Berkenalan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

PENGENALAN

Anyaman merupakan satu seni kerajinan yang dimiliki masyarakat Melayu. Ia melibatkan proses
menyilangkan bahan-bahan asli daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang
kuat dan boleh digunakan sebagai barangan seharian. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini
biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Anyaman merupakan seni kraf sejagat Melayu wujud sejak 300 ratus tahun yang lampau. Hasil
rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu menyumbang kepada hasil rimba
ini memaparkan barangan harian, hiasan dan hadiah.
Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Melayu menghasilkan kraftangan anyaman
terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas serbaguna, dinding rumah
dan barangan hadiah dan cenderamata.
Kepelbagaian penghasilan produk ini memaparkan keadaan sebenar keunikan seni kraftangan
Melayu yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat
kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing,
Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti
anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka,
Sarawak dan Sabah.

JENIS-JENIS DAN HASIL ANYAMAN


Terdapat beberapa anyaman di Malaysia, antaranya ialah:
1.

Anyaman Rotan

2.

Anyaman Mengkuang

3.

Anyaman Buluh

4.

Anyaman Lidi Kelapa

5.

Anyaman Ribu-ribu

ANYAMAN BULUH
Antara buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh bentung, buluh mintak an buluh
gading. Buluh yang cukup tua dipotong megikut ukuran yang dikehendaki. Mengikut cara
tradisional, buluh akan direndam di dalam air selut (air tanah) bercampur asam selama satu
minggu. Tetapi kini cara yang paling mudah, buluuh direbus bersama soda bagi mengeluarkan
kandungan gulanya. Namun begitu buluh yang direndam tetap dianggap lebih cantik dan
menarik.
SHARE THIS:
ANYAMAN LIDI KELAPA
Pokok Kelapa dikenali sebagai pokok serbaguna kerana semua bahagian pokok itu boleh
digunakan. Salah satu bahan kraftangan yang diperbuat daripada pokok kelapa ialah lidi.
Berbagai barangan boleh dihasilkan dengan menggunakan lidi kelapa. Antaranya lekar, bekas
telur, bakul, bekas buah-buahan dan gubahan bunga.
Kraftangan daripada lidi ini dimulakan dengan proses meraut dan mengisit daun kelapa yang
muda dan panjang untuk mendapatkan lidinya. Lidi yang sudah licin, direbus dengan pewarna
dan kemudian dijemur hingga kering. Kini, lidi itu sedia dianyam mengikut bentuk yang
dikehendaki.

ANYAMAN RIBU-RIBU
Ribu-ribu atau nama saintifiknya Lygodium tergolong dalam famili paku-pakis, tumbuh menjalar
di kawasan terbiar, hutan-hutan muda, kebun kelapa atau kebun getah yang tidak diusahakan
lagi. Ribu-ribu jarang sekali dikenali masyarakat umum, kecuali di kalangan pencipta kraf, para
penyelidik serta pakar perhutanan dan botani. Namun demikian, penggunaannya amat meluas di
zaman silam terutama dalam kehidupan seharian orang-orang Melayu terutama di Kelantan dan
Terengganu.
Secara tradisi, anyaman ribu-ribu di Semenanjung biasanya terdapat pada terendak, bekas
tembakau, serkap ikan, penahan ikan sawah serta jebak puyuh. Penutup rabung rumah Melayu di
Terengganu turut menggunakan ribu-ribu biasa yang dijalin antara kepingan bilahan buluh.
Kini, penggunaan ribu-ribu di Semenanjung telah mula berkurangan berbanding dengan negeri
Sabah yang masih giat menjalankan warisan ini. Anyaman ribu-ribu atau dikenali dengan
panggilan Rinago di Sabah masih diusahakan secara turun temurun oleh suku kaum Rungus
terutama di daerah Kudat.
Kini kemahiran ini telah mula menular kepada kaum asli Sabah yang lain. Ribu-ribu yang biasa
digunakan oleh kaum ini ialah jenis sederhana dan halus.
ANYAMAN ROTAN
Rotan merupakan bahan tumbuhan yang banyak digunakan sebagai bahan anyaman. Terlebih
dahulu rotan dipotong dan dibuang durinya dan kemudian dibelah mengikut ukuran yang
diperlukan. Bilah-bilah rotan direndam ke dalam air untuk dilembutkan sebelum dianyam.
Dahulu, rotan dianyam untuk menghasilkan barangan keperluan seperti bakul untuk memungut
hasil tanaman.

