Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BIODATA

TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN

LATAR BELAKANG TOK JANGGUT

Haji Hasan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut merupakan tokoh
penentang penjajah British di Kelantan. Beliau dilahirkan pada tahun 1853di Kampung
Jeram,Pasir Putih, Kelantan. Beliau menetap di Kampung Nering, Kelantan. Beliau bekerja
sebagai petani dan peniaga. Tok Janggut juga mahir dalam ilmu persilatan . Tok Janggut
merupakan seorang yang alim kerana pernah belajar di Makkah.
Tok Janggut merupakan tokoh yang bersama sama Engku Besar Jeram menentang penetapan
cukai yang membebankan rakyat yang dikenakan oleh pentadbiran British di Pasir Putih.
Faktor Penentangan
A) British Memperkenalkan Peratusan Cukai Tanah Yang Mewajibkan Petani Membayar Cukai
Ytanah Pada Tahun 1915

B) Petani dikenakan Pelbagai cukai Yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang
berbuah,kukai pokok pisan ,cukai daun sirih danternakan lembu serta kerbau.

C) Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak dibandar.Penduduk yang gagal
membaya kukai akan ditangkap dan didenda.Sikap biadap pegawai british bertugas
minimbulkan perasaan penduduk terhadap british.

D) Sentimen Anti-British meningkat apabila kerajaan turki Uth Maniah menyeru umat Islam
berjihat menentang penjajah barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan
penentangan terhadap British dan Pasir Putih

CARA PENENTANGAN TOK JANGGUT DAN TINDAK BALAS DARIPADA PIHAK


BRITISH
Pengenalan
Melalui perjanjian Inggeris-Siam 1909, kuasa Kelantan telah dipindahkan oleh Siam
kepada Kerajaan British. James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang
pertama di Kelantan pada Julai 1909. Pada tahun 1910, British secara rasmi menguasai
hubungan luar negeri Kelantan melalui Perjanjain Inggeris-Kelantan. Perjanjian ini juga
menegakkan hak British untuk melantik seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan,
Sultan Muhammad IV. Baginda mesti mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua
perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam orang Melayu. perubahan

sosio ekonomi yang dibawa oleh British telah mengakibatkan pemberontakan di daerah
Pasir Putih pada 29 April 1915.

British di Kelantan sebelum 1909


Kebangkitan menentang bermula sejak termeterainya pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902.
Menurutnya, seorang Penasihat berbangsa Inggeris bernama William Amstrong Graham dilantik
sebagai Penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada Julai 1903.
Pada tahun 1904, W.A. Graham telah memperkenalkan beberapa perkara baru dalam pentadbiran
Kelantan. Pengenalan peraturan-peraturan baru ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
rakyat Kelantan. antaranya ialah:

A. Penubuhan beberapa jajahan baru seperti Kota Bahru, Hulu Kelantan dan Pasir Putih. Tiaptiap jajahan ini ditadbir oleh seorang Ketua Jajahan. Sebuah balai polis juga didirikan di setiap
jajahan. Sebagai contohnya, Encik Ibrahim menjadi Ketua Jajahan dan Sarjan Che Wan menjadi
Ketua Balai Polis di jajahan Pasir Putih. Ketua Jajahan dibantu oleh 2 orang yang bergelar Tok
Kweng atau Penggawa dan Tok Nebeng atau Penghulu. Tok Nebeng bertugas menjaga keamanan
dan memungut hasil dalam kampung masing-masing.

B. Pada tahun 1905, Undang-undang Hasil Padi diluluskan. Menurutnya, semua pemilik tanah
perlu memberi maklumat yang tepat tentang kawasan tanah, hasil dan kedudukan tanah kepada
Tok Kweng.
Perubahan-perubahan ini menjejaskan hak kuasa pembesar ke atas daerah masing-masing.
malah, kuasa Engku Besar Jeram dan Pasir Putih semakin berkurangan.
Kebangkitan menentang British di Kelantan semakin hebat selepas tahun 1909. Pada tahun 1909,
Kelantan dipindahkan daripada pemerintahan Siam kepada Inggeris menurut perjanjian Inggeris-

Siam (Bangkok) 1909. Ekoran ini, British melantik seorang penasihat di Kelantan untuk
menasihati Sultan Muhammad IV dalam semua perkara, kecuali adat-istiadat dan agama Islam.
Penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa tidak puas hati. Mulai tahun
1910. Perubahan yang agak radikal telah diperkenalkan oleh penasihat British kepada sistem
pentadbiran Kelantan. Malah pihak British menggunakan pegawai-pegawai Melayu dari luar
negeri Kelantan untuk melaksanakan peraturan-peraturan tersebut.
Tindakan ini telah mencetuskan kebangkitan di daerah Pasir Putih, Kelantan pada tahun 1915
semasa pemerintahan Sultan Muhammad IV. Kebangkitan ini dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin
Munas, lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Pembesar-pembesar lain yang menyertai
pemberontakan ini ialah Engku Besar Tun Ahmad Jeram, Penghulu Adam, Haji Said dan Che
Ishak Merbol.
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN DI KELANTAN

