Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

UNIT SENI KULINARI,

JABATAN HOSPITALITI,
KOLEJ VOKASIONAL PUTERI,
28000 TEMERLOH,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Tel: 09-2961246
Faks : 09-2965325
E-mail : kvputeritemerloh@yahoo.com

KOD DAN NAMA


PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME

CULINARY ARTS

TAHAP / LEVEL

3 SEMESTER 6

NO DAN TAJUK MODUL/


MODULE NO AND TITLE

HSK 6033 BANQUET

NO DAN PERNYATAAN
TUGASAN TASK(S) NO
AND STATEMENT

COMPETENCY 1 - STAFFING FOR BANQUET

OBJEKTIF MODUL /
OBJECTIVE MODULE

THIS
MODULE
PROVIDES
BANQUET
DEVELOP
STUDENTS KNOWLEDGE AND SKILLS IN PREPARING
EVENT ORDER, BANQUET PROTOCOL, SET UP BANQUET
HALL, BANQUET FUNCTION, GOOD ATTITUDE AND
SAFETY WHILE WORKING ACCORDING TO INDUSTRY
NEEDS

NO KOD / CODE NO

HSK6033/M01/P(1/1)

TAJUK

: STAFFING FOR BANQUET

OBJEKTIF

Page :

01

of : 11

Modul ini memperkenalkan pelatih tentang pengetahuan dan kemahiran dalam


menyediakan borang tempahan, protokol semasa bankuet, menyusun atur dewan
bankuet, melaksanakan majlis bankuet, mempraktikkan sikap yang baik dan
langkah-langkah keselamatan semasa bekerja bertepatan dengan kehendak industri.

NO KOD / CODE NO

HSK6033/M01/P(1/1)

Page: 2

of: 11

PENGENALAN
Pengurusan bankuet memerlukan perancangan yang teliti dan teratur kerana
pengendalian bankuet ini melibatkan bilangan tetamu yang ramai dan merupakan majlis
jamuan rasmi. Setiap staf perkhidmatan yang terlibat hendaklah melaksanakan tugas
yang telah ditetapkan dengan penuh tanggungjawab.
Persiapan meja bankuet, pengurusan di dapur dan ruang makan perlulah dirancang
lebih awal supaya majlis bankuet dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberikan
kepuasan kepada tetamu.
MAKSUD MAJLIS BANKUET
Istilah bankuet bermakna majlis jamuan makan bagi sesuatu keraian lengkap dengan
hidangan utama sehingga pencuci mulut. Ianya didahului atau diikuti dengan ucapan
pendek. Walau bagaimanapun, dalam industri hotel, ia merujuk kepada semua jenis
fungsi katering.
Jabatan bankuet (Banquet Department) merupakan salah satu jabatan yang terletak di
bawah bahagian makanan dan minuman (Food & Beverage Department) yang diketuai oleh
seorang pengurus bankuet (Banquet Manager).
CIRI-CIRI MAJLIS BANKUET
Terdapat beberapa ciri majlis bankuet iaitu :
1) Merupakan majlis rasmi
2) Mengandungi upacara atau agenda tertentu untuk diraikan bersama seperti
ucapan oleh pengerusi majlis, ucapan tetamu kerhormat dan upacara
penyampaian sijil
3) Premis majlis makan itu diadakan di hotel (ball room) atau di dewan (dewan serba
guna/pusat konvensyen)
4) Jumlah tetamu yang ramai dan bilangannya telah dikenal pasti.
5) Jenis tatasajian yang digunakan seperti tatasajian Amerika atau Rusia, buffet atau
hidangan di meja.
6) Menyediakan dokumen untuk tempahan majlis tersebut.

NO KOD / CODE NO

HSK6033/M01/P(1/1)

Page: 3

of: 11

Malaysia Book of Record:


Bukit Gambang Resort City largest pillar less Grand Ball Room
Fit 300 round table for 3000 pax

Putrajaya International Convention Centre Grand Ball Room


Fit 250 round table for 2500 pax

NO KOD / CODE NO

HSK6033/M01/P(1/1)

Page: 4

of: 11

JENIS-JENIS MAJLIS
Majlis bankuet adalah sebahagian daripada hotel. Ianya merupakan salah satu
penyumbang utama kepada pendapatan sesebuah hotel. Tetapi terdapat juga pusat-pusat
persidangan yang menyediakan majlis bankuet seperti pusat konvensyen dan dewan
serba guna. Contoh pusat konvensyen yang menyediakan perkhidmatan bankuet seperti
Pusat

