermaksud 'Tanjung' sebab itulah orang Brunei dirujuk
sebagai orang Abai oleh masyarakat Dusun .
.. 1 Tom Harrison (ed. ), 1956. "The Diary of Mr. William Prettyman, First Resident of Tempasuk, North Borneo
(1878-1880)," dIm. SMJ, VII, hIm. 4-8. Untuk melihat lebih lanjut tentang catatan diari oleh William Prettyman
itu, sila lihat Microfilm e.o. 874, VoL 70,71 dan 72, Diary of William Prettyman, resident of Tempasuk.
42 Governor to the Chairman, BNBC, 10 September 1882 dalam e.O. 874/232, Governor's Despatch 268/l882.

53

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DAR! SEGI SEJARAH

kegiatan sosioekonomi mereka, barulah mereka ini "melanun" atau "merompak".43


Kegiatan merompak oleh masyarakat Bajau dan suku-sukunya juga dikatakan amat
berleluasa di Tempasuk dan Pandasan. Malah kawasan-kawasan itu merupakan markas
atau sarang kegiatan mereka yang kuat sekitar tahun 1750-an.44
Dalam sejarah hubungan ras antara masyarakat Bajau dengan Dusun di daerah kajian,
secara umumnya berjalan dengan baik. Tidak ada catatan atau bukti-bukti lain yang
menunjukkan bahawa masyarakat Bajau telah merompak masyarakat Dusun dan orang
Dusun pula tidak menyerang orang Bajau. Walaupun demikian, tidak dinafikan berlaku
kekacauan kecil, tetapi masih belumjelas. Tidak banyak berlakunya konflik terbuka antara
orang Bajau dengan orang Dusun menunjukkan keunikan dalam hubungan kedua-dua kaum
tersebut. Padahal dari segi tanggapan orang Dusun, orang Bajau itu adalah "lanun". Keduadua kaum ini saling bergantung antara satu sarna lain terutamanaya dari segi ekonomi.
Orang Bajau umpamanya yang belum banyak menceburkan diri dalam bidang pertanian
perlu mendapatkan bahan makanan daripada orang Dusun. Orang Dusun sebaliknya
menghendaki barang-barang tertentu seperti ikan, garam, kain, barang tembikar dan
sebagainya daripada orang Bajau. 45
Daripada kenyataan-kenyataan di atas sekurang-kurangnya dapat menjelaskan dua
keadaan. Pertama, masyarakat Bajau yang dikatakan "lanun" oleh penjajah Barat adalah
tidak tepat kerana mereka hanya menjaga dan mendapatkan semula hak di tempat sendiri
yang mula dibolot dan dimonopoli oleh pendatang asing. Kedua, walaupun masyarakat
Bajau dicap sebagai perompak dan orang jahat, namun hUbungannya dengan masyarakat
Dusun masih tetap terjaga dengan baik. Gordon Wells pernah menulis bahawa semua suku
kaum hidup dalam aman dan harrnoni. 46
PENYERTAAN ORANG DUSUN DAN BAJAU DALAM PERJUANGAN MAT
SALLEH
Hubungan baik antara orang Dusun dengan orang Bajau sedikit sebanyak dibuktikan dengan
sokongan mereka terhadap perjuangan Mat Salleh menentang penjajah. Walaupun adajuga
yang tidak berpihak kepada Mat Salleh sarna ada dari suku kaun Dusun dan Bajau atas
sebab-sebab tertentu seperti diupah oleh British, tetapi perjuangan Mat Sallehjelas mendapat
sokongan ramai daripada kedua-dua kumpulan masyarakat.
Mat Salleh ialah anak kepada Datuh Butu iaitu ketua masyarakat di kawasan Sungai
Sugut. Ayahnya berbangsa Sulu, manakala ibunya berbangsa Bajau. Sebagai anak ketua
masyarakat, Mat Salleh telah menjalankan kegiatan perdagangan seperti juga sesetengah
penduduk di sana.
Pad a mulanya perjuangan Mat Salleh itu lebih bersifat peribadi iaitu akibat rasa tidak
puas hati beliau terhadap tindakan Kompeni British meletakkan sebuah pondok polis di

