Maksud Pragmatik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pragmatik bermaksud cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna ujaran

berdasarkan konteks budaya sesuatu masyarakat ataupun penggunaan bahasa dalam


konteks yang sebenar. Terdapat pelbagai unsur bahasa yang menarik dalam bidang
pragmatik seperti peribahasa, kiasan, simpulan bahasa, dan sebagainya. Kajian ini
memfokuskan buku yang bertajuk Mutiara Kata Sasterawan Negara yang ditulis oleh
kumpulan sasterawan yang terkenal. Berdasarkan kajian ini kami dapat mencungkil
kata kata hikmat dan terdapat pelbagai kata kata hikmat yang biasa, luar biasa, dan
tidak pernah didengari. Terdapat pelbagai fungsi kata kata hikmat yang tidak
diketahui oleh generasi muda kini. Buku Mutiara Kata Sasterawan Negara ini
mempunyai sebanyak 153 halaman yang diselenggarakan oleh Puan Halilah Haji
Khalid dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Buku ini
merupakan cetakan kedua yang diterbitkan pada tahun 2006. Pencetakan yang pertama
buku ini oleh Dawama Sdn. Bhd pada tahun 2005. Buku ini memuatkan sebanyak 80 %
kata kata hikmat daripada 8 orang sasterawan negara yang terdiri daripada Keris Mas,
Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati, Muhammad Haji Salleh,
Noordin Hassan, dan Abdullah Hussain. Yang selebihnya bermula muka surat 131
hingga 149 mengandungi biodata, lampiran serta indeks dan gambar gambar
sasterawan negara. Buku ini turut memuatkan kata kata aluan oleh penyelenggara
buku tersebut iaitu Puan Halilah Bt Haji Khalid.

You might also like