Kini, anyaman bakul rotan dijadikan barangan keperluan rumah dan perhiasan.

TEKNIK ANYAMAN
CONTOH-CONTOH

KEMASAN

CARA-CARA MENYAMBUNG ANYAMAN

HUJUNG

ANYAMAN

ANYAMAN
Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumahrumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan
kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan
beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.
Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman
yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini
tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir
pantai.
Pelbagai rupa bentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis
tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan
kepada fungsinya seperti dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk
yang digunakan sehari-hari.
Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada
tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Pada sekitar tahun 1756 hingga 1794
telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman daripada
bemban.
Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu
yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin,
daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah.
Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi.
Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk
mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian ialah seperti
bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.

Anyaman buluh dan bertam dibuat dengan cara susunan tegak dan melintang. Anyaman daun
pandan dan mengkuang disusun silang dengan kedudukan menyerong. Anyaman kelarai disusun
secara tunggal atau lepas (menyeluruh) atau disusun dalam ruang tertentu.

ANYAMAN TEPAS

ANYAMAN MENGKUANG
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.
Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuhtumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan
yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan
ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

SENI ANYAMAN

Pengenalan
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.
Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-

tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuhtumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa
bahan

tumbuhan

lain

Definisi

yang

dikeringkan.
Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk


dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini
biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

anyaman dimensi baru

Sejarah

dan

Perkembangan

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan
Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada
masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan
daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman.

Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada
zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan
oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat
kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing,
Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti
anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka,
Sarawak dan Sabah.

bilah rotan
Jenis-jenis Anyaman

1. Anyaman Mengkuang - Daun mengkuang -Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
2. Anyaman pandan - Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding,
3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai - Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lainlain
4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan
lain-lain

5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor.


6. Anyaman ribu-ribu-Paku pakis ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas
seba guna dan lain-lain.

Tokoh

Anyaman

Puan

Pandan
Aminah

dan

Mengkuang

binti

Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu
tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf
anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau
memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium
Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.
Lain-lain

tokoh

yang

telah

mencipta

motif

anyaman:

i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas
ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau
iii

Hajah

iv.

Esah

Semek
bt

Said

dari
dari

negeri

Terengganu

mencipta

kelarai

Kelantan

mencipta

kerai

negeri

v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga
Anda mungkin juga meminati:

Seni Anyaman

ANYAMAN MENGKUANG DAN PANDAN

Mak
Sisik

Mek
Kelah.

CORAK ANYAMAN TIKAR

ANYAMAN BULUH
Seni Anyaman

Pengenalan
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari
ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada
rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh
dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding
dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.
Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan
tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah
menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di
hutan-hutan,

paya-paya,

kampung-kampung

dan

kawasan

di

sekitar

pasir

pantai.

Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis
tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan
kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk
menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada
tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk
anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat
luar istana yang lebih mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun
1756 hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan
anyaman

daripada

bemban.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu
yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin,
daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya
beberapa orang melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah
pada waktu malam, petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika kelapangan,
kerana

waktu

pagi

biasanya

dipenuhi

dengan

kerja-kerja

tertentu).

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar.
Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi.
Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk
mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa
daripada rupa bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan
sebagainya.
Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan
corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam)
sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan
warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51
jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan
binatang.
Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada buluh dan
digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah tempat lain
anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai

atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang.
Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian
yang dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu
perlakuan

yang

telah

lama

berlaku.

Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan
mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan
bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi
empat,

potong

wajik

dan

sebagainya

lagi.