43 Owen Rutter. 1930. The Pirate Wind: Tales of the Sea-robbers of Malaya . London : Hutchinson, him. 25 . Lihat
juga Cecilia Leong, 1982. Sabah The First 100 Years . Kuala Lumpur: Percetakan Nan Yang Muda Sdn . Bhd.,
hlm. 7.
44 Leigh R. Wright, 1976. "Piracy In The Southern Asia Archipelago" dim . Journal of Oriental Studies, Reprinted from Vol. XIV, No. I .
45 Yap Beng Liang, op. cit., him. 151; 158-159.
46 Gordon Wells, 1963. Sabah . lesselton: Sabah Time Press, him. 13.

54

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MASYARAKAT BAJAU DAN DUSUN DI SABAH SEBELUM TAHUN 1900

muara Sungai Sugut yang secara langsung mengongkong kebebasannya bergerak dan yang
paling penting ialah telah menjejaskan kegiatan perdagangannya. Pihak Kompeni sebenarnya
sengaja mencari alasan bagi tujuan memonopoli hasil perdagangan di kawasan yang dikuasai
oleh Datuh Butu.dengan menuduh Mat Salleh dan pengikutnya telah membunuh dua orang
polis Dayak yang bertugas atas nama Kompeni. Tetapi, sebenarnya tindakan itu telah
menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk tempatan yang terpaksa memiliki pas perahu
iaitu pas kebenaran melalui muara sungai tersebut. Ini sangat membebankan kerana selama ini
mereka tidak pemah berbuat demikian. Tambahan pula laluan itu rnerupakanjalan utama untuk
mereka rnernasarkan barangan, rnahupun rnendapatkan barangan dari luar. Cukai barangan
yang dikenakan oleh pegawai Kornpeni juga rnenjadi satu lagi bebanan yang tidak sepatutnya
tirnbul pada pandangan penduduk ternpatan. Sebab itulah Mat Salleh telah rnemirnpin gerakan
rnenentang penjajah dengan rnemulaukan cukai yang dikenakan oleh penjajah.
Penglibatan masyarakat ternpatan termasuklah orang Dusun dan orang Bajau ialah
apabila dasar Kornpeni yang rnengenakan cukai kepala kepada semua orang. Dengan itu,
rakyat biasa turut tidak berpuas hati. Mereka rnelihat bahawa dengan rnenyertai perjuangan
Mat Salleh itu rnerupakan jalan terbaik bagi rnernbantah dan rneluahkan rasa tidak puas hati
rnereka. Sebab itulah rnereka sarna-sarna ikut serta dalam perjuangan Mat Salleh. Oleh
sebab itu, sepanjang perjuangan Mat Salleh, beliau telah rnendapat sokongan yang kuat
daripada suku kaum Dusun dan Bajau di rnerata tempat. 47
Dalarn pada itu, faktor peribadi Mat Sallehjuga menjadi faktor penting yang rnenyebabkan kaun Dusun dan Bajau mengikuti perjuangannya. Mat Salleh yang dikatakan bertubuh
sasa dan mahir dalam seni rnernpertahankan diri serta rnempunyai ilmu kebatinan 48 sudah
tentu menarik ramai orang untuk berguru dengannya dan rnenjadi pengikutnya. Tarnbahan
pula, dalam keadaan masyarakat masih hidup bersuku-suku dengan kelornpok rnasingmasing rnenyaksikan bahawa siapa yang handal dialah penguasa.
Pada masa yang sarna, Mat SaIIeh juga sebenarnya mempunyai tiga orang isteri dari
tiga suku kaum yang berlainan. Isteri-isterinya ialah Dayang Bandang (orang Suluk), Aisah
(orang Paitan), dan Sitimah (orang Dusun).49 Mat SaIIeh juga adalah keturunan Sulu dan
ibunya adalah orang Bajau dari Inanarn. Keadaan sedernikian telah rnernberi ruang yang
luas bagi orang Dusun dan Bajau menjadi pengikutnya kerana Mat Salleh dianggap sebagai
saudara. Tambahan pula, sikap Mat Salleh yang peramah dan mudah mesra turut menjadi
tarikan. Sebab itulah di mana pun beliau pergi, beliau mendapat layanan yang sangat baik
dan nasihatnya tidak pemah dibantah oleh rnasyarakat setempat. Contohnya, ketika beliau
dihantar ke Tambunan, beliau telah menyatukan dua suku kaurn Dusun iaitu Tagaas dan
Tiawan. 50

