Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan
seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia.
Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan
sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H
peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
(PICC). Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai
Tokoh Melayu Terbilang 2009.
Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai
RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di
Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang
ke-32 terkaya di Asia Tenggara, selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent
Tan. Syarikatnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira
Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun
Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.

Syed Mokhtar Al-Bukhary


Kelahiran 1952
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Pekerjaan Usahawan, pengasas Yayasan
Albukhary
US$ 2.75 billion (2013)
Nilai
harta
kekayaan
Agama
Islam
Pasangan Puan Sri Sharifah Zarah AlBukhary
Anak
5 orang anak
Keluarga dan pendidikan
-----------------------------------------------------------------------------------------

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed Mokhtar tidak
sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk
membayar yuran peperiksaan.
Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed

Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil


keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia
Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada
pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil
keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya
mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal
bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke Tingkatan
Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint
Michael's.
Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak
yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba
kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan
Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan
beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh
ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada
orang miskin.
Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik
Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan
kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah . Syed
Mokhtar mempunyai tujuh orang anak.
Kerjaya perniagaan runcit
---------------------------------------------------------------------------------------Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung
pendapatan keluarga. Seterusnya menjual nasi lemak di pasar Jalan Telok
Wan Jah.Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi
berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke
seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis . Semua ternak petani mati
begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan
memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada
tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan
SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan
menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar
Alor Setar.
Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan
meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori
Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed
membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan
melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu
digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan
Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan
Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan
Kemajuan Bandar (UDA).Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah
dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara
(LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat
kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama,
Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan
melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.
Syarikat usahasama
---------------------------------------------------------------------------------------Beliau turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga
Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah
pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Syed Bukhari
memegang 52 % saham dan Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing
32 % dan 16 %. Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai Bukhary Sdn.
Bhd pada 15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan
Jah. Melalui Bukhary Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan
kini mencecah RM250 juta.
Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di
rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui
perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi
membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi
kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat
pembungkusan.
Pada 1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas
Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai
produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed
Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran
kemelesetan ekonomi.
Tahun 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo
Perdagangan Canton, China. Beliau berjaya menjalankan sistem barter ,
iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh dari China. Syarikatnya
mendapat kontrak membekalkan 120,000 pasang kasut dan 330,000
pasang pakaian seragam tentera. Beliau membeli secara terus daripada
pengilang.
Beliau menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan
menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi

mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah


syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang
Prai. Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala
Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang
diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan
dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat
Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian
berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi
pasaran eksport.
Penswastaan pelabuhan
---------------------------------------------------------------------------------------Syed Bukhari menubuhkan Bukhari Shipping dan bertindak sebagai
broker kapal di bawah polisi CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia.
Beliau membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada
harga USD1 juta dan diberi nama 'Angsa Mas'. Kapal itu mengangkut
beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Beliau terpaksa menjual
kapalnya pada harga USD600,000, kerana rugi sebanyak USD400,000
(USD1 juta USD600,000).
Seterusnya beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan
memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary
Development.
Dasar penswastaan dijalankan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr
Mahathir Mohamad bagi mengurangkan pergantungan kerajaan . Menteri
Besar Johor ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin . Syed Mokhtar
membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta menerusi
program penswastaan dan menjayakan Pelabuhan Tanjung Pelepas bagi
menyaingi Singapura. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya
pada harga RM135 juta. Pelabuhan itu semakin maju hingga berjaya
meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk
Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya
berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Apabila bekalan air diswastakan, beliau menubuhkan syarikat usahasama
Equiventure Sdn. Bhd. dengan Kembangan Dinamik (49 %) dan Pilecon
Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo.
Lebuh raya
---------------------------------------------------------------------------------------Syed Mokhtar membeli syarikat kejuruteraan MMC Corporation pada
harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). MMC
dapat kontrak membina Lebuh Raya Pantai Timur iaitu membina lebuh

