Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Dalam tugasan EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak, kami diamanahkan

untuk membuat tiga tugasan. Salah satu daripada tugasan yang diberikan ialah membuat
persembahan dan bengkel simulasi mengenai intervensi terapi kaunseling kanak-kanak. Di
bawah teknik kaunseling, Chong (2010) menyatakan intervensi merupakan teknik yang
digunakan dalam sesi terapi. Kanak-kanak di sekolah rendah memerlukan kaunseling
kerana potensi mereka perlu digilap sejak pada peringkat awal lagi. Tingkah laku
bermasalah mereka perlu ditangani sejak awal kanak-kanak dan kebanyakan masalah
sosial bermula dari rumah.
Pada 20 Januari 2016, seramai 57 orang pelajar yang terdiri daripada PISMP
Sejarah dan PISMP Bahasa Iban semester 7 telah menghadiri bengkel simulasi intervensi
terapi kaunseling kanak-kanak yang dijalankan di Dewan Sri Rajang. Bengkel simulasi
tersebut telah dikelolakan oleh Encik Adib Farhan dan Encik Hadeli. Terdapat 10 kumpulan
telah diagihkan untuk membuat persembahan bengkel simulasi.
Menurut Choong (2010), terdapat empat peringkat intervensi terapi iaitu peringkat
perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis. Dalam bengkel simulasi yang
dijalankan, kami merupakan kumpulan yang kesembilan untuk mempersembahkan
intervensi terapi yang berada dalam peringkat terakhir iaitu krisis. Tajuk simulasi kumpulan
kami yang telah dipilih ialah Kerusi Kosong. Oleh itu, satu skrip pelaksanaan telah
digariskan terlebih dahulu agar simulasi intervensi kaunseling dapat dipersembahkan
dengan sempurna.
Peringkat yang pertama ialah mengenal pasti masalah atau isu yang dihadapi oleh
kanak-kanak. Mok (2010) menyatakan terdapat tiga elemen yang penting dalam intervensi
iaitu perasaan, behaviour dan kognitif. Isu yang dipilih ialah berkaitan dengan pelajar
menyimpan dendam. Secara tidak langsung, isu yang dihadapi ini berada dalam elemen
perasaan.
Peringkat yang kedua ialah proses perancangan. Dalam peringkat ini, ahli kumpulan
telah membincangkan perjalanan aktiviti yang bakal dilaksanakan. Kumpulan kami telah
mengarahkan setiap pelajar atau peserta untuk memilih pasangan masing-masing dimana
seorang pelajar telah berperanan sebagai kaunselor dan seorang lagi sebagai klien.
Seterusnya, peringkat yang ketiga ialah proses pelaksanaan. Semasa proses
pelaksanaan intervensi terapi, saudara Kasyfan telah memberikan arahan kepada peserta
mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan. Berpandukan proses perancangan yang telah
diterangkan, klien telah meluahkan perasaan dendamnya kepada kaunselor. Kaunselor
bertindak menjadi pendengar terhadap semua masalah yang dihadapi oleh klien.
1

Namun begitu, semasa proses pelaksanaan intervensi terapi ini, kumpulan kami
terlupa untuk menyediakan bahan atau peralatan yang sepatutnya digunakan dalam aktiviti
yang dijalankan. Selari dengan tajuk aktiviti iaitu Kerusi Kosong, kumpulan kami
seharusnya memberikan arahan untuk setiap pasangan mengambil tiga buah kerusi. Hal ini
demikian kerana, klien dan kaunselor akan duduk di dua buah kerusi yang telah diambil.
Kemudian setelah kaunselor bertanyakan masalah klien, kaunselor akan menyuruh klien
meluahkan segala dendam dan masalah yang tersimpan. Pelajar yang berperanan sebagai
klien akan meluahkan perasaan dendamnya kepada kerusi kosong yang telah disediakan di
hadapan klien.
Proses yang terakhir dalam sesi simulasi intervensi terapi ini ialah pelaksanaan
refleksi. Kita sedia maklum bahawa isu yang dibangkitkan ialah berkaitan dengan
menyimpan dendam. Selepas meluahkan segala dendam, klien telah berasa tenang dan
lega. Klien akan menyedari bahawa memaafkan seseorang amat penting dalam kehidupan
berbanding sekiranya kita menyimpan dendam yang tidak akan membawa kita kemanamana. Bak kata pepatah ikut hati mati, ikut rasa binasa
Kesimpulannya, walaupun kumpulan kami mengalami sedikit masalah ketika proses
melaksanakan simulasi intervensi terapi ini, namun kami berasa bersyukur dan mengambil
ikhtibar dari sudut yang positif. Kami sekumpulan telah melihat ianya sebagai satu proses
pembelajaran kerana setiap yang berjaya pasti belajar dari kesilapan. Justeru itu, segala
pengetahuan yang diperoleh melalui bengkel simulasi intervensi terapi ini akan dijadikan
sebagai panduan dalam melaksanakan tugasan yang kedua.

You might also like