Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 Pendahuluan

Matlamat merupakan sesuatu yang kita ingin capai dalam kehidupan tidak
kira apa rintangan yang kita bakal hadapi. Semua manusia mempunyai impian
tersendiri. Tetapi impian dan matlamat bagi saya merupakan sesuatu yang sangat
berbeza kerana impian hanyalah angan angan semata mata. Tetapi matlamat
pula boleh dicapai jika seseorang itu berusaha bersungguh sungguh dan
menggunakan teknik yang betul seperti konsep S.M.A.R.T. S bererti specific iaitu
menggambarkan dengan terperinci apa yang ingin dikecapi. M pula measurable iaitu
apa yang ingin dicapai haruslah boleh diukur, misalnya seberapa kuat, seberapa
sering, seberapa banyak, atau seberapa dalam. A pula achievable iaitu apa yang kita
mahukan itu boleh dicapai dengan usaha yang jitu. R ialah realistic iaitu masuk akal
atau munasabah yang bermaksud matlamat itu tidak mustahil dikecapi. T merupakan
time bound yang bermaksud menetapkan bila matlamat tersebut akan tercapai.

Saya sendiri yang merupakan seorang pelajar di Institut Pendidikan Guru


Kampus Pulau Pinang mempunyai matlamat saya tersendiri. Jadi, bagi mencapai
matlamat diri dan akademik saya di IPG ini, saya perlu membuat perancangan
jangka pendek dan jangka panjang dengan terperinci berkonsepkan S.M.A.R.T.
Matlamat diri serta akademik saya sebagai seorang pelajar IPG adalah seiring
kerana bagi saya matlamat diri adalah sangat berkaitan dengan matlamat akademik
saya memandangkan saya merupakan seorang pelajar di sebuah institut perguruan.
Tetapi saya mempunyai perbezaan perancangan dalam mengecapi matlamat saya
iaitu perancangan jangka pendek dan jangka panjang.

2.0 PERANCANGAN JANGKA PENDEK

Matlamat yang saya ingin kecapi dalam jangka masa yang pendek adalah
membeli sebuah motosikal jenama Yamaha 135LC yang berharga RM 7,068
termasuk gst. Saya ingin memiliki sebuah motosikal kerana ia akan sangat
menyenangkan saya dari segi pergerakkan. Selalunya, apabila saya ingin ke kedai
buku atau perpustakaan awam, saya perlu menggunakan perkhidmatan uber dan
bas rapid. Tetapi apabila saya mempunyai sebuah motosikal, maka saya dapat
menjimatkan masa sekali gus menjimatkan kos pengangkutan.
Perancangan yang saya buat bagi mencapai matlamat tersebut ialah pada
permulaannya, saya akan menyimpan duit bagi menampung kos duit muka. Saya
mendapatkan duit melalui elaun yang saya terima setiap bulan sebanyak RM 430
semasa dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda selama 12 bulan (2
semester). Saya akan menyimpan sebanyak RM 250 setiap bulan sehingga tamat 12
bulan. Disebabkan saya telah memulakan program ini selama 3 bulan, jadi saya
hanya berbaki 9 bulan untuk menyimpan duit sepanjang PPISMP. Ini bermakna di
akhir bulan nanti, saya sudah mencapai RM 2,250.

Kemudian saya akan melangkah ke Program Ijazah Sarjana Muda yang


menyediakan elaun yang lebih tinggi iaitu RM620. Saya akan melalui PISMP
sebanyak 8 semester yang bersamaan dengan 4 tahun. Saya berhasrat untuk
mendapatkan motosikal tersebut pada semester ke 3 iaitu bersamaan tahun ke tiga.
Jadi setiap bulan, saya perlu menyimpan sebanyak RM 400 setiap bulan selama 12
bulan. Jadi pada akhir bulan, saya akan mencapai sebanyak RM4,800. Jadi, apabila
nilai ini ditambah dengan nilai semasa PPISMP, saya sudah mempunyai wang yang
cukup untuk membeli motosikal itu.

Sepanjang tempoh saya menyimpan duit, saya perlu melakukan beberapa


pengorbanan bagi menjimatkan perbelanjaan saya yang hanya tinggal kurang
daripada separuh elaun asal yang diterima. Sebagai contoh, saya akan berjimat
dalam pemakanan seperti dengan hanya membeli nasi bujang yang berharga
RM2.50 sepinggan dan makan hanya 2 kali sehari. Selain itu, saya juga perlu
berkorban untuk tidak mengikuti rakan rakan pergi melepaskan tekanan ke tempat
tempat menarik kerana semua itu memerlukan duit dari awal perjalanan pergi
2

hingga ke perjalanan pulang. Seterusnya, saya juga perlu membatalkan plan internet
telefon bimbit saya yang bernilai RM 80 sebulan dan hanya menggunakan wifi yang
disediakan di IPG.

