Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bagi menjayakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini dan merealisasikan

objektifnya, maka beberapa strategi telah digubah dan dirancang dengan rapi.
Penggubahan strategi ini penting dalam mencorak gerak kerja pelaksanaan
dasar ini agar pelaksanaannya dijalankan dalam keadaan efisien dan efektif.
Strategi pertama yang ditetapkan ialan berkenaan pemulihan, pemeliharaan dan
pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan
Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya. Seperti yang diketahui umum, budaya
adalah bersifat dinamik. Lantaran itu, asas-asas serta prinsip-prinsip perlu
menjadi tulang belakang kepada dasar ini. Oleh hal yang demikian, proses
pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan
asas-asas Kebudayaan Kebangsaan adalah penting untuk memastikan kejituan
dasar ini.
Strategi kedua ialah meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui
usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak
kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.
Strategi ini penting kerana budaya tidak akan berjaya kekal di atas muka bumi
tanpa penggerak dan pendokong budaya itu sendiri. Mereka ini adalah terdiri
daripada rakyat Malaysia sendiri yang perlukan bimbingan dan latihan untuk
bergerak dengan pantas dan efektif.
Strategi ketiga ialah mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran
kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Ini antara strategi yang
penting untuk mencapai objektif dasar ini. Hal ini kerana, tanpa satu bentuk
mekanisme komunikasi yang berkesan rakyat jelata tidak akan mempunyai
peluang untuk bersama-sama menyedari dan memupuk semangat nasionalisme
dan kenegaraan.
Strategi keempat ialah memenuhi keperluan sosiobudaya. Dengan strategi ini
barulah rakyat akan lebih tertarik untuk bersama-sama menjayakan dasar ini.
Jika tidak, rakyat tidak akan mempunyai satu bentuk galakan untuk berkorban
masa dan harta mungkin, dalam menggerakkan dan menjayakan dasar ini.
Strategi kelima ialah meninggikan taraf dan mutu kesenian. Ini penting kerana pada masa
yang sama, negara sedang menuju ke arah mencapai status negara maju. Kebudayaan dan
kesenian tidak boleh sama sekali dipandang enteng dalam usaha untuk mencapai status
tersebut. Mutu dan taraf kesenian harus sentiasa berada pada tahap yang tertinggi untuk
memastikan mata dunia memandang tinggi negara Malaysia.
Ada beberapa penggerak penting dalam usaha melaksanakan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Antaranya ialah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, jabatanjabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun, pihak swasta,
pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan Majlis Kebudayaan Negeri. Peranan Kementerian
Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan dasar ini adalah kunci kejaya
yang penting. Kementerian ini terlibat secara langsung dalam menguruskan penyelidikan,
pembangunan dan penggalakan, pendidikan serta perkembangan kesenian dan perhubungan
ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Perkara-perkara tersebut akan dicapai melalui
aktiviti-aktiviti pembangunan budaya, persembahan kesenian yang dikelola oleh Kompleks
Budaya Negara yang juga berfungsi sebagai urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa
serta khidmat nasihat dan bimbingan untuk mengukuhkan lagi pertubuhan-pertubuhan
kebudayaan dan mengeratkan hubungan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa
Semua strategi dan perkara lain yang dibincangkan di atas adalah dirangka untuk mencapai
objektif Dasar Kebudayaan Negara. Objektif yang telah ditetapkan antara lainnya ialah

mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan


memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan dan
yang terakhir ialah memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan
dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

You might also like