1. Ketidakpuas hati Engku Besar Jeram


Engku Besar Tun Ahmad dan penduduk kawasan Jeram tidak puas hati dengan campur tangan
British di jajahan Pasir Putih. Engku Besar adalah pembesar di daerah Jeram. British campur
tangan dalam pentadbiran Jeram dengan menasihati Sultan Muhammad IV supaya membina
sebuah pondok polis di Pasir Putih. Kerajaan British juga campur tangan dengan melantik
seorang Pegawai Daerah untuk mentadbir jajahan Pasir Putih yang dahulunya diletakkan di
bawah Engku Besar Jeram. Perlantikan pegawai daerah ini menyebabkan Engku Besar Jeram
kehilangan hak yang diwarisi turun-temurun sejak abad ke-18. Engku Besar Jeram seterusnya
kehilangan kuasa, wibawa dan keistimewaan. Engku Besar Tun Ahmad hanya berkuasa sebagai
Tok Kweng Muda, iaitu kedudukannya lebih rendah daripada Tok Kweng (penggawa). Sebelum
perubahan ini, Tok Kweng adalah di bawah kuasa Engku Besar Jeram. Engku Besar juga telah
kehilangan hak memungut cukai sebaliknya, beliau terpaksa membayar cukai ke atas tanah yang
menjadi hak miliknya seperti rakyat biasa. Engku Besar Jeram yang tidak puas hati dengan
sistem pentadbiran British lalu menghasut pengikutnya Tok Janggut atau Haji Mat Hassan
supaya bangun menentang dan mengusir British dari Pasir Putih. Tok Janggut dikatakan lebih

lama menyimpan dendam dalam hati kerana ayahnya, iaitu Panglima Munas dan abangnya Mat
Tahir sebelum itu telah dibunuh atas perintah Sultan.

2. Pengenalan sistem cukai baru

Pentadbiran British telah memperkenalkan sistem pentadbiran dan peraturan baru yang
menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Sebelum pengenalan peraturan baru,
cukai atau hasil di Pasir Putih berdasarkan kepada jumlah hasil tahunan. Sekiranya jumlah hasil
adalah sangat sedikit, dikecualikan daripada cukai. Tanah yang tidak dikerjakan atau diusahakan
tidak dikenakan cukai, misalnya pokok pinang kurang daripada 10 batang dikecualikan daripada
cukai.
Peraturan baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran British tidak ada pengecualian. pokok buahbuahan dikenakan cukai 12 sen setahun, sirih dikenakan 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau
dikenakan 20 sen seekor, pokok-pokok kayu seperti temberu, mendung dan kapur yang hendak
ditebang dikenakan cukai $1 sebatang, tanah pula 60 sen seekar.
Menurut undang-undang baru itu, cukai dikenakan ke atas tanah dan bukannya ke atas hasil
tanah seperti dahulu. Sebelum itu, peraturan tanah padi tahun 1905 amat longgar, iaitu hanya
mewajibkan satu penjuru bersamaan 400 depa tanah padi dikenakan cukai 30 sen setahun.
kurang daripada 200 depa dikecualikan cukai. Selain itu, penduduk Pasir Putih dikehendaki
melaporkan keluasan dan tempat tanah yang mereka miliki kepada Tok Kweng. Dengan
demikian, rakyat telah dibebankan dengan bermacam-macam jenis cukai yang diperkenalkan
melalui sistem pentadbiran baru. Cukai tanah yang diperkenalkan oleh pihak British merupakan
suatu yang baru bagi penduduk Kelantan. Cukai tanah yang dikuatkuasakan oleh pihak British
adalah tetap. Cukai harus dibayar walaupun tanah tidak dikerjakan. Sekiranya gagal berbuat
demikian, mereka akan didenda.
Penduduk menghadapi kerumitan dalam pembayaran cukai kerana pejabat bayaran cukai hanya
diwujudkan di daerah tertentu dan pejabat itu terletak agak jauh. Bayaran hanya boleh dibuat
dalam waktu tertentu. Rakyat menghadapi masalah untuk membayar dalam masa yang

ditentukan. Pegawai-pegawai yang bertugas tidak cekap. Rakyat terpaksa datang ke pejabat
beberapa kali untuk membayar cukai, misalnya, Tok Janggut telah datang beberapa kali untuk
membayar cukai tetapi gagal membayar dalam masa yang ditetapkan. Pegawai yang bertugas
kadang-kala bersikap kasar kepada penduduk.
Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana mereka berasakan perlaksanaan
undnag-undang baru membebankan mereka berbanding dengan peraturan sebelum ini. Engku
Besar kemudiannya mengarahkan Tok Janggut menjalankan kempen agar penduduk Jeram dan
seluruh jajahan Pasir Putih jangan membayar cukai. Dalam kempen ini, Tok Janggut mendapat
bantuan dan kerjasama daripada Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol.