raya sambungan dari Karak ke Kuala Terengganu . Beliau turut memilik


saham 22.7 % dalam Malakoff Berhad iaitu IPP iaitu syarikat pembekalan
elektrik dan Gas Malaysia . 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation
Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 % pegangan dalam Bernas yang terlibat
dalam perdagangan beras dan 32 % pegangan dalam Pernas International
Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor
perniagaan. Manakala 18.7 % pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad,
syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik . Syed mokhtar
juga mempunyai 100 % kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat
peruncitan dan pengedaran buku di Malaysia dan Singapura.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf
International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai
kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau
mempunyai kepentingan dalam Malaysia Mining Corporation Berhad
(MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Malakoff
Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian
Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC Corp Bhd telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya
mendapatkan projek landasan kereta api berkembar bernilai RM14.5
billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan
ekonomi. Projek ini bernilai $3.8 bilion dan tender diperolehi sebelum Dr
Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 2003.
Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. MMC juga mempunyai
tanah di Senai Industrial Park dan membeli Senai Terminal Services Sdn.
Bhd. (SATS).[13] Pada 1 November 2003,SATS mengambilalih
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airports
Holdings Bhd. (MAHB) pada harga RM80 juta.
Menerusi syarikat DRB-Hicom Bhd. (DRB)miliknya, membeli syarikat
kereta Lotus dari Proton Holding bhd pada harga RM1.29 bilion. DRBHicom juga memiliki 32.21 % dalam Pos Malaysia Bhd.
Kerja kebajikan
---------------------------------------------------------------------------------------Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996
yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai
RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal
dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Melalui

Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan


untuk membiayai pelbagai program kebajikan.
Menerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat
tuisyen telah ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai
kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar
RM40 sejam untuk mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris.
Bantuan turut disalurkan kepada ke negara Pakistan, Uganda, Afrika
Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa Albukhary dari
lebih 47 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.
Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary
(AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010. Bekas Naib Canselor USM Tan
Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Canselor AIU.Kampus
AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul
Razak di Alor Setar.
Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar
dilengkapi dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin
haemodialysis secara percuma.
Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan membaik pulih
Masjid Negara supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di
Rantau (RM7.9 juta - 2500 jemaah); Seremban 2 (RM7.5 juta -3000
jemaah); Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang,
Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.
Yayasan juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998.
Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilal dan siak
masjid untuk menunaikan Haji setiap tahun.
Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004.
Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat
perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga
tua dan pusat pengajian tinggi.
Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta.
Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik
yang memaparkan hasil seni Islam.
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75
juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian
Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang

membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek


bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST)
di Sungai Petani, Kedah.
Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi
menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang
agama dan kepercayaan.
Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta bagi
Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi
mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan
juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Tokoh Maal Hijrah 2008/1429H
---------------------------------------------------------------------------------------Pada 10 Januari 2008, Syed Mokhtar diumumkan sebagai Tokoh Maal
Hijrah peringkat kebangsaan . Beliau menerima hadiah berupa piala,
pingat dan wang tunai RM80,000 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan
Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.Turut hadir di majlis itu ialah Raja
Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri Malaysia Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan
isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumbangan tan sri syed mokhtar al bukhary


___________________________________________________________
Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai
projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan
sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong
usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.
Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di
Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak
1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam
di London - salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka.
Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka
bentuk oleh senibina `Moorish' (Islam Maghribi) telah di bina di Alor
Setar pada 2004.

Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat


komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah
universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan
antarabangsa.
Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah
menyumbang kepada Projek Langkawi - projek yang diusahakan oleh
Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi
sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang
tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.
Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah
bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat
setempat.
Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan
kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan
dengan kos RM110 juta.

Ciri- ciri Usahawan dalam diri Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
1) BERINTEGRITI
___________________________________________________________
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang tokoh yang tidak
asing lagi di Malaysia. Beliau sememangnya seorang tokoh usahawan
yang berintegriti dan menjadi contoh kepada usahawan-usahawan lain.
Hal ini demikian dapat dilihat sewaktu beliau berjaya mendapatkan lessen
perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara atau BERNAS. Beliau
telah menjadi salah seorang pembekal beras kepada negara kita dengan
memegang saham sebanyak 52% dalam syarikat usaha sama antara NG
Ghiak Gee dan Chua ChongTan untuk membekalkan beras. Ini
menunjukkan bahawa beliau sememangnya dipercayai oleh orang lain
sehingga beliau mampu untuk membuka syarikatnya sendiri iaitu
Bukhary Sdn Bhd. Beliau juga mendapatkan kepercayaan dari pemegang

