Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi pencemaran

alam sekitar. Hal ini kerana ibu bapa mempunyai masa yang panjang
bersama anak-anak. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak
membuang sampah ke dalam longkang, laut atau sungai. Selaln itu,
lbu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak
dalam menjaga alam sekitar.
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam
mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Contohnya, pihak
sekolah boleh 'menasihati pelajar supaya menjaga alarn sekitar pada
setiap masa. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan program gotongroyong untuk mencantikkan persekitaran sekolah. Selain itu, pihak
sekolah juga boleh menganjurkan Kempen Sayangi Alam Sekitar agar
para pelajar sayangkan alam sekitar dan tidak melakukan perbuatan
yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Syarikat televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan.
Sesungguhnya, peranan stesen televisyen dan surat khabar dalam
mempengaruhl minda masyarakat memang tidak dapat disangkal.
Oleh itu, stesen televisyen perlu menyiarkan gambar pihak-pihak
yang telah mencemarkan alam sekitar agar menjadi pengajaran
kepada orang ramai. Surat khabar juga boleh menyiarkan rencana bagi
mengatasl masalah pencemaran alam sekitar.
Pemimpin masyarakat juga boleh membantu dalam menangani
masalah pencemaran alam sekitar. Pemimpin masyarakat mesti
mengingatkan ahli masyarakat agar sentiasa menjaga alam sekitar
dalam kehidupan seharian. Selain itu, pemimpin masyarakat perlu
melawat persekitaran tempat tinggal masyarakat setempat dan
berusaha mengatasi pencemaran alam sekitar yang ada. Pemimpin
masyarakat juga boleh membuat program gotong-royong untuk
membersihkan tempat tinggal penduduk di kawasan jagaan mereka
bagi mengatasi pencemaran alam sekitar.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam
mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana pihak
kerajaan mempunyai peruntukan wang bagi melaksanakan programprogram mengatasi pencemaran alam sekitar. Pihak kerajaan juga
boleh mendakwa pihak yang mencemarkan alam sekitar di mahkamah
agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Di samping Itu, pihak
kerajaan juga boleh mengadakan Kempen Menjaga Alam Sekitar di
peringkat kebangsaan bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada
masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar. Masalah pencemaran alam sekitar
mesti diatasi dengan segera kerana masalah ini mendatangkan

pelbagai implikasi kepada masyarakat dan negara. Semua pihak mesti


bekerjasama dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Dengan kerjasama semua plhak pasti pencemaran alam sekitar dapat
diatasi dengan baik

Pepatah Melayu ada mengatakan tiada penyakit yang tiada


penawarnya. Usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini
sepatutnya dimulakan daripada institusi keluarga. Dalam hal ini, ibu
bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka sebagai orang
terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka untuk
menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini
selaras dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Ibu bapa haruslah sentiasa mendedahkan
anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini untuk
menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Mendidik sahaja tidak cukup, ibu bapa juga harus menjadi teladan
kepada anak-anak mereka. Contohnya, mereka tidak sepatutnya
membuang sampah di merata-rata tempat dan melakukan
pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara. Dalam hal ini,
sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak harus
diamalkan oleh ibu bapa, iaitu mengajar anak menjaga kebersihan
alam sedangkan mereka sendiri tidak berbuat demikian. Sebaliknya,
jika ibu bapa sendiri menjadi teladan, maka anak-anak juga akan
terpengaruh dan terikut-ikut sikap ibu bapa. Dengan ini, nescaya
pencemaran alam sekitar akan dapat diatasi.
Sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar.
Oleh itu, pihak sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi
pencemaran alam sekitar. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh
pihak sekolah termasuklah mengadakan kem kesedaran untuk
memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan para
pelajar. Melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, pendidikan alam sekitar
secara langsung dapat diberi kepada para pelajar. Contohnya, guruguru boleh memberi tugas tertentu kepada pelajar seperti meminta
mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pencemaran
alam sekitar dan menyuruh mereka membaca artikel tersebut di dalam
kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat disedarkan tentang kesan
buruk yang dibawa oleh pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya
kesedaran ini, barulah mereka akan mencurahkan usaha untuk
menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh
dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Tamsilnya, Kelab
Alam Sekitar boleh mengadakan pelbagai program seperti ceramah
dan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan
mendedahkan pelajar dengan aktiviti alam sekitar secara intensif.

Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha pihak


sekolah juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar.
Perancangan dan pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan
salah satu langkah yang dapat mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar dengan efektif. Masyarakat perlulah mempraktikkan program
3R dalam kehidupan seharian iaitu program yang dikenali sebagai
Reduce, Reuse, Recycle. Reduce ialah usaha mengurangkan
penggunaan bahan sumber yang terhad. Dalam erti kata lain,
masyarakat haruslah berjimat cermat dalam menggunakan bahan
sumber yang saban hari kian berkurangan seperti petroleum dan arang
batu. Reuse pula ialah usaha menggunakan semula bahan-bahan
buangan secara terus atau mengubah fungsi bahan tersebut dengan
mereka cipta barangan baru. Hal ini dilakukan untuk menjimatkan
bahan sumber sekali gus mengurangkan sampah sarap yang boleh
menyebabkan pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu, masyarakat
perlu mempraktikkan amalan kitar semula iaitu mengguna semula
bahan baru. Contohnya, masyarakat boleh menjual surat khabar dan
majalah lama untuk dikitar semula. Hal ini bukan sahaja dapat
mengurangkan sampah malah dapat menjimatkan kos untuk
pelupusan sampah. Bak kata pepatah, berjimat sebelum kena, ingat
sebelum habis. Oleh itu, masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap
isu-isu pencemaran alam sekitar untuk mengelakkan pencemaran
daripada menjadi semakin serius.
Dalam pada itu, statistik menunjukkan bahawa pencemaran alam
sekitar kebanyakannya berpunca daripada pengeluaran asap ke udara
dan sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Menyedari kesan-kesan negatif
yang dibawa oleh pencemaran alam ini, pihak berkuasa telah
menguatkuasakan undang-undang untuk menangani masalah yang
dibaratkan sebagai duri dalam daging negara yang sedang
membangun. Dengan ini, kabinet telah memutuskan bahawa hukuman
mandatori lima tahun penjara terhadap Ketua Pegawai Eksekutif dan
presiden sesebuah syarikat yang melanggar undang-undang alam
sekitar. Mereka akan diberi amaran terlebih dahulu dan surat yang
berkaitan dengan larangan melepaskan asap hitam dan sisa toksik.
Namun, jika keadaan mencurahkan air ke daun keladi berlaku, tindakan
yang tegas akan dikenakan terhadap mereka seperti yang diputuskan
oleh kabinet. Pengusaha-pengusaha kilang haruslah menapis asap
hitam dan menggunakan alternatif lain untuk menghapuskan sisa-sisa
toksik kilang. Mereka tidak harus mengorbankan alam sekitar demi
kesenangan diri. Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa untuk mendakwa
pihak yang mencemarkan alam sekitar dan disyaki menjejaskan kualiti
alam sekitar. Dengan itu, diharapkan pencemaran alam sekitar dapat
diatasi dengan penguatkuasaan akta dan undang-undang alam sekitar.

Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita


haruslah ditangani dengan segera dan usaha ini memerlukan
kerjasama padu daripada semua pihak. Alam sekitar telah
dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia. Manusia
haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab kerana alam
sekitar tidak sepatutnya dikorbankan dalam arus pemodenan dan
pembangunan sesebuah negara. Seandainya masalah ini dibiarkan,
kesannya akan memudaratkan manusia itu sendiri walaupun hidup
dalam kemewahan. Adakah pemodenan negara lebih penting daripada
keindahan alam sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup
semata-mata tanpa mengharapkan kesihatan? Tepuk dada tanyalah
selera. Dengan itu, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada
pencemaran memerlukan kerjasama, kesedaran dan keprihatinan
daripada setiap lapisan masyarakat. Mudah-mudahan generasi akan
datang dapat menikmati keindahan dan kelstarian alam sekitar yang
dianugerahkan kepada manusia.

Pembangunan tanpa batasan merupakan perubahan kian pesat


yang berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun,
kemajuan dalam sektor perindustrian telah di kecapi hari ini sedikit
tercalar
impak
daripada
sikap
manusia
yang
tidak
bertanggungjawab. Masyarakat yang bersikap seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak mengendahkan
kebersihan alam sekitar. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar
terjejas semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah
peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Hal
ini demikian kerana alam sekitar yang bersih penting dalam
kehidupan kita. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan. Oleh itu, langkahlangkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah
ciptaan-Nya.
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani
masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan
bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan
mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan
mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam
sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga
dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara
dan serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan
pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah
tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada
masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah dihidapi
penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit

dan sebagainya. Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi


negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi
menampung kos perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan bahan
kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita
dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan.
Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar
adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.
Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang
berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat
signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat
pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang
mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Hanya
segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan. Dalam
kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik
ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus
berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan
berlakunya pencemaran air. Hal ini turut menyebabkan kepupusan
hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang
mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada
tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak
berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah
kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti
masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai
kwashiorkor akibat kekurangan protein.
Bukan itu sahaja, program kitar semula yang di uar-uarkan
oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkat
kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Sebagai masyarakat
yang bertanggungjawab, kita seharusnya membuka mata akan
sahutan kerajaan. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula
untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan
bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula
yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh
diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan
surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan
sambil menyelam minum air. Melalui cara ini, sumber-sumber
alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan
mentah
untuk
memenuhi
keperluan
asas
manusia
dapat
dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat menjimatkan kos bagi
mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali gus dapat
memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar
semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam
sekitar.
Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui
kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat
menjaga alam sekitar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat
diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit

sebanyak langkah ini dapat menyedarkan manusia yang lalai


tentang kebersihan alam sekitar. Jadi, kempen kesedaran ini akan
dapat mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan
kepentingan alam sekitar seterusnya dapat membendung dan
memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa
bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan
sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya
negara kita akan tercemar. Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga
penting dalam usaha untuk mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar.
Konklusi, banyak langkah yang boleh dipraktikkan bagi
mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Oleh itu, sikap bagai
aur dengan tebing antara rakyat Malaysia dengan kerajaan amat
diperlukan dan tentunya akan lebih bermakna agar hasilnya kelak
akan memuaskan hati semua orang. Hal ini amat dititikberatkan
kerana kebersihan juga merupakan separuh daripada iman.
Kebersihan alam sekitar juga amat penting bagi menarik pelancongpelancong dari seantero dunia dan seterusnya mendorong negara
kita ke arah mencapai Wawasan 2020. Bahkan, kita patut menyahut
seruan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak
supaya menggembleng tenaga menjaga kebersihan dan keamanan
negara Malaysia sinonim dengan slogan negara Negara Bersih,
Rakyat Sihat.

http://cthkaranganpmr.blogspot.my/2013/07/cara-cara-mengatasipencemaran-alam.html
http://stpm-study.blogspot.my/2013/11/langkah-langkah-untukmengatasi.html

You might also like