47 Mat Salleh pernah rnernbuat kubu di Inanam, Menggatal , Mengkabong, Tambunan dan Ranau .
48 Mat Salleh juga dikatakan tidak lut senjata. Lihat British North Borneo Herald, 16 September 1879, hIm. 253.
Menurut Duhiman yang pernah bersama-sama berjuang dengan Mat Salleh juga mendakwa bahawa beliau
sememangnya tidak lut senjata terutamanya senjata besi. Temu ramah dengan Duhiman dibuat pada bulan
Disember 1990. Mat Salleh bukan sahaja tidak lut senjata tetapi peluru juga tidak pernah mengena ke tubuhnya.
Sewaktu temu ramah ini, Duhiman berumur 104 tahun tetapi masih cergas walaupun dalam keadaan bongkok
sabut dan masih mampu berjalan dari rumah ke rumah di kampungnya di Kampung Kinasaraban, Kundasang
untuk menjual ikan masin.
49 Kea Hiew dan A. Thani bin Hashim, "Mat Salleh's cousin relates the truth behind Sabah 's legendary hero, "
dim. Sabah Times, Sabtu, 27 lun 1981. Lihat juga Mat Salleh 's Files, Arkib Negeri Sabah, helaian 55.
50 Lihat Mat Salleh 's File, Arkib Negeri Sabah, helaian 56.

55

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Penyertaan orang Dusun dan orang Bajau jelas sekali apabila pada tahun 1899 Mat
Salleh telah membuat em pat buah kubu besar dengan beberapa buah kampung sebagai
pertahanan di Tambunan. Semasa membina kubu ini, seramai 1000 orang Dusun dan 300
orang Bajau ikut serta. Enam buah kampung masyarakat Dusun di Budu Tuhan, kira-kira
2000 orang menyokong perjuangan beliau. Manakala dalam pertempuran di Ranau, seramai
100 orang Dusun telah terkorban. 51 Di samping itu, orang Bajau dari Tempasukjuga akan
menyokong perjuangan Mat Salleh. 52
Di Mengkabong juga, ramai orang Bajau yang telah menjadi pengikut Mat Salleh.
Apabila askar Kompeni menyerang balas, perkampungan tersebut, term as uk perkampungan
orang Bajau di Inanam telah dibakar. Ini termasuklah rumah-rumah dan tanaman mereka. 53
Askar Kompeni yang bertanggungjawab menyerang balas orang Bajau itu dikenali sebagai
Angkatan Laut Diraja Inggeris yang berpangkalan di Labuan.
Dengan itu, jelas bahawa perjuangan Mat Salleh telah menjadi salah satu faktor kepada
hubungan suku kaum Bajau dan Dusun. Hubungan itu juga boleh dilihat sebagai lebih erat
walaupun mungkin boleh dipersoalkan dari segi keikhlasannya. Perjuangan itu juga
sekurang-kurangnya memperlihatkan kepada penjajah British bahawa masyarakat tempatan
boleh menggugat kedudukan mereka apabila mereka bersatu dan bergabung tenaga. 54