saham yang lain berbangsa lain iaitu orang Cina untuk menceburi
perniagaan bersama dengannya. Umum mengetahui bahawa perniagaan
berskala besar memerlukan pelaburan yang banyak dan juga mempunyai
risiko yang tinggi. Namun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan
seorang usahawan yang dihormati dan disanjumgi oleh rakan niaganya
yang lain kerana beliau menceburi pelbagai jenis perniagaan dari segi
industri pembungkusan, pembuatan, makanan, pengangkutan dan
sebagainya serta berjaya menguruskan perniagaannya dengan bijak. Ini
menjadikan beliau seorang ikon yang berintegriti dari prospek bisnes.
Bukan sahaja beliau berjaya meluaskan pasarannya ke luar negara dan
mendapatkan kepercayaan para pengguna di luar negara. Malahan beliau
juga diiktiraf dengan mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari
majalah serta orang-orang ternama. Antaranya ialah Panglima Setia
Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato Setia mahkota Kedah
(D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato
Tokoh Melayu Terbilang ( 2009), beliau juga dipilih sebagai Tokoh Maal
Hijrah 1429H, Anugerah Malaysias Chosen One serta Majalah Time
(2002) dan lain-lain lagi.
2) TEGAS
___________________________________________________________
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary merupakan individu bumiputera
terkaya di Malaysia. Anggaran kekayaan berjumlah RM10.6 billion.
Rahsia kejayaan dan kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary
disebabkan oleh beliau mengamalkan ciri keusahawan yang cerdas.
Beliau juga berpegang pada prinsip kita semua perlu menjadi kuat dan
berjaya supaya kita mempunyai keupayaan untuk membantu orang lain.
Sifat kecerdasan beliau dapat dibuktikan melalui strategi setiap
perniagaan baru yang bakal dijalankan, beliau akan melantik beberapa
orang sebagai rakan kongsi perniagaan untuk menjalankan perniagaan
tersebut dan beliau sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat
berkenaan. Beliau juga mengambil keputusan untuk menyelamatkan
MMC dan PERNAS yang sedang mengalami kerugian teruk dan
pengurusan yang kucar-kacir.
Selain itu, setiap hari, beliau akan menelefon 100 orang yang terdiri
daripada peneraju-peneraju perniagaannya bagi mendapatkan input
terkini perkembangan perniagaan masing-masing. Beliau juga menasihati
supaya jangan terlibat di dalam perniagaan berbentuk Ali-Baba. Orang
Melayu mengambil ekuiti yang diperuntukkan kepada mereka dan
kemudiannya menjual kepada orang Cina dengan harga yang lebih tinggi.
Melayu terbabit hanya terlibat dalam perniagaan pada nama sahaja,

realitinya yang menjalankan perniagaan tersebut ialah orang Cina.


Contoh seperti pajak permit & lesen, dan IPO.
Menurut pendapat Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, sebagai peniaga,
adalah penting untuk tidak sekadar menjadi budak suruhan sahaja. Perlu
ada inovasi dan sentiasa memajukan diri dan perniagaan. Contohnya,
daripada pembekal menjadi pengeluar. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary
juga mengingatkan supaya jangan sekali-kali melakukan sesuatu di luar
kemampuan kewangan anda,buat dahulu, bercakap kemudian dan
kekayaan mesti diagih. Apabila anda membuat wang, anda juga harus
memberi.
3) BERPANDANGAN JAUH
__________________________________________________________
Terkenal sebagai seorang yang berpandangan jauh, usaha Tan Sri Syed
Mokhtar tidak terhenti pada tahap itu sahaja. Pada tahun 1974, beliau
telah membeli rumah kedai yang pertama di bawah perjanjian sewa beli
dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA). Pada tahun berikutnya,
beliau mengembangkan lagi empayar perniagaannya dengan menubuhkan
Syarikat Shah sebagai pembekal beras ke pihak FELDA, MARA Senama,
Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd setelah berjaya memperolehi lesen
perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara atau BERNAS. Tan
Sri Syed Mokhtar menyifatkan kejayaan beliau dalam perniagaan adalah
hasil langkah kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sejak dari itu, perniagaan milik Tan Sri Syed Mokhtar terus
berkembang pesat hingga beliau dianugerahkan sebagai salah seorang
tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia, seterusnya
mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Business sebagai orang ke-7
terkaya di Malaysia pada tahun 2005 dan orang ke-50 terkaya di Malaysia
oleh Forbes pada tahun 2013 baru-baru ini
Taikun Malaysia ini telah meluaskan lagi empayar perniagaan
beliau dengan memiliki kepentingan di syarikat-syarikat gergasi di
Malaysia seperti MMC Corporation Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-Hicom, Bank Muamalat, PERNAS, Malakoff
Berhad, Johor Port Berhad dan banyak lagi. Beliau turut dikenali sebagai
seorang figura yang dermawan dan mempunyai nilai kemanusiaan yang
luar biasa tingginya. Sebagai contoh, beliau telah menubuhkan Muzium
Kesenian Islam, Yayasan Al-Bukhary, Universiti Antarabangsa AlBukhary, dan juga Kompleks Al-Bukhary. Selain itu, beliau turut
memperindah Masjid Negara serta menaja penghantaran setiap tahun
jemaah haji Malaysia yang kurang berkemampuan untuk melakukan
ibadah haji. Baru-baru ini, jutawan berhati mulia ini telah membina