Jadi berdasarkan usaha saya di atas, saya yakin bahawa saya akan
mencapai matlamat jangka masa pendek saya setelah tamat semester 2 PISMP
kerana bagi saya, perancangan yang saya buat sangat teliti dan berdasarkan konsep
S.M.A.R.T.

3.0 Perancangan Jangka Masa Panjang

Seperti yang telah saya nyatakan pada perenggan pendahuluan sebelum ini
bahawa saya perlu membuat perancangan bagi jangka masa pendek dan jangka
masa panjang untuk mencapai matlamat di IPG, jadi di sini saya ingin
mengklasifikasikan perancangan jangka masa panjang yang telah saya lakarkan.
Sebagai seorang pelajar di Institut Pendidikan Guru, jadi ini bermakna matlamat
jangka

masa

panjang

saya

sangat

berkaitan

dengan

bidang

perguruan.

Sememangnya saya akui bahawa matlamat diri kita adalah luas dan tidak terbatas
kerana kita mempunyai hak untuk menentukan hidup kita walaupun matlamat kita
tidak seiring sama sekali dengan apa yang kita sedang belajar sekarang. Tetapi oleh
sebab saya sememangnya berminat menjadi guru, jadi matlamat hidup atau jangka
masa panjang saya adalah sangat berkaitan dengan apa yang saya pelajari
sekarang.

Matlamat jangka masa panjang saya adalah untuk menjadi seorang pengetua
cemerlang. Untuk mencapai matlamat tersebut, saya sememangnya perlu membuat
perancangan yang sangat teliti dan mengikut semua yang telah saya rancangkan
bagi mencapai matlamat tersebut yang saya kira tidak mustahil untuk dikecapi.
Langkah awal yang perlu saya lakukan adalah menamatkan Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan dengan cemerlang bagi membolehkan saya mendapat penempatan

awal di mana mana sekolah sebagai seorang guru biasa. PISMP mempunyai 8
semester iaitu 4 tahun, jadi saya menganggarkan saya akan menjadi guru pada
umur 23 tahun.

Kemudian saya perlu menjadi guru selama 10 tahun. Hal ini kerana saya
merancang untuk memohon Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan
Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders
(NPQEL). Syarat pertama yang perlu saya patuhi untuk mengikuti program itu ialah
telah berkhidmat sekurang kurangnya 10 tahun. Semasa saya menjadi guru dalam
tempoh 10 tahun tersebut, saya akan menjadi seorang guru yang berdisiplin dan
cemerlang dalam setiap aspek kerana syarat seterusnya adalah pemohon perlulah
bersih daripada tindakan tatatertib serta mendapat Gred A iaitu 85 ke atas dalam
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan untuk 3 tahun berturut turut.

Selain daripada itu juga, saya akan sentiasa bersenam dan menjaga
kesihatan saya kerana sebagai seorang guru kita perlu menjadi contoh teladan
kepada murid murid. Sebab kedua pula adalah kerana syarat seterusnya untuk
memohon program itu adalah saya perlu sihat tubuh badan serta mempunyai mental
yang cerdas. Tujuan utama saya merancang untuk memohon program NPQEL ini
adalah kerana program ini bertujuan untuk menyediakan barisan pelapis pemimpin
pendidikan yang mampu menerajui sekolah ke arah kecemerlangan.

Kursus ini juga memberikan pengalaman terancang bagi peserta memperoleh


dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai nilai baik yang pada
saya memang diperlukan oleh setiap guru di Malaysia. Kemudian, setelah saya
tamat mengikuti kursus tersebut yang dijalankan lebih kurang 5 bulan, Insyaallah
saya akan dipanggil untuk ditemuduga dan seterusnya mendapat penempatan di
sebuah sekolah sebagai seorang Guru Besar kira kira berumur dalam lingkungan
bawah 40 tahun.

Jadi berdasarkan usaha saya di atas, saya yakin bahawa saya akan
mencapai matlamat jangka masa panjang saya kerana bagi saya, perancangan yang

saya buat sangat teliti dan berdasarkan konsep S.M.A.R.T. Tetapi kita sebagai
manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya.

4.0 RUJUKAN
Apa itu NPQEL. (1 September 2016). Retrieved from Cikgushare:
http://www.cikgushare.com/2016/02/apa-itu-nqpel.html

Merumuskan Tujuan Secara Efektif. (1 September 2016). Retrieved from


Kirmansyam: http://www.kirmansyam.com/merumuskan-tujuansecara-efektif

Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQEL). (1


September 2016). Retrieved from Institut Aminuddin Baki:
http://wiki.gh.iab.edu.my/index.php/Program_Kelayakan_Profesional
_Kepengetuaan_Kebangsaan_(NPQEL)

Syarat Menjadi Pengetua / Guru Besar . (2 September 2016). Retrieved


from Blogspot: http://npqel.blogspot.my/2013/02/syarat-menjadipengetua-guru-besar.html

LA
MPI
RA
N

You might also like