TAMU
Sejarah kewujudan tamu di Sabah banyak menimbulkan pertikaian di kalangan penulis
sejarah Sabah, terutamanya mereka yang mengkaji tentang perkembangan tamu tersebut.
Antara yang paling ketara perbezaannya ialah pendapat D.S. Ranjit Singh dengan lB.
Burrough. Kewujudan tamu sememangnya mempunyai ertian yang sangat penting kepada
hubungan ras itu sendiri. Unsur-unsur yang menyumbang kepada penubuhan tamu sangat
berkait rapat dengan masyarakat. Dalam perbincangan ini, tumpuan diberikan kepada tamu
yang wujud di pantai barat Sabah, sebelum tahun 1900.
Tamu merupakan istilah daripada perkataan Melayu yang dipercayai digunakan oleh
pedagang Brunei yang membawa maksud pasar terbuka. Istilah itu kemudiannya
diperkenalkan kepada masyarakat tempatan melalui pedangan Brunei yang berurus niaga,
terutamanya dengan masyarakat Dusun. Kesannya ialah dalam bahasa Dusun timbul istilah
'tomu'55 yang membawa konsep yang sarna iaitu kegiatan jua\ beli barangan, sarna ada
dengan cara menggunakan wang atau tukar barang secara langsung. 56

51 BNBH, 16 Februari 1898, him. 250.


52 BNBH, I Oktober 1896, him. 279.

53 Mat Salleh s File, helaian 55.


54 Pihak British menawarkan hadiah sebanyak 700 kepada sesiapa yang beIjaya menangkap Mat Salleh. Lihat
dalam BNBH, 16 Ogos 1896, him. 243.
55 Penulis yakin bahawa istilah ' tamu' itu ialah istilah yang digunakan dalam loghat Melayu-Brunei yang membawa
maksud yang sarna dengan ' temu' dalam bahasa Me1ayu. 'Tamu' juga membawa maksud 'jumpa' atau 'sua'.
Ini kerana dalam loghat Brunei, 'e' selalunya dibunyikan sebagai 'a' dan merujuk istilah yang digunakan
dengan keadaan yang dimaksudkan, sememangnya tepat. Di tamulah orang akan beIjumpa apabila saling membeli
dan menjual barang atau untuk tujuan lain. Tidak kira dari suku kaum atau bangs a apa sekalipun dan dari mana
mereka datang, mereka akan bertemu di tamu.
56 Sistem tukar barang seringkali juga dikenali sebagai sistem barter iaitu menukarkan sesuatu barangan dengan
sesuatu barangana yang lain lanpa menggunakan satu objek yang mempunyai nilai yang tetap sebagai perantaraan
seperti wang.

56

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MASYARAKAT BAJAU DAN DUSUN DI SABAH SEBELUM TAHUN 1900

Seperti yang dinyatakan di at as bahawa sekurang-kurangnya terdapat dua teori utama