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha
untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran
zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam
bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan
yang unik ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan
dimanfaatkan

bersama.

Zaman dahulu menganyam tikar, Sunyi menyepi desa terpinggir, Seni anyaman haruslah diajar,
Jangan tinggal sebutan dibibir. Buluh muda mudah dilentur, Buat ampaian penyidai jala,
Semangat juang belum luntur, Seni anyaman jangan dilupa.
BAHAN ANYAMAN
Rotan

Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur.
Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama dan mudah dibentuk.
Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan berbagai-bagai bentuk bakul atau
alat-alat menangkap ikan.

Pohon Mengkuang

Mengkuang tumbuh subur di kawasan berair tawar. Biasanya ia subur di lopak-lopak belukar
atau kawasan bakau dan kawasan sawah padi yang lembab. Pohon mengkuang lebih tinggi
daripada pohon pandan, tetapi mengkuang mempunyai dahan bercabang yang sedikit jika
dibandingkan dengan pohon pandan. Daun mengkuang lebih kasar dan hasil anyamannya
kelihatan lebih kasar dan keras.
Buluh

Antara buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh bentung, buluh minyak dan buluh
gading. Buluh yang cukup tua dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Mengikut cara
tradisional buluh akan direndam di dalam air selut (air tanah) bercampur asam selama satu
minggu. Tetapi kini cara yang paling mudah, buluh direbus bersama soda bagi mengeluarkan
kandungan gulanya. Namun begitu buluh yang direndam tetap dianggap lebih cantik dan
menarik

ANYAMAN BULUH

ANYAMAN BULUH

Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh yang
kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan
kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya
buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap,
buluh

minyak/padang,

buluh

peleting,

buluh

perindu

dan

buluh

sembilang.

Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai
baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar,
ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya.
Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa
ialah

buluh

Memproses Bahan

akar,

buluh

betung,

buluh

minyak

dan

buluh

gading.

Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan.
Buluh yang dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah
memproses buluh :
Merendam

Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam
dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu
direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang
terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula,
buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau
masam.
Menyalai
Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh
dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan
isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh
lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian
kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru,
misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.
Anda mungkin juga meminati:

ANYAMAN MENGKUANG DAN PANDAN

hasil anyaman pandan

Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang
menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan
mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman
pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama.
Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian,
biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh
berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman
mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan

Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil


kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya
mempunyai nilai hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri
fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi,
mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan
demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu
dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni.

Memproses Bahan

Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi
pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi
ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan
mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan berhati-hati kerana pandan dan
mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling perdunya lazimnya berair dan licin atau
mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang
bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang.
Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.

Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan layu.
Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah
daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang
dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila duri belakang daun
dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi
mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang
siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu
ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut
dan mudah dilurut.

Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut dilipat
tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam
tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak
lebam dan berbau busuk.

daun pandan

Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih
sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah itu
bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara
mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma
tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut
mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan
kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas.
Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya
lebih licin dan lembut.

Menganyam

Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan
yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu.
Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon
puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji

CORAK ANYAMAN TIKAR

Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau
ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga
meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran
dan

susunan

yang

berlainan.

Terdapat

11

corak

yang

dianyam

iaitu:

1. Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna
cerah

dan

gelap

2. Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata
sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.
3. Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata
diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras
patah.
4. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam
dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.
5. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih.
Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong.
6. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru
serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah
campuran

merah

dan

biru.

7. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata
sama

banyak

dan

selari.

8. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi
untuk

mendapatkan

corak

yang

betul-betul

lurus

amat

sukar.

9. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta
amat

digemari

oleh

para

penganyam.

10. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat.

Dianyam

dengan

dua

warna

iaitu

cerah

dan

gelap.

11. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru

http://senivisual1.blogspot.my/2008/02/anyaman.html

KRAF TRADISIONAL : ANYAMAN

PENGENALAN
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari
sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh
dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam
dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang
berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat
pengaliran haba. Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh
luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan
anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan
ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir
pantai.
Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari
jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan
kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk
menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.
Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman
waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau
dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah.
Biasanya beberapa orang melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda
rumah pada waktu malam, petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika
kelapangan, kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu). Rupa bentuk
anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain tikar
yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk
anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau
menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa
bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.
DEFINISI ANYAMAN

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk


dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini
biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat
Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuhtumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa
bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.
Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni
anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan
kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk
menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi
menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan
anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada
pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di
peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung
Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat
aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka,
Sarawak dan Sabah.

TOKOH ANYAMAN PANDAN DAN MENGKUANG


Puan Aminah binti Ali
Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman,
iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf
anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau

memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium
Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.
Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:
i.

Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas

ii. Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau
iii. Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.
v.

Dayang

Aisah

bt.

Awang

Husin dari

negeri

Sabah

mencipta

kelarai

bunga.

JENIS-JENIS ANYAMAN
1.

Anyaman

Mengkuang -

Daun

mengkuang

-Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain


2.

Anyaman

pandan -

Daun

pandan

duri

-Tikar sembahyang, hiasan dinding,


3.

Anyaman

Buluh -

Jenis-jenis

buluh

yang

sesuai

- Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain


4.

Anyaman

Rotan -

Rotan

yang

telah

diproses

-Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain


5.

Anyaman

Lidi -

Lidi

kelapa

-Lekar, bekas buah, bekas telor.


6.

Anyaman
-Tempat

tembakau,

ribu-ribu bekas

sirih

terbus,

Paku
bakul,

pakis
bekas

serbaguna

ribu-ribu.
dan

lain-lain.

ANYAMAN BULUH
Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh
yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di
kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh.
Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading,
buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang.

Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu
sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap,
galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil
dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis
buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.
Memproses Bahan
Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih
dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh :
1. MerendamMengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam
air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh
itu direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang
terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula,
buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau
masam.
2. Menyalai
Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh
dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan
isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh
lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian
kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru,
misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.
CORAK

ANYAMAN

TIKAR

Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa
atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli
hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk,
ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu:
1. Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah
dan gelap
2. Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja
dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.

3. Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi
dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah.
4. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan
warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.
5. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih.
Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong.
6. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru
serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah
campuran merah dan biru.
7. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama
banyak dan selari.
8. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk
mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar.
9. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta
amat digemari oleh para penganyam.
10. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat.
Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap.
11. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru.

BAHAN ANYAMAN
Rotan

Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan


padapalang jemur. Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan
lama dan mudah dibentuk.

Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan berbagai-bagai
bentuk bakul atau alat-alat menangkap ikan.

ANYAMAN MENGKUANG DAN PANDAN

Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasankawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam
pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada
anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis
yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang
demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan
kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah
anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.
Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih
halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang tinggi.
Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang yang lebar
anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan
sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan
daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus
anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni.
Memproses Bahan
Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di
bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak
tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan
mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan berhati-hati kerana pandan dan
mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling perdunya lazimnya berair dan licin atau
mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang
bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang.
Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.
Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan
layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya.
Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang
dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila duri
belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian
dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahanbelahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki

dari satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu
supaya lembut dan mudah dilurut.
Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut
dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari.
Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu
tidak lebam dan berbau busuk.
Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga
bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah
itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara
mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma
tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut
mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan
kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas.
Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya
lebih licin dan lembut.
Menganyam
Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak
hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu.
Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon
puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji

Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk


dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini
biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Secara keseluruhannya seni anyaman tidak banyak
perbezaannya, bergantung kepada bahan tumbuhan yang digunakan. Menganyam merupakan
salah satu aktiviti kraftangan yang telah diamalkan oleh masyarakat sejak dahulu lagi,
kebanyakannya menjurus kepada kepada barangan seperti tikar, bakul, kelarai dan tudung saji.
Wujudnya teknologi baru telah merubah dan menyebabkan lebih banyak barangan dicpta seperti
perabot
Sejarah

dan
dan

perhiasan
Perkembangan

diri.
Anyaman

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan
Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada
masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan
daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman.
Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada
zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan
oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat
kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing,
Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti
anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka,

Sarawak

dan

Tokoh

Anyaman

Sabah.

