Soalan 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ESEI KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL 2015/2016

KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG, MIRI


Soalan 3
KELUARGA
BAHAGIA
Berdasarkan penyataan di atas huraikan taanggungjawab yang perlu digalas
oleh ibu bapa terhadap anak - anak untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan
harmoni

Keluarga Bahagia merupakan impian yang ingin dicapai oleh setiap


keluarga di dunia ini. Sebelum itu, saya akan mendefinisikan maksud Keluarga
yang bermaksud sebuah istitusi besar yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak
anak. Selain itu, Bahagia bermaksud sebuah suasana yang gembira dan ceria
sentiasa. Justeru, Keluarga Bahagia bermaksud institusi besar yang gembira
dan ceria sentiasa. Ibu bapa merupakan badan terpenting dalam pokok keluarga.
Tanpa ibu bapa, keluarga akan hancur dan tunggang terbalik lalu memberi kesan
kepada mental serta fizikal anak anak. Ajaran dan didikan yang baik amat
penting bagi melahirkan anak anak yang soleha, mendengar kata dan
berkelakuan baik.
Ibu bapa berperanan penting dan bertanggungjawab besar bagi
melahirkan keluarga bahagia kerana merekalah paling dekat dengan anak
anak. Antara tanggungjawab mereka adalah, menyediakan kemudahan dan sara
hidup yang lengkap kepada anak anak. Hal ini kerana menjamin fizikal serta
mental sihat anak anak bak kata pepatah, Sikap Anak Anak Bermula dari
Rumah . Selain itu, ibu bapa bertanggungjawab menyediakan makanan yang
seimbang bagi memastikan anak anak mendapat nutrient yang penting unutk
tumbuhsaran. Hal ini disebabkan, ibu bapa harus berusaha mengelakkan anak
anak mereka daripada mengalami penyakit kekurangan nutrient seperi
Maramus, Kwashiokor, Osteoporosis, Osteomalacia , Penyakit Kardiovaskular dan
sebagainya. Tuntasnya, Ibu Bapa harus mengamalkan nilai Tanggungjawab
Terhadap Keluarga bagi memastikan mereka tahu apa kewajiban yang harus
dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga
bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah
Ibu bapa perlulah memahami dan menghormati perasaan, minat,
pendapat dan perlakuan anatara satu sama lain. Sikap dan amalan seperti ini
mampu menghindari konflik di kalangan anggota keluarga. Sebagai contoh,
seorang anak mereka mempunyai impian menjadi seorang pemuzik terkenal di
dunia . Walaubagaimanapun, anaknya seorang yang pekak dan bisu. Ibu bapa
haruslah memainkan peranan sebagai pendorong kepada anak anak unutk
mencapai impian. Walaupun mustahil, ibu bapa haruslah memahami kehendak
mereka bagi memastikan tiada pergaduhan dan pentengkatar di dalam keluarga.
Justeru ibu bapa harus mengamalkan nilal Hormat dan Taat kepada anggota
keluarga serta berfikiran rasional bagi menjamin tiada pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Setiap anggota keluarga harus
ingat bahawa hubungan kekeluargaan tak akan pernah putus bak kata pepatah
Air Dicincang Tak Akan Pernah Putus.

Di samping itu, ibu bapa juga menjadi pucuk kepada sikap anak anak.
Hal ini disebabkan, semua sikap dan ajaran ibu bapa akan dicontohi serta
diamalkan diluar kelak. Justeru, ibu bapa harus sedar akan tanggungjawab untuk
mengajar anak anak nilai moral dan mempunyai pengangan agama yang
kukuh. Selain itu, ibu bapa harus memastikan anak anak mereka melaksanakan
tugas sebagai penganut agama. Justeru, ibu bapa perlu mengamalkan nilai
Kepercayaan Kepada Tuhan dalam kehidupan seharian. Anak anak perlu sedar
bahawa pentingnya agama kepada seseorang individu. Hal ini disebabkan,
agama merupakan panduan dan jalan seseorang unutk kejalan yang benar.
Sesebuah keluarga haruslah mempunyai pegangan agama yang kukuh bagi
memastikan keluarga tersebut tahu apa yang salah dan betul.
Selain ajaran agama, ibu bapa harus memastikan anak anak terdedah
dengan adat resam dan budaya kaum tersendiri. Dalam hal ini, kita sering
terlupa unutk memberi perhatian kepada makna tersirat di sebalik perayaan
atau kebudayaan itu. Erti atau makna itulah seharusnya dicungkil dan
ditonjolkan kepada anak anak. Hal ini kerana di sebalik makna yang
tersembunyi itu, terselit sesuatu kekuatan yang menyatupadukan mereka pada
kemudian hari. Tambahan pula, mereka merupakan generasi yang bakal
mewarisi dan bertanggungjawab untuk mengekalkan tradisi dan amalan ini.
Jikalau adat resam dan budaya pada masa kini akan pupus, generasi masa
hadapan tidak dapat merasai dan mengenali identity mereka. Kesimpulannya ibu
bapa harus mengamalkan nilai Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan. Hal ini unut
memastikan setiap anggota keluarga menerima, menghormati dan
mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara
turun temurun dalam keluarga.
Sebagai penutup, ibu bapa harus sedar bahawa tanggungjawab mereka
terhadap keluarga bagi melahirkan keluarga bahagia. Selain daripada itu, anak
anak juga harus membantu ibu bapa mereka melaksanakan tanggungjawab
mereka bagi memastikan tiada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup. Tuntasnya, kerjasama yang padat dan mantap
daripada kedua dua pihak bagai aur dengan tebing dapat memastikan keluarga
bahagia. Setiap keluarga haruslah kerap mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh
kerajaan dan masyarakat mengenaikan keluarga unutk memastikan kerjasama
dan ikatan tali persaudaraan semakin mantap. Hal ini dapat membentuk
keluarga yang baik dan mempunyai salsiah diri yang terbaik.

You might also like