Konvensyen

Antarabangsa

Putrajaya

(Putrajaya

International

Convention

Centre (PICC), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Shah Alam.
Kemudahan bankuet adalah salah satu perkhidmatan katering yang ditawarkan oleh hotel.
Jenis dan kemudahan bankuet bergantung kepada saiz hotel.
Hotel besar boleh mempunyai beberapa majlis bankuet dalam satu-satu masa
dan diketuai oleh Pengurus Bankuet. Manakala hotel kecil mungkin mempunyai hanya
satu atau dua majlis bankuet pada satu-satu masa dan diketuai oleh Penolong Pengurus.
Sebuah hotel mewah di bandar raya utama akan menawarkan pelbagai
kemudahan yang terkini dan berteknologi tinggi berbanding dengan kemudahan bankuet
daripada hotel-hotel kecil. Kakitangan bankuet biasanya kakitangan hotel tersebut atau
yang bekerja secara sambilan di hotel.

JENIS-JENIS MAJLIS

Formal (Banquets)

Majlis Bufet

Makan tengahari
(Luncheons)
Makan Malam (Dinners)
Wedding breakfasts

Sosial
Makan Malam
Makan Tengahari
Majlis Resepsi
Parti Cocktail
Makan Malam Amal

Perkahwinan
Cocktail parties
Tea parties
Majlis Tari
Menari
Ulangtahun
Persidangan
Persidangan

Perhubungan Awam

Sidang Akhbar
Persidangan Politik
Perjumpaan Kesatuan Sekerja Pertunjukan Fesyen
Pameran
Seminar Latihan
Mesyuarat Peniaga
Persidangan Jualan
Seminar
Persidangan Akademik

Rajah 1 : Jenis-Jenis Majlis Bankuet

NO KOD / CODE NO

HSK6033/M01/P(1/1)

Page: 5

of: 11

1.1 CARTA ORGANISASI


Sesebuah hotel yang mahu beroperasi dengan berkesan perlu mewujudkan satu
organisasi yang jelas dan boleh difahami oleh setiap pekerja. Matlamat organisasi
merupakan panduan untuk memperoleh kejayaan dalam bidang perniagaan. Oleh itu,
setiap

pekerja

perlu

bertanggungjawab

terhadap

tugas

masing-masing

untuk

meningkatkan produktiviti perkhidmatan kepada tetamu.


Di sesebuah hotel bahagian bankuet (Banquet Department) terletak di bawah
bahagian pengurusan makanan dan minuman (Food And Beverage Department). Staf
yang terdapat di bahagian bankuet bergantung kepada hotel tersebut..
General
Manager

Resident
Manager

Rooms
Division

Engineering/
Maintenance

Security

Human
Resource
s

Food &
Beverage
Kitchen

Banquet

Bar

Pool

Room
Service
Food &
Beverage
Rajah 2 : Carta Organisasi Hotel

Sales &
Marketing

Accounts

NO KOD / CODE NO

HSK6033/M01/P(1/1)

CARTA ORGANISASI BANKUET

PENGURUS MAKANAN DAN MINUMAN


(Food & Beverage Manager)

PENYELARAS BANKUET
(Banquet Coordinator)

PEMBANTU PENYELARAS BANKUET


(Assistant Banquet Coordinator)

PENYELIA BANKUET
(Banquet Supervisor)

KETUA PRAMUSAJI
(Head Waiter)

KAPTEN
(Senior Waiter)

PRAMUSAJI
(Waiter/Waitress)

PEMBANTU PRAMUSAJI
(Busboy/Busgirl)

Rajah 3 : Carta Organisasi Bankuet

Page: 6

of: 11

NO KOD / CODE NO

HSK6033/M01/P(1/1)

Page: 7

of: 11

1.2 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB STAF PERKHIDMATAN


Staf perkhidmatan yang menjalankan bankuet bergantung pada besar atau
kecilnya sesuatu majlis yang diadakan. Sesebuah hotel bertaraf lima bintang mempunyai
bilangan staf bankuet yang lebih ramai berbanding dengan hotel bertaraf empat bintang.
1. Pengurus Makanan Dan Minuman (Food & Beverage Manager)
i.

Mengurus dan mentadbir keseluruhan bahagian makanan dan minuman.

ii.

Memastikan segala operasi berjalan dengan lancar dan menentukan tugas-tugas


staf perkhidmatan.

iii.

Menetapkan menu, merancang dan mengendalikan keraian untuk majlis bankuet.

iv.

Memastikan semua staf mematuhi jadual tugas dan datang pada waktu bekerja
yang ditetapkan.

2. Penyelaras Bankuet (Banquet Coordinator / Banquet Manager)


i.