Pandan

dan

Mengkuang

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu
tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf
anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau
memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium
Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.
LANGKAH
1.

Bilah

ANYAMAN
daun

diletakkan

bersilang

dan

bertindih

TIKAR
di

antara

satu

2.

Hujung

bilah

(A2)

dilipat

3.

Bilah

daun

baru

ditambah

sama

lain.

keliling
(C)

4. Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan bilah (A)
5.

Bilah

(B2)

6.

dilipat

Bilah

ke

atas

(B1)

melalui

sebelah

pula

belakang

dilipat

bilah
ke

(C1-C2)
atas

7.

Bilah

(A1)

dilipat

ke

bawah

8.

Bilah

(B2)

dilipat

ke

bawah

9.

Dua

10.

Bilah

bilah
(C2)

baru

ditambah

dilipat

mengelilingi

(E

dan
bilah

F)
(E)

11.Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah

11.
CONTOH-CONTOH

ANYAMAN
Anyaman lidi

Anyaman mengkuang

INTRODUCTION
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.
Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuhtumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuhtumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa
bahan

tumbuhan

lain

yang

dikeringkan.

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk


dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini
biasanya

mudah

dikeringkan

dan

lembut.

Menganyam adalah salah satu seni tradisi tertua di dunia. Konon kegiatan itu ditiru manusia dari
cara

burung

menjalin

rantin-ranting

menjadi

bentuk

yang

kuat.

Kesenian ini juga ada di berbagai budaya Nusantara. Di rumah-rumah panggung di pesisir Aceh,
tikar pandan menjadi alas lantai. Di Pedamaran, Sumatra Selatan, kegiatan menganyam tikar
menjadi pemandangan sehari-hari yang dilakukan ibu dan para gadis remaja. Tak heran bila kota
itu disebut sebagai kota tikar. Untuk memperkenalkan Kelas Antariksa pada seni tradisi nenek
moyang,

mereka

pun

diajak

menganyam

kain

flanel.

Mereka melakukannya dengan penuh keseriusan, agar pola tikar tidak salah. Kelak, kalau sudah
terbiasa, mereka mungkin akan melakukannya sambil mengobrol, seperti halnya para penganyam
tikar di desa: menganyam adalah sebuah kegiatan sosial, tempat bertukarnya cerita.
Asal

Usul

Anyaman

Seni anyaman adalah milik masyarakat melayu yang masih sangat di kagumi dan di gemari
hinnga saat ini. Kegiatan seni anyaman telah ada semenjak zaman dahulu kala, hal ini dapat di
lihat pada rumah-rumah orang jaman dahulu di mana dinding rumah mereka di anyam dengan
menggunakan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan hingga saat ini. Rumah
yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas, karena lapisan daun nipah yang tebal.

Seni anyaman di percaya bermula dan berkembangnya tanpa menerima pengaruh luar.
Penggunaan tali, akar, dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kerajinan tangan
anyaman. Bahan-bahan itu tumbuh liar di hutan-hutan, kampung-kampung, dan kawasan sekitar
pantai.
Berbagai bentuk kerajinan tangan dapat di bentuk melalui proses dan teknik anyaman dari jenis
tumbuhan pandan dan bengkuang. Bentuk-bentuk anyaman di buat berdasarkan fungsinya.
Misalnya bagi masyarakat petani / nelayan, anyaman di bentuk menjadi topi, bakul, tudung saji,
tikar,

dan

aneka

rupa

yang

di

bentuk

untuk

digunakan

sehari-hari.

Selain dari tumbuhan pandan dan bengkuang, anyaman juga dapat di buat dari tumbuhan jenis
palma dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang di hasilkan. Seni anyaman
merupakan daya cipta dari sekelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan nilai
kegunaannya. Walaupun pada tahun 1756 sampai 1794 telah terdapat penggunaan tikar untuk
raja

yang

terbuat

dari

rotan.