yang menyentuh soal sejarah awal kewujudan tamu di Sabah. Pertama, teori yang dikemukan
oleh J.B. Burrough yang menyatakan bahawa tamu ialah temp at untuk berniaga secara
sederhana dan barter yang mula wujud di kalangan penduduk bumiputera
yang berbahasa Dusun di daerah pantai barat Sabah. Alasannya ialah tamu boleh didapati
di mana-mana petempatan orang Dusun tetapi tidak di kawasan orang Bajau terutamanya
di bahagian pantai timur.57 Dengan kata lain, masyarakat Dusun yang memulakan kegiatan
tamu di Sabah.
Walau bagaimanapun, teori tersebut tidak dipersetujui oleh Ranjit Singh yang
menyatakan bahawa aktiviti tamu telah diamalkan oleh masyarakat Bajau di Kepulauan
Sulu dengan istilah lain iaitu 'tiangui '58 tetapi merujuk perkara yang sarna. Budaya bertamu
itu kemudiannya dibawa dan terus diamalkan apabila mereka datang berhijrah ke Sabah.
Bermakna orang Bajau yang mencipta konsep tamu, kemudian memperkenalkan-nya pula
kepada kaum-kaum lain di Sabah terutamanya orang Dusun.
Sekiranya kenyataan Ranjit Singh itu benar, bagaimana pula kedudukan kenyataan
bahawa telah wujud kegiatan perdagangan an tara masyarakat Dusun dengan saudagar Brunei
sebelum kedatangan masyarakat Bajau ke pantai barat Sabah? Tamu sebenarnya merupakan
amalan yang dimiliki secara bersama. Maknanya tamu adalah satu konsep yang
sememangnya dimiliki oleh kaum masing-masing. Di mana ada kegiatan perdagangan maka
di situlah adanya tamu. Bagi suku kaum Dusun di pantai barat Sabah (North Keppel), tamu
bermula sejak adanya hubungan perdagangan mereka dengan pedagang Brunei seperti yang
telah dinyatakan. Ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan bahawa pada tahap seperti ini
selalunya pertukarana barangan dilakukan di rumah ketua suku terutamanya orang Dusun
di kawasan lembah. Jadi, pedagang dari pesisir akan naik ke darat dan orang Dusun bukit
pula akan turun ke lembah.59
Namun, selalunya pedagang-pedagang dari pesisir dan pedalaman akan bertemu dan
bertukar barangan secara terus dan daripada kegiatan seperti inilah yang kemudiannya
berkembang menjadi tamu apabila lebih ramai pedagang yang datang bertemu.
Begitu juga halnya dengan masyarakat Bajau yang turut mempunyai istilah tamu adalah
hasil daripada adanya kegiatan perdagangan di bawah Kesultanan Sulu. Malah, kalaulah
leori kedatangan Bajau dari Johor Riau Lingga itu benar, ini mengukuhkah lagi kenyataan
bahawa konsep tamu itu memang sudah sebati dengan mereka. Ini kerana tentu sekali budaya
atau tradisi berdagan'g yang dimiliki oleh mereka semasa di Riau Lingga60 diteruskan apabila
mereka sampai ke Sabah.
Apabila kedua-dua suku kaum itu bertemu dan membawa pula istilah 'bertamu' masingmasing maka terbentuklah satu lagi istilah tamu yang lebih luas sifatnya. Tambahan pula
:7 1.B. Burrough, 1973. Sabah ramus. Kuching: Lee Ming Press Co., him. 3.
:8 D.S . Ranjit Singh, op. cit., him. 87.
:9 Ibid., him. 62.
60 Dalam bahagian pengenalan telah dinyatakan bahawa antara teori kedatangan orang Bajau ialah dari Kepulauan
lohor Riau Lingga dan melalui ciri-ciri masyarakat ini mereka boleh digolongkan sebagai Orang Laut. Orang
Laut pula memang terkenal sebagai pel aut di samping menjadi pemandu kapal dan bergiat aktif dalam kegiatan
perniagaan sarna ada secara kecil-kecilan ataupun dalam konteks antarabangsa. Semua ini jeJas dalam sejarah
Orang Laut semenjak kegemiJangan kerajaan Sriwijaya Jagi dan diteruskan oleh Kesultanan MeJayu Melaka.
Malah kalaulah benar penghijrahan mereka ke Pulau Borneo itu berlaku pada abad ke-17, berrnakna waktu itu
adalah mas a kegemilangan kerajaan lohor Riau Lingga.