Menyelaras dan membincangkan kehendak antara bahagian jualan (sales


department) dengan bahagian bankuet.

ii.

Menyediakan keperluan sampingan seperti kad menu dan pekerja sambilan.

iii.

Menyelaras majlis bankuet dan mengadakan sesi taklimat.

iv.

Menyelia staf bankuet.

v.

Mengadakan sesi perbincangan/ post-mortem selepas tamat sesuatu majlis.

3. Pembantu Penyelaras Bankuet (Assistant Banquet Coordinator)


i.

Membantu menjalankan tugas-tugas penyelaras bankuet.

ii.

Menggantikan tugas penyelaras bankuet jika ketiadaan penyelaras.

4. Penyelia Bankuet (Banquet Supervisor)


i.

Menggendalikan aktiviti seperti memberikan latihan dan penyeliaan kepada


pramusaji dan busboy.

ii.

Mengambil alih tugas ketua pramusaji atau mana-mana staf yang tidak hadir.

iii.

Menjalankan taklimat mengagihkan tugasan kepada staf dan staf sambilan.

iv.

Menyelia ketua pramusaji dan pramusaji berkaitan dengan tugas harian, disiplin dan
perawakan diri agar mematuhi standard of procedure yang ditetapkan.

v.

Menerangkan keperluan khusus bagi sesuatu majlis setelah membuat perbincangan


antara penyelaras bankuet dengan Pengurus F&B (Food And Beverage Manager)

NO KOD / CODE NO

HSK6033/M01/P(1/1)

Page: 8

of: 11

5. Ketua Pramusaji (Head Waiter)


i.

Bertanggungjawab memastikan persediaan sebelum sajian dilaksanakan dengan


baik dan cekap.

ii.

Semua staf di ruang sajian adalah di bawah tangggungjawabnya.

iii.

Menyambut dan mengiringi tetamu ke meja makan.

iv.

Membantu menyediakan jadual tugas.

v.

Mempunyai senarai nama dan alamat pekerja sambilan supaya mudah dihubungi
apabila diperlukan.

6. Kapten (Senior Waiter)


i.

Bertanggungjawab kepada sekumpulan staf perkhidmatan dan sebilangan tetamu.

ii.

Melaksanakan tugas penyajian kepada tetamu dengan dibantu oleh pramusaji.

iii.

Memastikan pematuhan kepada SOP pada setiap masa sepanjang majlis


berlangsung.

7. Pramusaji (Waiter/Waitress)
i.

Menyaji makanan dan minuman kepada tetamu.

ii.

Melaksanakan tugas bersama Kapten.

8. Pembantu Pramusaji (Busboy/Busgirl)


i.

Bertanggungjawab untuk mengemas dan mengatur meja dengan cara yang betul.

ii.

Menuang air sejuk ke dalam gelas tetamu.

iii.

Menerima arahan pramusaji.

iv.

Melakukan tugas pembersihan peralatan sajian dan mengangkat pinggan kotor ke


tempat mencuci.

v.

Memastikan ruang sajian bersih.

NO KOD / CODE NO

HSK6033/M01/P(1/1)

Page: 9

of: 11

Gambar 1 : Staf bankuet sedang menyiapkan peranggu meja di ballroom

Gambar 2 : Staf bankuet sedang melayan tetamu di meja makan

NO KOD / CODE NO

HSK6033/M01/P(1/1)

Page: 10

of: 11

Soalan
1. Apakah maksud bankuet?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Nyatakan ciri-ciri majlis bankuet

3.

4.

i.

____________________________________________________________

ii.

____________________________________________________________

iii.

____________________________________________________________

iv.

____________________________________________________________

v.

____________________________________________________________

Senaraikan jenis-jenis majlis bankuet.


i.

____________________________________________________________

ii.

____________________________________________________________

iii.

____________________________________________________________

iv.

____________________________________________________________

v.

____________________________________________________________

Apakah tugas utama Pengurus Makanan dan Minuman?


_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

5.

Senaraikan majlis yang terdapat dalam kategori persidangan.


i.

___________________________________________

ii.

___________________________________________

iii.

___________________________________________

iv.

___________________________________________

v.

___________________________________________

NO KOD / CODE NO

HSK6033/M01/P(1/1)

Page: 11

of: 11

Reference :
1. Narimah Binti Ismail & Hasanah Binti Mohd. Shah, 2008. Penyajian Makanan Dan
Minuman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
2. N.Kumar, 2014. Banquet Operation Training. Kelana Jaya: UNITAR International
University
3. Internet Access.

You might also like