Untuk memulai menganyam, waktu yang tepat adalah pada pagi atau malam hari dalam keadaan
cuaca yang redup dan dingin. Daun-daun lebih lembut dan mudah di bentuk tanpa meninggalkan
kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan kegiatan menganyam secara
berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam, petang, atau waktu
senggang.
Seni kerajinan tangan anyaman adalah sesuatu karya yang unik dan rumit proses pembuatannya.
Namun usaha untuk mempertahankannya harus di teruskan agar tidak termakan oleh
perkembangan zaman. Budaya bangsa bukan hanya di lihat dari bahasa dan ragamnya saja, tetapi
juga di lihat dari hasil karyanya yang bermutu tinggi. Warisan budaya yang unik ini harus selalu
di terus di pelihara dan di manfaatkan bersama.
Posted by Babey_NaNa at 9:28 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, June 6, 2012


HISTORY

SEJARAH

ANYAMAN

Anyaman adalah satu tradisi yang tidak mengalami pengaruh dari luar. Perkembangan sejarah
anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis anyaman penghasilan tali,
rumah dan keperluan kehidupan kebanyakannya wujud pada zaman Neolitik. Bahan dan alat
daripada akar dan rotan adalah dilihat sebagai bahan asas terawal yang digunakan untuk
penghasilan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi
menyatakan bahawa pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan,
hanyalah raja yang menggunakan bahan anyaman yang dipanggil Tikar Raja. Tikar Raja ini
dibuat

daripada

pohon

bemban.

Negeri yang menjalankan aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak, dan Sabah. Beberapa buah negeri masih terus aktif
menjalani aktiviti anyaman di peringkat kampung. Antaranya ialah daerah Rusila, Dungun,
Kampung Kijing, Kampung Ru Renggoh, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu.
Pada zaman dahulu, aktiviti anyaman banyak dilakukan dan dikerjakan oleh wanita untuk
mengisi masa senggang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Hasil kraf tangan boleh
dijadikan sebagai hadiah untuk anak saudara atau sahabat handai sebagai tanda kasih. Seorang
wanita yang tidak mahir dalam seni anyaman pada zaman dahulu akan dianggap sebagai seorang
yang tidak mempunyai sifat kewanitaan yang lengkap. Pada waktu wanita sedang menganyam,
lelaki hanya menolong menetap daun dan memprosesnya. Aktiviti anyaman selalu dilakukan
secara individu atau secara kecil-kecilan yang merupakan satu usaha ekonomi bagi orang-orang
di kampung. Hasil anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan. Hasilan
anyaman tidak terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja tetapi ciptaan dimensi baru dari segi
rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan sering diubah-ubahkan mengikut peredaran
zaman

dan

cita

rasa

pelanggan.

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan
kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang
teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan
kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah
dan

menarik.
Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup

tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding
pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat
di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang
sesuai

untuk

dijadikan

bahan

anyaman.

Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa
jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman
demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji,
bakul

dan

menganyam

tikar

untuk

mengalas

tempat

duduk.

Estetik dikaitkan dengan istilah nilai-nilai keindahan, termasuk di dalamnya makna, antara
lain elok, molek, cantik, anggun, bagus, lembut, utuh, seimbang, padu, bening, tenang, hampa,
suram, dinamik, kukuh, hidup, gerak, hambar, sentimental dan tragik. Berekspresi estetik
merupakan antara keperluan manusia yang tergolong dalam keperluan budaya, keperluan ini
terhasil kerana faktor dorongan dari dalam diri manusia yang secara asasi sentiasa ingin
merefleksikan keradaannya sebagai makhluk yang bermoral, berakal fikiran dan berperasaan.
Keperluan estetik, baik secara langsung mahupun tidak langsung, terserap dalam kegiatankegiatan untuk memenuhi keperluan lainnya, sama ada keperluan primer, sekunder, ataupun
keperluan budaya lainnya, yang berkaitan dengan perasaan baik dan benar, adil dan tidak adil
serta masuk akal atau sebaliknya. Apabila menjelaskan makna estetik maka ia banyak
dibincangkan berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang

menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek fungsional serta
kecanggihan objek tersebut. Manakala apabila menjelaskan makna kreatif dalam sesuatu hasil
kesenian Melayu, kerap pemaknaan penghasilan hanya dilingkungi hasil pengamatan serta
manifestasi

kreatif

pandai

kraf

terhadap

alam

Melayu.

Pada zaman dahulu, seni anyaman boleh dijadikan dinding rumah, alat keperluan harian dan
sebagainya. Tetapi, kebanyakan karya seni anyaman hanya boleh dijadi sebagai alat hiasan dan
tradisi ini kurang disuka oleh remaja pada hari ini. Anyaman adalah kesenian yang bersifat
lahiriah, mempunyai makna yang dalam dan kewujudannya merupakan wadah pemaparan idea
yang melibatkan pancaindera penglihatan, pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara
seimbang sebagai symbol yang memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat berhubung
dengan adat, agama, kepercayaan, adab, perasaan, corak pemikiran dan falsafah hidup orang
Melayu. Tradisi ini haruslah diteruskan supaya satu gaya yang popular boleh diwujudkan.
Posted by Babey_NaNa at 9:33 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Tuesday, June 5, 2012
TOKOH-TOKOH

TOKOH-TOKOH

DALAM

SENI

ANYAMAN

Seorang bakar dalam seni anyaman mengkuang telah dilahirkan di Pulau Pinang, iaitu Puan
Habibah binti Mat yang telah berusia 56 tahun kini. Beliau mula mengemari dan meminati seni
anyaman mengkuang sejak remaja. Ibunya, Salmiah Ahmad juga merupakan seorang penganyam
mengkuang. Tetapi, ibunya tidak pernah mengajarnya tentang teknik dan kemahiran menganyam.
Habibah akan mencuri-curu belajar menganyam menggunakan perkakas ibunya pada cuti
sekolah tetapi sering dimarahi. Sejak ibunya Salmiah Ahmad meninggal dunia pada tahun 1979,
Habibad nekad untuk berhenti kerja dan ingin meneruskan kemahiran ibunya dalam seni
anyaman mengkuang. Pada tahun 1980-an, Habibah telah mengikut kursus selama dua tahun di
Kraftangan

Malaysia,

cawangan

Terengganu

dalam

seni

anyaman

mengkuang.

Tokoh yang seterusnya adalah Puan Aminah binti Ali. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1944
yang berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman
yang terkenal. Beliau merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga dalam
pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Beliau masih aktif sebagai
seorang

ahli

Tokoh-tokoh

kraftangan

lain

yang

telah

anyaman
mencipta

pada
motif

kini.
anyaman:

1) Siah binti Jumaat berasal dari negeri Terengganu yang mencipta kelarai Sambas.
2) Hajah Asiah binti Salleh dari negeri Terengganu yang mencipta kelarai Tapak harimau.
3)

Hajah

4)

Esah

Semek
binti

dari

Said

dari

negeri
negeri

Terengganu

yang

Kelantan

yang

mencipta
mencipta

kelarai
kelarai

Mak
Sisik

Mek.
Kelah.

5) Dayang Aisah binti Awang Husin dari negeri Sabah yang mencipta kelarai bunga.

Kelarai ialah corak atau motif yang berbentuk dan terhasil daripada proses menganyam.
Anyaman yang tidak mempunyai kelarai dipanggil anyaman ghadas atau anyaman biasa.
Anyaman kelarai biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman. Dua jenis
warna kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Susunan warna sesuatu anyaman biasanya
dinamakan corak. Susunan warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan corak. Jenis kelarai
boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan nama individu. Kebiasaan bentuk-bentuk
kelarai berdasarkan tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan abstrak.

You might also like