masjid-masjid di beberapa daerah di Negeri Sembilan, selain di Alor


Setar, Lapangan Terbang Senai, Johor dan juga di Jalan Pudu.
Sebagai "Jutawan Dermawan", sifat murni yang dipupuk sejak
kecil oleh kedua ibu bapanya, Tan Sri Syed Mokhtar adalah seorang yang
sentiasa rendah diri dan tidak pernah lokek dengan ilmu serta rahsia
kejayaannya di dalam bidang perniagaan.
4) BERINISIATIF
___________________________________________________________
Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Tan Sri Syed Mokhtar
memiliki ciri usahawan yang berinisiatif. Hal ini demikian kerana,
yayasan yang dibina oleh beliau iaitu Yayasan al-Bukhary telah
menjalankan projek Mega iaitu pembinaan Kompleks perniagaan
(SOUQ) al-Bukhary di Alor Setar yang bernilai RM400juta yang telah
siap dibina. Kompleks al-Bukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat
Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi Dialisis dan Hospital
Albukhary, Hostel Albukhary, Masjid Albukhary, Pusat Pendidikan
Masyarakat Pusat Pondok Moden, Rumah Anak-anak Yatim Albukhary,
Pusat Kanak-kanak Istimewa dan Pusat Jagaan Warga Emasi. Yayasan ini
juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur
yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium
pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Malah
12 buah masjid turut telah dibina melalui yayasan ini di serata dunia. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa beliau mengambil inisiatif untuk membina
satu kompleks yang besar dananya di samping melakukan kebajikan
dengan mewujudkan pusat-pusat jagaan, penyediaan pendidikan dan
banyak lagi.
5) VERSALITI
__________________________________________________________
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary turut dikenali sebagai seorang
usahawan yang bercirikan versatail. Hal ini demikian, penerokan beliau
dalam pelbagai bidang tanpa penat lesu. (Usahawan.com, 2015) . Pada
seawal berusia 19 tahun, beliau mula terlibat dalam perniagaan
penternakaan ayahnya. Kemuadian melibatkan diri dalam usaha
pengangkutan iaitu lori untuk mengangkut beras. Daripada beras, beliau
kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu
gula serta susu. Kemudian, beliau beralih ke dalam bidang pakaian.
Seterusnya melibatkan diri dalam bidang perkapalan dan juga dalam
projek penswastaan Beliau turut melibatkan diri dalam urusan harta tanah
dengan kian meluas. Kejayaan beliau dalam penerokaan pelbagai bidang
telah menyebabkan beliau digelar sebagai seorang usahawan tanah air
yang paling versatail

Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah Bumiputera yang paling kaya di


Malaysia kerana mempunyai perniagaan:1) Bernas (Monopoli)
2) Air Negeri Selangor & Johor
3) Gula (Monopoli)
4) Gas Malaysia
5) Electric (Monopoli)
6) Modenas Motor
7) Proton
8) Uni Asia Insurance
9) Bank Muamalat
10) Puspakom (Monopoli)
11) Honda Malaysia
12) Smart Tunnel Toll
13) MRT
14) MMC
15) KTM
16) Senai Airport, Johor
17) Johor Port, Tanjung Pelepas Port & Penang Port
18) Pos Office Malaysia
Isu-isu
Universiti Albukhary Ditutup: Kementerian Pendidikan menyatakan
mereka sudah menerima surat penutupan operasi daripada Universiti
Antarabangsa Albukhary (AiU) yang beroperasi di Alor Setar, Kedah.
Bagaimanapun, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh ketika
ditemui sebentar tadi tidak dapat menjelaskan punca sehingga membawa
kepada penutupan operasi universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan
Sri Syed Mokhtar Albukhary itu.
Idris berkata, pihaknya kini sedang memantau supaya kebajikan pelajar
dan kakitangan universiti berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya.
Menurutnya, pihaknya sedang melakukan tinjauan dan perbincangan

dengan pihak universiti itu terutama membabitkan masa depan pelajar


dan kebajikan kakitangan termasuk pensyarahnya.
Apa lebih mustahak nasib setiap pelajar dan pensyarah mendapat
pembelaan.
Universiti Albukhary Ditutup: Kementerian Pendidikan menyatakan
mereka sudah menerima surat penutupan operasi daripada Universiti
Antarabangsa Albukhary (AiU) yang beroperasi di Alor Setar, Kedah.
Bagaimanapun, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh ketika
ditemui sebentar tadi tidak dapat menjelaskan punca sehingga membawa
kepada penutupan operasi universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan
Sri Syed Mokhtar Albukhary itu.
Idris berkata, pihaknya kini sedang memantau supaya kebajikan pelajar
dan kakitangan universiti berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya.
Menurutnya, pihaknya sedang melakukan tinjauan dan perbincangan
dengan pihak universiti itu terutama membabitkan masa depan pelajar
dan kebajikan kakitangan termasuk pensyarahnya.
Apa lebih mustahak nasib setiap pelajar dan pensyarah mendapat
pembelaan.

You might also like