Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

DEFINISI PENGKLONAN

Pengklonan merupakan salah satu teknik menghasilkan organisma secara


pembiakan vegetatif(aseks) yang sama dari segi genetiknya dengan
induknya. Sebelum ini, telah wujud pelbagai pengklonan semula jadi di mana
tumbuh-tumbuhan dapat bertumbuh daripada bahagian-bahagian tumbuhan
terutamanya runners melalui pelbagai cara cuttage, grafting,dan mound
layer untuk mendapat baka tumbuhan daripada tumbuhan yang bermutu
tinggi.
Pengklonan sebenarnya bukan satu teknologi yang baru kerana pengklonan
organisma telah dilakukan sejak dahulu dimana satu keratan daripada
tumbuhan diambil untuk pembiakan vegetatif dan keratan ini menghasilkan
tumbuhan yang baru melalui pembahagiansel. Pengklonan merupakan suatu
prosedur yang mengeluarkan salinan turutan DNA yangtunggal dalam
bilangan

yang

banyak

tanpa

pembiakan

seks

ataupun

meiosis.

Inimenyebabkan organisma yang dihasilkan adalah serba serupa dengan


induknya daripada segigenetiknya mahupun fizikalnya.
Perkataan CLON berasal dari perkataan GREEK yang bermaksud keratan
tumbuhandaripada pokok asal. Dengan ini, untuk menghasilkan satu klon,
sebahagian daripada pokok asal diambil dan akan tumbuh kepada satu pokok
yang sempurna dengan cara-cara yang tertentu.
Klon

yang

dihasilkan

merupai

induknya

kerana

sel

yang

diambil

daripadainduknya(bukan sel pembiakan) mempunyai dua set kromosom, iaitu


daripada

kedua-dua seksdan

menyebabkan ia mempunyai

kesemua

maklumat genetik untuk menghasilkan satu organisma yang baru.


Mengikut pakar-pakar sains, pengklonan tidak mencipta nyawa, tetapi ia
hanya membenarkan pakar sains memilih sel yang betul-betul berkualiti untuk
tujuan membiakkanorganisma yang berkualiti dan secara banyak.Mengikut
sebuah ensikopedia yang berjudul The New Book of Knowledgemengatakan
bahawa teknologi klon ini mendapat perhatian daripada masyarakat dunia
padatahun 1997 apabila pakar-pakar sains di Scotland mengumumkan

kelahiran Dolly, seekor biri-biri yang diklonkan daripada sel yang diambil
daripada seekor biri dewasa. Kejayaan ini juga menyebabkan banyak
persoalan yang dikemukakan di mana mereka percaya bahawamanusia juga
boleh diklonkan dan akan menyebabkan banyak masalah yang tidak diingini.
Prosedur-prosedur pengklonan adalah bergantung kepada keupayaan
sesuatu vektor untuk meneruskan rantai hidup mereka dalam sel bakteria
atau sel yis mahupun DNA asing di masukan di dalam mereka. DNA asing
yang dibawa masuk ke dalam sel bakteria atau selyis adalah molekul-molekul
tertentu dan dikenali sebagai vektor pengklonan. Untuk memahami proses
pengklonan sehingga terhasilnya Dolly sila rujuk rajah 1: Dikatakan
sebanyak 276 kalipercubaan dilakukan sebelum proses pengklonan ini berjaya.
Semenjak dari itu, pengklonan telah menjadi satu isu perdebatan yang hebat
kerana ianya mempunyai implikasi yang besar ke atas isu-isu etika, kemanusiaan
dan juga agama lebih-lebih lagi jika satu hari nanti proses pengklonan ini
dilakukan ke atas manusia.

RAJAH 1

RAJAH 2

Kaedah pengklonan di mana Dolly dihasilkan pada tahun 1997. Kaedah


pengklonan ini dinamakan Somatic Cell Nuclear Transfer (SCNT). Dua ekor
biri-biri terlibat di dalam proses pengklonan iaitu biri hitam dan putih, ovum dari
biri-biri hitam diambil dan dikeluarkan nukleusnya, jadi sel ovum menjadi kosong.
Kemudian sel somatik dari kelenjar payudara biri-biri putih di ambil dan nuklueus
dari sel tersebut diambil dan dimasukkan ke dalam ovum biri-biri hitam yang
kosong tadi dengan menggunakan aliran arus elektrik. Apa yang menarik adalah,
walaupun ovum biri-biri hitam telah kosong tetapi ia masih mempunyai
keupayaan untuk membahagi (disebabkan oleh adanya protin spindle) dan
apabila nucleus dari sel biri-biri putih dimasukkan, sel ini mampu membiak untuk
membentuk embrio. Embrio yang dihasilkan ini kemudiannya akan dimasukkan ke
dalam rahim biri-biri hitam untuk membesar. Kini biri-biri hitam sedang
mengandung anak yang dihasilkan dari sel ovumnya yang mengandungi nucleus
dari sel somatik biri-biri putih. Anak kambing ini membesar di dalam rahim biri-biri
hitam walaupun bahan baka yang dibawa olehnya adalah daripada biri-biri putih.
Setelah anak biri ini dilahirkan, ia mempunyai ciri-ciri yang seiras dengan biri-biri
putih. Anak biri yang pertama kalinya dihasilkan melalui kaedah pengklonan ini
dinamakan Dolly.

KELEMAHAN PENGKLONAN
a) klon-klon mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak.
Sekiranya satu klon diserang penyakit atau perosak, semua klon yang tidak

mempunyai daya rintangan terhadap serangan penyakit atau perosak tersebut,


juga akan mati dan menyebabkan kepupusan spesies itu.
b) pengklonan dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal, maka,
jika persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin
musnah.
c) bagi teknik kultur tisu, bukan semua sel atau tisu boleh diklonkan.
d) klon tidak menujukkan variasi dari segi genetik.
Pengkolnan manusia adalah diharam kerana:
e) meruntuhkan institusi kekeluargaan kerana seorang lelaki ataupun wanita tidak
memerlukan pasangan untuk mendapatkan anak.
f) jangka hayat manusia klon adalah singkat kerana bayi klon akan mempunyai
kromosom yang sama dengan usia penderma.
g) kadar keguguran dan kematian adalah tinggi.
h) membolehkan manusia hidup selama-lamanya (bertentangan dengan hukum
alam)

Kebaikan pengklonan
a) ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan.
b) bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam mas ayang singkat untuk
meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
c) klon tumbuhan berbunga dan berbuah dengan lebih cepat. (Tumbuhan yang ditanam
daripada

biji bernih

mengambil

masa

yang panjang

unutk tumbuh

dan

menghasilkan buah) Tempoh matang klon lebihawal daripada induk dan dengan ini
mengurangkan masa serta menjimatkan tenaga unutk penjagaan rapi pada peringkat
muda.

d) menjamin keseragaman baka yang baik; spesies daripada baka yang baik dan bermutu
tinggi dapatdigunakan untuk meningkatkan mutu hasil tanaman.
e) pengklonan dalam tumbuhan melibatkan pembiakan vegetatif dan oleh itu, tidak
memerlukan agen pendebungaan serta boleh dilakukan pada bila-bila masa.
f) memberi harapan kepada pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak.
g) Pengklonan boleh digunakan untuk mengubati penyakit atau menggantikan organ yang
telah rosak (seperti jantung, hati atau ginjal).

You might also like