57

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MALAYSIA DAR! SEGI SEIARAH

bukan hanya dua suku kaum itu yang berinteraksi semasa tamu tetapi juga suku-suku kaum
dan bangsa lain. Dalam British North Borneo Herald banyak mencatatkan kewujudan dan
kegiatan tamu di pantai barat Sabah sebelum tahun 1900. Antaranya, dinyatakan bahawa
tamu yang terbesar dan sangat terkenal pada masa terse but ialah tamu Putatan, tamu Pagunan,
tamu Inanam, tamu Tuaran dan tamu Tempasuk.61
Tentang tamu di Inanam, dilaporkan bahawa tamu ini didatangi bukan sahaja orang
Dusun dan Bajau tetapi juga orang Brunei, Cina dan Dayak.62 Dalam laporan itu juga
dinyatakan orang Bajau membawa ikan kering dan menerima gutta dan tembakau sebagai
tukaran daripada orang Dusun. Pedagang-pedagang Brunei dan Cina pula membawa
peralatan besi dan pakaian. Tamu Inanam itu dihadiri oleh kira-kira 700 orang dan kira-kira
200 perahu berlabuh di sungai. Pada hari tamu kedua, lebih kurang 3 000 orang datang
sarna ada dari pesisir ataupun kawasana pedalaman. 63 Yang penting daripada kewujudan
tamu pada masa sebelum tahun 1900 itu menunjukkan wujudnya hubungan an tara dua
suku kaum Dusun dan Bajau telah lama terjalin di samping masyarakat dari suku kaum
yang lain juga.
Tamu yang pada mUlanya wujud secara tidak langsung telah berkembang menjadi suatu
saluran penting yang menggerakkan kegiatan ekonomi dan hubungan so sial antara kaum.
Oleh itu, masyarakat yang terlibat perlu bergabung tenaga dalam membina satu-satu tempat
atau lokasi tamu yang tetap. Untuk itu, ketua-ketua kampung atau kumpulan-kumpulan
masyarakat yang datang dari pelbagai kaum akan mengadakan kegiatan ritual bersamasarna iaitu bersumpah untuk menjamin keamanan tamu. Dalam proses adat ini, selalunya
seekor kerbau akan dikorbankan dan darah kerb au itu dicurahkan di atas 'Batu Sumpah' .64
Pada masa yang sarna, satu majlis keramaian juga akan diadakan bersama oleh mereka
yang hadir. Majlis ini dilihat sebagai satu bentuk hubungan baik yang berlaku an tara orang
Bajau dengan orang Dusun kerana sebelum kegiatan jual beli barang dilakukan, sudah
kelihatan tanda-tanda yang mereka boleh bersatu dan membentuk persefahaman yang kuat.
Kawasan atau lokasi tamu pula selalunya diadakan di kawasan tumpuan masyarakat
Dusun dan Bajau. Tempat itu selalunya terletak di laluan utama. Tamu yang melibatkan
pelbagai kaum selalunya terletak di lembah (kawasan lapang), berhampiran dengan sungai
dan di tengah-tengah perkampungan antara ras tetapi tempat itu juga terletak jauh sedikit
dari petempatan,65 contohnya, tamu Kota Belud, tamu Tuaran, tamu Tamparuli, Tenghilan
dan Inanam. Tamu-tamu tersebut melibatkan dua suku kaum bumiputera terbesar iaitu Dusun
dan Bajau.
Pemilihan lokasi ini sememangnya dirancang oleh semua pihak yang mengadakan

61 British North Borneo Herald, I Januari 1884, him. 9.


62 British North Borneo Herald, I Mei 1884, him. 87. Tentang orang Dayak yang dimaksudkan dalam catatan itu
adalah dipercayai orang Murut kerana dalam catatan tersebut, dinyatakan juga bahawa mereka datang dari
Leuwan dan Tambunan.
63 Ibid., him. 87.
64 J.B. Burrough, op. cit., him. 1. Kalau adat ini dibandingkan dengan tradisi mendirikan konsep 'daulat' di
Sriwijaya pada abad-abad kegemilangannya, seakan-akan mempunyai persamaan. Cuma di Sriwijaya itu
tujuannya untuk menguatkan konsep daulat, sedangkan di Sabah ia dilakukan untuk menguatkan sumpah
persetiaan antara kaum supaya tidak melakukan huru-hara. Namun , kalau dilihat dari segi konsep pengukuhan
sumpah, ia adalah sarna.
65 J.B. Burrough, 1975-76. "The Development of Periodic Market in Sabah, Malaysia," dim. Sabah Society Journal, Jil VI, No.2, Sabah Society, Kota Kinabalu, him . 27.

