Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEKANGAN DAN AMALAN TERBAIK DALAM

PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKOLAH


Pengurusan kewangan merupakan aspek penting di sekolah. Aspek pengurusan
kewangan merupakan satu tugas penting yang perlu dikendalikan dengan sistematik dan
berkesan. Pengurusan kewangan sekolah telah menimbulkan beberapa kekangan. Dalam
tugasan ini saya akan membincangkan beberapa kekangan yang timbul dalam pengurusan
kewangan sekolah. Antaranya kekangan yang akan dibincangkan ialah sikap Guru Besar
di sesebuah sekolah tersebut. Menurut pandangan Mohd Richard Neles Abdullah(2013)
telah menjalankan suatu kajian di peringkat sekolah Rendah ( Tamil )menemui bahawa
sumber kewangan diperolehi daripada sumber kerajaan dan daripada pungutan sekolah
itu sendiri. Kebanyakan tugas pengurusan kewangan dibuat oleh Guru Besar dengan
bantuan kerani kewangan. Pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan sistematik
adalah bergantung kepada kemahiran kepimpinan dan sikap Guru Besar sesebuah sekolah
tersebut. Selain daripada itu, kekurangan kerani atau pegawai kewangan juga merupakan
kekangan dalam pengurusan kewangan di sekolah. Masalah ini biasanya berlaku di
sekolah sekolah rendah yang kecil. Seorang kerani terpaksa menguruskan banyak akaun
sekolah, iaitu akaun wang SUWA, wang kerajaan, peruntukkan pendidikan khas, akaun
asrama dan lain-lain lagi. Bebanan tugas ini menyebabkan seseorang kerani tersebut
menghadapi tekanan dan tidak dapat melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna.
Selain daripada itu, Pengetahuan dan kemahiran Guru besar, kerani sekolah dan guru juga
mempengaruhi pengurusan kewangan di sekolah. Sebagai pemimpin sekolah sekiranya
kurang pengetahuan mengenai pengurusan sumber kewangan maka ia akan menimbulkan
kekangan. Ini adalah kerana Guru Besar Perlu membimbing kerani untuk menguruskan
sumber kewangan di sekolah. Oleh itu, saya juga akan membincangkan cara-cara yang
patut diamalkan dalam pengurusan kewangan. Antaranya ialah pemimpin sekolah perlu
mempunyai ilmu tentang pengurusan kewangan. Tanpa ilmu kewangan pemimpin
sekolah akan menghadapi kekangan dalam menguruskan kewangan sekolah dengan
sistematik. Latihan perlu diberikan kepada Guru Besar dan kerani sekolah untuk
meningkatkan kemahiran mereka dalam menguruskan sumber kewangan di sekolah.

sekolah pemimpin sekolah perlu mempunyai ilmu tentang pengurusan


kewangan.Tanpa ilmu pengurusan kewangan pemimpin sekolah tidak dapat menguruskan
sumber kewangan sekolah dengan baik.

Rujukan
Mohd Richard Neles Abdullah(2013) Pengurusan Kewangan Di Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan.

You might also like