3. Sikap pegawai British Daerah Jajahan Pasir Putih

Pada tahun 1912, British menggantikan Encik Salleh, seorang Melayu tempatan dengan Encik
Latiff yang berasal dari Singapura sebagai Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih. Beliau telah
melaksanakan pelbagai cukai baru yang membebankan rakyat seperti cukai kepala, cukai buah
kelapa dan cukai pokok buah-buahan. Encik Latiff merupakan seorang pegawai yang jujur dalam
tugasnya. Beliau telah bertindak dengan tegas untuk melaksanakan undang-undang cukai yang
baru diperkenalkan oleh British. Pegawai Daerah dan kakitangannya bersikap kasar terhadap
penduduk di Pasir Putih. Mereka yang enggan atau lewat membayar cukai akan ditangkap dan
didenda. Ada kalanya, rakyat yang lewat membayar cukai dimaki dan dicaci oleh pegawaipegawai. Perbuatan yang kurang ajar ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Perasaan
tidak puas hati semakin bertambah apabila Encik Latiff telah menawarkan kontrak bagi mengutip
telur penyu dan kercut. Langkah ini mendapat tentangan hebat daripada orang ramai yang
sebelumnya boleh mendapatnya secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.

4. Pengaruh luar
Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga
mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.
Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga
apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita
bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya,
kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah
sebagaimana sebelumnya.
Proses penentangan
Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan sokongan
oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman
telah menjalankan kempen mempengaruhi penduduk Pasir Putih menentang peraturan baru dan
British.
Pada 28 April 1915, Encik Latiff, Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih mendapat berita Tok
Janggut dan pengikutnya di Kampung Jeram. Pada 29 April 1915, beliau menghantar Sarjan Che
Wan dan beberapa orang anggota polis untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan tidak
membayar cukai. Dalam pertengkaran yang berlaku, Sarjan Che Wan ditikam oleh Tok Janggut
dan anggota polis yang lain dapat menyelamatkan diri dan membuat laporan kepada Encik Latiff.
Encik Latiff cuba mengambil tindak balas dengan menghantar 7 orang polis untuk menangkap
Tok Janggut. Apabila pasukan polis ini tiba di Kampung Kelubi, mereka diberitahu bahawa Tok
Janggut dan pengikutnya sedang mara hendak menyerang Pasir Putih. Dengan itu, Encik Latiff
bersama kakitangannya berundur ke Kota Bahru dengan bot melalui Kuala Semerak.
Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol melancarkan serangan
3 penjuru ke atas Pasir Putih kira-kira 4 petang pada 29 April 1915 dan mendudukinya selama 3
hari. Mereka membakar pejabat kerajaan, menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan.
Mereka kemudian menubuhkan kerajaan sementara di Pasir Putih. Engku Besar dilantik sebagai
Raja Jeram dan Tok Janggut menjadi Perdana Menteri kerajaan sementara.

Penasihat Inggeris, W. Longham-Carter menerima berita serangan ke atas Pasir Putih pada 30
April 1915. Beliau menasihati Sultan Muhammad IV supaya menguatkan pertahanan Kota
Bahru. Penasihat British meminta bantuan dari Singapura. Pada 5 Mei 1915, bantuan dari
Singapura tiba di Tumpat dengan kapal H.M.S. Cadmus yang terdiri daripada 239 orang di
bawah pimpinan Kolonel C.W. Brownlow.
Pada 9 Mei 1915, pasukan Inggeris tiba di Pasir Putih tetapi gagal menangkap pemimpin yang
terlibat. Kebanyakan pemimpin telah melarikan diri ke dalam hutan dan juga ke Besut. Hadiah
$500 ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut atau Engku Besar.
Penghulu Adam telah menyerah diri. Rumah Tok Janggut, Che Ishak Merbol dan Haji Said
dibakar. Pada 23 Mei 1915, Tok Janggut sekali lagi melancarkan serangan ke atas Pasir Putih.
Hal ini memaksa Major Borton bersama 50 orang anggota polis Sikh dan 7 orang Eropah datang
ke Jeram pada 24 Mei 1915 untuk menjejaki kedudukan Tok Janggut dan pengikutnya.
Tok Janggut dan pengikutnya yang berkubu di Kampung Pupuh akhirnya bertempur dengan
pasukan British. Dalam pertempuran ini, beberapa orang terbunuh, termasuklah Tok Janggut.
Engku Besar Jeram Tun Ahmad yang cedera diselamatkan oleh Awang Deraman ke Reman,
Thai. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bahru. Setelah diarak, mayat beliau digantungkan
dengan kepala ke bawah di Padang Bank atau Padang Merdeka, Kota Bahru selama satu jam
sebelum dimakamkan di Pasir Putih. Kebangkitan di Pasir Putih di bawah pimpinan Tok Janggut
berjaya buat sementara mengundurkan kakitangan kerajaan yang bertugas di Kota Bahru.
Namun, kebangkitan ini telah gagal untuk mempertahankan kejayaannya. Pasukan British
bertindak bebas dengan cepat dan berjaya mematahkan kebangkitan dan Tok Janggut sendiri
terkorban dalam pertempuran

kesan Penentangan

- Seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani termasuk Haji Abdul Rahman
Limbong ditangkap

- Tahun 1928 mereka dibicarakan di Kuala Terengganu


- Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas tuduhan
menghasut dan mencetuskan kebangkitan di Terengganu

You might also like