58

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

MASYARAKAT BAJAU DAN DUSUN DI SABAH SEBELUM TAHUN 1900

~' uah tamu . Kedudukannya di tengah-tengah petempatan dua suku kaum utama adalah
;. memudahkan perhubungan dan menjamin keselamatan an tara satu sarna lain. Soal
gapa tamu diadakan berhampiran dengan sungai ialah bagi memudahkan pedagang.. ~a ng dari luar untuk datang. Ini terutamanya bagi pedagang-pedagang yang datang
ialui jalan air seperti pedagang Brunei dan masyarakat Bajau yang tinggal di pesisir
'. Tempat itu juga bagi memudahkan pengangkutan barang atau hasillaut menggunakan
ahu seperti yang berlaku di tamu Inanam.
Walaupun interaksi an tara masyarakat Bajau dengan Dusun dapat dilihat dalam banyak
~a sebagaimana yang telah dijelaskan, namun terdapat juga beberapa krisis atau masalah
-g mengeruhkan sejarah hubungan ras itu sendiri. Dalam hal ini, penulis melihatnya
gai berpunca daripada kekurangan pemahaman terhadap adat dan tradisi antara satu
a lain, di samping masalah keegoan yang melihat kumpulan masyarakat lain lebih rendah
adun dan peradabannya.
Dalam mana-mana perkembangan tamadun di dunia sekalipun, menyaksikan keego an
gai punca utama yang membawa kepada keruntuhan dan kehancuran tamadun sesebuah
aprra bangsa. Ini kerana perkara ini seringkali membawa kepada konflik yang bersifat
'a1 yang selalunya digambarkan melalui peperangan dan ini digambarkan oleh sejarah
Belud itu sendiri. Sebagai contoh, nama Kota Belud itu sebenarnya membawa konotasi
g cukup menarik iaitu 'Kota' bermaksud kubu atau benteng dan 'Belud' bererti bukit.
- . ungan dua perkataan itu membawa maksud "bukit sebagai kota pertahanan".66

IMPULAN
~ga g al an memahami corak hidup dan segala macam adat antara masyarakat Bajau dengan
- -un pada peringkat awal itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Orang Dusun yang
u dirujuk sebagai orang asli (lebih awal daripada orang Bajau) telah terbentuk budayanya
gan persekitaran daratan. Manakala orang Bajau yang terkenal sebagai sea nomad dan
_rupakan kumpulan masyarakat yang datang lebih lewat tentu sekali mengalami
embangan sejarah yang turut membentuk budaya yang berlainan.
Walaupun pertembungan kedua-dua suku kaum itu melahirkan suatu kekalutan tetapi
:.ale membimbangkan. Hubungan an tara kedua-duanya bertambah baik pada masa
~ru s nya .

Ketika penulis menyatakan soal mengapa orang Bajau dan Dusun men yo kong perjuangan Mat Salleh, penulis
Lel ah menerangkan bahawa dalam keadaan masyarakat yang bersuku-suku atau hid up dalam kumpulan-kumpulan
teI1entu menyebabkan mereka sentiasa bersaing antara satu sama lain. Hal ini bukan sahaja di kalangan orang
Dusun tetapi juga di kalangan orang Bajau. Jadi, pertembungan antara dua ras ini dalam keadaan tidak memahami
udaya dan segala aspek kehidupan (termasuk adat) di sam ping title masing-masing sebagai orang lanun (Bajau)
dan pemburu kepala (Dusun) menjadikan keadaan lebih merunsingkan. Menurut Unding, keadaan huru-hara
:mtara suku-suku masyarakat itu menyebabkan ramai di kalangan orang Dusun terutamanya yang mengamalkan
"egiatan bertapa untuk mendapatkan kekuatan fizikal. Selalunya orang pertapa ini akan mengasingkan diri di
'engah-tengah hutan rimba untuk berhubung dengan ' rogon'.

59

Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

You might also like